Remaja Palestin itu,
Datang menyapa kami, menghulurkan salam perkenalan.
Teruja melihat kami menghadiri majlis mahasiswi arab.
kata mereka kami nampak kecil dan muda,
mereka baru berusia 17 tahun.
aku hanya ingat nama salah seorang dari mereka; Lama.
kalau adapun beberapa patah perkataan arab yang terkeluar dari bibir kami,
mereka teruja.
aku lagi teruja,
muda-muda sudah masuk universiti, pasti genius!
itu jihad mereka. seakan nampak senang sedang rakan mereka di bumi palestina berterusan dibedil.
sedap mulut berbahasa,
mereka yang menanggung beban sebenar.
________
Puteri Suriah..
Betapa fasihnya dia melayan kerenahku sambil bertutur ke dalam bahasa inggeris.
Betapa gigihnya bapa beliau berusaha memahamkan aku tentang Sirah Nabawiyyah.
Diapun tidak kurangnya.
Amena namanya seperti juga aku.
_________
Gadis Rabiah..
Tak kufaham apa yang cuba dipertuturnya,
Bahasa ‘ammiy barang kali dia guna.
lantas ditukar penggunaan arab Fushah,
memaksa aku agar bertutur juga di dalam bahasa arab.
Hajar namanya.
meski dibesarkan di negara asing,
rupanya dia punya semangat anak tempatan Mesir.
diletakkan di layar telefon bimbitnya lambang ‘Rabaah’,
lantas aku menuturkan, “nahnu maa’kum-Rabaah!”
___________
Palestine-Syria-Mesir
Semoga Allah berikan kemenangan kepada Islam.
Bait al-‘Abir, Doha, Qatar.
0 orang berkata-kata:
Post a Comment