468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

satu dalam beribu

Thursday, March 29, 2012

ada dua, boleh pilih nak yang macam mana.

situasi satu:

“kita kena selalu buat baik, jaga pemakanan kita terutamanya apa yang kita ambil. ambil makanan yang suci dan halal..bla..bla…”

MR. HIK :“inshaAllah.”

situasi dua:

“you kata you nak buat makanan islam, tapi you tipu! kami dah selidik dah! you beli barangpun dekat orang bukan islam. you dah tipu kami!”

MR.HIK: “ya, memang saya beli dari bukan islam. saya ada sebab. yang pertama, bahan mentah tersebut tiada dijual oleh orang kita. saya faham apa yang cuba anda katakan, saya seboleh-boleh mengawalnya. takpela macam ni, anda memang orang terhormat. menyuruh manusia membuat baik, makan makanan yang halal dan lain-lain.”

“tapi kenapa you buat jugak?”

MR.HIK: “antara orang yang berkata dan melaksanakan mana yang terbaik ya? anda menyuruh kami melakukan kebaikan, makan makanan halal, dan macam-macam lagi. maka apa yang anda perkatakan itulah yang cuba saya sampaikan. dakwah itu ada pelbagai. dan mungkin cara anda adalah menyampaikan kebaikan dengan ke sana-ke sini hanya bermodalkan mulut tetapi saya ini menyahut cabaran juga. cabaran dalam melaksanakan fardu kifayah. saya nak menghasilkan produk yang suci dan halal untuk dimakan oleh orang-orang islam kita juga.”

disambungnya lagi,

“mudahnya macam ni lah, saya cabar anda untuk buat. okay, anda jadi pengedar bahan tersebut, SAYA BELI! saya cabar. sebab kalau dah ada orang kita jual, saya tak beli dah dekat mereka-mereka yang bukan islam. itu prinsip saya”

++++

saya seakan terpaku. jauhnya dia memikirkan untuk ummah ini. makanan yang akan membentuk darah daging kita. kenapa harus prejudis kepada yang lain sedang diri tidak mampu?

antara sunnah nabi juga kan dengan perniagaan. tetapi berapa ramai yang benar-benar berani dalam menyahut cabarannya?

fail or what


meletakkan diri di bawah, tiada siapa harus tahu siapa saya.

suatu hari dia tidak sempat untuk menghantarkan makanan kepada customernya..

“eh! kenapa ya awak punya MR.HIK tak datang hari ini? selalu dia yang hantar…”

“oh, MR.HIK? dia sebenarnya BOSS saya…”

“gulllp?”

+++

kalau kita nak orang mudah mesra dengan kita, letakkan kita di bawah mereka. abaikan siapa kita yang dulu mahupun siapa kita yang sekarang kerana tiada siapa harus kenal siapa kita. yang penting kita melaksanakan apa yang sepatutnya kita laksanakan.

seakan terimbas kisah nabi memberi makan kurma kepada wanita tua. bukankah wanita tua itu tidak tahu siapa yang memberinya makan kurma itu? bukan setakat memberi makan, malah nabi mengunyahkannya terlebih dahulu. sedang nabi tahu wanita itulah yang menghina dan mencacinya.

adakah islam itu tidak sampai kepada wanita tersebut?

memang masa yang dipertaruhkan. tetapi bukan sekadar masa. ianya adalah peranan dan usaha kita. mana? mana? mana usaha kita?


pasaranpun ada penerapan asas-asas yang kukuh terlebih dahulu!

knock..knock..knock..

MR.HIK: “apa khabar kak? sihat…?”

“macam ni lah hik. akak sihat. dari mana ni?”

“saja saya singgah sini. alang-alang lalu jalan sini, itu yang saya singgah…”

+++

follow sajaaaa

strateginya adalah dengan membina hubungan terlebih dahulu. huh! siapa kata teori ini hanya digunakan untuk kita nak approach ‘mad’u’ sahaja? MR.HIK sangat menjaga personal relationship dia dengan semua customer dia. kamu tahu kenapa? kerana baginya, mereka inilah yang akan banyak membantu memperluaskan pasaran dia. dan saya seakan merasakan sepatutnya kitalah yang lebih-lebih lagi melaksanakan tuntutan tersebut. bukan hanya menjaga tuntutan kepada kelompok-kita sahaja. lain tu!

dia sanggup bermusafir jauh. dia sanggup untuk menebalkan mukanya mengkhabarkan apa yang dia peroleh. teringat pada zaman bermulanya dakwah di era mekah. bukankah nabi juga begitu? menyentuh siapa sahaja yang baginda bertemu. mengkhabarkan juga apa yang diperintahkan Tuhannya?

mus’ab bin umar juga begitu. ketika menjadi duta islam yang dihantar ke madinah untuk mengajarkan islam di sana, rumah manakah dari golongan ansar yang tidak dikunjunginya?

hah tanyakan pula, di manakah usaha kita?


gula dan semut!

saya : MR.HIK taknak jadi famous ke? biar semua kenal dan tahu apa yang MR.HIK buat ni.

MR.HIK : tak semudah itu. ini dinamakan strategi perniagaan. bisnes ni ibarat gula dan semut. bila ada gula, nanti semut berkerumun. saya cuba menghasilkan sesuatu yang lain dari yang lain. saya bukan nak kaut untung sendiri. ternyata perusahaan inipun rendah untungnya. cuma saya mahu biarlah perniagaan ini berkembang kepada jenis-jenis perusahaan-perusahaan yang lain pula. saya buat ini, orang lain buat itu. nanti lama-lama akan lahirlah produk makanan muslim yang banyak dan pelbagai. saya akan ajarkan caranya jika mahu.

+++

dia bukan kedekut ilmu. niatnya tulus. katanya dia mahu masyarakat muslim melayu bangun dan mencari idea-idea baru dalam melaksanakan tanggungjawab fardu kifayah ini. katanya biar bidang ini tidak tertumpu kepada satu, tetapi biarlah ianya berkembang kepada perusahaan-perusahaan yang lain pula.

biarpun rakan-rakannya mentertawakannya, kerana ushanya sudah bertahun-tahun, tetapi untungnya tidaklah seberapa. benar! MR.HIK sendiri mengatakan perusahaan makanan ini memang tidak banyak untung. memang benarlah apa yang rakan-rakannya kata yang dia tersalah pilih bidang.

tetapi.

adakah yang lebih baik selain dari menghasilkan sebuah perusahaan makanan yang dijaga dari awal pemprosesannya sehingga akhirnya?

dia sudah cuba melaksanakan tanggungjawabnya.

anda masih ingat kisah nabi nuh? dakwahnya bertahun-tahun, berapa bilangan yang menerima seruannya?

ya! tidak banyak. sekitar 30+ sahaja yang menyahut seruannya. adakah pantas kita baru setahun, baru dua tahun, baru sebulan menghayati islam terus menyerah kalah kerana banyaknya yang tidak menerima seruan syahadah yang kita bawa setelah sekali-dua kali-tiga kali berusaha?. pantaskah kita?

masih terpahatkah lagi kisah nabi menyampaikan dakwahnya ke bumi thaif? adakah hari ini thaif masih seperti itu?

usaha dan rancanglahh


ya Rahman, ya Raheem. semoga Allah terus menjentik hati-hati kita dan menghulurkan sirna hidayahnya kepada semua yang mengaku di adalah HAMBA-MU YA ALLAH tanpa pernah henti. kerana kita takut bila Allah lepaskan kita, siapa lagi yang akan memandang kita? jika Allah memalingkan hidayahnya, siapakah yang mampu memberikannya kembali kepada kita?


Allah. Allah. Allah.


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik.


wallahua’lam.

0 orang berkata-kata:

Post a Comment