468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

tak kenal lelah, tak sudi mengalah?

Thursday, March 8, 2012

hari ini memang mencabar. sebab apa? sebab ada senggang waktu kerana tiba-tiba kelas bahasa arab saya batal,sedangkan kami semua sudah berada di dalam kelas. huhu.

untuk semester ini saya punya jadual macam ada banyak senggang waktu meskipun bilangan subjek yang diambil untuk semester ini bertambah sedikit. itulah cabarannya! kerana kalau tak terurus dengan baik, rugi saja!

nak dijadikan cerita kerana tiba-tiba kelas batal, maka pulanglah saya ke hostel. bukan sebab puasa yang menjadi penyebab tak terdaya membuat kerja lain, tetapi tidak mengapalah, Allah nak bagi rehat. setelah membaca satu buku, tercoretlah di situ…

ballon

“ketika banyak orang terkesima hiruk-pikuk pengidolaan, di mana jejak-jejak muslimah dakwah? akankah dia menjadi idola?'”

huish. agak tercabar di situ.

menjadi ‘idola’ untuk kita yang masih bertatih, mungkin belum sampai tahapnya. simpankan dahulu hasrat anda itu. huhu. tetapi yang menjadi persoalan bagaimana untuk menjadikan manusia (khusunya diri kita para wanita) hidup dan dapat melaksanakan aktiviti dengan keseimbangan dalam interaksi ruh, fikrah dan jasad. pendek kata tawazun. apakah itu tawazun? ianya semacam keseimbangan.

formulanya mudah : semakin bertaqwa seseorang itu, dia akan dapat menyeimbangkan diri dalam segala aktiviti. kerana manusia yang semakin seimbang inilah yang akan semakin produktif di dalam aktivitinya.

tawazun di sini adalah merangkumi:

ruhiyah- muncul rasa ketenangan, hilang rasa gelisah dan kekhuatiran yang berlebihan di dalam kehidupan muslimah dakwah.

jasadiyah- tidak ada rasa sakit serta mempunyai fizikal yang sihat dan kuat.

fikriyah- hilangnya kebodohan dan munculnya kemampuan kecerdasan dalam diri muslimah dakwah.

dan tawazun di dalam ketiga-tiga ini maka akan muncullah figure muslimah dakwah yang mampu membawa diri dalam pelbagai tugasan yang dipikulnya secara optimis dan produktif. dan pastinya akan membuahkan hasil samaada kejayaan mahupun perubahan baik untuk diri sendiri mahupun yang bersamanya.

hebat bukan kalau kita betul-betul dapat memiliki potensi ini? yang selebihnya saya tinggalkan untuk anda fikirkan.

hidup bersama mereka ini indah!

saya ketiduran. Allahuakbar! namun sempat tersedar ketika waktu berbuka sedang sangat dekat. sedangkan saya ada IFTAR hari ini. haha. masa terjaga saya terkedu.

12 missed calls!

terkedu. ya Rahman. mana boleh saya tak hadir hanya semata kepentingan saya. ceyh! sebenarnya berperang dengan diri sendiri. berbuka di bilik atau pergi iftar. tetapi saya yakin mereka kasihkan saya. terus saya hubungi sahabat di sana.

seindah caliph14

sungguh indah! cepat sahaja bantuan sampai. mereka datang mengambil saya dalam masa kurang 10 minit. indahnya ukhuwwah ini. alf syukran akhawati fillah!

ok dah. jom belajar! alang-alang nak memperkasakan diri, perkasakan juga studi! lillahita’ala~

wallahua’lam.

2 orang berkata-kata:

  1. sis izzah said...:

    indahnya berukhwah,kernaNYA..

  1. hiya ana said...:

    KERANA ALLAH MENJADI SAKSINYA :)

Post a Comment