468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

aku masih tak percaya

Monday, December 8, 2014

mempunyai perasaan itu satu fitrah.

terkadang hairan, bagaimana perasaan itu boleh hadir, tanpa dipaksa-paksa. begitu juga tidak suka.

tak perlu dipupuk kalau emang tidak kena dengan citarasa, selamanya tidak suka.

 

aku belum pernah isi borang BM,

tidak pernah berniat ingin mengisinya.

 

kerana emang,

bukan dan belum keperluan.

 

disuakan borang juga tidak pernah,

apa lagi ingin meminta.

 

hanya aku jujur,

aku tetap istiqamah menghadiri kursus, seminar, daurah berkaitan dengan Rumah Tangga Islami.

selain aku hadir, aku juga mencari makanan minda untuk alam itu.

 

usaha aku masih kecil.

belum sampai tahap aku mahirpun,

aku sekadar tahu,

belum pernah mencuba dan punya pengalaman tersendiri.

 

___________

 

“akak nak tanya sikit ni…”, ujar seorang shaykhah kepadaku

“iya silakan kak…”, jawabku.

“bagaimana akak ingin mulakan ya…hmmm”, ujarnya lagi.

“mulakan dengan Bismillah kak…”, jawabku.

 

aku cuma mampu menghidu sesuatu,

aku seakan tahu apa yang ingin ditanya.

 

tetapi aku seperti biasa,

menjernihkan jiwa yang sudah sedikit kaget.

 

“bagaimana kalau akh *************** masih ada hajat dekat awk bagaimana?”, tanyanya.

“Saya tak nak”, selamba aku menjawab.

 

walau aku tahu,

orang akan berkata…. apasal kau memilih sangat? apasal kau tak bersyukur ada orang yang sudah sudi?

ENTAH.

aku tidak tahu, aku masih belum boleh menerima.

 

aku lalu menitiskan air mata.

kerana jawapan yang aku berikan, jujur aku kata dalam keadaan hati yang tenang.

tidak disebabkan aku membenci.

 

aku masih berharap kepada Allah,

agar terus memudahkan urusan yang satu ini.

 

IMG_51521819039110

Ya Rabb,

tunjukkanlah aku jalan yang Kau Redhai.

lamanya

Sunday, November 16, 2014

sudah lama tidak menulis di sini..

 

bukan apa, terkadang khuatir takut-takut tersilap kata,

termenulis ketika jiwa tidak tenang,

dan sebagainya.

 

sedang dalam jiwa,

terlalu banyak untuk dikongsi bersama.

 

Doa

Doa

Doa

 

PhotoGrid_1406674652238

Menyambut kasihNya selalu

Wednesday, October 15, 2014

sambil mendengarkan ulasan taujihat yang diberikan,

belaian dan kelembutan dalam sebuah ketegasan,

seakan memujuk hati yang lama dialihkan perhatian itu.

 

Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik hanyasanya kecetekan akal kita, kita selalu bersangka sebaliknya. Ya, selalu masa akan dipertaruhkan sebelum apa yang kita ingini akan berhasil. Cuma saya tidak kata semua yang kita mahu kita akan dapat.

 

“Bersabarlah dan bertahanlah di atas jalan ini…”

permualaan kata-kata itu cukup membawa saya berimaginasi, mahu sabar yang bagaimana lagi? Tidak mengapalah. Relakan aja…

lalu disambung diakhirnya..

“Dengan Kasih Sayang Allah kita berada di sini, maka jangang dilepaskan kasih sayang Allah ini…”

 

Sebak.

Tepat apa yang Allah berikan saat jiwa sudah bertenang justeru dipujuk dengan kata-kata yang membelai jiwa.

 

Alhamdulillah ala kulli hal.

 

47038_142371449133813_885428_n

 

 

Bayt Firdaus, Petaling Jaya.

Aku….

Tuesday, October 7, 2014

Kadang melihat masa depan yang nampak ‘sukar’ ini membuat kita terjeda.

Terus? atau Patah Balik?

Ish.

 

Ya, kita selalu mengimpikan masa depan yang indah dan menyangkakan halnya mudah. Takkan semudah itu kan?

 

Tahun Akhir

Aku sudah masuk fasa akhir pengajian di kampus. Takda apa yang mampu terfokus melainkan dapat menghabiskan pengajian dengan cemerlang. itu impian dan harapan.

Bila ada yang bertanya apa nak buat selepas ini, dan aku….

Belum dapat memastikan apakah ia, kerana terkadang terlalu banyak yang ingin dicapai, faktor masa sebagai taruhannya. Ahhhh…. tak semudah..

 

Cinta

Nantikan masa berlalu, apa yang kulaku kini akan dirindu. Ahhh,,,, akan kurindu wajah-wajah yang selalu bersamaku. Adik-adik binaanpun semua sudah hampir dewasa.. Masakan aku tak rindu waktu dulu-dulu..

Orang-orang yang aku temui, walau berbagai ranjau perkenalan itu.

Aihhh..

 

Masalah

Masakan hidup tak berkunjung ujian?

akan ada dan terus ada.

Tatkala impian dan perancangan kita masih belum diizin-Nya, yakinlah tatkala itu, itulah yang terbaik. Bukan Allah tak sayang, tapi kerana sayang Dia tahankan. Dan sekali lagi masa sebagai taruhannya dan semoga semakin dekat denganNya.

 

doakan aku kuat selalu.

 

 

PhotoGrid_1407395654376

 

 

Bait Firdaus, Petaling Jaya.

Dan aku…

Monday, October 6, 2014

10247275_718019251575376_5776273444483770954_n

 

“kalau kita rasa pemimpin kita teruk, maknanya rakyatnya pun teruk…”

 

Kau rasa kau siapa?

Pemimpin atau Rakyat?

Tanya aku pada diri.

 

Betapa Hinanya…

 

 

Dush Dush Dush!

 

“Sebab itu kita perlukan dakwah…menyampaikan dakwah…”, pesan murabbiku berkali-kali pada setiap pertemuan kami setiap minggu.

Zassssss….

 

momentum yang naik dan turun, selalu akan menguji tahap keimanan dan betapa yakinnya kita kepada janji-janji Allah yang pada akhirnya….

kita inginkan syurgaNya, kan?

 

Dan kita harus meningkatkan amal kita seiring bertambahnya usia

Uhuk, uhuk, uhuk.

 

 

 

Bait Firdaus, Petaling Jaya.

just do it !

Saturday, September 6, 2014

Apa yang membuatkan anda gembira?

Lakukan!

 

Saya baru sudah membeli beberapa buku untuk membangun diri. Sebab saya suka. Saya yakin, setiap orang lain minatnya. Dan seseorang itu akan menggunakan minat yang ada untuk membangun diri. Harapnyalah.

Semoga yang baik-baik sahaja!

 

20140904_162807

 

 

Bait jadid, Petaling Jaya.

Apa kaitan?

Wednesday, August 27, 2014

Terkadang saya selalu ditanya oleh akhawat yang saya kenali apabila bertemu di program-program.

“Eh enti ni belajar dalam negara ke luar negara?”

Dan kebiasaannya saya hanya tersenyum.

 

YA, sudah setahun berlalu keberangkatan saya dan rakan-rakan ke bumi gersang Qatar. Negara arab yang dilimpahi dengan kekayaan serta kesenangan.

Jawapan saya untuk kesekian kalinya berkenaan dengan soalan mereka itu adalah,

“Saya ditawarkan oleh pihak Akademi Islam, Universiti Malaya untuk melanjutkan pengajian selama satu semester (lebih kurang 4 bulan) di Qatar University”

Oleh itu, saya juga merupakan seorang pelajar dalam negara yang diberikan peluang melanjutkan pengajian di luar negara meskipun dalam masa yang singkat. Okeh?

 

20130904_160853

Seminggu setelah tiba di Madinat Khalifa, Doha, Qatar

 

Bagaimana saya boleh terpilih?

Sebenarnya ramai lagi kawan-kawan saya yang bertuah yang sepatutnya menyertai misi ini. Tetapi disebabkan faktor subjek yang tidak ditawarkan di Qatar University membuatkan mereka tidak bersama saya.

Pihak Akademi Islam UM memilih pelajar-pelajar yang layak menerusi ‘pointer’ semasa akhir tahun satu. Kerana sepatutnya misi ini akan melibatkan pengajian di Tahun Dua. Namun kerana beberapa hal yang tidak dapat dielakkan, saya mengikuti misi ini pada Tahun Tiga.

Pointer yang dimaksudkan itu mestilah mencapai 3.7, jika tidak salah. Bukanlah saya ingin berbangga dengan pointer saya. Cuma saya sekadar ingin berkongsi.

 

Berapa Lama tempoh pengajian?

Difahamkan pengajian adalah selama satu semester iaitu bersamaan dengan 4 bulan.

 

Berapa Kos perjalanan?

Ke semua kos ditanggung oleh pihak universiti iaitu University Malaya dan Qatar University. Kami hanya perlu menguruskan pasport dan gambar berukuran pasport.

 

Berapa subjek ditawarkan?

Kami hanya dibenarkan mengambil subjek maksima sebanyak 3 subjek sahaja, iaitu bersamaan dengan 9 jam kredit. Oleh yang demikian, saya dan rakan-rakan yang menyertai misi ini terlewat 12 jam kredit berbanding rakan-rakan di Malaysia. Disebabkan itu, selepas tamat misi ini dan mendaftar semula di Akademi Islam Universiti Malaya, kami harus mengambil jam kredit lebih setiap sem yang berbaki bagi tujuan menyelasaikan 125 jam kredit seperti yang termaktub dalam syarat pengajian.

 

Adakah subjek itu boleh di’transfer?

Ya. Sebelum kami dibenarkan meneruskan misi perjalanan, kami terlebih dahulu disuruh untuk membuat pemilihan subjek yang ada di Akademi Islam UM dan Qatar University. Sejurus pulang ke tanah air, kami perlu menyerahkan silibus pengajian yang dipelajari di Qatar University untuk dinilai sama oleh Senat University Malaya sebelum disahkan.

Prosesnya tidaklah rumit. Hanya memerlukan sedikit tenaga untuk berbincang dengan lecturer yang mengajar subjek berkenaan, kemudian dibuatkan surat dan dapatkan tanda tangan mereka sebelum diserahkan ke Pejabat Ijazah Dasar untuk diproses.

Untuk proses ini, kami juga harus membuat bayaran sebanyaj RM45 sebagai bayaran proses ‘transfer’ kepada pihak Universiti Malaya.

 

Adakah semua pelajar layak?

Ya. Asalkan syarat kelayakan keputusan peperiksaan mencapai 3.7. Wallahua’lam, di masa akan datang tidak dapat dipastikan bagaimana cara pemilihan.

 

Pelajar Jabatan mana yang menyertai misi ke Qatar University ini?

4 daripada Jabatan al-Quran al-Hadith dan 2 daripada Jabatan Fiqh dan Usul.

 

Kenapa Qatar University?

Kerana ia adalah university yang membuat MoU dengan University Malaya. Ini bermaksud, pihak Universiti Malaya yang menentukan

 

Apakah kelebihan menyertai misi ini?

Sangat banyak. akan dikongsikan kemudian.

 

 

sebelum terbang

sebelum bertolak

bersama dengan Dr Karim (Timbalan Pengarah Ijazah Dasar-Undergraduate) & Dr Asyraf (pensyarah pengiring)

 

to be continued.

itupun kalau rajin hehe.

 

 

 

Baiti Jannati, Gombak.

Pelajar Jurusan Agama

Tuesday, August 26, 2014

Ketika menghadiri program Multaqa Ulama Pelapis Ikram (MUPI) yang diadakan baru-baru ini, saya merasakan ianya merupakan salah satu penghargaan yang besar terutamanya kepada pelajar jurusan agama yang berkecimpung dalam dakwah tarbiyah dari dalam dan luar negara.

Mengenali sosok peribadi para ‘penggiat’ dakwah dari pelbagai lapisan latar belakang merupakan salah satu nikmat yang Allah berikan melalui jalan ini. Perkara ini justeru menampakkan kita bahawa, di mana wujud kekurangan dalam ‘ilmu’ mampu ditampung dan dipelajari daripada ikhwah yang lain.

Kerana hakikatnya sebuah perjalanan kebenaran ini harus dipandu dengan ilmu syarie tanpa mengenepikan ilmu-ilmu yang lain yang juga merupakan pelengkap bagi ilmu yang satu ini. Bahkan mewujudkan budaya fuqaha itu turut mencabar bidang-bidang ilmu yang lain, kerana…

“Tidak ada orang yang boleh memberi fatwa yang tepat melainkan seorang pakar”

Hal ini tidaklah terhad kepada ilmu agama semata, bahakan ilmu-ilmu yang lain juga. Justeru, pertemuaan ini lebih menampakkan bahawa jangan terhenti pada batasan ilmu yang dimiliki malah pergilah lebih jauh dalam sesuatu ilmu.

Banyak perkongsian menerusi Multaqa ini, dan telinga saya sempat menangkap bait-bait yang disampaikan oleh salah seorang ahli panel,

“Yang penting itu adalah Penguasaan ILMU, bukanlah isu lulus atau tidak lulus”

Lalu saya sempat merefleksi diri. Betapa saya masih jauh dalam kembara ilmu ini. Apabila sesebuah term itu disebutkan, terkadang masih lagi saya terkial-kial untuk memahaminya. Sehinggalah dengan itu, sekali lagi saya terpukul dengan kata-kata salah seorang ahli panel,

“Sekarang ini sebenarnya zaman ‘syeikh’ datang kepada kita. Buka sahajalah Youtube, dengar ceramah mereka. Followlah FB mereka untuk mendapatkan mutiara daripada mereka”

 

 

Haa, see. Sempat saya menerawang dalam kepala. Ada benarnya. Pengalaman peribadi saya, meskipun tidaklah banyak para ‘alim ‘ulama yang pernah saya temui, tetapi Allah pernah mengizinkan saya bertemu dengan masyaikh yang hebat-hebat belaka. Yang menjadikan ‘manhaj Rabbani’ menelusuri kehidupan mereka. Ada sesi tertentu pertemuan diadakan secara tertutup, lalu Allah izinkan saya menjadi pesertanya. Ada juga sesi secara terbuka, lalu digerakkan Allah agar saya mendengar taujihat mereka. Apa lagi alasan saya untuk tidak mencuba?

Bagi saya tidak ada yang lebih berharga melainkan dapat berdampingan dengan orang-orang yang berilmu dan soleh serta takutkan Allah. Setiap mutiara yang disampaikan membentuk wacana pemikiran kita. Justeru ambillah masa untuk mendekati dan mendengar taujihat mereka. Kita cuba!

Untuk ilmu sentiasa boleh maju, kita harus melakar ke depan. Diperdengarkan kepada saya melalui seorang ahli panel dengan kata-katanya yang cukup sempoi,

“Pastikan diri kita, ilmu yang kita ada memberi manfaat kepada ummah. Jangan dilupakan juga setiap keputusan terakhir yang kita buat itu haruslah melihat kepada maslahat ummah”

 

 

Perkara sebegini memerlukan ilmu dan kefahaman serta sudut pandang jauh ke hadapan. Bukan semua orang Allah berikan kelebihan sebegini. Maka, tingkatkanlah diri dan berusahalah menggali potensi diri.

Menjadi ahli agamawan ini tidak senang. Malah realiti yang membumi di Malaysia, wujudnya golongan yang anti-agamawan. Yang tidak serik-serik mengkritik agamawan. Antaranya mengatakan para ustaz-ustaz ini jual air liur sahaja, hanya pandai berbicara. Sebak bila mendengarnya kerana bukan semuanya begitu. Namun disebabkan nila setitik, maka rosak susu sebelanga. Kan?

Sebab itu apabila sesuatau pandangan kita dikeluarkan kita harus mempunyai sikap yang betul. Kerana praktilal kepada ajaran agama ini boleh jadi pelbagai dan tidak terhad kepada satu cara apabila melihat kepada situasi-situasinya. Harus berhati-hati dan sentiasa meyakini,

“Saya yakin saya betul tetapi pada masa yang sama saya mungkin salah”

 

 

Inilah contoh yang ditunjukkan oleh salah seorang daripada Imam Mazhab yang empat. Sebelum pergi jauh dalam bidang agama ini, eloklah dikenalpasti dalam diri:

- Bina Kemampuan Ilmu

- Bina Potensi Diri

- Bina Bidang Kepakaran

 

 

Semoga Allah memberikan saya kesempatan untuk terus pergi jauh di dalam ilmu-Nya yang satu ini agar menjadi manfaat untuk ummah di samping bekal untuk akhirat. Doakan saya! Semoga Allah sentiasa memberikan taufiq-Nya.

Jangan berhenti berlari!

 

 

20131009_155425

kerna saya juga merindui kuliah-kuliah yang saya hadiri

 

 

Baiti Jannati, Gombak.

Bernafaslah dengan penuh makna!

Monday, August 18, 2014

Aku selalu membiarkan nafas terjeda sambil termenung teringatkan pesan dari si dia yang selalu di pandang rendah suatu ketika dahulu.

“Meyn, aku bukan apa, aku selalu takut dengan apa yang aku cakap. Selalu aku berjaga-jaga. Sebab meyn, nanti aku takut dengan kata-kata itu Allah uji aku…”

 

Sudah berapa banyak kita bercakap?

Sudah berapa banyak apa yang kita cakap kita buat?

InshaAllah kita positifkan diri. InshaAllah sehari-demi-sehari kita mempertingkatkan diri. Mudah-mudahan. Bukankah mukmin yang baik itu, dia lebih baik dari semalam? InshaAllah kita selalu usahakan semampu kita. Jangan berputus asa.

 

Panorama yang meletihkan

Tidak kurang juga apabila kita dihidangkan dengan ragam manusia yang sentiasa asyik mahu menyalahkan orang lain yang selalu baginya nampak lebih teruk dari dirinya. Memang kesabaran kita teruji malahan tewas.

“Meyn, ada satu perkara yang jangan dilupa. Meski terukpun kita sebagai manusia, rahmat Tuhan itu lebih besar daripada segala ‘pemberian’ manusia kepada kita. Teruskan melangkah meski sesekali terjatuh. Kerana di setiap ‘kejatuhan’ pasti ada sesuatu yang perlu diperbetulkan..”

Ya deep!

Kadang kita kena berwaspada. Jangan kita sibuk nak menilai amal-amal manusia yang kita lihat dengan pandangan mata kita nampak sedikit dan tak bermakna lalu menghukum seolah-olah amal kita lebih banyak dan sempurna. Nauzubillah!

Kerana takutilah kita, dengan perasaan ‘banyaknya amal’ kita itu, sedang sedikitpun tidak dipandang bernilai di mata Allah, sedikitpun tak bernilah!. AllahuAkbar!

Kerana, tiada siapa yang tahu amal yang dikumpulnya itu lalu memasukkan dia ke dalam syurga penuh nikmat mahupun sebaliknya. Semoga Allah mengampunkan kesilapan kita di masa yang lalu.

 

Untuk itu, berusahalah untuk menjadikan nafas yang diberikan ini, dihirup penuh makna!

 

PhotoGrid_1407866981125

semoga setiap amal kebajikan yang kita lakukan sentiasa bernilai di sisi-Nya.

Ameen.

 

Baiti Jannati, Gombak.

Raya Si Bujang

Serius semalam pergi beraya rumah ‘tokoh terkenal’, berdua dengan seorang kawan. Hajatnya nak mengambil kunci rumah sewa. Erm bakal rumah sewa. Tetapi alang-alang tu, beraya terus.

Saya yang bakal menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, InshaAllah, seharusnya selalu berfikir, what’s next?

“Enti sambungla belajar di UM tu ya..”, kata Ustazah sambil menepuk-nepuk bahuku.

Saya rasa ini bukan kali pertama beliau memberi sarana begitu. Sudah berkali-kali rasanya. Sesungguhnya banyak juga yang dirancang. Tapi perancangan menyambung belajar tidak pernah dilupakan.

Semoga Allah menentukan yang terbaik untuk saya dan semua.

 

 

Kerana itu saya selalu berfikir:

-Bidang apakah? Tafsir? Hadith?

-Di manakah? UM? Luar?

-Master terus atau Kursus Bahasa dahulu?

-Belajar sambil bekerja?

 

Sungguh banyak yang perlu difikirkan. Semoga Allah tunjukkan jalan!

And me: jangan malas-malas!

 

 

tumblr_mllfeygcWf1r68l0uo1_500

Semoga!

Semoga!

Semoga!

Doakan

 

 

 

 

Baiti Jannati, Gombak.

sendiri

Saturday, August 16, 2014

Aku jarang sangat dan tersangat amat jarang untuk tiba-tiba mengambil keputusan untuk keluar sendiri mengambil angin sambil mengenali diri sendiri. Bukan tak pernah, cuma selalunya ke tempat-tempat yang dekat sahaja.

Ntah dari mana dapat ilham nak pergi berjalan sendiri di tengah kota Kuala Lumpur. Belum tahu bahaya mengundang, begitu jua persepsi seangkatan dengannya. Aku cuma perlu yakin dengan Allah sentiasa bersama dan berani menghadapinya. Maka langkah disusun.

 

20140717_120305

Kertas Projek Hadith

Fuhhh.. seminggu ini sahaja dua kali bertemu dengan penyelia kertas projek. Selang dua hari, sudah mahu dilihat progress kerja-kerja kita. Terasa sedikit mencungap menyiapkannya. But Alhamdulillah walau tak semua dapat disiapkan dalam kadar segera, sedikit pergerakan yang telah dibuat membuktikan ‘ada sedikit kerja’ yang sedang berjalan.

 

“Pakcik nak pergi UM boleh?”, tanyaku kepada pemandu teksi

“UM tu di mana ya?”, tanyanya.

“Oh Akdemi pengajia Islam”, jawabku

“Yang di hujung-hujung tu ya?”, tanyanya lagi.

“Haah ya”, jawabku ringkas

 

Aku suka berhadapan dengan benda baru ini! mencabar! Tetapi banyak memberi diri untuk mempelajari, memperbaiki diri, dan mengetahui ilmu baru. Seterusnya menguji juga kefahaman terhadap ilmu yang telah dipelajari.

 

Ke sana

Setelah habis bertemu penyelia. Bermulah episod ke tempat itu. Dengan kaki yang sakit, dibawakan hati ini. Bila bersendiri banyak kita belajar untuk berinteraksi dengan orang lain terutamanya orang-orang yang tak pernah kita kenali malah berbicara sebelum ini.

Bila sendiri tahulah kita apa perlu dibuat haha. Sebab kitalah yang membantu diri kita sebenarnyakan. Saya kemudian masuk ke sebuah pasaraya. Setelah buat ‘window shopping’ terhadap barang yang hendak dibeli, saya sedar, duit di dalam purse tak cukup. seterusnya…

 

“Assalamualaikum, nak tanya, kat sini ada ATM Bank Islam ke?”, tanya saya kepada seorang lelaki di kaunter pertanyaan.

“Oh tiada, tetapi ada di hadapan itu, jalan straight sahaja sampai hujung”, jawabnya sambil menunjuk arah.

“Ohh ni jalannya ke, straight ni? yang ni?”, tanyaku berkali-kali untuk kepastian.

 

Selesai semuanya, tiba masa untuk pulang. Sehingga situasi mengejutkan aku dengan ramainya manusia dan terdapat situasi di mana ada individu sedang menjerit-jerit dan bergaduh antara lelaki dan perempuan. Mengucap panjang di dalam hati. Aku tidak pergi berkerumun ke tempat itu. Hanya teruskan berdiri di tempatku sambil mendapatkan kepastian hanya dari kejauhan. Syukur tiada apa-apa.

 

“Yang tadi tu, mereka bergaduh atau lakonan?”, tanyaku kepada budak perempuan di sebelahku.

“Entahlah, saya pun tak pasti huhu..”, jawabnya

 

Ibrah sebuah perjalanan…

Sebenarnya kita mampu buat keputusan untuk berinteraksi dengan orang lain dan terus melihat suasana dan realiti kehidupan di sekitar kita. Cuma, berikan sahaja masa kita untuk mengenalinya.

 

10259901_617723641654334_2220003680363740589_n

 

“Bersandar pada diri sendiri bererti Anda harus mampu berdiri di atas kaki sendiri tanpa bantuan orang lain. Itu tidak bererti Anda tidak memerlukan atau menolak bantuan orang lain. Bahkan, Anda harus berdamai dengan diri Anda sendiri, yang berhak dihargai ketika tidak seorangpun menghulurkan bantuannya untuk Anda”

-Mahatma Ghandi

 

 

Baiti Jannati, Gombak.

dan akhirnya… apakah amal ini ikhlas dilakukan?

Wednesday, August 13, 2014

bismillah…

Rasanya sudah agak lama juga tidak menulis secara kritikal di sini. Entah apa yang ditunggu, saya pun tidak tahu.

________

Pernah suatu masa ketika menghadiri halaqah, setelah lama sudah tidak menghadiri halaqah atas faktor tempat belajar yang jauh dan tidak mempunyai tenaga yang mahu mentarbiyah saya, murabbi lalu bertanya kepada semua yang hadir,

“Akak nak tanya apa maksud Ikhlas?”, tanya beliau.

Masing-masing memberikan jawapan yang tersendiri, tak kurang juga ada yang memberikan jawapan yang sama. Sefikrah masa itu mungkin. Dan akhirnya saya berfikir-fikir. Entahkan apa jawapan yang nak diberikan pun tidak tahu. Nampak mudah bukan?

Sehinggalah murabbi memberikan taujihat yang panjang lebar, lalu diringkaskannya pula.

“Adik-adik yang dirahmati Allah.. Ikhlas itu umpama kamu membuang air di jamban. Lalu kamu ‘flash’ kan ia. Seolah-olah kamu tak nak tengok dia, kamu tak nak dah tahu bagaimana dia. Itulah Ikhlas”

 

Nahhh. Sekarang Ikhlas kita tahap apa? dan yang mana?

Melakukan kerja-kerja dakwah ini selalu menguji kita. Akan selalu menguji kita. Dan sebenarnya banyak faktor yang boleh kita lihat. Akan ada suatu tahap nanti kita diuji dengan kegagalan. Akan ada nanti kita diuji tiada yang berdampingan. Akan ada nanti kita diuji dengan sikap ‘team’ kita yang pelbagai. Inilah proses pembelajaran menerima dan memberi.

Sepulangnya dari bumi Qatar, saya bertemu dengan seorang ukhti. Wallahi, saya selalu kagum dengan generasi mereka, Selalu juga Allah memberikan saya peluang mengenali mereka tanpa saya taksub dengan apa yang menjadikan mereka kuat sebegitu. Masih terus thabat. Sehingga saya terpacul kata-kata…

“Terlalu cepat sangat mereka berundur..”

Panjang kami bahaskan isu ini. Lalu beliau mengatakan,

“Biasalah jiwa masih muda, memberontak. Akak rasa banyak keinginan mereka yang tidak cuba diraikan”.

Nahh sekali lagi.

 

Dakwah itu sebenarnya bagaimana?

Tak kurang juga saya selalu berfikir. Ya, apa sebenarnya dakwah itu? Apakah sekadar menyumbangkan masa, tenaga, wang kita untuk kerja-kerja islah. Apa juga sebenarnya dakwah ini tanpa tarbiyah?

Ya, seringkali kita sendiri tak terlepas, bila dikatakan kerja-kerja dakwah, kita bersikap menonjolkan amal-amal kita yang baik. Dan apakah amal-amal tersebut telah benar-benar berakar umbi dalam jiwa kita sehingga menjadi tabiat harian kita? atau hanya sekadar memperlakonkan watak-watak yang baik sahaja?

Ya, seringkali itu juga saya berfikir, justeru siapa diri kita yang sebenar? Seringkali kita bersikap tembelang. Di depan orang ini, kita begini. Walhal di depan orang sebegitu kita jadi begitu. Nauzubillah. Justeru, muhasabahlah kembali diri, siapa kita sebenarnya?

Apakah pula ada masa-masa tertentu untuk melakukan dakwah ini?

 

Tarbiyah itu selalu memperkasa

Hakikatnya, tarbiyah Allah kepada hambaNya sangat luas. Terkadang Allah menghadirkan kita seseorang untuk mentarbiyah kita. Tak kurang juga Allah mengilhamkan kita menyertai mana-mana badan yang menjalankan kerja-kerja dakwah dan proses tarbiyah ini. Tak kurang juga ada yang tetap baik dan soleh meski tidak menyertai apa-apa ‘badan’ sekalipun.

Saya masih ingat, ketika saya putus bekalan tarbiyah dari seorang murabbi, saya selalu yakin bahawa Allah akan memberikan caraNya mentarbiyah saya dari dimensi yang berbeza. Ya, tarbiyah dzatiyahlah yang memainkan peranan yang cukup maha hebat untuk meneruskan perjalanan tarbiyah sendiri.

Dan ketika itulah kita akan sedar, siapa diri kita yang sebenar dan amal mana yang sebenarnya telah berakar umbi dalam jiwa. Dari situ sedarlah kita kekurangan kita, dan kitalah yang harus membangun jiwa kita tanpa berlama-lama mengharapkan ihsan dan bantuan manusia yang lain,

Berbekalkan jiwa yang tak berapa kuat, kehidupan harus diteruskan. Thaqafah harus terus dibina dan sentiasa yakin dengan hikmah Allah yang tersembunyi.

Sesungguhnya Allah-lah yang sentiasa mengetahui apa yang terbaik buat kita menerusi setiap pemberian-Nya.

“Ya Allah, Janganlah Engkau jadikan dunia ini kerisauan kami yang besar. Cukuplah dunia ini wasilah untuk kami membina thaqofah, membina iman dan membuahkan amal yang menjadi bekal untuk akhirat kami…Ameen ya Rabb”

 

dan akhirnya… apakah amal ini ikhlas dilakukan?

Sesekali kita pernah merasakan terpaksa. Sesekali kita tak terasa apa-apa bila beramal. Nahh, tanyakan juga pernah kita mengungkit amal kita?

 

Simpanlah amal kita rapi-rapi.

Jauhkanlah rasa iri hati.

Lemparkanlah perasaan dendam yang pernah bertandang di hati.

Buangkanlah rasa Ego yang memenuhi diri.

Kelarlah rasa hebat pada diri.

 

Kerana kerja dakwah ini adalah untuk hati-hati yang sentiasa Ikhlas, kerana Dakwah ini untuk Allah. Hanya orang-orang yang melepasi ujian-ujian sebeginilah yang mampu pergi jauh berbekal kecintaan yang sangat tinggi bertemu dengan Allahu Rabbi.

 

Oleh itu, amal mana yang telah benar-benar ikhlas kita laksanakan……?

*crying*

 

PhotoGrid_1407395589964

 

 

Baiti Jannati, Gombak.

tak semua

Wednesday, August 6, 2014

bukan semua benda kita tahu, begitulah semakin banyak kita tahu rupanya semakin tersedar bahawa banyak betul lagi kita belum tahu. kan?

 

Dia cerita padaku, apa yang tak tersangka pada hematnya untuk takdir menetapkan sesuatu itu terjadi dalam hidupnya. Aku mendengar tanpa jemu, sebab inilah kehidupan yang sentiasa menemukan kita dengan perkara baru.

Begitupun dia tidak mahu pulang ke rumah setelah dia tahu. Aku katakan anak yang baik, menghadapi situasi dengan tenang dan memperbaiki mana yang mampu. Bukan isu siapa tarbiyah paling hebat, kerana iman kita ini sentiasa ada naik dan turunnya. Tuhan takdirkan ujian ini muncul saat keimanan lemah.

Dia menerima.

 

Aku tahu dia buntu. cuma sebenarnya ternyata ujian yang berat itu supaya kita lebih kuat dan cekal justeru bila hadirnya ujian selepas itu kita sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Maka, jangan takut bila ujian datang.

 

بعد كل عسر يسر

yang harus sentiasa ada ialah keyakinan dan keazaman yang kuat. Yakin dengan rahmat Allah. Tak jemu-jemu menyandarkan pengharapan padaNya.

Aku cinta dia

Aku sayang dia

dan hakikat cinta dan sayang itu, Allahlah yang menghidupkannya dan menyuburnya agar jangan kita terleka merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran kepadaNya.

1506071_552811104812255_693178006_n

baiti jannati, Gombak.

sebuah permohonan

Monday, July 21, 2014

Telah lama dulu aku pernah mengkagumi sosok peribadi seorang pendakwah tanah air. Siapa dia itu rahsia. Aku suka dan aku mahu jadi seperti dia.

Itu sebuah anganan pendek di masa itu.

 

Justeru aku selalu berdoa agar Allah beri aku peluang untuk menghidupkan jiwaku. Aku ingin sekali mengubah hidupku menjadi lebih baik. Aku ingin sekali ingin dikenali dengan akhlak terpuji. Tapi aku tahu semua itu tidak mudah tanpa pertolongan Ilahi, justeru aku selalu berdoa.

Sedikit-demi-sedikit aku cuba untuk mengubah diri, bermula dengan bertemankan rakan-rakan yang nampak dari segi luarannya baik, maka aku cuba dekati mereka. Meski dalam jiwa memberontak, tapi demi sebuah kebaikan, aku harus bekorban.

Perjalanan aku tidak mudah seperti orang-orang yang sememangnya sudah nampak baik. Dengan peribadi yang lasak, kasar, keras aku meneruskan kehidupan seperti biasa. Dahulu aku seorang ‘budak sukan’. Hidup aku main-makan-belajar.

Tapi hairan, aku memang tak berapa rajin belajar. Tetapi subjek aliran agama aku selalu minat. Selalu juga aku score. Hairan. Itulah penangan sosok yang aku kagumi, justeru aku yakini, biarlah macam manapun aku, tapi subjek agama aku kena faham.

kerana hidup aku, akulah yang memacu.

Dahulu aku pernah berdoa agar Allah tempatkan aku bersama-sama orang yang soleh,

dan adakah adil bila Allah sudah menampakkan jalanNya,

dan aku sengaja menjarakkannya?

 

Jatuh bangun bangun dalam kehidupan itukan suatu yang normal. Setelah sekali memilih jalan ini, jangan dilayangkan hati untuk berpaling lagi. Walau terkadang ada sahaja bisikan-bisikan di dalam hati, aku berharap agar aku terus dicekalkan hati.

Bukan mudah untuk memujuk hati, tetapi proses memujuk hati itu memang berkali-kali. Pintu kebaikan itu sangat banyak, tinggal pilih dan beramallah. Akan datang nanti pertolongan Allah, namun harus berbekalkan keyakinan yang mantap.

Biarlah hati ini diremuk berkali-kali, tapi takkanlah semudah itu untuk menyalahkan takdir Ilahi?

 

Ya Ilahi…

Ighfir dhunubi…

 

 

IMG_25625587486947

 

 

 

Baiti Jannati, Gombak.

peristiwa;bergoncang

Sunday, July 20, 2014

Lama kuberfikir.....

 

Buat muhasabah diri,

Segala yang baik dan buruk itu datangnya dari Allah.

 

Ketika tuhan memberi bencana,

Pasti selepasnya disusulkan khabar gembira.

Buat pengajaran bersama, terutamanya diri sendiri.

 

Hidup ini bila kita berhadapan dgn manusia,

Tuhan nak ajar kita sesuatu.

 

Jika baik yang terlihat, ambillah sebagai pengajran jika sebaliknya pasti ada sesuatu yang tuhan nak ajarkan.

 

"Di samping menjaga hbungan baik dgn Allah, hubungan dgn manusia juga perlu dijaga"

 

Bila berbuat salah sesama manusia, perlulah meminta maaf kepadanya. Bila berbuat salah dengan Allah, kembalilah bertaubat.

 

Pertamanya apabila Allah telah tetap kan sesuatu berlaku, terimalah takdirnya. Jika baik bersyukurlah, jika sebaliknya, Allah lah yg lebih mengetahui dgn pemberiannya.

Ujian yg diberikan justeru mendidik jiwa manusia dan mematangkannya untuk terus memandang masa depan yg penuh dgn pancaroba dan bersedia mendepaninya.

Apabila tuhan hantar kan musibah, buat mereka yg berfikir, pasti ada nilai yang ingin tuhan ajarkan. Supaya bila diuji lagi akan terus mampu bertahan. Agar meningkat keimanan seiring bertambahnya ujian.

"Hasbiyallahu wa nikmal wakeel, nikmal mawla wa nikman naseer"

 

Yang akan mengangkat kita bukan dgn kemegahan apa yg kita ada. Tapi amal yg kita bina dan redha Allah kepada kita. Selagi ada masa, kita masih boleh berusaha untuk memperbaiki apa kurangnya kita. Allah ada untuk membalas semua usaha kita.

 

"ALLAH ADA"

 

Meynalen,

24122013, Qatar.

 

 

menyemak catitan hati dalam gadget milik peribadi, sehingga aku menyemak semula khatirah ini. Sungguh ujian datang tanda Allah sayang.

 

Keep on praying!

 

1486913_10152169823423647_794365260_n

baiti Jannati, Gombak.

tanya!

"Kadang aku bertanya bukan kerna aku mahu menyidir

ataupun seangkatan dengannya,

Tapi memang sebab aku suka bertanya..

 

Justeru aku bertanya…

Kerana kepastian itu penting, Untuk aku"

 

Take it positive :)

 

Meynalen, 080514.

 

IMG_160714981246498

 

Baiti Jannati, Gombak.

tiada kata

Friday, July 18, 2014

andai aku diberikan pilihan…

 

aku tidak perlukan orang hebat untuk mengajarku

aku hanya impikan yang hadir itu…

 

yang mampu mengajarkan aku erti kerendahan hati dan diri

menjadi orang yang kaya jiwa!

 

biarpun jalan masih kabur….

20130909_094039 - Copy

 

Library UIA, Gombak.

Tidak Tahu

Wednesday, July 16, 2014

untuk pandai berjalan

jangan pandang belakang

nanti tak terlangkah

 

untuk terus mara

sesekali undur satu langkah ke belakang

untuk mengerti harus ada muhasabah diri

 

justeru pernah berbuat yang mana?

 

DSC04378

 

9:41 a.m, 170714

library UM, Petaling Jaya

Antara Pergi & Kembali

Sunday, July 6, 2014

kutitipkan post khas ini untuk seseorang yang cukup kukenali, walaupun baru, tetapi kejujuran yang ditunjukkan tidak mengecewakan untukku terus mengenalinya.

Dia yang aku kenal menerusi jalan dakwah ini, memulakan hubungan denganku dengan baik, meskipun hubungan kami pernah dilanda taufan, tetapi ianya sebuah takdir yang lebih mendekatkan kami.

Namun, baru-baru ini, sedang aku bertanya itu-ini akhirnya soalan yang sekian lama terpendam di dalam hati, akhirnya kusuarakan,

“Awak masih ikut halaqah?”

dijawabnya: “Tidak, tapi saya ada sebab”

Aku tidak cepat melatah dengan sebuah pengakuan jujur. Kerana aku tahu dia punya sebabnya, dan terimalah kita juga punya kurangnya. Sehinggalah akhirnya dia bercerita sebabnya mengapa dan berkata: “Tapi inshaAllah saya akan ikut kembali. Siapa tak rindu tengok sahabat yang lain sibuk menguruskan program itu ini..”, pokoknya sibuk di dalam kebaikan. Ya dia masih punya hati yang cemburu.

 

Untuk itu, hati saya sedikit terpukul,

maka inilah yang mampu saya ungkapkan buat dia.

 

Ketika pengakuan jujur dilafazkan,
Hati terjeda.


Seakan memahami apa yang sedang berlaku,
Cuma bukanlah aku yang paling mampu untuk merubahnya menjadi seperti inginnya aku.


Kerana sedikitpun aku tak punya kuasa melainkan dia.
Siapapun yang akan engkau jadi,


Percayalah tuhan ada di sisi.
Setiap apapun keputusan yang pernah diambil,
Tuhanmu lah yang lebih mengetahui.


Bukanlah mata itu yang menafikan,
Cuma mungkin hati belum betul-betul teguh dan sudi.


Tidaklah aku katakan hanya satu jalan dan caranya,
Sedang segala usaha dan keikhlasan dalam setiap langkahmu dipandang tuhan.


Aku mungkin tidak tahu apa yang berlaku,
Justeru bukanlah aku yang paling layak menetapkan pengakhirannya bagaimana.


Titisan air mata yang mengalir bukan bererti kecewa,
Tapi sedang dalam perjalanan mengharungi pahit maung cubaan dunia.


Tetaplah berusaha dan yakinlah dengan rahmat Yang Esa.

"Ya Allah terimalah amal-amal kami selama kami pernah bersama dan tetapkanlah pendirian kami terhadap kebenaran. Janganlah engkau biarkan kami menentukan kehidupan kami sendiri walaupun sekelip mata. Robbanā ātina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah wa qinā adhabannār"


Meynalen,
4/6/14, 1.33

 

IMG_180394850470211

 

 

Baiti Jannti, Gombak.

selamat datang kekasih

Saturday, June 28, 2014

Tahun lalu, oarang yang palin banyak menggalakkan untuk sentiasa berusaha menggapai kesempurnaan Ramadhan adalah murabbi tercinta. aku rasa dia satu dalam seribu, tiga bulan awal dia dah siap remind kami.

 

 

pokoknya bukan itu kan,

harusnya kitalah yang sedar diri,

takkan selamanya mahu bergantung pada orang kan?

 

Ramadhan kali ini menyaksikan perbezaannya inshaAllah

 

Ramadhan Kareem

Ramadhan Mubarak

la kum!

 

IMG_127973476495242

 

 

 

Baiti Jannati, Gombak.

Eh macam tu pula ke?

Saturday, June 21, 2014

Exam semester kali ini cukup menghambarkan. Kalau dahulu, ketika belajar di Qatar, saya merasakan itulah antara exam yang paling susah. Namun sepulangnya ke negara sendiri, di bumi tanah tumpahnya darah, begitu lebih sukar rupanya.

 

Begitulah, setelah selesai satu ujian, akan disusulkan dengan satu ujian yang lain. Kerana apa yang diminta dari manusia secara berterusan adalah keimanan kepada Allah tanpa jemu-jemu.

 

Berputus asa?

Tidaklah sebegitu teruk bunyinya. Hanyasanya bagaimana kita boleh membantu diri untuk memperbaiki banyak perkara. Tak dapat jawab exam, gelap masa depan? Siapa cakap?

 

Husnudhon dengan susunan Ilahi

Jangan begitu cepat menyalahkan takdir. Kerana sesungguhnya Allah memberikan apa yang sesuai untuk kita. Tak lebih dari itu.

 

 

Have faith!

10416990_10152256280212638_7650539552241374010_n

 

beyt al-‘Aliyy, Petaling Jaya.

di sebalik semua ini

Monday, June 16, 2014

dibalik awan mendung ibarat wajah yang muram, akan terpancarkan nanti sebuah kebahagian yang tidak pasti apakah ianya pelangi, apakah ianya hujan atau apakah ianya petir menyambar.

 

 

dan aku bersyukur atas segala ketentuannya,

meski menggugah iman juga untuk merentasinya.

 

 

Allah tak biarkan kita,

cuma di mana Allah dalam hati kita?

 

 

Tuhan,

izinkan aku terus husnuzon,

berterusan senyum,

berpanjangan dalam tingkah positif

kerana yang mengizinkan ke semua ini berlaku adalah engkau Ya Rahman.

 

 

Masa akan terus berlalu,

semua akan meninggalkan kita,

tapi tidak Allah.

 

 

Meski berkali-kali memohon,

berkali-kali berusaha,

berkali-kali menanam harapan,

percubaan demi percubaan untuk menggapainya,

aku akur kalau belum tiba masanya

 

 

dan tetaplah aku bersyukur

dengan gelombang yang banyak ini

Kau terus mendidikku

dan aku terus mengenali diriku

 

 

dan masanya akan tiba,

tidak lagi aku mahu mengejarnya,

tidak lagi mahu aku meletak tinggi harapan,

hanya yang aku tunggukan adalah Yang Terbaik dari sisi-Mu ya Rabb.

 

 

mengertilah dan memahamilah,

semua akan terus meninggalkanmu,

tetapi tidak Tuhanmu.

 

 

1901348_10152199664172638_3485903327389720517_n

Tuhan lebih tahu bila masanya,

dan akan memudahkannya bila saatNya,

insha Allah!

dan tersenyumlah, tiada ruginya!

 

 

Beyt al-‘aliyy, Petaling Jaya.

simbahan langit

Monday, May 26, 2014

tangisan awan yang menghiasi malam ini cukup mendamaikan,

seakan tidak mahu aku masuk mengunci diri di dalam selimut.

 

kerana ingin sekali aku menghayati sebuah pemberian ini,

pemberian untuk disyukuri.

 

1508098_10152199700027638_4592170411111588372_n

menyedari tubuh perlu direhatkan, aku jadi terfikir,

“andai aku mati esok bagaimana?”

Sudah cukup beramalkah aku?

Diterimakah amalanku?

 

terkadang aku jadi segan melihat anak didikanku jauh meninggalkan aku dalam pemantapan amalan mereka,

meski seharusnya aku berbangga dengan mereka,

tetap tidak melupakan aku juga harus terus mempertingkatkan.

 

sukar untuk diceritakan,

apa yang tersirat.

 

Semoga Allah terus memandu kehidupan seharian kita!

 

 

 

Bayt al-‘Ulya, Petaling Jaya.

Ragam

Tuesday, May 20, 2014

untuk aku mendefinisikan bahagia,

tidaklah semudah kau melihatku tersenyum ceria.

 

Aku manusia.

 

10151818_10152175157187638_6364847025271226838_n

 

tentang hati

aku betul-betul teruji

semoga Allah terus tunjukkan jalan

 

 

 

 

Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya.

Sebelum mengalah

Wednesday, May 14, 2014

Kehidupan sehari-hari akan menjumpakan kita dengan ramai manusia. Pelbagai citarasa, latar belakang, warna kulit, bangsa, pangkat mahupun agama. Kehidupan yang kian mencabar membuatkan kita akan selalu tertanya-tanya tentang kehidupan ini.

Sedang lupakah kita bahawa Allah telah menceritakan ke semuanya di dalam al-Quran?

Ya, keimanan yang menipis, ujian yang semakin mencabar membuatkan manusia seringkali goyah. Sukar untuk dijelaskan. Dunia mutakhir ini pelik-pelik. Nampak baik belum tentu sebenarnya baik begitulah sebaliknya. Ini seringkali membuatkan aku bangun, kerana boleh jadi hari ini kita disempurnakan dalam kebaikan, tetapi bila kita tak memperjuangkan kebaikan ini di dalam hidup kita, ia akan lari pula meninggalkan kita.

 

Terkadang aku sedikit kecewa.

“Dosa yang diperbuat hari ini langsung tidak menimbulkan kekesalan di hati…”

Memang susah untuk memahami umat yang ada kini, seperti susahnya kita nak memahami siapa diri kita. Allah… Allah…

 

Jika di kampus, bila elemen ‘dakwah adalah kehidupan’ hilang daripada kaca mata seorang Daie, lantas menukar diri kita untuk mengejar seperti apa yang dikejar oleh manusia biasa sehingga terlupa tugas yang sepatutnya dilakukan.

Astaghfirullah.

 

Tak perlu kita salahkah sesiapa, tanya diri kita.

Tanyalah pada diri kita apa sebenarnya yang kita mahu.

Jujurlah pada diri sendiri.

 

 

Sebenarnya kita mesti melihat kehidupan kita, bermuhasabah dan belajar darinya!

 

Situasi 1:

“Kau kena berusaha…”,

Sehingga yang hanya dilakukan hanyalah usaha. Usaha tanpa henti, pagi dan petang, begitulah hari-harinya. Yang terkadang melupakan disebalik berusahanya seorang mukmin itu, dia perlu berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Kerana apa yang diusahakan tidak akan membuahkan hasil sekiranya  Allah tidak mengizinkannya.

 

Situasi 2:

“Kenapa Mawar tidak hadir ya? ada sesiapa tanya?”, tanya murabbi di dalam halaqah.

Ketika semua buntu tidak tahu apakah jawapannya, maka soalan dibiar sepi tanya jawapan. Sesekali ada yang berbunyi, “Diakan ada dalam group Whatsapp kita, takkan dia tak baca?”. Sungguh! bila berhadapan dengan situasi ini, perasaan bercampur baur.

Nak marah pun ada, sebabnya, bukan sehari dua hari dah ikut halaqah. Takkanla tak reti-reti. Nak menyampah pun ada, sebabnya macam-macam pulak tu alasan diberi kalau suruh datang halaqah. Nak give up pun ada, sebabnya rupa-rupanya tak datang halaqah sebab melancong!

Kalau perlu cari 1000 alasan, agaknya kita akan cari. Lepas satu-satu kita akan katakan. Tapi kurangnya sensitiviti kita sebenarnya. Dah tanya belum kenapa dia tak datang? Ada ajak dia sekali tak? Ada mesej dia tak? Ada siapa-siapa tahu kalau-kalau dia ada masalah untuk hadir?

Allah….kita golongan yang mana?

 

 

 

Cukuplah sekadar ini contohnya.

 

 

 

 

Terlalu banyak sebenarnya kita kena sedar diri.

Semoga Allah terus memberikan jalan,

Semoga Allah terus memaafkan kesilapan kita,

dan semoga kita terus berharap hanya pada-Nya.

 

10247275_718019251575376_5776273444483770954_n

 

 

Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya.

cerita hujan

Monday, May 5, 2014

Ada orang kata, Masih tak cukup seninya.

Masih belum jumpa yg bagusnya.

Ahh persetankanlah semua tu.

Kalau kau reti kata, kemudian reti nak buat tak mengapa juga.

 

Ada yang aku jumpa, berkata sebaliknya.

Nahhh. Ini namanya variasi dunia dan citarasa.

Manakan pernah sama antara keduanya.

 

Aku hargai kau, Untuk kau tahu setiap insan ada keunikannya.

Jangan biar aku pupuk benci,

kerana aku khawatir aku mati,

sebelum benar-benar ia hampiri.

 

Aku mohon pada tuhan,

agar dikuatkan hati,

melawan gejolak hati.

 

hujan mengajak untuk menukilkan sesuatu.

 

396775_522400641130890_870193779_n

 

Beyt al'-Ulya, Petaling Jaya.

Menjadi seperti apa?

Saturday, April 26, 2014

Sedang aku seronok untuk memperbaiki tugasan pelajaran,

ada sesuatu yang terus menganggu minda.

 

untuk terus aku titipkan,

untuk terus aku nyatakan,

inilah dia sebuah pemberian….

 

Sekali lagi setelah berkali-kali...


***Sebaik-baik manusia:
seseorang yang panjang umurnya dan baik amalannnya


***seburuk-buruk manusia:
orang yang panjang umurnya dan buruk pula amalannya

__________

"URWAH menampakkan padaku erti menjadi seorang yang BERAMAL"


erti terlaksananya tanggungjawab itu aku kira apabila segala yang diketahui diamalkan,
tak cukup ia sekadar dicatitkan dalam helaian,
tak cukup sekadar reti berkata tentangnya,
tak cukup sekadar memerhati,
tak cukup sekadar berfantasi tanpa jejak pada realiti,
dan memang tak pernah mudah.

 

erti nikmatnya hidup ini aku kira apabila setiap detik itu dihadirkan Allah di dalam hati sehari-hari,
ianya tak kan pernah ada tanpa penghayatan,
tak kan pernah ada pada hati yang keji,
tak kan pernah ada jika duniawi mengaburi hati,
tak kan pernah ada tanpa mencari,
dan memang tak pernah mudah.

 

erti tingginya hidup ini aku kira bila segala nikmat yang diberi pandai disyukuri,
tak merungut apabila diuji,
tak resah apabila tidak memiliki,
tak risau untuk diatasi,
tak takut untuk terus memberi,
dan memang tak pernah mudah.

 

Urwah bin Zubair.

ketika saudaranya bercita-cita untuk mejadi orang yang berkuasa,
malah dia, Urwah bercita-cita untuk menjadi seorang ilmuwan yang beramal.

dan kita? Aku, Kau?

 

1781931_10152626984174056_428636837_n

 

Beyt al'-‘Ulya, Petaling Jaya.

Aku

Thursday, April 24, 2014

sungguh aku tak tahu betapa terasa sesaknya jiwa..

mungkin aku tahu kenapa, cumanya inilah masa mengoreksi jiwa.

 

sehingga yang memotivasikan aku,

tetap diri aku.

 

yang menggerakkan aku,

tetap diri aku.

 

kenapa harus aku cepat mengalah?

 

_______

Day 1:

Sedang kepala sudah kepeningan,
Kupesankan pada hati agar tabahkan jua menapaki.


Kerna kukhawatir,
Apabila kumohon berhenti,
aku tidak mahu berjalan lagi.


Kupasakkan pada zihni,
bahawa betulkan niat kerana Ilahi.

 

Day 2:

Bukan aku tidak suka keramaian,
Tapi aku sukakan penghayatan.

Semalam berpulangan,
Melihat ayah bonda,
Meski sekejap cuma,
Tetapi kurasakan tenangnya.

Sempat jua melihat dua jejaka zZ,
Bersiapan ke madrasah,
Terimbau zaman yang telah lama ditinggalkan.

Ketika masa menguji kita dengan bayaknya benda,
Membuat kita lelah seketika.

Hanyasanya berjalan,
Mengeluarkan diri dari sempitnya ruang,
dan bertemu dengan insan yang mahu berkongsi jenaka sudah cukup mampu mengukir senyuman.

Biarlah bilangannya tidak ramai,
Tetapi mengetahui bahawa dengan kehadiran mereka pasti punya ruhnya.

Semoga~

 

dan akhirnya aku terpana bila ada insan ingin berbicara,

katanya:

jaga niat

 

cukuplah satu bait ini memercikkan habuk-habuk ke dalam mata.

betapa terlalu hinanya aku.

 

59665_519978371373117_385741006_n

 

 

Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya

Termenung

Wednesday, April 16, 2014

Memutarkan masa kebelakang,
lalu tersenyum.


Inilah dia perbezaan,
untuk setiap halangan-halangan kehidupan.

 

Seringkali kita menginginkan memori lama berulang kembali,
tapi---
itulah cuma sekali,
yang diciptakan sesuai untuk ke sekian masanya.

 

"Jangan menangis walau jasadmu terluka"


IMG_63286593190922

 

 

 

 

Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya.

Khatirah; Faktor membahagiakan?

Monday, April 14, 2014

berpagi-pagian kerana Allah itu indah,

kerana keupayaan  untuk melaksanakan hal demikian datangnya dari Allah jua

 

IMG_180235792896893

Dalam hidup ini, terlalu banyak peristiwa Allah takdirkan untuk kita. Dan di setiap sesuatu yang Allah tetapkan pasti punya rahsianya.

 

Terkadang duduk sendiri, aku berimaginasi. Memutar masa ke belakang merungkai hikmah untuk kehidupan hari ini. dan alangkah bahagianya…. bila menyedari di setiap perpindahan, di setiap langkah, di setiap kesilapan, di setiap kegagalan…. itu semuanya mematangkan dan terus menguatkan aku hari ini.

 

Tanpa berlakunya semua itu, entah mungkin aku di mana-mana?

Ya Allah bersyukurnya aku terhadap apa yang telah berlaku.

 

Meski bersusun-susun dosa-dosa, selagi harapan dan hari masih ada, aku punya peluang. aku, kau juga!

 

Cuma,

kita semua sampai bila-bila tetap memerlukan bantuan Yang Esa,

kita perlukan petunjuk-Nya,

kita perlukan hidayah-Nya,

kita perlukan Dia !

 

Tuhan beri kita segala,

adilkah kita menyalahgunakannya?

 

Ya Rahman, agar kau terus mengasihani kami sentiasa.

 

 

 

 

Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya.

mengharap terus sirna-Nya

Dewasa,

terus mengajar aku erti luka..

 

hanya aku sahaja yang harus ‘POSITIF’ mengharunginya!

meski sukar,

meski payah,

meski jerih,

kerana aku masih berada di dalam sebuah perjalanan.

 

Perjalanan yang aku belum tahu apa pengakhirannya,

apakah aku terus di bawah naungan cinta-Nya,

atau aku terus disingkirkan kerana berlakunya tapisan-tapisan oleh-Nya.

 

Kau yang membaca,

terus doakan aku ya!

 

never

 

Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya.

Di sebuah penjuru kecil

Thursday, April 3, 2014

“Inilah yang Tuhan berikan…”

 

Kau tahu, betapa aku rindu kelas sirah yang pernah dilalui sepanjang di Qatar. itulah pertama kali sepanang hidup, benar-benar aku menghayati sirah.

Walau bahasa seakan menjarakkan, tapi aku rasa best. Seakan-akan aku mampu mengingati apa yang diulang, yang diceritakan oleh Dr Iqbal.

Ntah, aku rasa sayu.

Sebab aku tak tahu samaada aku dah betul-betul menghayati perjuangan ini.

 

*****

 

Sebab aku hirup nafas perjuangan ini,

tak seindah mereka yang sedap-sedap digelar anak ikhwah-akhawat.

 

Aku tak nafikan ibu ayah aku juga dibentuk melalui nafas ini,

sungguh gigih mereka berjuang untuk tetap kekal bersama.

 

Dan hidup aku,

pilihan aku.

 

Ibu ayah aku tidak pernah paksa untuk meneruskan perjuangan ini,

tak pernah aku dicucuk-cucuk untuk mengikuti segala keputusan mereka.

 

aku dididik untuk terus berdikari,

cuma entah bagaimana, aku boleh berada di sini.

 

aku tidak menyalahkan sesiapa kerana,

yang namanya perancangan Ilahi ini jauh lebih indah untuk dihayati.

 

Beruntunglah andai yang didepani itu warisan,

dan tetaplah bersyukur Allah mengizinkan untuk terus bersama.

 

Tiada beza dan mulianya kita bersandarkan semua ini,

kerana yang dinilai tetap ketaqwaan,

justeru aku tetap ingin terus utuh!

 

 

meski tiada tempat bersandar,

untuk dicurah segala isi hati,

teruslah memujuk hati,

kerana Allah sentiasa di sisi.

 

1521933_10152169641668647_1376708739_n

 

Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya.

khatirah; Dua

Tuesday, April 1, 2014

Jarak,


meski Tuhan tetap memisahkan,
bukan bererti tidak mahu mempertemukan,
kalau sudah takdir untuk tidak bertemu,
dan Dia lebih tahu.


kerna Tuhan ingin mengajar,
meski dekatpun kita dengan manusia,
yang tetap menjadi sandaran hanyalah Dia.

 

kerna yang namanya manusia itu,
kekal tidak punya apa.

 

pendaki-gunung

 

Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya.

khatirah; satu

hari ini aku rasa nak menulis sesuatu…

 

rindu datang menyapa.

rindu kelas tafsir di Jamiah Qatar! rindu senyuman ustaz yang penuh keikhlasan, rindu suasana pembelajaran yang tenang… jauh daripada gangguan hati…

 

Pengalaman itu mengajarkan aku sesuatu, mendidik aku sesuatu, melenturkan kedegilan aku secara lembut.

 

Jauh yang membina.

membina sesuatu yang aku hanya jumpa di sana.

 

Mutabaah hafazan setiap minggu,

aku rindu masa-masa terluang untuk menghafal al-Quran.

aku rindu kegigihan untuk mencapai sasaran hafazan.

sebab aku bukan penghafal tegar layaknya seorang hafiz.

 

Perjalanan tarbiyah yang diaturkan Allah untukku,

dan Allah lebih tahu.

 

 

dah jauh berjalan, sungguh aku tetap menggertak hati,

“Di mana Allah di hati, setelah segalanNya diberi…?”

 

Lintasan hati lantas mengingatkan diri,

agar terus menyerah diri pada Ilahi,

Sungguh terlalu rindu untuk terus mendapat pancaran Ilahi,

kerana hidayah Allah bukan hanya perlu ditunggu bahkan perlu terus dicari.

 

agar nadi yang terus berdenyut,

tidak hanyut.

 

432313_494517890570045_224628792_n

 

Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya.

tersenyum aku

Sunday, March 23, 2014

“takkan kitorang nak jadi macam kakak-kakak yang pasif di luar? yang hanya sibuk untuk urusan DnT sahaja…?”

 

aku, jujur tak sedih. sentap pun tidak. kalau aku nak ada rasa tu di hujung-hujung je.

 

kau nak tahu kenapa?

sebab, jika tiada orang yang ingin bekorban, kau tidak akan merasakan apa itu sentuhan.

 

Sungguh aku teringat, dan semoga Allah terus mengikhlaskan hati….

menjadi golongan pemula itu, banyak ujiannya. dan di antara ujian itu ialah dengan membuat keputusan untuk terus memberikan fokus kepada proses sebagai seorang yang ingin memulai. Antara perkara yang perlu dilakukan ialah, melepaskan keinginan jiwa, tawaran dunia..

 

cuma, kecintaan kepada ilmu aku tidak pernah letak ke tepi. kerana memahami ilmu Allah itu suatu kewajipan.

 

aku bukan bercakap atas faktor ingin mengatakan kehebatan, malah bagi yang tidak memahami, mereka akan memandang rendah dan sinis sahaja, kerana apa yang aku buat ini tiada apapun kelebihan sebagai mahasiswa yang bagi mereka seharusnya rancak dan hebat di dalam persatuan dan lain-lain.

 

bagi aku secara jujur, usahlah dipertikaikan pilihan aku. aku malah bersyukur dengan takdir Ilahi meletakkan aku di mana aku sekarang.

 

cukuplah untuk mengatakan, dunia ini persinggahan.. tempat untuk beramal dengan bersungguh-sungguh.. aku cuma tidak tahu amal mana yang akan menghantarkan aku ke syurganya, dengan itu aku akan terus cuba bertahan dan bertabah untuk meneruskan apa yang aku lakukan.

 

membina manusia itu lebih aku cintai daripada mengumpul sijil-sijil, kerana di dalam kehidupan ini yang lebih utama ialah pengabdian kita kepada Allah. bagaimana untuk tidak membina sedang umat terus di dalam kehancuran? aku tidak salahkah keinginan kamu untuk terus mengumpul sijil-sijil, kumpullah, malah peranyakkanlah kalau dengan itu Islam akan tersebar atau dengan itu kau lebih bermanfaat kepada ummah. kerana setiap orang lain kemampuannya. mungkin aku tidak mampu, dan kau mampu.

 

semoga Allah terus mengikhlaskan hati……

 

923230_10200507186514871_1574213379_n

 

 

Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya.

di kala aku tidak tahu…

Monday, March 10, 2014

ketika hati mendung,

yang akan ada nanti cuma perasaan yang datang bertandang,

membuai-buai seolah berfantasi sejauh-jauh yang termampu.

 

Ini sesuatu yang jarang-jarang.

 

Terlalu banyak dosa,

sehingga aku malu untuk berada sejauh ini.

sehingga aku rasa kerana dosa yang aku lakukan telah melambatkan ‘perjalanan’.

 

Semoga Allah tetapkan,

Semoga Allah kuatkan,

Semoga Allah sabarkan hati menempuh onak-duri.

 

Sungguh dunia melelahkan,

terkadang melalaikan-melekakan,

penuh tipu daya…

 

Ya Rahman campakkanlah kasihmu sentiasa

agar aku terus kuat

agar aku terus mampu mengejar redha-Mu

 

tumblr_mlteouP0DY1s4shrvo1_500

 

.

.

.

.

.

 

 

Beyt al-Ulya, Petaling Jaya.

Air

Thursday, March 6, 2014

Kau tahu erti air?

aku spesifikkannya kepada air mata.

 

Kau tahu air mata itu bagaimana?

Allah……

 

Bertandang saat hati disentuh.

Ya, saatnya hati tersentuh.

 

Eh tidak juga!!!

 

Saat hati diragut.

Ya, saatnya hati dipagut.

 

Bersangka baiklah, aku.

Allah ambil sesuatu, kerana Allah ingin memberikan sesuatu yang jauh lebih best!!!!

Walau aku tahu perit menahan perjalanan untuk melakar sesuatu nan indah.

 

Masa, jangan engkau hantarkanku ruang yang melekakanku…

Aku sudah tidak punya masa……

Aku masih merasakan aku tidak berbuat apa…..

 

20130928_160535

 

 

Beit al-‘Ulya, Petaling Jaya.

Sesuatu

Monday, March 3, 2014

setiap pagi bangun dengan harapan baru,

agar jiwa terus tahu,

masih banyak perlu diperlaku…

 

sungguh tiadalah daya kemampuan,

kecuali dari-Nya…

 

_____________

 

Kau tahu, setiap manusia yang hadir dalam hidup kita sebenarnya mengajarkan kita sesuatu,

Kalau tidak banyak, sedikit..

Kalau rasa tiada, atau sebenarnya kita yang sombong? merasa diri sentiasa di tahap yang paling baik berbanding orang lain?

Sungguh betapa kerdilnya diri kita, tidak mahu mempelajari dari setiap apa yang kita lihat? lantas merasakan kitalah yang paling baik…

Allahh….

 

_____________

 

Aku masih ingat,

ketika mula kaki berpijak di bumi hijaz itu, betapa cuacanya sedikit panas, betapa banyak perkara yang perlu kita ubah. mana tidaknya, berada di bumi asing. pelbagai perkara baru yang perlu dipelajari. Uruf dan adatnya juga berbeza lantas bahasa juga berbeza.

Aku juga melalui fasa yang berbeza. Tiada lagi usrah, tiada lagi Daurah dan lain-lain. YA pertama kali merasa begitu tiada yang mengikat komitmen, melainkan terhadap pelajaran. Sedikit kekok, cuma aku yakin ada sesuatu yang Tuhan ingin ajarkan.

 

Kegigihan

Usaha

Kekuatan Ruhiyyah;Pergantungan kepadaNya

Tarbiyah Dzatiyah

Keyakinan

Bersabar

Kesetiaan

Ukhuwwah

Syukur

 

terlalu banyak, sehingga tak termampu dinyatakan. Tuhan itu tahu apa perlunya kita. Semoga Allah terus memndu langkah kita.

Melihat bangsa ini cukup mengajarkan aku erti kematangan. meski umurnya kecil, tetapi tahap kematangan teserlah.

Kita di mana-mana pasti ketemui jenis manusia yang membantu atau sekadar sambil lalu. Persoalannya, kalau kita mahu dibantu, apakah kita pernah terlebih dahulu menghulurkan bantuan? Pasti akan ada insan di muka bumi Allah ini yang cirinya suka memudhkan urusan manusia, semoga apabila kita bertemu insan sebegini kita mempelajari dari mereka sifat mulia ini. Kenapa tidakkan?

 

20130911_132300

 

Rindu menemani hari,

tetapi tidak mematikan realiti.

 

Beit al ‘Ulya, Petaling Jaya.

Don’t be afraid to fail- you will sometimes.

Monday, February 17, 2014

 

The reason why something is considered a risk is because you cannot predict what will happen.

It’s true, the outcome might be failure. The upside to failure, however, is that you always learn something in the process.

Demystify failure.

Realize it is no big deal to mess up, and try again.

Once you become unafraid of failure, it won’t hold you back from taking risks that are bound to end up successful!

 

Senyum sempoi memulakan sebuah perjalanan yang tiada penghujungnya….

 

Semester 6 di bumi Malaysis bertuah.

meninggalkan jauh sebuah jarak yang pernah dilalui.

 

memuhasabah diri,

sesekali merenung dan hidup bersama kenangan semalam,

kerana aku yang melaluinya,

pasti setiap fasanya kuingati selalu,

meski kini tinggal memori.

 

sudah berlalu

 

Bait al-‘Ulya, Petaling Jaya, Malaysia.