Assalamualaikum w.b.t,
Setelah sekian lama menyepi tentang “resepi cream puff”, maafkan saya banyak-banyak ya!
Khususnya kepada makcik rokiah, best friend NBRS, rakan-rakan Caliph14, rakan university, dan semua yang pernah makan cream puff saya dan meminta resepinya.
hari ini saya tampil dengan resepi turun-temurun ini. Mulakan dengan Bismillah, akhiri dengan Alhamdulillah. Selamat mencuba!!
Cream puff
Bahan A:
500ml Air
1 sudu teh essen vanilla
1 sudu besar Gula
200g butter
Bahan B:
350g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
*diayak sekali
Bahan C:
Telur ayam gred A
Arahan:
- Panaskan Bahan A diatas api sehingga menggelegak.
- Kemudian masukkan Bahan B & kacaukan sehingga tidak melekat (menjadi segumpal)
- Apabila sudah suam-suam kuku, angkat dan tukarkan ke dalam tempat penggaul.
- tambahkan 8biji telur gred A satu per satu. kemudian gaulkan menggunakan mesin penggaul.
- setelah sebati, gunakan nozzle untuk membentukkan cream puff di atas dulang pembakar.
- bakar cream puff pada suhu 180°C. Pastikan api oven dipasang atas & bawah.
Inti cream puff:
Bahan-bahan:
¼ cawan tepung custard
¼ cawan gula
Secubit garam
2 cawan susu segar
Arahan:
- campurkan kesemua bahan ke dalam periuk.
- Kacaukan di atas api perlahan-lahan sehingga menggelegak.
p/s:
- kalau anda cuba-cuba kemudian tak-jadi, sila cuba lagi. huhu
- mungkin ada term bahasa yang kurang tepat dalam menulis resepi ini, harap-harap anda boleh menterjemahkannya ke dalam bahasa sendiri.
- saya tak pandai buat cream puff pun, tapi rajinlah juga tolong-tolong isi kan inti cream puff & saya belum pernah buat cream puff senidiri.
in sha Allah, akan ada banyak lagi resepi yang akan dikongsikan.
cuma, kene request la nak resepi apa.
with love,
aminah kamilen.
Gombak, Selangor.
0 orang berkata-kata:
Post a Comment