468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

bila hari-hari sebegini yang perlu dilalui

Monday, March 26, 2012

Masihkah anda teringat kepahitan/keperitan emosi yg anda alami ketika dikhianati kawan termasuklah mungkir janji, menipu dan ditikam dr belakang dan sbgnya?

Ketika perkara tersebut berlaku, lazimnya kita akan berasa marah, sedih, terhiris hati, kecil hati dan menyalahkan kawan yg khianat tersebut. Yg lebih mudarat lagi, kita mula mengumpat terhadap kawan tersebut... tanpa sedar menghasilkan air liur beracun sehingga timbul perasaan dendam.

Semua di atas berlaku kerana kita sibuk melayan bisikan syaitan dan terlupa Allah.

Sepatutnya, dalm kesedihan itu kita perlu beringat kpd Allah, bahawa ini adalah satu ujian-Nya, dan ada benda yg Allah ingin hambanya belajar drp episod ini. Org yg beringat pd Allah ketika ini akan melihat perkara yg berlaku dalm sudut positif dan bisikan syaitan tidak dpt mengambil kesempatan.

Ingatlah kata-kata semalam:
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

[25:63]

“adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pemurah itu adalah orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata menghina), mereka mengucapkan salam”

Org yg beringat kpd Allah tidak akan memokus pd pengkhianatan yg berlaku krn mereka sibuk mencari pengajaran tersirat drp ujian Allah ini.

Bila kita melihat kawan kita dok melayan bisikan syaitan bila bersedih, jgn kita terikut sama mengumpat, sebaliknya sama-sama ingatkan bhw Allah sedang menguji hambanya. Insha-Allah, hati yg terluka akn sembuh dgn cepat.

Ini pula perisai utk kita ketika berhadapan situasi khianat: SENYUM walau apa jua keadaan.

smile!

wallahua’lam.

sumber: C&P (edited).

2 orang berkata-kata:

  1. nurul said...:

    Salam.kadang2 sukarnya nak mengukirkan sedikit senyum tu..kena practice senyum depan cermin dl sebelum keluar..huu.. -)

  1. hiya ana said...:

    hehe susahkan :)

    takpa-takpa, kita usaha sikit-sikit..

Post a Comment