468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

sebulan sebagai pelatih "PLKN KEM SERI PERKASA,MANTIN"

Friday, April 24, 2009

Bismillah..

Mungkin inilah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan semangat yang telah saya harungi sebagai pelatih kem PLKN Sri Mantin. Di dalam sebutan arabnya begini : 

Ana romyun, min rimayatil islam, Farmi aina ma shi'ta. 
  
Jika diterjemahkan ungkapan ini, ia membawa maksud:
 
"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam."  ~Saad bin Abi Waqqas~


Pernah berniat
Sebenarnya pernah di hati terlintas lantas berniat untuk memasuki PLKN. Masa itu umur saya baru 15 tahun. Ketika itu baru tingkatan tiga. Kalau perhitungan tahun, ketika itu era 2006. Tak tahulah kenapa semangat sangat. Mungkin merasakan banyak aktiviti menarik yang disediakan. Maka saya berminat untuk menjadi salah seorang pelatih. Maka niat dipasangkan.

Dalam masa yang sama, di era persekolahan samaada di sekolah rendah (SRI AL-Amin Gombak), memang kami telah didedahkan dengan ilmu berkaitan dengan perkhemahan, ikatan, kawad kaki, jahitan dan lain-lain yang bersifat kendiri. Dalam rangka membina pelajar yang berdikari disamping menjadikan diri serba boleh. Begitu juga di alam sekolah menengah (SMI Al-Amin Gombak) sejak bergelar pelajar tingkatan satu sudah di’gasak’ dengan perkhemahan yang sangatlah meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri. Begitulah kami selaku pelajar sekolah yang telah dididik dengan ilmu perkhemahan, ikatan, kawad kaki, pertolongan cemas dan lain-lain sejak di usia yang muda.

Kerana jiwa yang penuh dengan semangat hutan, maka semangat jugaklah nak menjadi pelatih PLKN walaupun tidaklah mencabar sangat jika nak dibandingkan dengan perkhemahan yang pernah dilalui sebelumnya.

Maka aku memang ditakdirkan untuk ke sana
Pada usia 17 tahun, perasaan mula berubah. Mungkin kerana terpedaya dengan rakan-rakan, maka saya pernah merasakan terkilannya terpilih sebagai penghuni kem PLKN. Sedihnya tak dapat digambarkan sehinggakan sebelum waktu berlepas ke Kem PLKN Sri Mantin pada 20/3/2009. Saya mendaftarkan diri di tempat ‘pick up point’ di Dewan majlis Daerah,Kuala Pilah.

Saya akur dan mengharapkan Allah sentiasa aturkan yang terbaik untuk saya. Saya tiada siapa-siapa di sana. Hanya ada Allah.

Hari-hari sebagai pelatih PLKN
 Beginilah jadual harian yang saya lalui ketika menjadi pelatih di sana :

5.00 am : bangun n siap2 g surau.
6.30 am : ade 'PT' (physical training) pagi. kire riadahla. HUHU.
7.30 am : SARAPAN pg.
9.00 am : pergi ke KELAS (macam2 kelas).
10.30 am : minum pagi.
12.30 pm : LUNCH.
1.15 pm : ke surau, solat zohor.
2.30 pm : saMAada pegy KELAS/ AKTIVITI FIZIKAL.
4.30 pm : minum petang n solat asar.
5.30 pm : RIADAH.
6.30 pm : DINNER.
7.15 pm : ke surau, solat magrib till isya'.
10.30 pm : minum malam & roll call (perbarisan malam).
11.00 pm : TIDUR.


Berdisiplin. Itu yang saya akui. Bangun pagi. Segalanya ‘on-time’. Kehidupan teratur. Sesekali dah terbangun awal, menjadi rezeki untuk saya melaksanakan penghambaan saya kepada-Nya. Tahajud menyerahkan diri kepada Allah agar terus dibimbing semasa berada di sini. Saya tak pernah tinggal bacaan mathurat di pagi hari, saya tak pernah tinggal untuk membaca surah Al-Mulk sebelum tidur, saya juga lazimi diri dengan ibadah-ibadah sunat seperti solat sunat. Itulah yang menjadi kekuatan utama saya.

Minggu Pertama- boleh digambarkan sebagai minggu ‘warming up’. Jadinya para jurulatih bersikap tidak terlalu keras. Santai-santai sahaj. Iyalah kan, pelatih baru masuk. Tapi biasalah, sebelum pelatih naik kepala, maka kami didengarkan dengan beberapa ‘bebela’ yang berupa nasihat.

Alhamdulillah, seawall hari kedua di sana, saya sudahpun dikurniakan sebuah kumpulan. Maksudnya ‘gang’ la kan. Kami ada 10 orang yang berbeza latar belakang. Macam mana boleh terbentuk? Inilah kuasa Allah. Dia berhak melakukan apa sahaja. Siapa kami ber-10 ini ya?

NORLY: rakan sebelah katil. Antara rakan karib saya di sana. Alhamdulillah kini sudah berkahwin.
ERMA: rakan kepada norly sewaktu di sekolah. Juga merupakan rakan yang saya rapat.
SYIKIN: salah satu rakan saya yang mempunyai basic sebagai pelajar sekolah agama.
EZA: antara rakan saya yang ‘HOT’. Ramai peminat.
NEIYL: rupanya di orang SABAH bahh.
BELL: berpasangan dengan IZZAT. Belangkas.
IZZAT: salah seorang kawan yang mewaqafkan kasut yang dibelinya sewaktu di UK. Terharu. Bijak orangnya.
FIZA: becok orangnya tapi still kelakar. Dia ni cepat touching sikit. hehe
TASYA: merupakan SQUAD leader bagi company saya. Dan memegang gelaran walid dalam kalangan kami.
MINA: inilah saya. Digelar sebagai ustazah & juga ummi.

Banyak perkara baru yang memaksa diri saya untuk mempelajarinya. Contohnya pemakaian kelambu ketika tidur di malam hari. Kami mesti memasangnya seawall 6.30 petang. Jika warden lalu dan buat pemantauan dan jika didapati masih ada yang belum memasangnya, haa siaplah! Pulak tuh 6.30 pagi kena kemaskan semula. Agak leceh. Tetapi demi kesihatan. Supaya tak kena gigit dengan nyamuk.

Seperkara lagi di sinilah saya mula belajar mencuci pakaian sendiri. Payah juga mula-mula. Tak biasa. Saya bukan pelajar yang duduk di asrama. Jadi bayangkanlah saya mencuci baju hanya merendam dan terus bilas. Gaya buda-budak ‘malas’, tapi hakikatnya saya tak tahu. Huu.

Minggu Kedua- bermulanya sesi pembelajaran di dalam kelas. MODUL PEMBINAAN KARAKTER. Saya suka sangat kelas ini. Sedikit sebanyak membantu saya emngembangkan potensi yang ada dalam diri saya. Banyak perkara yang saya pelajari. Antaranya  keberanian bersuara di hadapan, skill mendengar dan macam-macam lagi.

Inilah juga pertama kalinya saya menjadi pelajar kepada seorang guru non-muslim berbangsa India. Namanya Cikgu Selva. Bekas anggota polis seingat saya. Cikgu Selva selalu mencabar saya tentang perkara-perkara yang saya sendiripun tidak jangka. Alhamdulillah, Allah bantu saya. Saya Berjaya menyelesaikan semua cabaran yang diberinya. Di akhir kelasnya, saya dianugerahkan sebagai : ‘Outstanding Student’ kerana kemampuan saya membantu rakan-rakan sekelas yang lain.

Antara cabarannya :

1. setiap hari di dalam kelas aka nada slot sharing. Di dalam kelas saya ada seorang kawan ni sangat pendiam. Berbangsa sikh. Perempuan. Pernah sekali Cikgu Selva cabar saya supaya dia buat sharing sebelum kelas tamat. Sepanjang satu hari saya memberi semangat, dorongan, galakan. Alhamdulillah, finally dia pun sharing di depan kelas. Tersenyum Cikgu Selva di belakang.

2. aktiviti men’jugel’ sangat susah!! Susahnya sebab kita akan ada buddy. Konsepnya “coach and trainee”. Seorang jurulatih yang baik, akan menghasilkan pelatih yang baik. Itulah yang saya alami bila saya memang mahir menjugel, tetapi buddy saya tidak mahir. Dia perempuan. Berbangsa Cina. Tetapi dia tidak pernah putus asa mencuba.

3. saya selalu berpeluang untuk menjadi contoh kepada rakan-rakan di dalam kelas. Alhamdulillah peluang dan kesempatan yang Allah beri itu saya gunakan sebaiknya.

Saya juga telah diminta oleh cikgu company saya untuk menghadiri temuduga pemilihan penghuluwati untuk sesi pengambilan kali ini. Tapi bukan rezeki saya untuk terpilih. Dihantar oleh cikgu company untuk temuduga sudah merupakan suatu penghormatan. Lagipun tak termampulah nak melaung-laung kerana suara tidak berapa kuat. Hehe. Menariknya masa sesi temuduga itu, kem komanden saya mengatakan saya ini sesuai menjadi ahli politik. Hehe.

Minggu Ketiga- minggu ini setiap company akan membentangkan hasil KKJ masing-masing. Apa itu KKJ? Kontrak Kita Janji. Macam matlamat company la. Saya company ALPHA. Saya dikurniakan amanah untuk membentangkan matlamat dan hala tuju company saya. Ya Allah, itulah pertama kalinya saya bercakap dihadapan orang ramai. Terketar-ketar. Tetapi akhirnya saya Berjaya membentangkannya dengan baik. Saya memfokuskan pengucapan saya dengan memandang kepada cikgu saya, Cikgu Selva, Cikgu company saya begitu juga dengan Kem Komanden yang hadir ketika itu.

Saya tidak keseorangan, saya dibantu juga dengan tiga rakan yang lain iaitu Adam, Ecah (kini sudah kembali menghadap Ilahi-Al-fatihah), Simon. Alhamdulillah Allah beri kejayaan kepada team kami. Sebelum pembentangan ini, saya menyedari ada seorang hamba Allah ini, teringin benar nak mempunyai kekuatan berucap di hadapan orang ramai. Apabila cikgu company Tanya siapa lagi yang mampu, terus saya calonkan namanya. Alhamdulillah kami telah laksanakan yang terbaik.

Minggu Keempat- saya berpeluang menyertai ‘Kawad farmasi’. Rezeki nak merasa lagi. Inilah pertama kalinya saya berkawad campur lelaki-perempuan-pelbagai-bangsa-dan-agama. Minggu ini juga menyaksikan company saya didenda. Macam mana boleh terjadi?

Dipendekkan cerita, bendera company kami  yang merupakan barang amanah telah dirampas kerana diletakkan di merata tempat. Kalau tak pun, terlupa diambil semula setelah selesai beraktiviti di suatu tempat. Jadi apa dendanya? Kami didenda memakai baju loreng selama satu hari sehinggalah waktu kami tidurpun kami wajib memakainya. Oleh yang demikian, kami telah membuat rayuan. Setiap orang mesti menulis surat rayuan agar dikembalikan bendera company kami.

Saya juga telah menjadi ‘bidan terjun’ untuk sukan FUTSAL Perempuan. Inilah pertama kalinya saya bermain. Saat-saat company saya sudah hamper kecundang, saya disuruh masuk padang. Main-punya-main akhirnya….. GOL! GOL! Ya Allah gembiranya tak terkata. Berkongsi kejayaan bersama team saya : NORLY, SUBASHINI, MIMI, KECIK. Bukan setakat dapat mara ke peringkat seterusnya. Tetapi Allah beri pula gelaran JUARA. Syukur.

Minggu ini juga saya meneruskan modul kelas yang kedua iaitu Program Integrasi. Jadinya budak-budak kelas saya dikehendaki membuat persembahan tentang Tradisi perkahwunan kaum Melayu untuk majlis penutup minggu integrasi tersebut. Saya sekali lagi berpeluang mencuba perkara baru. Bila diberi tugasan sebagai Pengerusi Majlis. Berdebar! Saya digandingkan dengan rakan seperjuangan Radzi atau lebih mesra dipanggil Are-G.

“takutnya…”, kata saya.
“Akupun takut. Tapi takpa kita rilek je..”, kata dia yang mengulang-ngulang bacaan Basmalah berkali-kali.

Untuk persembahan ini juga saya bertindak sebagai pengarah. Alhamdulillah berjalan dengan baik dan semuanya memberikan kerjasama yang terbaik. Terutamanya pasangan mempelai. Yang perempuan berbangsa Cina, yang lelaki berbangsa Sikh. Sweet bukan? Pengalaman memahami budaya masyarakat lain.

Ujian Allah untuk hamba-Nya
Saya masih ingat ketika saya berulang-alik ke hospital. Pada suatu pagi saya merasakan sakit dibahagian tangan. Sehingga akhirnya saya dikatakan oleh doctor terkena jangkitan di kalenjar. Apa itu? Saya pun tidak tahu.

Cumanya di sana, kesihatan saya tidak menentu. Berterusan batuk-batuk dan kehilangan suara dua minggu berturut-turut. Sebabnya mungkin saya minum air water cooler. Tidak serasi dengan badan agaknya. Hehe.

Ingin menjadi rakan yang baik
Saya teringat akan satu peristiwa setelah pulang berjemaah solat subuh di surau, saya mendapati ada sepucuk surat di atas katil. Bukan surat cinta ya. Tetapi surat yang datangnya dari seorang rakan sebilik. Menyatakan hasratnya untuk belajar solat. Alhamdulillah.

Saya juga punyai seorang rakan karib (Norly) yang sangat rajin belajar membaca al-Quran. Dia rajin pergi solat di surau. Berusaha pula mendirikan solat sunat setelah bertanyakan kepada saya sola tapa yang saya lakukan usai solat magrib, isya’ dan zuhur. Dialah satu-satunya teman yang menangis  teresak-esak bila saya katakana saya ingin sambung belajar dan ‘sign out’ dari kem.

Semua ini kita mampu laksanakan dengan syarat bersungguh-sungguh.

Usai sebulan beberapa hari
Di dalam sujudku, selalu saya doakan : “jika di sini terbaik untukku, mudahkanlah urusanku ya Rabb dan jika tidak berada di sini itu lebih baik, maka permudahkanlah urusan aku keluar dari sini”.

Bukan selamanya saya mampu. Saya juga manusia. Yang kenal erti jatuh dan bangun. Iman yang sentiasa diuji berterusan. Akhirnya tawaran memasuki Tingkatan 6 ke KISAS dikhabarkan. Saya Berjaya menjad pelajar di sana. Dalam masa yang sama juga dapat tawaran Asasi Usuluddin Uni Malaya.

Akhirnya terpaksa kukatakan, selamat tinggal KEM.

Harapan dan nasihat
Jadilah apa sahaja yang kamu nak jadi asalkan, kamu masih lagi berada di dalam landasan. Buat yang disuruh, tinggal yang dilarang. Letakkanlah pengharapan yang total kepada Allah terhadap apa sahaja yang telah ditakdirkan untuk kita.

Buat adik-adik yang bakal jejakkan kaki di mana-mana sekalipun KEM PLKN, selamat melaporkan diri. Bertabahlah dan jadilah diri sendiri !




begitulah sedikit- sebanyak kisah saya di sana!

wallahua'lam.

14 orang berkata-kata:

  1. wow, cayalah USTAZAH AMINAH! pbimbing rakan sebaye tuhhh..good2, heee

  1. attartusyi said...:

    hahahah... ye lah tu...
    alhamdulillah... :)

  1. raihana said...:

    ape crte budak sabotaj kau?
    da okeh blom?
    hehe nnt jgn pulak aku call,kau mcm nk nanges lg!be strong myna.yeahyeahhh!kau boleh punyelah.

  1. haik..ade yg sabotaj..euww..x pe2..mmg best cite nt..nt cite kt cg ari tuh pun cg da cukup bgge ngan nt..keep it up..

  1. aku bangga oo dgn ko!
    cume aku xpuas hati asal ko xleh jd penghuluwati??

  1. attartusyi said...:

    rai,
    aku dah ok ngn bdak yg sabotaj uh...

    cegu syikin,
    sy syg cegu! ahha..

    huda,
    sbb Allah xizinkn lg...
    heheh

  1. mynaaaa, bes jeh tgk kau cte psl plkn.nnt aku nk jmpe kau, nk dgr pglmn kau.company tuh, kumpulan eh?knp ade class?class blaja ape ja?uhu.
    bes nye,aku bole bygkn kau lead kat sne.mcm dlm group pembentgn kat class 5saf.ngehngeh

  1. attartusyi said...:

    hahah..
    bole2!!
    mmg bestpon! sgt best kt sane if kite nk best la..
    hahaha...
    company tuh kumpulan..lbeh kurang je..
    yup! ade class.. ade 3 class..
    class pembinaan karakter (PK1), class kenegaraan (KN1)n class comuniti (KK1)..
    hahahhah...
    aku lead sbb aku xnk org non-muslim lead..
    ahahah

  1. Anonymous said...:

    meennnaaaa....
    bla bc blk rasa rindu gler kat camp..
    *nangis da..*
    aku da rajin solat taw.huhuhuh...
    thanx meena...
    syg ko...

  1. huda said...:

    hye...sy huda ex pelatih kem seri perkasa kump2 siri 5....nk mntak tolong nie....tolong "blog"kan spe2 yg kenal utk siri kwang... cari x jmpe lar...pleasee..

  1. attartusyi said...:

    anonymous,
    heh,
    tahniah2, hidayah Allah itu milik semua...

    huda,
    maksud anda bagaimana?
    maaf lambat respon..

  1. Anonymous said...:

    ksp the best...............dorm 1 siri 1/2010.....suka cgu sabtu ma cgu anwar...........

  1. kizzzzzzzzz said...:

    plzzzzzzzzzzz..............jgn tukar komandan............

Post a Comment