468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

fitnah

Monday, December 23, 2013

Datangnya tidak pernah tersangka,

Beritanya tersebar luas merata.

 

Balasan Tuhan itu selayaknya,

Buat si penyebar berita.

 

Hendak memuliakan diri,

yang sebetulnya telah menghina susuk peribadi tanpa dia ketahui.

 

Ya Rahman,

Sebetulnya ujian dari-Mu adalah tanda cinta-Mu padaku

Memanggilku terus dekat bersama-Mu

Sabarkanlah aku dengan kesabaran-Mu

Kuatkan aku dengan kekuatan-Mu

 

1456739_557571870978830_1891383433_n

 

Bait al-‘Abir, Doha, Qatar

Jangan salah paham

Saturday, December 7, 2013
Tiba-tiba terkenang suatu masa dahulu.
Bebelan seorang makcik yang berjawatan Doktor Perubatan.

 

“walaupun kamu baru berusia muda-muda lagi, 19 tahun, tapi bukan bermakna kamu tidak perlu berfikir tentang masa depan kamu. Dengan siapa kamu hendak berkahwin, suami yang bagaimana, keluarga yang bagaimana… Makcik kalau boleh nak kahwinkan kamu yang sebelah sini dengan sebelah sini supaya terus maju di dalam saff…”

[Ini scene 3 tahun yang lalu..]

 

Back to reality,,

“Eh kau nak kawen dah ke?”
“Dah tu bila kau nak kawen?”

 

kalaulah aku ini Tuhan,

akanku kirim jawapannya. Tapi aku ini manusia, maka aku perlu beradab dengan Tuhan.

 

“Habes yang kau baca buku-buku macam tu kenapa?” (merujuk kepada buku parenting, isteri solehah, dll)

 

Meh… Meh… Meh… aku cerita.

 

Setiap hari kita akan lupa, setiap hari kita juga akan belajar sesuatu.

Bagi aku, menambah ilmu dalam apa juga bidang tidak perlu dihadkan pada sesuatu.

 

contoh: Sebab nak kahwin, baru nak beli buku pasal suami-isteri. Sebab nak bersalin, baru beli buku bagaimana mengahadapi saat genting bersalin dan lain-lain.

 

Adakah kita ini perlu bersebab dahulu sebelum kita mahu mendekati ilmu?

Tak, bagi aku tak.

 

Ada beberapa ilmu yang aku kira penting. Dan perlu untuk sentiasa diperbaharui. Antaranya:

-Agama: mengenal siapa pencipta kita, bagaimana menyucikan hati, dakwah, dan lain-lain

-Relationship: dengan orang yang kita kenal atau dengan siapapun

-Komunikasi: bagaimana untuk menyampaikan info dengan jela

-Skills: untuk mengembangkan kemampuan-boleh diri kita

-Motivasi: bagaimana untuk berjaya dan berfikiran positif

- dan macam-macam buku lagi

 

ILMU itu penting dan ianya bukan terhad kepada ilmu tertentu.

kalau kita takda usaha nak mencari jangan harap le nak dapat.

Yang ikut usrah-halaqahpun begitu. Janganlah imagine usrah-halaqah tu akan menjadikan kamu orang yang sempurna kalau kamupun sikit takda usaha.

Tidak dapat tidak, ilmu kita akan peroleh dengan mempelbagaikan bahan bacaan kita.

 

okay skema.

 

IMG_63357173622582

 

Bait al-‘Abir, Doha, Qatar

Getaran Hati

susah untuk diceritakan,
apabila Tuhan memperlihatkan tarbiyahNya.

Seringkali kita membenci ‘kesalahan’ dan juga ‘pesalahnya’,
tanpa kita berfikir, “Bagaimana jika diri kita yang dipalitkan ‘kesalahan’ itu dan menjadi ‘pesalah’nya”

Di kala ada ruang mengimbau,
biarkan air mata itu mengalir,
biarlah ia berkali-kali menginsafi diri.

Bila yang perlu dididik itu diri sendiri,
Mujahadahnya pasti sehingga tahap tertinggi,
Dan susahnya separuh mati--

_____

Yes, it is frustrating when you don't have all the answers. When things are difficult and out of our control, it is easy to snap.

Keep in mind that we don't become religious and righteous to be immune from calamities.

Our obedience to Allāh is not a bribe for Him to give us something in return or spare us from trials.

Repenting for a sin and moving past it by replacing it with good deeds.

Realizing that no benefit arises from focusing on the past due to our inability to change it.

Savouring the beauty of the sights, sounds, tastes and feelings around us and thanking Allāh for the ability to experience them

and

Your success and failure will help you see who your real friends are in life,

Ignore the idiots in your life. People will threaten you, hurt you, and defame you. What's important to note are the people who want to be around you even after things go south. If all else fails, know that just by that token you are on the right path.


Negative minds jump to the most negative conclusions.
Sometimes trying to explain makes matters worse.
Help yourself by being positive.


and who will be around me?
Pondering……


DSC04655

Bait al-‘Abir, Doha, Qatar.

Bas dan Mushaf

Friday, December 6, 2013

Hafazan, susah bagiku

mungkin inilah masanya Tuhan kabulkan permintaanku

 

Mushaf dipegang selalu

dilihat selalu

diulang-ulang selalu

 

Bas menjadi tempat bersandar

ketika tubuh didudukkan di dalamnya

membuka mata melihat mushaf

lantas menghafaznya

 

sedikit-demi-sedikit

hari-demi-hari

 

sudah tiada alasan untuk mengelak lagi

kerana sudah sampai masanya

 

 

IMG_28893517694134

 

 

Bait al-‘Abir, Doha, Qatar.

Bukan sekarang?

Sunday, December 1, 2013

Tuhan singkapi satu-persatu rezeki buat hambanya,

tanpa perlu hamba-hamba itu tahu,

 

kerana yang Memberi itu Dia.

 

_______

 

Tuhan didik hambanya tanpa menegenal jemu,

seringkali berulang-ulang,

 

kerana yang Maha Tahu itu Dia.

 

Dan

 

Tuhan akan mengazab hambaNya di akhir nanti,

setelah peluang memperbaiki diri diberi.

________

 

Tuhan izinkan bergeraknya makhluk semuanya atas qudratNya,

bukan kerana hebatnya manusia.

 

aku yakin,

apa yang tidak diberiNya ketika ini itulah yang Terbaik dari sisi-Nya.

 

:’)

 

 

61719_148676571836634_1251467_n

 

 

 

 

Bait al-‘Abir, Doha, Qatar

Suka-suka-je

Friday, November 29, 2013

aku jerit kecil dalam hati,
aku jerit; aku suka dia.

suka bukan semestinya untuk memiliki,
kena tempias manfaat pun jadi.

yang memenangi hati tak mesti gagah dan macho,
hidung peset berkaca matapun boleh jadi,
kerana ada akhlak yang menghiasi.


IMG_127973476495242

ya Aku suka!



Bait al-‘Abir, Doha, Qatar.

Tiga aku jumpa

Thursday, November 28, 2013

Remaja Palestin itu,

Datang menyapa kami, menghulurkan salam perkenalan.

 

Teruja melihat kami menghadiri majlis mahasiswi arab.

 

kata mereka kami nampak kecil dan muda,

mereka baru berusia 17 tahun.

aku hanya ingat nama salah seorang dari mereka; Lama.

 

kalau adapun beberapa patah perkataan arab yang terkeluar dari bibir kami,

mereka teruja.

 

aku lagi teruja,

muda-muda sudah masuk universiti, pasti genius!

itu jihad mereka. seakan nampak senang sedang rakan mereka di bumi palestina berterusan dibedil.

 

sedap mulut berbahasa,

mereka yang menanggung beban sebenar.

 

________

 

Puteri Suriah..

 

Betapa fasihnya dia melayan kerenahku sambil bertutur ke dalam bahasa inggeris.

Betapa gigihnya bapa beliau berusaha memahamkan aku tentang Sirah Nabawiyyah.

 

Diapun tidak kurangnya.

Amena namanya seperti juga aku.

 

_________

 

Gadis Rabiah..

 

Tak kufaham apa yang cuba dipertuturnya,

Bahasa ‘ammiy barang kali dia guna.

 

lantas ditukar penggunaan arab Fushah,

memaksa aku agar bertutur juga di dalam bahasa arab.

 

Hajar namanya.

 

meski dibesarkan di negara asing,

rupanya dia punya semangat anak tempatan Mesir.

 

diletakkan di layar telefon bimbitnya lambang ‘Rabaah’,

lantas aku menuturkan, “nahnu maa’kum-Rabaah!”

 

___________

 

Palestine-Syria-Mesir

 

Semoga Allah berikan kemenangan kepada Islam.

 

 

 

IMG_212458924246849

Bait al-‘Abir, Doha, Qatar.

kendatipun

Wednesday, November 27, 2013

.

 

.

 

.

 

adakalanya ada baiknya bila kita tahu,

adakalanya ada baiknya kita tidak tahu.

 

 

 

kena pada tempatnya,

tepat pada masanya.

 

 

 

 

 

DSC03123 

 

 

Bait al'-‘Abir, Doha, Qatar.

Nota Perjalanan 1

Monday, November 25, 2013

Bismillahi ar-Rahman ar-Raheem

Masa aku mula-mula jejakkan kaki di Qatar ini, masih aku ingat cuacanya panas dan lembap. memang berpeluh-peluh. Itupun aku datang ketika di akhir musim panas. Suhunya kadang tinggi dan kadang sederhana. Cecah jugalah 40 darjah celcius.

Elok beberapa hari tiba, ada beberapa majlis yang perlu dihadiri.

Majlis ambang Merdeka di Pejabat Kedutaan Malaysia di Doha ni. Ter-miss lah sambut merdeka di Malaysia. Maksud saya, merasailah erti kemerdekaan di Luar Negara.

Banyak juga benda yang saya ter-miss. Kalau disenaraikan… Tapi tidak mengapa, inilah erti sebuah perjalanan, berhijrah dan meninggalkan apa yang sedia ada untuk belajar erti hidup. Ya aku akui, musafir ini banyak mengajar aku. Terlalu banyak. Dan aku mengajak rakan-rakan sekalian, jika punya peluang untuk musafir jauh dari tanah halaman, pergilah…

___________

Aku juga merasai beraya diperantauan. Ya Aidil Adha di Doha. Walaupun tidaklah sepenuhnya dapat merasai kemeriahan beraya ala-ala arab, (kerana beraya dengan keluarga Malaysia) sekurang-kurangnya aku merasai satu pengalaman yang indah juga. Bertakbir ala-ala arab, yang penuh semangat, sedikitpun tidak membuatkan aku sedih. Kalau di Kuliah, siap ada pasang video: “Labbaikalla humma labbaik…”

Aku juga merasai peluang menyambut ulang tahun kelahiran ke-22 di perantauan. Ececeyh, belajar erti dewasa dengan melihat rakan yang kecil umurnya tetapi matang fikirannya! Di kulian, aku banyak melihat mereka yang lebih kecil usianya tetapi sangat matang! Seolah-olah mereka bukan pada usia mereka. Inilah dia erti memahami budaya bangsa lain, dengan melihat bagaimana cara mereka berfikir dan bertindak.

Selain itu, aku juga memulakan awal Muharram di negara ini. Aneh! seperti tidak ada apa-apa. Kalau di Malaysia, biasanya cuti umum. Tapi di sini tidak.

Aku diperkenan Tuhan untuk merasai ‘hujan’ yang jarang-jarang turun menyimbah tanah arab ini. Alhamdulillah. Dan kini aku akan melalui fasa-musim-sejuk. Alhamdulillah atas segala kurniaanNya.

Aku juga sempat mengikuti pelbagai trip yang diatur oleh pihak pengurusan ‘hostel’. Alhamdulillah. Kira macam jalan-jalan melihat budaya mereka jugalah. Berehlah ke tempat-tempat menarik yang mereka ada.

___________

InshaAllah, bulan yang mendatang ini, hari yang mendatang ini, pasti menawarkan pelbagai lagi pengalaman. Ya, aku akan melihat suasana mereka menyambut Kemerdekaan begitu juga Sambutan Tahun Baru.

Semoga Allah Ilhamkan aku pengalaman yang beharga penuh hikmah agar aku bisa jadi manusia yang full manfaat.

 

akan aku catitkan lagi kisahku….

 

CYMERA_20131116_224010

 

 

Bait al-‘Abir, Doha, Qatar.

Sejenak

Saturday, October 26, 2013

Bismillah…

Sudah hampir dua bulan tidak menghidu bauan ‘hujan’. Terus-menerus bermandikan sejuk dan panas tanpa henti. Sesekali, kulit tidak mampu menyesuaikan cirinya. Bermulalah proses pengeringan. Terkadang rasa sangat give-up! Sudahlah belajarnya bukan mudah, kini kena melihat pula kepada kesihatan yang tidak kurang pentingnya. Walaubagaimanapun, bersyukurlah atas segala nikmat yang Tuhan berikan. Alhamdulillah ala kulli hal.

Menginjak bulan kedua di Doha, Qatar menghilangkan segala keterujaan pada permulaan menjejakkan kaki di sini. Mana tidaknya, sudah tentu kita sudah mendapat gambaran bagaimanakah seharusnya berlangsung sebuah kehidupan di sini. Setiap hari malah saya melihat; Bagaimana masyarakat di sini menjalankan kehidupan mereka (meskipun pada dimensi yang terhad), begitu juga saya melihat interaksi sesama mereka, melihat pula disiplin dan norma hidup mereka.

Saya harus rasa bersyukur kerana Allah mengizinkan saya mempelajari subjek Sirah Nabawiyyah di sini. Untuk itu, pastilah bangsa ini menjadi sudut pandang dalam membuat penilaian, Mengapa Risalah ini diturunkan pada bangsa ini, Mengapa jazirah arab ini menjadi pilihan Tuhan untuk dibangkitkan seorang utusan.

Seringkali sedih datang menjelma ketika melihat realitinya, begitu juga ada desakan dari dalam jiwa yang terus mengatakan bahawa, ‘Kita semua manusia, pasti ada dosa dan alpanya’.

____

Ketika mula melangkah masuk ke dalam Universiti yang menjadi medan seterusnya pengajian saya (Qatar University), terlalu banyak impian dan idaman yang disusun dan dirancang untuk masa depan di dalam ilmu. Terlalu banyak peluang untuk meng’upgrade’ diri. Namun saya juga manusia. Tidak semua peluang saya mampu ambil. Dan peluang akan terus menjadi peluang kepada yang lain.

Saban hari, berjuang dengan diri. Kadang kuat, begitu juga ada fatrah lesu. Terasa betapa pentingnya seorang teman di kala berjauhan. Terasa betapa nikmatnya perjuangan ini jika ditemani teman yang mempunyai matlamat yang sama. Terkadang air mata jatuh sendiri tatkala mengenangkan betapa berertinya seorang teman di dalam kehidupan kerana tak selamanya seorang manusia itu betah bersendirian.

Untuk melangkah jauh kita perlukan wawasan yang kita bina dan kita pegang kuat-kuat. Tapi bukan semua mampu melaksanakannya. Sudahlah wawasan diperlukan, Istiqamah dalam mengharunginya juga diperlukan. Bukan semua boleh dan mampu Istiqamah dengan Ikhlas. Begitulah sebuah perjuangan mengajar kita untuk reti dan mesti bermujahadah.

____

Kembaralah untuk tahu siapa kita!

Ada benarnya. Sebuah pengembaraan akan berterusan diujui. Diuji sejak permulaan dalam menetapkan pengembaraan begitu juga apabila berlangsungnya sebuah pengembaraan. Maha Suci Allah. Masih lagi saya terkenang pada permulaan saya menerima pelawaan untuk sebuah kembara, terkadang di dalam hati terpalit rasa riak dan rasa hebat. Bila Allah tarik nikmat tertangguhnya kembara, seakan termuhasabah. Kembara untuk kali kedua juga bukan mudah pertarungannya. Bukan senang untuk sentiasa berada dalam niat yang benar.

Allah berikan kepada kita, apa mahu kita, pada tepat masanya. Dan Allahlah lebih tahu bagaimana perlaksanaannya.

Sesungguhnya, bukan mudah untuk terus kuat dalam kembara menuntut ilmu. Terasa cemburu kepada mereka yang terlebih dahulu menjalani jalan ilmuan ini. Mereka telah mengorbankan perasaan, jiwa, dan segala apa yang ada untuk mendepani jalan menuntut ilmu ini. Ada yang menyelusuri jalan ini sehingga tidak sempat memikirkan perkara lain. Kerana kecintaan kepada ilmu, usia dihabiskan dengan mendalami ilmu. Sungguh aku cemburu. Terkadang saya sempat berkhayal di tengah pengembaraan ini, ‘Mungkinkah Allah memberikan aku juga seorang teman hidup yang masanya juga banyak dihabiskan dan bersungguh-sungguh untuk ilmu Allah?, setidaknya aku akan terus terinspirasi untuk terus lebih maju menyingkapi ilmu Tuhan’.

Begitulah juga, matinya segala anganan dan igauan apabila berhadapan dengan segala tuntutan ilmu yang memerlukan saya fokus dan menyelesaikannya terlebih dahulu. Masa itu terlalu beharga, tetapi selalu juga disalah guna.

____

Terlalu banyak Tuhan telah didik dan beri pada diri kita.

Allah mengilhamkan untuk saya bersama dengan rakan seperjuangan di dalam ‘saff’, Allah telah melapangkan segala urusan dalam pelajaran. Sungguh dua-dua penting buat saya. Natijahnya adalah sumbangan yang akan terus kita beri kepada ummah. Perlu dan pentingnya untuk kita mengorbankan diri kita untuk kita terus mampu memberi kepada orang lain.

Pengorbanan di sini yang cuba saya maksudkan ialah;

i- Sentiasa meningkatkan diri

ii- Bertahan dalam perjalanan ilmu

Ketika saya menukilkan apa yang ada di dalam minda saat ini, maka sayalah juga menjadi orang pertama yang akan Allah uji untuk membuktikannya. Ya Allah semoga Engkau Redha denganku dan menunjukkan Jalan yang terbaik.

 

Sentiasa meningkatkan diri; ketika memikirkan yang terbaik untuk diri, janganlah selalu kita fikirkan kesenangan yang ingin kita kejar. Terkadang bila alpa datang mengusik, kita idam-idamkan sesuatu yang nampak indah di pandangan mata. Kita nak jadi orang yang Ter-Pandai, Ter-Hebat, Kaya pula. Kerja bagus, Pasangan sempurna dan lain-lain. Entahlah, terkadang kita memang tak terlepas dengan desakan nafsu ini. Namun refleksikan juga, apa Ibadah yang dah kita perbuat?

Ketika berjauhan ini, hanya Tarbiyah daripada Allah sahajalah. Sesekali, ada juga sahabat yang datang mencuit menghiburkan. Sesekali. Tapi saya tak kecewa. Sebab jika itulah juga Tarbiyah dari Tuhan untuk sentiasa membetulkan pergantungan kita kepadaNya justeru itulah yang terbaik.

Mutabaah sentiasa perlu dilaporkan setiap hari. Terkadang sedih, sudahlah taujihat tak diberi, tiba-tiba diminta untuk melaporkan amal. Sekali lagi, begitulah Tuhan mendidik aku, untuk terus Ikhlas dan berusaha bersungguh-sungguh memaknai segenap dimensi hidup. Untuk sentiasa istiqamah biar di mana sahaja aku berada, kerana yang melihat dan tahu aku itu Dia.

Bertahan dalam perjalanan ilmu; Pemuda hari ini, pemimpin masa hadapan. Usaha mampu menjadikan manusia  luar biasa. Tak dapat disangkal. Tetapi Ilmu menjadikan kita lebih tenang mengharungi hidup dan menata masa hadapan. Bukan semua mampu bertahan di atas jalan ini. Melihat kepada faktor keluarga saya sendiri, cukuplah membuatkan diri saya perlu maju agar mampu menjadi contoh kepada mereka. Sedih sahaja tidak cukup, pengorbanan untuk melupuskan kesedihan ini menjadi sesuatu yang doruri. Allah cinta kepada penuntut ilmu, kenapa harus bersedih? Kerana seharusnya orang yang berilmu itu akan menjadi lebih dekat kepadaNya. Mudah-mudahan saya sampai ketahap ini. Ameen.

____

Tidak perlu kesal atas sesuatu yang tidak dimiliki

Dalam hidup ini, terkadang kita terdesak untuk membandingkan apa ada pada orang dan apa yang tidak ada pada diri kita. Di mana syukur kita agaknya bila kita berada di dalam situasi ini? Alhamdulillah atas segala pemberian Tuhan kepada kita. Allah takkan pernah silap dalam memberikan sesuatu kepada kita. Apa yang tiada justeru mengajar kita untuk bersyukur dengan apa adanya kita.

 

Sehingga bertemu lagi…

DSC01566

Bait al-‘Abir, Doha, Qatar.

Nota Ibu

Wednesday, October 9, 2013

Manik-manik air mata Awra jatuh satu-persatu. Tiada siapa sangaka, tapi inilah hakikat yang mesti dia lalui. Dia tidak mungkin menjadi milik Farid selamanya. Benarlah igauan mimpinya kebelakangan ini seolah-oleh memberi petanda.

 

“ahh, aku perlu tabah..”, bisik hatinya.

 

Terus-menerus air mata mengalir tanpa henti.

“aku pasti ada hikmahnya. Ampuni aku ya Allah kerana sukar menerima takdirmu. Lemah dan hinanya aku di kala ini…”, teresak-esak Awra sambil mengelap air matanya yang gugur.

 

Perempuan mana yang tidak mahu menjadi isteri,

mengutip dan mengaut 1001 hikmah sebuah perkahwinan,

lambaian syurga yang mendekat,

serta pahala yang berganda-ganda.

 

*****

Farid telah menolak keinginannya untuk berkahwin dengannya. Proses taaruf yang sampai hanya sekerat jalan itu akhirnya terhenti buat selama-lamanya.

“Maafkan saya Awra, saya tidak dapat meneruskan hubungan ini..”

 

Awra seakan sudah dapat mengagak bahawa itulah jawapan yang akan diterimanya, sewaktu ‘kurangnya’ dinyatakan.

 

*****

Itu dahulu.

Kini tidak lagi.

 

Entah dari mana datangnya keyakinan ini diapun hairan.

Perasaannya kini menjadi sungguh ‘lega’ apabila ditolak oleh Farid untuk menjadi isterinya suatu ketika dahulu.

Maha Suci Allah.

Dia tidak akan menduga manusia sesuatu yang di luar batas kemampuan kita.

 

*****

“Awra, maafkan ibu ya nak jika ibu ingin berkata sesuatu..”, kata Puan Nora kepada anaknya.

 

“Ibu, kenapa ni. Lain macam je bu..?”, jawab Awra sambil mengambil dan meramas jari-jemari tua milik ibunya.

 

“Ibu selalu doakan yang terbaik untuk anak ibu… Tapi ibu bukan Tuhan yang boleh menetapkan takdir untuk hamba-hambanya. Ibu tahu perasaan Awra, tapi ibu yakin Awra kuat dan tabah mengharungi setiap ujian yang Allah berikan..”, kata Puan Nora sekadar berbasa-basi.

 

“Buuu.. Janganlah cakap macamtu. Awra okay je buu.. Hmm, Awra tahu… mesti ibu ada nak kongsikan sesuatu dengan Awra kan… Awra kenal sangat ibu…. hehe…”, sambil tersengih Awra memberikan jawapan.

 

“ Awra nak tahu tak? Dulu, sewaktu ibu belum kenal dengan abah, nenek selalu pesan dekat ibu. Allah akan beri kita sesuatu itu pada masanya. Nenek selalu kata takdir Allah itu lebih baik daripada apa yang kita mahukan”, pujuk ibu.

 

“Osemmnya nenek buuu. Tapi sayang, Awra tak sempat jumpa nenek….”, rintih Awra.

 

******

Angin sejuk yang menyentuh kulitku membuatkan aku menjadi rindu kepada ibu. Allah takdirkan kini aku menjadi seorang pensyarah di sebuah universiti di England. Allah telah takdirkan juga aku bernikah dengan seorang seorang Imam di sini. Allahu Akbar. Sesuatu yang tiba tepat pada masanya, tanpa siapapun mengetahuinya.

 

“Mama, papa is coming…”, rengek si comel Dania.

 

Ahh lamunanku mati apabila anak kecil ini menghampiriku sambil menarik tanganku.

 

.

.

.

.

.

******

“Suamiku adalah seorang yang beruntung mempunyai isteri sepertiku”, itu janjiku sewaktu lafaz akad telah menjadi sah.

 

Akan ku genggam Nota Ibu untuk dijadikan panduan melayari bahtera kehidupan bersama ini.

 

Awra Puteri Kesayangan Ibu Abah,

 

Allah jadikan isteri sebagai pelengkap kepada si Suami. Maka janganlah engkau menderhakainya. Sesekali jangan melainkan jika suruhannya menyalahi tuntutan agama.

 

Bersedialah membina sebuah Keluarga Bahagia…

 

1.Peruntukkan masa bersama.

Ingat Awra, Syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami. Penuhilah apa permintaannya. Sentiasalah berusaha memiliki masa bersama yang berkualiti.

2. Bertolak Ansurlah dengan perbezaan yang masing-masing miliki

Hidup ini indah jika kita cuba untuk saling bertolak ansur. Alam rumah tangga yang baru hendak dibina ini memerlukan penelitian dari dirimu untuk mengenali pasanganmu. Bermesralah dan berkenanlanlah denga cara yang baik.

3. Saling Mempercayai

Binalah kepercayaan di dalam hubungan antara kamu dan eratlah ianya kukuh-kukuh. Sesekali janganlah dirimu wahai anak memberikan ruang kepada pasanganmu merasa ragu terhadapmu. Dan janganlah Awra membuat sesuatu yang mencurigakan suamimi.

4.Sopan Santun dan Tenang

walau apapun situasi yang melanda, pastikan dirimu tidak menyanggahi adab-adab dan etika yang sepatutnya. Ketika berbicara, gunakanlah bahasa yang indah penuh cinta. Kerana, sesuatu yang keras dan kasar boleh menyebabkan orang menjauhi kita. Jadilah Arwa, anak ibu ini seorang yang cemerlang sebagai seorang anak, isteri,dan ibu suatu hari nanti.

5. Perkahwinan itu sebuah Pengorbanan

Tiada tempat untuk ‘kemalasan’ di dalam rumahtangga. Ingat anakku. Perkahwinan ini memerlukan pengorbanan dari segenap penjuru hidupmu. Bersedialah anakku. Bangunlah di pagi hari, melengkapkan segala keperluan keluargamu. Hargailah pasanganmu setiap hari kerana bersusah-payah mencari nafkah buatmu dan keluargamu.

6.Tunjukkan reaksi wajah yang baik

Maniskanlah senyumanmu Arwa ketika menyambut kepulangan suamimu. Buatlah suamimu terlena di dalam layanan baikmu setelah dia bersusah payah untuk menyara keluargamu.

7. Saling memahami

Ketauhilah batas keinginan pasanganmu. Berbincanglah dengan baik. Pastikan kalian berdua memberitahu apa kesukaanmu begitu juga apa yang menjadi kesalahan ketika bergaul denganmu. Pentingnya suka dan tidak suka ini agar kalian mampu memberi bahagia antara satu dengan yang lain.

8. Suaramu, lembutkan, rendahkan

Ketauhilah anakku, meninggikan suara kepada pasanganmu menandakan tidak hormatnya kamu kepada pasanganmu. Perhatikan juga perkataan yang akan keluar dari mulutmu. Gunakanlah hanya kata-kata dan perkataan yang baik untuk menjamin keharmonian hidup bersama. Lakukanlah sesuatu yang kamu suka diperlakukan. Bukan sebaliknya.

 


Selamat bercinta hingga ke syurga anakku!

 

 

Abang, Arwa akan menjadi isteri yang terbaik untuk abang…..

Ibu, Abah, Semoga Allah Redha.

 

934694_633607023333290_1867626009_n

Pada Apa Adanya Kita

Sunday, October 6, 2013

aku adalah manusia yang tak mampu buat kerja dua dalam satu apabila….

 

Buku berada dihadapanku---

Ketika Tazkirah/Perkongsian/Lecture diperdengarkan---

 

Takpa lah, aku Redha dengan kelemahan aku yang satu ini.

 

aku adalah insan yang tak senang duduk bila sesuatu yang disampaikan, tidak aku fahami dengan baik. Dalam erti kata yang lain, aku mungkin sedikit ‘lampi’ sebelum sesuatu khabar diproses akal.

 

Tak apalah, aku Redha dengan kurangnya diri ini.

 

____________

20130904_161615

Allah ciptakan kita dengan kelebihan dan kekurangannya.

Adil. agar kita mampu mempelajari kebaikan dari orang lain.

Inilah bukti tidak sempurnanya kita, dan hikmah kenapa Allah suruh kita bertaaruf.

 

agar kita belajar, belajar, belajar daripada orang lain

agar kita melihat keindahan ciptaan Tuhan

 

Kita ni, bukan siapa-siapapun,

hanya Hamba Tuhan.

Semua kita Hamba Tuhan, Kau—Aku—Kita.

 

____________

 

“Halaqah yasin-an aku”

 

bila ada yang bunyi, “ada halaqah ke di sana?”

dan seangkatan dengannya, ketahuilah, dalam mengharungi hidup ini, Allah sentiasa memberikan kita yang terbaik, oleh itu berada di dalam keadaan ‘luar kawalan’ juga satu Rahmat dan nikmat.

agar kita bersyukur dengan nikmat yang kita perolehi sebelumnya.

agar kita nampak bahawa jalan menyelusuri hidup ini ada pada genggaman Allah.

Dia tidak Zalim pada hambaNya.

 

____________

 

“Jadilah Muslim Persis dirimu” 

 

Inilah satu perkara yang cukup menarik minatku.

Begitulah kita terlupa, ada yang mengkhabarnya.

Begitulah kita tak tahu, ada yang menceritakannya.

 

*ternga—nga…

 

Hanya yang kita perlu teguhkan adalah, membenarkan diri kita meningkat menjadi muslim yang hari ini lebih baik dari semalam.

Berbekalkan jati diri yang diberi Tuhan pada kita.

 

Takkan Tuhan bagi kita sifat pendiam itu saja-saja?

Takkan Tuhan beri kita sifat Lantang bersuara saja-saja.

 

Lihatlah Umar al-Farouq,

Ketika jahiliyahnya dia, dia seorang yang berani, begitupun setelah Islamnya dia, justeru lebih berani !

 

Setiap kita Tuhan kurniaan kelebihan yang tersendiri.

Jadilah muslim luar biasa, berbekalkan apa—adanya—kamu.

 

Jangan kau cemburui pada ciptaanNya yang lain,

Sedang kau punya 1001 kelebihan yang belum dirungkai.

 

Hanya syaratnya,

Bergeraklah meninggalkan kejahilan dan mencarilah sinar kemuliaan

Menjadilah setiap hari mendatang lebih baik dari hari yang ditinggalkan.

____________

 

Tuhan, aku minta agar Kau terus bimbing aku dan perjuangan ini.

aku minta agar Kau Redhailah amal sedikit yang telah dilakukan.

 

Tuhan jangan kau biar aku menguruskan hidup ini sendirian meski sekelip mataku,

kerana Rahmat darimu sangat aku perlukan,

setiap hari—setiap saat,

dalam menapaki episod perjalanan kehidupan.

 

Tuhan kasihanilah kami..

Terimalah permintaan kami..

Maafkanlah kesilapan kami..

 

aku tidak punya apa-apa tanpa pemberianmu Tuhan.

 

 

 

Bait al-‘Abir, Doha, Qatar

Ke mana pun

Akan ada satu saat dan ketikanya kita akan mati akal. Terasa seperti kosong.

 

996602_586211934749760_640875644_n

 

Hati kadang merintih…

‘ahh seakan tidak banyak amal yang boleh dilakukan…’

 

lama-lama fikir. menangis.

_________

 

eh kenapa senang je kita bertutur sedemikian…. “Ya Raheem agar kau ampunkan dosa-dosa ku ini…”

lama-lama aku sedar, bila kita dah biasa dalam comfort zone, kita rasa seolah-olah banyak dah kita buat. kita terleka, sehingga terkadang kita tak buat apa pun, tapi berasa sudah berbuat.

 

_________

 

bila Allah cabutkan rasa bergantungnya pada orang,

seharusnya syukur itu didahulukan. Kenapa?

 

Sebab terkadang apabila kita ingin berubah, kita selalu menempel-nempel pada seseorang.

terkadang kita lupa tempat bergantung kita adalah Allah.

 

Di saat manusia tidak mampu mentarbiyah kita,

ketahuilah Allah sentiasa mentarbiyah kita.

 

Deep.

___________

 

bila banyak hidup dalam ‘teori’+zon selesa, kita jadi tersumbat.

Sebabnya terkadang kita merintih, “Bila aku nak praktiskan semua ni…..?”

 

Ketahuilah Allah tak senang-senang ciptakan kita untuk tujuan bersenang,

Tapi Allah akan uji kita dengan nikmat perolehan kita (menerusi halaqah, dauroh, mabit, dll) samaada kita berjaya melaksanakan atau hanya khayalan semata di mata manusia.

 

Dan bukanlah orang yang banyak ‘perolehannya’ itu hebat,

tapi apabila ‘perolehannya’ itu diguna dan dimanfaatkan,

inshaAllah sedikit-demi-sedikit membuah berkah.

___________

 

aku justeru tidak berkata dan menujukan kepada sesiapa,

tapi aku kembali menerokai diri.

 

betapa hinanya aku di mata tuhan.

 

 

 

 

Bait al-‘Abir, Doha, Qatar.

sapa nak bagi free…?

Monday, September 23, 2013

kira-kira 3tahun lepas---

Pernah juga aku merancang. Dengan keinginan yang menebal untuk sebuah perubahan.

Aku mengalah pada akhirnya aku berada di mana aku berada sekarang.

Ya, ke bidang Pengajian Islam.

 

Tertawalah mereka yang mengenali aku bagaimana---

Tidak percayalah mereka jalan ini yang ditakdirkan untukku---

Dan aku seperti biasa terus melangkah

 

It’s okay.

 

Bagaimana aku melangkah dengan penuh benci--

memandang kitab sudahlah tidak sudi,

Bahasanya pula sukar dimengerti.

Menatijahkan seperti di skala benci.

 

Eh aku menangis??

Ya, aku menangis. Kenapalah tidak berakal sangat aku ni.

Kenapa membiarkan diri menipu diri.

 

Saatnya aku tolak semua ke tepi,

segala malu dibiar berlalu.

Usaha terus tanpa henti--

Mengertilah aku erti persaingan separuh mati.

 

******

Sekali lagi aku tidak diizin pergi---

akhirnya aku diam tanpa bunyi,

melihat rakan beterbangan ke sana-sini,

Hanya senyuman menghiasi seri.

 

*****

Tak…Tak…

Aku bukan selemah itu..

 

Aku belajar perkara baru. Mensyukuri nikmat yang diberi---

Mengenal erti sebuah Rezeki dan Takdir.

Aku didik diri agar jangan cemburu dengan nikmat Allah beri kepada insan yang lain.

 

Hanya sanya aku perlu merobah diri.

 

Kau tu dulu yang malas sangat.

Kau tu dulu yang tak mensyukuri nikmat Tuhan.

Kau tu dulu ikutkan sangat hati.

Kau tu dulu busuk sangat hati.

 

Hari ini pengalaman memberi erti

 

*****

Kira-kira dua tahun yang lalu,

sekali lagi mencoba---

Taklah yakin sangat tapi berharap.

Masakan dibiar berharap tanpa keyakinan?

 

aku masih ingat di setiap malam-malam,

di bawah kubah biru,

di tepi penghadang berlubang-lubang.

aku tak lupa---

 

Ohh belum rezeki,

Aku tak menangis. immune?---

 

Terus berjalan, mencipta jejak-jejak kaki di bumi Malaya.

Aku bukan anak kecil kan---

Banyak Hikmah rupanya. Terlalu banyak.

 

Berlalulah hari seperti yang diarahkan Tuhan

hanya aku perlu mengerti,

dan aku perlu mengerti.

 

Tuhan beri itu ini---

tak kusangka sampai begitu sekali,

naifnya diri sesekali membiarkan ianya berlalu tanpa mengerti,

manusia apakah aku ini---

 

******

Kiranya tahun berlalu lagi---

sehingga Kau tangguhkan lagi,

agar aku pelajari, merebah diri, menunduk diri.

bertafakur, sujud, bertasbih memujiMu---

 

Tuhan benarlah Kau tahu apa yang cetek di akal kami.

 

 

20130909_094154

 

Bayt al-‘Abir, Doha, Qatar.

Erti semalam untuk hari ini

Thursday, September 19, 2013

Ketika angin menyapa kulit berminggu-minggu ini seolah tiada belas. Meniupkan angin yang panas mengikut arahan Tuhannya.

Terkadang aku juga lupa.
Apabila aku sedar aku mengatakan kepada hati bahawa bukan semua keinginan kita, akan diberi.

Ya keinginan.
Kita inginnya yang senang justeru Tuhan aturkan yang sukar datang bertandang.

Ketika aku inginkan kenyamanan Tuhan tidak izinkan. Maka aku perlu sedar Tuhan ingin mengajarkanku erti ketahanan. Bila aku fikirkan, ya mungkin sudah terlalu lama aku bersenang.

Dalam kepayahan semua urusan kita, aku terjumpa sesuatu.

Munajat; Merintih lah kepada Tuhan yang menciptakan kamu.

Munajat bukan terhad pada waktu tertentu. Dan Tuhan bukan kita seru pada waktu tertentu juga. Bila-bila masa kita boleh buat.

Mencari ketenangan dalam keserabutan. Ya bermunajatlah kerana Allah lebih arif tentang kita.

Di situ ada kedamaian.


Bayt al-'Abir, Doha, Qatar.

you should read this….

Friday, September 13, 2013

saya berkongsi kisah yang saya temui dengan seseorang.

setiap hari saya belajar mengerti, hidup bukan semudah yang disangka.

 

and that’s why,

you should know.

 

*******

"Like most guys at 25 I just wanted to get married even though I didn't have two pennies to rub together, times were really tuff for me back then.


It's been around 6 years since I got married. My wife came from a very wealthy background mashallah, I however did not.


My wife was very understanding with regards to this and wanted to marry me regardless. Alhamdulliah I got married in East London at a cost of £500. My in laws decided to boycott the wedding as it wasn't the million dollar show they dreamt about having for their little princess.


Nevertheless we arrived back to my parents house where we stayed for the next 2 years. As I mentioned earlier I had very little to my name, I couldn't afford a bed to sleep on, and I was stubborn to ask my parents for help.


My brother had a spare used mattress which we decided to sleep on, their wasn't a night i wouldn't complain about the springs pressing into my back.


My wife fell pregnant shortly after marriage, the 9 months was especially hard for her as the mattress was very uncomfortable. She would never complain though, but I knew if it was hurting me, it was killing her. I remember close to her due date, we both couldn't sleep due to our back pain, I remember her saying, 'In shaa Allah after Rumaisa our situation will change, she will come with her rizq and so will her siblings..'


My sunflower Rumaisa was born and soon after my fortunates started to change literally overnight. My business started to do well, I brought a bed and then had enough money to finally move out.

A year later, Hafsah was born, prior to her birth I started another business, that too started to do really well.


And then 2 years later, Ibraheem was born and he too came with his rizq in the form of a 3rd business.


Why I shared this story?


Well, many atimes people forget that Allah is the who gives rizq and his supply is unlimited, all you have to do is ask. I also wanted to point out the blessing of children, if I could I would have 4 children every 9 months! Children are an unbelievable blessing, regardless of your situation they come with their own rizq, so don't worry about that, just keep them coming.


And finally marrying a pious spouse makes the world of difference, my wife could have built 10 bed factories but she didn't want to live off her parents and was patient about her situation. So marry someone who loves Allah, in turn Allah will love her.


I will leave you with a verse of the Noble Quran, ponder over it..


And whoever fears Allah - He will make for him a way out. And will provide for him from where he does not expect. And whoever relies upon Allah - then He is sufficient for him. Indeed, Allah will accomplish His purpose. Allah has already set for everything a [decreed] extent. [65:2-3]


- Abu Rumaisah

 

****

after all, i’m crying while reading this story ;’)

249765_2032817347412_1192778_n

 

to know you,

is to love you.

 

 

بيت العابر

Doha, Qatar.

Doha dan Ana

Wednesday, September 4, 2013

Alhamdulillah.

Sebuah coretan pengalaman hidup dibumi asing bakal dilakarkan.

20130901_083424

 

Pertamanya dan selamanya hanya kepada Allah sahajalah tempat dikembalikan rasa syukur ini. Rasa macam baru semalam berdoa, hari ini dikabulkan.

seluruh sisi kehidupan seorang Muslim penuh dengan pahala,

iaitu ketika mendapat kurniaan Allah dia bersyukur,

ketika mendapat musibah dia bersabar

Atas tujuan apa saya kemari?

Sudah pasti ada yang tertanya-tanya, kenapa pergi Qatar? Ya, tujuan saya mudah sahaja. Saya dan lima lagi rakan yang lain dipilih oleh Universiti Malaya untuk menyambung pengajian di sini. Kenapa Qatar? Kerana UM memilih Qatar bagi sesi pengajian untuk kami tahun ini.

ketika rakan-rakan di Malaysia sibuk dengan urusan perkahwinan, pertunangan, pertemuan dan sebagainya, saya pula sibuk mencatur masa depan sedikit-demi-sedikit.

 

sekitar 4 bulan jangkaan saya di sini

mungkinlah tidak semantap rakan-rakan yang lain yang belajar di negara orang bermula dari tahun pertama sehingga tahun akhir mereka. Namun kisah saya pastinya berbeza. Inilah Takdir yang Allah tetapkan dan pasti terhimpun banyak hikmah.

menghadiri kuliah dan mengikuti kedua-dua sistem pengajian di malaysia dan juga di sini pasti ada kelainannya. Dan saya akan berhadapan dengan perbezaan ini. Saya kira inilah pengalaman yang akan ditempuhi apabila Allah mengizinkan saya merasainya pada peringkat degree ini.

Alhamdulillah.

 

Best ke negara orang?

jika ditanya kepada siapa-siapa yang berpeluang belajar di luar negara, pastinya di peringkat awal rasa keterujaan, namun lama-lama rasa itu akan surut kerana hujan emas di negeri sendiri lebih dirindui. hehe

banyak sangat perkara menarik di sini:

- pertamanya inilah pertama kali saya merasai musim panas, dan terasa bahang dan teriknya mentari. Begitu juga saya akan berhadapan dengan musim sejuk buat pertama kalinya nanti.

- peratutannya ketat. hehe, walaupun saya ini sedikit nakal, tetapi nakal saya habis di sini. Akhirnya saya kena belajar untuk memahami dan menghayati peraturan. hehe

- terasa dihargai walaupun seperti dikongkong. Alkisahnya, apabila ingin ke universiti pasti ada driver yang akan datang ambil dan hantar kami. Dan segala tugasan diambil alih oleh driver di dalam perjalanan. Sekiranya teringat kena beli ubat dan lain-lain, maka driverlah yang akan turun membelikannya. Kami hanya perlu stay di dalam.

- negara yang selamat. So far yang saya dengar di sini kadar jenayahnya rendah. kes kecuriannya pun rendah. Cuba bayangkan saya lihat di depan mata saya ketika bershopping di pasaraya, wanita dengan selamba meletakkan beg tangannya di dalam troli tanpa perlu peduli ianya akan diambil kerana memang tiada orang akan mencurinya. Begitu juga kereta yang dibiarkan ditepi jaln dalam keadaan enjin hidup sedangkan tiada pemandu mahupun siapa-siapa di dalamnya.

Alhamdulillah.

 

 

terlalu banyak benda baru yang saya kena lazimi di sini.

bahasa pun kena tukar. kadang berbahasa arab, kadang berbahasa inggeris.

seronok kerana minda akan sentiasa berfikir sebelum menuturkannya.

Alhamdulillah.

 

 

Teruskan menembak doa untuk saudara-saudara kita di serata dunia.

Doakan saya juga.

 

 

Baitun Jadidun, Doha, Qatar.

Cinta; Doha

Tuesday, September 3, 2013

perjalanan yang ditempuh kini adalah perjalanan yang ditakdirkan Allah buatku.

bagaimana sukar, mudah, sulit, senang Allahlah tempat kembali sesuatu.

 

aku jumpa CINTA di Doha.

ya CINTA yang mengajar aku erti pengorbanan.

kalau aku boleh menangis kerinduan kepada ‘circle’ aku, akan kulakukan.

tetapi cinta mengajar aku untuk terus kuat.

 

CINTA ini mendidik aku agar melawan rasa bermalas-malasan.

CINTA ini mengajar aku agar terus bertahan dan tidak bersikap lemah.

 

sesekali, dua kali mungkin aku rebah.

tetapi itulah pengalaman yang tak boleh dibeli melainkan merasainya.

 

doha

jauh ini mendamaikan

ketika hati runsing, fikiran melayang-layang

Allah izinkan berlakunya musafir ini

setidak-tidaknya perubahan masa membuatkan aku lebih tenang dan lebih kuat

 

sesekali perasaan diusik-usik

tetapi ‘tugasan dan bebanan’ yang dipikul mematikan rasa itu

sekurang-kurangnya aku belajar sesuatu yang lebih mencabar dari itu

 

aku juga manusia biasa

yang terkadang naif dengan pilihan sendiri

sekejap mahu, sekejap tidak

semoga Allah menjawab persoalan-persoalanku dengan kasihNya yang sentiasa dirindui.

 

kerana kerinduan padamu membawa aku terus berpijak di bumi nyata

meraih dan menyusun amal-amal sedia ada

dan sentiasa beriman

bahawa Kau Tuhanku Selamanya.

 

 

Baitun Jadidun, Doha, Qatar.

Bumi Baru

Saturday, August 31, 2013

29 Ogos 2013, 5 petang.

tak pasti sudah bersedia atau belum

antara yakin dan mempersiapkan diri

mara ke hadapan, no turning back

 

gagahkan diri, membuka langkah

bismillahi tawakkaltu ‘alallah

 

sebelum terbang

____________

 

30 Ogos 2013, 3.30 pagi.

sampai di Qatar, sebuah negara asing bagiku.

terasa sesuatu yang lain, anginnya panas.

bahang, tidak selesa.

 

panas-sejuk-panas-sejuk

tapi aku bersyukur kerana diberi kesempatan ini

untuk mengutip seberapa banyak ibrah yang ada di bumi ini

 

hikmah penundaan itu kini terasa

mimpi kini menjadi realiti?

_____________

 

31 Ogos 2013

aku terus berasa cemburu

dalam perjalanan mereka ke merata bumi

kerana ilmu mereka merantau ke sana sini

 

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

 

Kemerdekaan yang dikecapi hari ini adalah nikmat terbesar kurniaan Allah yang bukan semua manusia dapat merasainya. Oleh yang demikian, kemerdekaan yang sebenar adalah apabila kita bebas daripada bersikap lemah lalu kita optimis untuk meraih masa depan yang lebih baik, kita persiapkan generasi baru untuk memiliki perasaan mulia dan memunculkan potensi untuk memajukan negara berlandaskan dinul haq di dalam aqidah, ibadah dan syariat.

Aminah Kamilen
Universiti Malaya

 

 

Aku mendoakan kau semua,

agar hadir juga doamu untukku

 

 

 

Baitun Jadidun, Doha, Qatar.

kasih yang terbina, sekian lama…

Monday, August 19, 2013

jarak akan sentiasa menguji kita.

tidak kira dekat mahupun berjauhan.

dan biarlah jarak ini hanya sebagai jarak, bukan pemisah.

 

pernah saya bertanya kepada masulah saya:

“Ada kemungkinan tak di sana ada halaqah untuk saya di sana?”

“Tak silap akak, tiada”

 

perasaan saya kosong.

bercampur-baur. Kalau ke Jordan, mungkinlah ada. Begitu juga di Mesir. Tapi kedua-duanya tidak saya jejaki.

Okayla, pasti ada hikmahNya yang tersembunyi.

 

Saya risau.

Mula merasai takut-takut wujud ‘kerencatan’ dek jarak ini.

bukanlah saya meminta untuk merencatkan perkembangan sendiri,

tapi itulah yang saya kena dan akan lalui.

banyak juga perkara yang bermain di dalam fikiran.

ntah berapa ‘kalau…….’ yang wujudpun saya tak pasti.

 

Saya pernah ‘digugurkan’ kerana jarak.

susah untuk diterangkan ketika itu.

tetapi Allah telah gantikan ianya dengan suatu yang jauh lebih beharga.

sesuatu yang membina dasar di hati saya.

 

Jangan Takut

Saya harus bermula; menyusun peta

inilah dia jalan yang tidak memerlukan kita, tetapi kitalah yang perlu mengambil perhatian untuk melaksanakan.

jangan ditanya apa dakwah beri padamu, tetapi tanyalah apa yang kamu telah beri untuk dakwah ini? kerana dakwah akan sentiasa mengganjari kita dengan syurga.

berbulan-bulan saya berfikir,

“part mana yang aku kurang ya..?”

“apa sebenarnya yang aku cari..?”

“apa yang perlu aku faham..?”

 

dan pastilah terlalu banyak perkara yang belum selesai. sedih.

Jika saya perlu membaca, saya kena habiskan pembacaan. Jika saya perlu bertanya, saya kena bertanya! Dan akhirnya jika air mata yang perlu ditumpahkan, maka ianya akan mengalir.

 

Dan ketika inilah saya tersangat merasai ‘buku’ itu teman sejati. Quran itu penawarnya. Perancangan yang disusun itu panduan agar masa tak disia-siakan. Pen dan Diari tempat tercurahnya idea dan isi hati. cehhhh~

 

Semoga aku Kuat.

Doakan aku Kuat.

 

 

Baiti Jannati, Gombak.

berpada;bersahaja part2

Monday, August 12, 2013

Di dalam entri yang lepas (berpada;bersahaja part1) , sudah dijelaskan tanda-tanda dan penyebab kepada masalah sukarnya untuk berterus-terang. Now, kita jump kepada Resolusinya.

 

303028_521755827862038_1803283102_n

walaupun kita nampak mudah, yang penting aplikasinya.

 

 

Solusi

- membuat aktiviti pengukuhan jalinan antara dirinya dan ahli yang lain

- tidak perlu menampakkan sikap dan rasa lagum kita terhadap sebahagian individu yang berprestasi menonjol

- menjelaskan prinsip amal jamaie

- tidak menyederhanakan masalah dan tergesa-gesa dalam menjawab persoalan dari ahli yang lain

- menghindarkan kritikan terhadapnya di hadapa ahli yang lain

- memberikan ruang kepada dirinya untuk bercerita tentang peribadinya

- tidak memperbesar-besarkan  kesalahan yang dilakukan dan mempermudah penyelesaiannya

- berikan dan tunjukkan pujian kebaikan kepadanya

- bertanya kepadanya tentang hal-hal peribadi, oleh itu dia akan rasa diperhatikan

- meyakinkan bahawa masalah peribadinya tidak akan diinformasikan kepada orang lain

 

 

bagaimana murabbi muda…..?

nampak mudah, bersahaja kan…?

dicuba yuk!

selamat beramal dan berusaha. jangan berharap sekali cuba terkabul segalanya, tapi istiqamahlah sentiasa. upgrade diri jangan dilupa!

 

 

 

Baiti Jannati, Gombak.

Raya!

Salam Aidilfitri untuk semua.

bagi yang mengenali diri ini, saya dengan rendah diri ingin memohon kemaafan di atas segala silap dan salah saya samaada secara jelas mahupun secara berahsia. begitu juga kepada para pembaca, kalau mungkin terguris dengan post-post saya. Ambillah mana-mana yang bermanfaat.

memaklumi bahawa semakin hari semakin dekatnya ajal kita, moga-moga kesempatan memohon kemaafan ini menjadi titik tolak gugurnya dosa-dosa lama antara kita

****.

IMG_1507

Alhamdulillah, kesempatan raya yang ada, sempat saya menziarahi ternakan yang ada di ladang. hehe

 

 

^ Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin ^

 

 

Baiti Jannati, Gombak.

Doakan

Sunday, August 4, 2013

Bismillah…

lama tak update blog, alhamdulillah diberi kesempatan pada malam ramadhan ke-27 ini.

Alhamdulillah, Alhamdulillah.

orang yang belum kahwin macam saya ni, apa yang difikir, balik-balik akan pusing sekitar pelajaran, study, kerja-kerja DnT.

sebelum masuk sem, fikir nak daftar subjek apa, merancang jadual pembelajaran, merancang perlu ambil jam kredit lebih atau biasa-biasa sahaja mengikut kemampuan. Kemudian mengemaskini data akhawat, mengambil tahu update semasa mereka sebelum masuk semester. Melihat kepada ‘timeline’ yang telah disepakati dan disesuaikan pula dengan aktiviti sendiri. Mana-mana program DnT diberi keutamaan, Prioriti kata orang.

selalu kita akan mengalami suatu masa, semua program bertindan. Program Tarbiyahnya, Program Jabatan, Program Persatuan dan lain-lain. Di sinilah kita memerlukan kebijaksanaan untuk berfikir dan berdiskusi. ahaa, kalau anda akhawat, sudah tentu anda faham apa yang saya maksudkan.

zaman belajar memang best!

Bila dah mula sem, sibuk pula menyusun pertukaran jadual semasa. biasanya minggu pertama dan kedua semua mengambil masa ala-ala ‘warming up’ gitu. Tambah pula ada minggu ‘add and drop’, macam-macam keserabutan berlaku. Kelas penuhlah, tak dapat daftar subjeklah, tak jadi ambil subjeklah, dan macam-macam lagi. Kalau tak ada stand yang kukuh, memang hanyutlah. Kalau tak ada perancangan dan keyakinan, memang ikut ajalah.

begitulah belajar. selesai minggu-minggu ‘serabut’ ini, bermulalah kelas dan pelbagai assignment diberikan. Sesudah itu ujian pula yang terkadang datangnya tiba-tiba tanpa diberitahu. Pengakhirannya nanti peperiksaan akhir. Masa ni lagilah. Stress menggunung macam kita seorang je yang akan ambil exam. huhu.

inilah dia life seorang pelajar. Seorang pelajar ya. Yang hanya mahu menjadi pelajar. Semoga anda faham apa yang saya maksudkan.

Okay habis cerita.

 

Tahun Dua Sudah Berakhir

Saya kira saya boleh isytihar bahawa saya bakal memasuki tahun ketiga.

Tahun Dua saya terlalu osem untuk diceritakan. Saya tinggal dibilik bersama akhawat, hang-out memang selalu bersama. Kolej saya diami berdekatan dengan akademi, boleh jalan kaki. Pengalaman membawa motor. Main-main masam muka, lepastu senyum tak perlu diminta. Kenangan terpijak tahi kucing, Kenangan bertapa di Surau semalaman, Kenangan belajar dengan jerebu dan bermacam-macam lagi. Alhamdulillah.

 

Terlalu banyak benda yang saya belajar apabila Allah mengizinkan saya didampingi dengan bermacam-ragam akhawat. Sehinggalah saya mengadu kepada murabbi saya,

“terlalu banyak ragam mereka…”, kata saya dan dijawab pula olehnya:

“Allah nak mendidik antum dengan sifat-sifat keibuan..”

 

Pernah juga buntu dengan idea-idea sampai saya bercerita lagi kepada murabbi saya,

“apakah yang terbaik yang boleh saya lakukan?”

“Biarkanlah mereka menangis dan meminta kepada Allah…”

 

Apabila kebanyakan perkara dan urusan saya yang tidak berkunjung juga jawapannya, sehingga murabbi saya bertanya,

“macam mana dengan ‘urusan’ awak..?”

“belum ada jawapan”

“maka biarlah Allah yang menentukan dan yakinlah”

“Ya, hanya Allah yang Maha Mengetahui”

________

 

Jilsah Ruhiyah yang menggugah iman

Ketika Allah mengizinkan saya menghadiri satu pertemuan yang menghimpunkan jiwa-jiwa yang diwakafkan untukNya, ketika itu hati bagai dipujuk-pujuk. Pertemuan dengan bekas murabbi-murabbi saya, sangat mengharukan.

Apabila saya dipertemukan dengan Mrs Muahahah saya, update perkembangan terkini, sungguh saya tak menyangka, saya masih dalam ingatannya. Bertemu juga dengan murabbi saya yang ‘masyhur’, seorang ustazah yang hebat di bidang ‘fiqh’ membuatkan saya sentiasa terinspirasi dengan kembara ilmu dan himmah yang tinggi.

ketika seorang makcik bertanya kepada saya,

“enti belajar apa sekarang..?”

“ana ambil Usuluddin”

“Alhamdulillah, pelapis masa hadapan”

murabbi ‘masyhur’ saya menambah, “biar dia sambung belajar sampai PhD”. Saya tersenyum, moga-moga Allah mudahkan jalan saya dan terangkan hati saya untuk mendalami ilmu Allah ini.

 

untuk itu,

 

liqa' tairifii

 

inilah sebuah ketetapan yang Allah berikan kepada saya. Mungkin inilah masanya untuk saya berlalu dari masa-masa senang dan menempuh suatu fasa yang berberza.

apa yang saya nak kongsikan menerusi sebuah ketetapan ini adalah: Doakan untuk saya agar saya mampu pergi jauh dan diterangkan hati dan dimudahkan urusan dalam menuntut ilmu, agar saya sentiasa mencintai ilmu.

 

ketika di dalam Jilsah Ruhiyah (yang diadakan di awal Ramadhan), muwajih menggelarkan taujihatnya seakan-akan majlis air mata. kenapa agaknya? kerana sedikit yang dia kata, kemudian berjurai-jurai air matanya mengalir. Apabila dia berkata lagi, kemudian berhenti pula, mengesat-ngesat air mata yang tumpah.

ketika itu muwajih membawa suatu topik yang sangat ‘membasah hati’; Munajat di Jalan Dakwah. Antara yang ditekankan ialah DOA itu sendiri. Ketika ini saya seakan-akan baru nampak dan terasa terus bersemangat. Sebab muwajih menekankan perihal kekuatan doa ikhwah akhawat kita.

bendanya nampak biasa. iyalahkan. Doakan saudara kita. Tetapi berapa ramai yang mampu buat? Benar-benar sedarkah kita bahawa Doa saudara kita tanpa diketahui oleh saudaranya itu makbul? Adakah kita juga tahu bahawa antara doa yang akan dimakbulkan adalah disertai dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan doa kita? Diselit juga dengan pentingnya qiyamullail yang didirikan dan disertakan dengan munajat penuh pengharapan hanya kepada Allah.

Ketika Allah menguji muwajih ini, yang merupakan seorang doktor perubatan, ketika anaknya yang baru berusia beberapa bulan, dimasukkan ke dalam ICU, rakannya yang merupakan Doktor yang bertugas menjaga anaknya mengatakan “Peluang anak you hidup nipis”, which is dalam bahasa kasar dia akan mati dan takda harapan nak hidup. Maka tersebarlah berita ini dalam kalangan ikhwat dan akhawat. Maka katanya, pada ketika itu dia hanya meletakkan urusan ini kepada Allah dan Redha dengan ketetapannya. Sehinggalah bertalu-talu mesej yang diterima mengatakan “Kami mendoakan….”, dan ternyata Allah itu Maha Mendengar dan mengabulkan doa-doa yang diutuskan oleh ‘segenap ikhwah akhawat satu dunia’ buatnya. Allah telah memandang doa-doa mereka. Allah telah menyelamatkan anaknya yang kritikal itu. Bingung Doktor yang bertugas menjaga anaknya seakan tidak percaya anaknya boleh diselamatkan.

hebat bukan kesan doa….?

 

Justeru, andai antum juga ingin berada dalam kalangan ikhwah akhawat itu juga, maka doakanlah juga buat saya. Agar Allah memudahkan segala urusan yang nampak sulit dalam pandangan saya.

Doakan untuk saya agar saya mampu pergi jauh dan diterangkan hati dan dimudahkan urusan dalam menuntut ilmu, agar saya sentiasa mencintai ilmu.

Jazakumullahu khairan kathira : )

Baiti Jannati, Gombak.

tetamu nak tiba

Tuesday, July 2, 2013
ketika aku selesai membaca bahan-bahan untuk persiapan penyampaian, aku rasa tidak puas. aku belek-belek lagi muka surat sebelum dan selepasnya.

'banyak betul bekal dalam amalan-amalan kita ini. Cuma kita je tak perasan'

Dari mana datang segala kekuatan kita?
ya, dari Allah.

 ____



"Hai jiwaku, bertasbihlah dan solatlah!

saat urusan-urusan berat menyerangmu.

apabila hati telah merasa letih, dari beban kehidupan yang melelahkan,

alirkan air mata, wahai jiwa. Lalu tumpahkanlah ia dalam solat,

sungguh Tuhan alam semesta mendengar, tangisan jiwa-jiwa yang memohon kasih-Nya"



______

tetamu istimewa sudah mahu tiba..

Jom! Jom! tingkatkan lagi ibadah kita.
gila-gila punya. hehe.


#Allahumma Ballighna Ramadhan
#RamadhanKareen


Baiti Jannati, Gombak.

Khidir

Ehemmm.. Bismillah~

sejak-sejak terpaksa berpisah dengan khidir, rasa macam payahnya nak update belog. bukan takda laptop lain, tapi khidir tak sama dengan yang lain. hmm. Siapa khidir? khidir tu nama kepada laptop saya. huhu. kenapa khidir? saja nak bagi diri terinspirasi dengan ilmu bila menggunakannya.

update diri sikit
exam dah habis. Alhamdulillah keseluruhan paper dapat dijawab dengan baik.

 bingkisan nota

lepas sahaja habis exam, kemas-kemas barang dan ingin pulang. cewahh. Di samping itu, menunaikan permintaan akhawat yang nak mandi sungai. maka mulalah misi kami berlima ke Alang Sedayu, Gombak untuk bermandi-manda. Memang teruji apabila kereta yang dinaiki 'kehausan' brake. Maka tersadailah kami hampir 2 jam di bengkel kereta. Ilham yang Allah beri kepada driver tatkala tersalah masuk simpang tidak pernah silap. Kerana di situ kami ditemukan dengan bengkel kereta. brake kereta betul-betul tak makan. Suspen tak?

Alhamdulillah selesai semuanya kami bergerak menuju ke destinasi. macam-macam benda berlaku. tiba-tiba terfikir...

'hmm apasal kau kawan dengan budak-budak?'
'hmm why not? daripada berkawan dengan sebaya tapi tak matang'

Di atas Jalan ini, saya sebenarnya tidak pernah terfikirpun akan bergaul dengan siapa, akan bertemu dengan siapa. Tapi apabila memahami tugas kita, tak kisahlah dicampakkan ke mana, meskipun sendiri, akan berusaha menjadi pulau. Akan berusaha untuk memberikan manfaat walaupun tidak banyak.

Usai agenda bermandi-manda mereka semua lepak-lepak dulu di rumah saya. dinner, solat maghrib dan isya'. Alhamdulillah.


Aku dilemma 
semalam sebelum tidur, sempat juga saya melihat-lihat emel. dan terlihatlah suatu emel yang dihantar oleh Jamiah Qatar. tiba-tiba aku teringat perbualan ringkas dengan seorang rakan,

'mina awak tahu tak status kita sekarang ni...?'
'takpun. saya pun tak tanya puan ****. awak ada jumpa ke?'
'Ada. pihak UM kata, dia akan usahakan kita semua untuk pergi jugak'
'erkk? bila awak jumpa?'
'lepas habis exam hari tu..kata kak su kita kena pergi jugak sebab semua yuran dah dibayar'

Ya ini tawaran kali kedua saya dan rakan-rakan terima. Menyambung pelajaran satu semester (transfer credit) di Negara orang. Kami diberikan biasiswa penuh.

fly atau tidak. saya belum ada jawapan. masih menanti penggilan. habis tu kenapa nak dilemma? haha. inilah masalahnya!

setengah kata, pergilah.
setengah kata, jangan pergi.


gambar ihsan credit to kak nadia

Doakanlah yang terbaik untuk saya dan rakan-rakan supaya kekal mencintai ilmu selamanya.

“Jika kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal”
Ketika tiada siapa yang tahu jawapan samaada fly atau flying colors, hehe saya sudahpun berjinak-jinak menyusun perancangan semasa. Sudah mahu masuk tahun 3. Masa yang berbaki sudah singkat. Perlu all out!

Di  jalan ini, kitalah seharusnya memberikan perhatian! Perlu bijak dan cekap dan cepat menganalisa. Assabiqunal awwalun, siapa yang tidak mahu? Maka sebab itu, kitalah yang seharusnya memberi perhatian. Dan bukanlah menjadi seorang ukhti yang inginkan ‘perhatian’ persis kanak-kanak kecil yang apabila jatuh, lalu terluka, menangis meminta simpati tanpa mahu berdikari.

Dan yakinlah kepada bantuan dan pertolongan itu dari Allah. Allah sahaja yang mampu menukar mendung menjadi hujan, sukar menjadi mudah, benci menjadi sayang.


Hadiah Istimewa
“apabila ada sesuatu yang pergi, pasti ada gantinya yang jauh lebih baik yang Allah ingin berikan”.

Tak usah nak berkecil hati apabila ditinggal pergi. Tak perlu berendam air mata apabila orang sudah tidak sudi. Cewahh. Ayat macam orang frust je. Tapi itu tidak benar. Hehe

Meskipun 2 minggu, saya bersyukur kerana mempunyai peluang 2 minggu ini. Mengubah persepsi yang sangat ketat sukar ditanggal. Akhirnya memberikan kami kemanisan di dalam persahabatan. Semoga Allah memberkati kita. Cukuplah rasa ini ada di dalam hati meski tiada siapa yang mengetahui.

 jamuan sebelum menyambut ramadhan

Ada sahaja kata-kata semangat dari dia sepanjang exam.
Ada saja yang di’tweet’kan kepada saya.
Makan minum bersama, pinjam-pinjam katil untuk tidur.
Stay up bersama.
Membenarkan saya menggunakan barangnya.



Satu doakanku untukmu, semoga Allah memberikan kau peluang merasai kebersamaan bersama-sama. Semoga Allah tunjukkan jalan dan mempermudahkan jalanmu.

Kebaikan itu banyak, ada di mana-mana sahaja. Tinggal kita mahu melaksanakan atau masih ingin menundakannya? Tiada siapa tahu apa ketentuan esok untuk kita, why not kita terus berusaha?

Catatan Hati
 ukhuwah islamiyah adalah nikmat agung yang diberikan kepada orang-orang beriman dan menyeru untuk bersatu. Bukan bercerai-berai. Ianya diikat dengan aqidah, hidup dibawah naungan cinta dan ukhuwwah kerana Allah.

Apabila kita bersama kita akan rasa bererti, mempunyai peranan yang penting. Tetapi apabila kita sendiri, kita kerap merasakan kita ini tidak bermakna. bersahabatlah hingga ke syurga, biar syaitan menangis kecewa.


hargai dan pelajarilah sesuatu daripada insan-insan yang dipertemukan dalam hidupmu!
Tuhan bukan beri dia saja-saja.
kerana banyak yang boleh dipelajari.
belajarlah erti bersyukur!


#Allahumma Ballighna Ramadhan
#RamadhanKareem



Baiti Jannati, Gombak.

kakak manis epal

Tuesday, June 18, 2013

kadang-kadang kita tak minta benda buruk terjadi, begitu juga kadang-kadang kita tak tersangka akan ada perkara yang indah berlaku. adil bukan?

 

tersenyumlah!

________

aku selalu dapat hadiah daripada kakak manis epal.

dia selalu la jugak fly sana-sini.

sempatla merasa buah tangan daripada dia.

Alhamdulillah.

 

“orang memberi kita merasa, lain hari kita balas pula”

.

 

tiba hari lahir kakak manis epal, seorang teman dari kalangan kami berpesan,

‘mina nak bagi apa…?’

 

hmm. kaku.

puas tanya orang sana-sini. apa hadiah nak diberi. kakak manis epal merupakan seorang pelajar syariah & undang-undang. perkenalan kami adalah menerusi seorang teman yang mahu melihat kami bersahabat. Alhamdulillah.

sepanjang bersahabat aku selalu berfikir, apakah jejak yang boleh aku tinggalkan untuk dia? mahu jadi contoh yang terbaik? hmm, kami punya beberapa rahsia bersama. macam susah je nak menjadi contoh. haha.

sampaila akhirnya, aku teliti minat kakak manis epal. ya, aku rasa aku nak bagi hadiah sehelai hijab. cewahhh ayatt! sehelai selendang besar. aku tak punya makna apa-apa melainkan aku ingin memberikan yang terbaik.

dia gembira. Alhamdulillah.

__________

beberapa hari lepas…

‘kakak nak pakai tudung labuh, bukan cuba-cuba, tapi memang nak pakai, cuma risau tak istiqamah’

sangat tak sangka tiba-tiba dia whatsapp bagitahu.

 

cuma kakak more kepada selendang dan kakak dah buat sendiri beberapa selendang besar. cuma kakak takut bila fashionable ni dah tak sampai pada niat asal. emm memang tak boleh berfesyen langsung ke mina?’

comelkan kakak manis epal ni? macam-macam jugaklah berceloteh, bertukar pandangan itu-ini.

 

‘asalkan ciri-ciri asal menutup aurat itu dijaga. pakailah apapun kakak’

dia memberi respon memahami. Alhamdulillah. tak sabar nak jumpa kakak manis epal ni!

 

doakan kakak manis epal ni ya kawan-kawan!

 

________

semalam bertanya kepada seseorang,

 

“berapa Ramadhan lagi saya akan kena tunggu…?”

“inshaAllah ini Ramadhan yang terakhir”

 

Doakan!

Ramadhan sudah ingin tiba. Semoga kita sempat bertemu dengan tetamu Allah ini.

 

946498_458399317586768_932810810_n

 

 

 

 

Bait al-Farouq, Petaling Jaya.

berpada; bersahaja part1

Monday, June 10, 2013

179191_10200835546444875_2035583306_n

dah, nak berfalsafah apa pula kali ini?

 

Berterus-terang; bukan semua tahu pentingnya

ya, dengan tiada sifat ini dan usaha untuk melakukannya, akhirnya seseorang mutarabbi berpotensi menghilangkan diri dan berguguran dan bertebaran dan memilih untuk berpisah.

 

kenali tandanya:

- lemahnya interaksi

- cenderung untuk tidak berkata dan selalu berdiam diri

- tidak mengambil bahagian dalam perbincangan santai-santai antara ahli

- menyembunyikan aktivitinya yang dibuat/disertainya terutamanya aktiviti yang tidak berkaitan program tarbawi

- selalu meminta izin dan memberikan alasan semunasabah mungkin untuk tidak menghadirkan diri dalam program-program tarbawi yang telah dirangka untuknya

 

penyebabnya:

- tidak memahami prinsip amal jamaie

- lemahnya tsiqah kepada mas’ul

- beranggapan apa yang disembunyikan itu adalah masalah peribadinya dan orang lain tidak perlu tahu

- tidak mengukuhkan hubungannya dengan anggota yang lain

- hubungan yang terjalin bersifat formal

- karakter peribadinya; seorang introvert dan tidak suka orang lain mengetahuinya

- kepercayaan terhadap dirinya yang berlebihan sehingga menyangka dia mampu menyelesaokan semua persoalan yang dihadapinya

- merasa terhina jika problem peribadinya diketahui oleh orang lain

-adanya sifat malu yang terlalu mendominasi dirinya

- mas’ul kurang punya seni mengendalinya

 

___________

‘saya dah tahu nak buat apa dah dengan anak buah saya…’, sedih nadanya.

‘Sabar ukhti pasti ada jalannya. pasti. kita ini berhadapan dengan manusia bukan robot. jangan cepat mengalah. kita kadang menyangka dah terlalu banyak menabur usaha untuk memikat mutarabbi kita. begitu juga kadang kita terlalu angkuh menyangka dengan usaha kita, kita telah berjaya memikat mereka…’

‘huhuhu kak….’

‘mutarabbi yang menguji iman kita ini sebenarnya akan memberikan kita sesuatu. itulah dia pahala dan menuntut amal yang luar biasa daripada kita..’

‘ya Allah, tak pernah saya terfikir macamtu kak..’

 

tersenyum.

____________

apa senyum-senyum, Resolusinya mana…?

 

 

nantikan.

 

 

 

 

Bait al-Farouq, Petaling Jaya.

jalan pergi

Sunday, June 9, 2013

aku tak suka perasaan ini datang.

yang aku rasakan semenjak tingkatan empat.

kerana semuanya akan berakhir.

kita akan berpisah.

sakitnya perasaan ini.

terlalu.

 

 

inilah kehidupan, sesuatu yang bermula pasti ada penghujungnya

sesuatu perkenalan pasti ada episod perpisahannya

sakit, sedih.

 

aku tak suka menangis untuk sebuah perpisahan

ketika ditinggalkan.

sakit, pedih.

 

inilah semua namanya dunia.

bila bergantung harap padanya,

yang menyapa adalah sakit, pedih.

melainkan untuk meninggalkannya.

dan hanya berharap padaNya.

 

masih ada waktu untuk mengubah perasaan ini,

cubalah!

______________

 

‘sedihnya terpaksa kemas awak keluar dari rak ini..’

meja

buku itu benar teman.

buku

today a reader, tomorrow a leader!

 

 

 

 

“Perpisahan itu fitrah”

 

 

 

Bait al-Farouq, Petaling Jaya.

Asykuruka Ya Rabb

Saturday, June 8, 2013

berkedip-kedip mata ini menahan mengantuk yang datang menjengah.

‘Allah, tugasan belum sempurna. Semoga ada jalannya’

 

1jam berlalu.

‘tak boleh jadi ini…’

 

tutup buku. mengadap laptop. mencari-cari maklumat, menenun pula ayat. siap! Alhamdulillah.

 

‘ya Allah, berikanlah manusia hidayah menerusi amal kecilku ini’

 

baru kerja kecil. belum kerja-kerja berat lagi. teringat apabila pernah suatu masa dahulu berpesan kepada mutarabbi:

“kita ini buat kerja untuk Allah. lagi-lagi dibidang penulisan. terkadang, kita bila punya idea, melimpah-limpah dan berjela-jela kita mampu meng’ayat’. tetapi sekiranya Allah tidak izin ilham, idea itu sampai pada kita. apapun kita tidak dapat sumbangkan. Doa dan jangan putus berharap dari Rahmat dan Kasih Allah. kerana dengan pertolongan Allahlah kita mampu mengharungi hidup ini.”

 

tumblr_mk8e8kPCYa1s4shrvo1_500

ya doa dan berharap padaNya. benda yang mustahilpun akan menjadi kenyataan.

 

"Ya Allah permudahkanlah urusan yang sulit pada pandangan kami"

___________

 

suatu hari ummi menelefonku,

'”ummi, macam mana ini….”

“berharaplah pada Allah…”

 

ohoi, terdiam kau tahu.

and it’s healing!

 

____________

itulah dia taklifan;bukan suatu yang istimewa seperti yang kita sangkakan

577651_540473172670495_608052470_n

menjadi seorang pemimpin itu perlu memahami erti sebuah Amanah.

Amanah ini bukan tasyrif atau sesuatu keistimewaan tetapi Amanah ini adalah Taklifan sebuah tanggungjawab yang akhirnya nanti akan dituntut dan dipersoalkan kelak.

seseorang yang berhadapan dengan sebuah tanggungjawab ini, dia dekat dengan syurga Allah. sekiranya dia melaksanakan Amanah dengan sebaiknya. begitu juga, dia sangat dekat dengan neraka Allah apabila dia mengabaikan tugasannya.

 

Allah…Allah….

 

Ya Allah berikanlah kami kemampuan yang luar biasa, seperti yang kau berikan kepada Talut, Nabi Yusuf, Nabi Musa dan juga Nabi Muhammad dan seluruh pemimpin yang Amanah di dalam tugasannya.

 

“kukuh dalam kebenaran secara sekelompok dalam mempertahankan agama Allah”

 

____________________

 

“antum mampu je berjaga malam, untuk menghadamkan pelajaran-pelajaran, tetapi macam mana pula masa yang antum bahagikan untuk menambah tsaqafah antum sebagai seorang pemimpin dan murabbi…?” soal murabbi dengan gaya slumber.

 

303028_521755827862038_1803283102_n

ya, sudah lama rasanya tidak membelek teman sejati di rak buku. ya macam ada satu tumbukkan yang diberikan secara lembut tanpa mengasari tubuh. inilah dia namanya ilusi perasaan. ajaib!

hari ini betul-betul rasa bersyukur lain sikit. refresh kembali. dan memaknai. tersenyum seindah suria di pagi hari…

 

“Ukhti kalau sudah ada mendungnya pasti ada sirnanya, karna hujan sudah mahu tiba. bersabarlah dan tersenyumlah menanti tiba waktunya"

 

Terima Kasih Allah! Asykuruka Ya Rabb!

 

“Apa yang hilang, pasti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik!”

InshaAllah. Yakin!

 

 

 

 

 

 

Bait al-Farouq, Petaling Jaya.