468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

Alhamdulillah Selesai

Thursday, February 12, 2015

Perjalanan menuntut di Universiti Malaya sebagai Pelajar Ijazah Sarjana  Muda Usuluddin (al-Quran & al-Hadith) sudah ke penghujungnya. Secara tidak rasminya saya sudah bergelar seorang graduan. Hanya menunggu Majlis Konvokesyen secara rasmi daripada pihak universiti.

Saya tertarik untuk mencaritakan dalam post kali ini mengenai perjalanan ilmu saya sepanjang berada di Universiti Malaya. Moga-moga menjadi panduan kepada yang memerlukan hehe.

Tahun 1

Saya memasuki ke gerbang alam universiti pada bulan 9, tahun 2011, sesi kemasukan 2011/2012. Sebenarnya saya tidak menjangkakan untuk terpilih menjadi salah seorang pelajar di Jabatan Al-Quran & al-Hadith (AQSA), memandangkan saya masih baru dengan dunia Bahasa Arab. Saya difahamkan untuk pergi jauh dalam bidang ini, kemahiran dan skill berbahasa arab sangat diperlukan. Namun, memandang kepada surat tawaran yang jelas menyatakan saya terpilih sebagai pelajar di Jabatan Quran Hadith (JQH) membuatkan saya sedikit segan dan perlu banyak berusaha. Sewaktu saya memohon kemasukan ke Akademi Pengajian Islam, saya sebenarnya memilih untuk menjadi pelajar di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, saya kira pada ketika itu mungkin disebabkan pengaruh ISK yang kuat justeru menimbulkan minat saya untuk mendalami bidang sejarah Islam, tetapi Allah lebih mengetahui.

Bermulanya saya sebagai pelajar di JQH, dengan metode pengajian yang hampir keseluruhannya di bahaskan dengan menggunakan Bahasa Arab, namun ada juga dalam Bahasa Inggeris begitu juga Bahasa Melayu, membuatkan saya sedikit tidak yakin. Namun, berbekalkan semangat dan usaha, saya meneruskan juga pengajian meski hati pada ketika itu dirundum kesedihan kerana permohonan menyambung pelajaran ke Morocco ditolak. Dengan itu, peluang yang ada di hadapan mata tetap diteruskan.

Pengajian saya bertempohkan 7 Semester kesemuanya. Saya memulakan pengajian semester 1 dengan begitu kelakar. Dengan keadaan yang memerlukan saya untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai mahasiswa, berlari-berjalan ke kuliah, membina kematangan dengan kehidupan bersosial di kampus, melihat fenomena kehidupan di kolej-kolej kediaman, menghabiskan masa dengan menjejaki ke pusat sumber dan sebagainya. Cukup rumit. Namun, begitulah kehidupan yang perlu dilalui perlahan-lahan.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan adanya juga perasaan ‘mencari lebih’, membuatkan saya hilang arah. Bagaimana untuk saya hadapi semua ini? Bagaimana usaha yang harus diberikan? Banyak persoalan yang bermain difikiran dalam rangka ingin memupuk minat dan kesedaran terhadap ilmu. Yang mengenali saya mungkin mengetahui bahawa, saya berniat ketika melangkah ke alam universiti, ada perkara yang akan saya kurangkan bahkan tinggalkan. Walau saya tahu ada juga kerugiannya, tetapi bagi saya, tiada kemanisan tanpa pengorbanan. Maka saya meninggalkan minat saya dalam bersukan begitu juga aktif persatuan bagi mendapatkan kepuasan sebagai penuntut.

Alhamdulillah Allah memberikan saya jalan-jalan dan dengan izin-Nya, Dia jugalah yang memudahkan urusan-urusan sepanjang pengajian.

Tahun 2

Usai pengajian di Tahun Satu dengan pelbagai jatuh-bangun, saya meneruskan langkah sebagai mahasiswa Tahun Dua. Semakin banyak cabaran yang perlu dilalui untuk melengkapkan pengajian. Bermula tahun dualah saya telah memilih untuk mengisi jadual pengajian dengan mengambil lebih jam kredit. Saya menghabiskan subjek-subjek kokurikulum, saya merancang untuk mengambil subjek luar Jabatan, saya juga menyempurnakan subjek universiti supaya pada tahun akhir saya boleh fokus kepada pengajian di Akademi Pengajian Islam sahaja dengan memberikan tumpuan semampunya.

Saya bukanlah pelajar yang bijak, begitu juga pelajar yang ‘kuat daya ingatan’. Oleh yang demikian, usaha haruslah lebih berlipat ganda. Untuk memahami, mendalami, menghayati sesuatu ilmu itu harus serius. Selain itu, memerhatikan gaya pengajaran yang disampaikan oleh para pensyarah juga suatu perkara yang penting kerana lain orang, lain caranya.

Allah mengizinkan pada peringkat pengajian di Tahun Dua ini, saya dipilih untuk menyertai pengajian khas di Qatar bersama-sama dengan beberapa lagi pelajar. Pada ketika itu, sebanyak hampir 25 orang ditawarkan mengikuti pengajian di Qatar Universiti. Namun, melihatkan kepada kos dan subjek yang ditawarkan oleh pihak Qatar Universiti, maka hanya beberapa orang sahaja yang layak (disebabkan faktor subjek).

Tahun 3

Saya memulakan pengajian di tahun tiga sebagai pelajar pertukaran di Qatar Universiti. Saya hanya dibenarkan mengambil 3 subjek yang bertujuan untuk dijadikan sebagai ‘transfer credit’ kepada subjek yang ada di Akademi Pengajian Islam UM. Tidak boleh lebih! Itulah nasihat yang diberikan oleh Ketua Penolong Pendaftar, di API pada ketika itu, kerana khuatir dengan persekitaran baru, suasana pembelajaran yang berbeza akan membuatkan kami tidak mampu ‘adapt’. Ternyata, walaupun tiga subjek, cukup memberikan pengalaman yang berbeza dan mencabar untuk diharungi. Berjauhan dengan keluarga, bahasa pengantara yang berbeza dan pengalaman pertama.

Satu kerugian bagi saya kerana pada tahun-tahun akhir saya secara tidak langsung mula bersuai-kenal dengan para pensyarah di JQH. Bertukar-tukar fikiran, berdebat, bertanyakan tentang pelajaran, bersembang dan sebagainya dilakukan bagi membina hubungan dengan para pensyarah. Oleh yang demikian, kita menjadi lebih mudah untuk berhubungan dengan mereka dalam rangka mendapatkan info berkenaan permasalahan dalam pelajaran.

Kesukaran yang dialami semasa menjadi pelajar-pelajar tahun akhir adalah bermulanya perjalanan ilmu yang lebih kritis dan mencabar (senang cerita susah). Pengajian saya pada tahun tiga setelah kembali daripada pengembaraan ilmu, tetap sama: lebih jam kredit @ lebih subjek bagi menyelesaikan subjek-subjek yang sudah ketinggalan semasa menjadi penuntut di Qatar Universiti.

Tahun 4

Di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, kami diwajibkan (beberapa Jabatan) untuk menulis tesis atau bahasa peringkat Degree adalah Latihan Ilmiah atau Penulisan Ilmiah. Bukan sekadar menulis, terdapat juga beberapa lagi subjek yang perlu diselesaikan untuk menamatkan pengajian yang diwajibkan iaitu sebanyak 125 jam kredit kesemuanya. Saya mengalami masalah yang agak mencabar (bagi saya), kerana saya harus mengambil beberapa subjek yang tidak menjadi pilihan saya. Hati sedih dan pilu, tetapi yakin ada hikmah disebaliknya.

Pengalaman menulis Latihan Ilmiah, cukup menjadikan saya seorang yang hantu ‘library’. Banyak masa dihabiskan menulis di library di samping bertemu dengan penyelia untuk membahaskan dan membuat semakan terhadap penulisan saya. Penat, usah dikira, tetapi inshaAllah ada manisnya.

Secara khususnya, saya simpulkan pencapaian sepanjang menjadi pelajar di Akademi Pengajian Islam UM atau lebih khususnya sebagai Pelajar Ijazah Sarjana  Muda Usuluddin (al-Quran & al-Hadith),

Semester satu: 3.57

Semester Dua: 3.8

Semester Tiga: 4

Semester Empat: 3.73

Semester Lima: (di Qatar Universiti) 3.6

Semester Enam: 3.9

Semester Tujuh: 4

Jatuh-Bangun dalam pelajaran itu adat. Jangan mengalah, meski penat menjengah. Insha Allah dalam post yang akan datang akan saya ceritakan pengalaman atau bagaimana saya belajar untuk dijadikan panduan. Mudah-mudahan dapat membantu. Namun begitu, saya yakin, setiap orang ada cara masing-masing. Tak salah untuk membantu.

Semoga Allah Redha selalu.

Ameen.

 

sewaktu menghadiri Pesta Buku di Doha, Qatar11122013353-2

 

 

Atas kerusi hitam boleh putar.

Short Sharing

Saturday, February 7, 2015

 

ketika mengalami masalah dalam dakwah…dalam hidup… ingat! Allahkan ada

 

Doa yang kita titipkan menunjukkan tahap kebergantungan kita kepada Allah!

 

Dalam apapun urusan kamu, jangan cuaikan daripada mengingati Allah!

 

apabila berada pada titik-titik kelemahan, kembalilah kepada Allah!

 

kehidupan yang ‘smooth’ itu bukanlah bermakna sebuah kehidupan yang tiada masalah, tetapi dapat melalui kehidupan yang penuh cubaan itu dengan baik!

 

740108714_5745

Redha.

 

 

Yang membuatkan kita tidak bergerak ini, bukan sebab tiada kereta atau sebagainya, tapi hati. Dah kalau ada masalah hati, nak bergerak canaaa? Deep woi!

 

 

 

Tepi tikar Sejadah.