468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

Nota Perjalanan 1

Monday, November 25, 2013

Bismillahi ar-Rahman ar-Raheem

Masa aku mula-mula jejakkan kaki di Qatar ini, masih aku ingat cuacanya panas dan lembap. memang berpeluh-peluh. Itupun aku datang ketika di akhir musim panas. Suhunya kadang tinggi dan kadang sederhana. Cecah jugalah 40 darjah celcius.

Elok beberapa hari tiba, ada beberapa majlis yang perlu dihadiri.

Majlis ambang Merdeka di Pejabat Kedutaan Malaysia di Doha ni. Ter-miss lah sambut merdeka di Malaysia. Maksud saya, merasailah erti kemerdekaan di Luar Negara.

Banyak juga benda yang saya ter-miss. Kalau disenaraikan… Tapi tidak mengapa, inilah erti sebuah perjalanan, berhijrah dan meninggalkan apa yang sedia ada untuk belajar erti hidup. Ya aku akui, musafir ini banyak mengajar aku. Terlalu banyak. Dan aku mengajak rakan-rakan sekalian, jika punya peluang untuk musafir jauh dari tanah halaman, pergilah…

___________

Aku juga merasai beraya diperantauan. Ya Aidil Adha di Doha. Walaupun tidaklah sepenuhnya dapat merasai kemeriahan beraya ala-ala arab, (kerana beraya dengan keluarga Malaysia) sekurang-kurangnya aku merasai satu pengalaman yang indah juga. Bertakbir ala-ala arab, yang penuh semangat, sedikitpun tidak membuatkan aku sedih. Kalau di Kuliah, siap ada pasang video: “Labbaikalla humma labbaik…”

Aku juga merasai peluang menyambut ulang tahun kelahiran ke-22 di perantauan. Ececeyh, belajar erti dewasa dengan melihat rakan yang kecil umurnya tetapi matang fikirannya! Di kulian, aku banyak melihat mereka yang lebih kecil usianya tetapi sangat matang! Seolah-olah mereka bukan pada usia mereka. Inilah dia erti memahami budaya bangsa lain, dengan melihat bagaimana cara mereka berfikir dan bertindak.

Selain itu, aku juga memulakan awal Muharram di negara ini. Aneh! seperti tidak ada apa-apa. Kalau di Malaysia, biasanya cuti umum. Tapi di sini tidak.

Aku diperkenan Tuhan untuk merasai ‘hujan’ yang jarang-jarang turun menyimbah tanah arab ini. Alhamdulillah. Dan kini aku akan melalui fasa-musim-sejuk. Alhamdulillah atas segala kurniaanNya.

Aku juga sempat mengikuti pelbagai trip yang diatur oleh pihak pengurusan ‘hostel’. Alhamdulillah. Kira macam jalan-jalan melihat budaya mereka jugalah. Berehlah ke tempat-tempat menarik yang mereka ada.

___________

InshaAllah, bulan yang mendatang ini, hari yang mendatang ini, pasti menawarkan pelbagai lagi pengalaman. Ya, aku akan melihat suasana mereka menyambut Kemerdekaan begitu juga Sambutan Tahun Baru.

Semoga Allah Ilhamkan aku pengalaman yang beharga penuh hikmah agar aku bisa jadi manusia yang full manfaat.

 

akan aku catitkan lagi kisahku….

 

CYMERA_20131116_224010

 

 

Bait al-‘Abir, Doha, Qatar.

0 orang berkata-kata:

Post a Comment