468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

Pelajar Jurusan Agama

Tuesday, August 26, 2014

Ketika menghadiri program Multaqa Ulama Pelapis Ikram (MUPI) yang diadakan baru-baru ini, saya merasakan ianya merupakan salah satu penghargaan yang besar terutamanya kepada pelajar jurusan agama yang berkecimpung dalam dakwah tarbiyah dari dalam dan luar negara.

Mengenali sosok peribadi para ‘penggiat’ dakwah dari pelbagai lapisan latar belakang merupakan salah satu nikmat yang Allah berikan melalui jalan ini. Perkara ini justeru menampakkan kita bahawa, di mana wujud kekurangan dalam ‘ilmu’ mampu ditampung dan dipelajari daripada ikhwah yang lain.

Kerana hakikatnya sebuah perjalanan kebenaran ini harus dipandu dengan ilmu syarie tanpa mengenepikan ilmu-ilmu yang lain yang juga merupakan pelengkap bagi ilmu yang satu ini. Bahkan mewujudkan budaya fuqaha itu turut mencabar bidang-bidang ilmu yang lain, kerana…

“Tidak ada orang yang boleh memberi fatwa yang tepat melainkan seorang pakar”

Hal ini tidaklah terhad kepada ilmu agama semata, bahakan ilmu-ilmu yang lain juga. Justeru, pertemuaan ini lebih menampakkan bahawa jangan terhenti pada batasan ilmu yang dimiliki malah pergilah lebih jauh dalam sesuatu ilmu.

Banyak perkongsian menerusi Multaqa ini, dan telinga saya sempat menangkap bait-bait yang disampaikan oleh salah seorang ahli panel,

“Yang penting itu adalah Penguasaan ILMU, bukanlah isu lulus atau tidak lulus”

Lalu saya sempat merefleksi diri. Betapa saya masih jauh dalam kembara ilmu ini. Apabila sesebuah term itu disebutkan, terkadang masih lagi saya terkial-kial untuk memahaminya. Sehinggalah dengan itu, sekali lagi saya terpukul dengan kata-kata salah seorang ahli panel,

“Sekarang ini sebenarnya zaman ‘syeikh’ datang kepada kita. Buka sahajalah Youtube, dengar ceramah mereka. Followlah FB mereka untuk mendapatkan mutiara daripada mereka”

 

 

Haa, see. Sempat saya menerawang dalam kepala. Ada benarnya. Pengalaman peribadi saya, meskipun tidaklah banyak para ‘alim ‘ulama yang pernah saya temui, tetapi Allah pernah mengizinkan saya bertemu dengan masyaikh yang hebat-hebat belaka. Yang menjadikan ‘manhaj Rabbani’ menelusuri kehidupan mereka. Ada sesi tertentu pertemuan diadakan secara tertutup, lalu Allah izinkan saya menjadi pesertanya. Ada juga sesi secara terbuka, lalu digerakkan Allah agar saya mendengar taujihat mereka. Apa lagi alasan saya untuk tidak mencuba?

Bagi saya tidak ada yang lebih berharga melainkan dapat berdampingan dengan orang-orang yang berilmu dan soleh serta takutkan Allah. Setiap mutiara yang disampaikan membentuk wacana pemikiran kita. Justeru ambillah masa untuk mendekati dan mendengar taujihat mereka. Kita cuba!

Untuk ilmu sentiasa boleh maju, kita harus melakar ke depan. Diperdengarkan kepada saya melalui seorang ahli panel dengan kata-katanya yang cukup sempoi,

“Pastikan diri kita, ilmu yang kita ada memberi manfaat kepada ummah. Jangan dilupakan juga setiap keputusan terakhir yang kita buat itu haruslah melihat kepada maslahat ummah”

 

 

Perkara sebegini memerlukan ilmu dan kefahaman serta sudut pandang jauh ke hadapan. Bukan semua orang Allah berikan kelebihan sebegini. Maka, tingkatkanlah diri dan berusahalah menggali potensi diri.

Menjadi ahli agamawan ini tidak senang. Malah realiti yang membumi di Malaysia, wujudnya golongan yang anti-agamawan. Yang tidak serik-serik mengkritik agamawan. Antaranya mengatakan para ustaz-ustaz ini jual air liur sahaja, hanya pandai berbicara. Sebak bila mendengarnya kerana bukan semuanya begitu. Namun disebabkan nila setitik, maka rosak susu sebelanga. Kan?

Sebab itu apabila sesuatau pandangan kita dikeluarkan kita harus mempunyai sikap yang betul. Kerana praktilal kepada ajaran agama ini boleh jadi pelbagai dan tidak terhad kepada satu cara apabila melihat kepada situasi-situasinya. Harus berhati-hati dan sentiasa meyakini,

“Saya yakin saya betul tetapi pada masa yang sama saya mungkin salah”

 

 

Inilah contoh yang ditunjukkan oleh salah seorang daripada Imam Mazhab yang empat. Sebelum pergi jauh dalam bidang agama ini, eloklah dikenalpasti dalam diri:

- Bina Kemampuan Ilmu

- Bina Potensi Diri

- Bina Bidang Kepakaran

 

 

Semoga Allah memberikan saya kesempatan untuk terus pergi jauh di dalam ilmu-Nya yang satu ini agar menjadi manfaat untuk ummah di samping bekal untuk akhirat. Doakan saya! Semoga Allah sentiasa memberikan taufiq-Nya.

Jangan berhenti berlari!

 

 

20131009_155425

kerna saya juga merindui kuliah-kuliah yang saya hadiri

 

 

Baiti Jannati, Gombak.

0 orang berkata-kata:

Post a Comment