Bismillah…
lama tak update blog, alhamdulillah diberi kesempatan pada malam ramadhan ke-27 ini.
Alhamdulillah, Alhamdulillah.
orang yang belum kahwin macam saya ni, apa yang difikir, balik-balik akan pusing sekitar pelajaran, study, kerja-kerja DnT.
sebelum masuk sem, fikir nak daftar subjek apa, merancang jadual pembelajaran, merancang perlu ambil jam kredit lebih atau biasa-biasa sahaja mengikut kemampuan. Kemudian mengemaskini data akhawat, mengambil tahu update semasa mereka sebelum masuk semester. Melihat kepada ‘timeline’ yang telah disepakati dan disesuaikan pula dengan aktiviti sendiri. Mana-mana program DnT diberi keutamaan, Prioriti kata orang.
selalu kita akan mengalami suatu masa, semua program bertindan. Program Tarbiyahnya, Program Jabatan, Program Persatuan dan lain-lain. Di sinilah kita memerlukan kebijaksanaan untuk berfikir dan berdiskusi. ahaa, kalau anda akhawat, sudah tentu anda faham apa yang saya maksudkan.
zaman belajar memang best!
Bila dah mula sem, sibuk pula menyusun pertukaran jadual semasa. biasanya minggu pertama dan kedua semua mengambil masa ala-ala ‘warming up’ gitu. Tambah pula ada minggu ‘add and drop’, macam-macam keserabutan berlaku. Kelas penuhlah, tak dapat daftar subjeklah, tak jadi ambil subjeklah, dan macam-macam lagi. Kalau tak ada stand yang kukuh, memang hanyutlah. Kalau tak ada perancangan dan keyakinan, memang ikut ajalah.
begitulah belajar. selesai minggu-minggu ‘serabut’ ini, bermulalah kelas dan pelbagai assignment diberikan. Sesudah itu ujian pula yang terkadang datangnya tiba-tiba tanpa diberitahu. Pengakhirannya nanti peperiksaan akhir. Masa ni lagilah. Stress menggunung macam kita seorang je yang akan ambil exam. huhu.
inilah dia life seorang pelajar. Seorang pelajar ya. Yang hanya mahu menjadi pelajar. Semoga anda faham apa yang saya maksudkan.
Okay habis cerita.
Tahun Dua Sudah Berakhir
Saya kira saya boleh isytihar bahawa saya bakal memasuki tahun ketiga.
Tahun Dua saya terlalu osem untuk diceritakan. Saya tinggal dibilik bersama akhawat, hang-out memang selalu bersama. Kolej saya diami berdekatan dengan akademi, boleh jalan kaki. Pengalaman membawa motor. Main-main masam muka, lepastu senyum tak perlu diminta. Kenangan terpijak tahi kucing, Kenangan bertapa di Surau semalaman, Kenangan belajar dengan jerebu dan bermacam-macam lagi. Alhamdulillah.
Terlalu banyak benda yang saya belajar apabila Allah mengizinkan saya didampingi dengan bermacam-ragam akhawat. Sehinggalah saya mengadu kepada murabbi saya,
“terlalu banyak ragam mereka…”, kata saya dan dijawab pula olehnya:
“Allah nak mendidik antum dengan sifat-sifat keibuan..”
Pernah juga buntu dengan idea-idea sampai saya bercerita lagi kepada murabbi saya,
“apakah yang terbaik yang boleh saya lakukan?”
“Biarkanlah mereka menangis dan meminta kepada Allah…”
Apabila kebanyakan perkara dan urusan saya yang tidak berkunjung juga jawapannya, sehingga murabbi saya bertanya,
“macam mana dengan ‘urusan’ awak..?”
“belum ada jawapan”
“maka biarlah Allah yang menentukan dan yakinlah”
“Ya, hanya Allah yang Maha Mengetahui”
________
Jilsah Ruhiyah yang menggugah iman
Ketika Allah mengizinkan saya menghadiri satu pertemuan yang menghimpunkan jiwa-jiwa yang diwakafkan untukNya, ketika itu hati bagai dipujuk-pujuk. Pertemuan dengan bekas murabbi-murabbi saya, sangat mengharukan.
Apabila saya dipertemukan dengan Mrs Muahahah saya, update perkembangan terkini, sungguh saya tak menyangka, saya masih dalam ingatannya. Bertemu juga dengan murabbi saya yang ‘masyhur’, seorang ustazah yang hebat di bidang ‘fiqh’ membuatkan saya sentiasa terinspirasi dengan kembara ilmu dan himmah yang tinggi.
ketika seorang makcik bertanya kepada saya,
“enti belajar apa sekarang..?”
“ana ambil Usuluddin”
“Alhamdulillah, pelapis masa hadapan”
murabbi ‘masyhur’ saya menambah, “biar dia sambung belajar sampai PhD”. Saya tersenyum, moga-moga Allah mudahkan jalan saya dan terangkan hati saya untuk mendalami ilmu Allah ini.
untuk itu,
inilah sebuah ketetapan yang Allah berikan kepada saya. Mungkin inilah masanya untuk saya berlalu dari masa-masa senang dan menempuh suatu fasa yang berberza.
apa yang saya nak kongsikan menerusi sebuah ketetapan ini adalah: Doakan untuk saya agar saya mampu pergi jauh dan diterangkan hati dan dimudahkan urusan dalam menuntut ilmu, agar saya sentiasa mencintai ilmu.
ketika di dalam Jilsah Ruhiyah (yang diadakan di awal Ramadhan), muwajih menggelarkan taujihatnya seakan-akan majlis air mata. kenapa agaknya? kerana sedikit yang dia kata, kemudian berjurai-jurai air matanya mengalir. Apabila dia berkata lagi, kemudian berhenti pula, mengesat-ngesat air mata yang tumpah.
ketika itu muwajih membawa suatu topik yang sangat ‘membasah hati’; Munajat di Jalan Dakwah. Antara yang ditekankan ialah DOA itu sendiri. Ketika ini saya seakan-akan baru nampak dan terasa terus bersemangat. Sebab muwajih menekankan perihal kekuatan doa ikhwah akhawat kita.
bendanya nampak biasa. iyalahkan. Doakan saudara kita. Tetapi berapa ramai yang mampu buat? Benar-benar sedarkah kita bahawa Doa saudara kita tanpa diketahui oleh saudaranya itu makbul? Adakah kita juga tahu bahawa antara doa yang akan dimakbulkan adalah disertai dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan doa kita? Diselit juga dengan pentingnya qiyamullail yang didirikan dan disertakan dengan munajat penuh pengharapan hanya kepada Allah.
Ketika Allah menguji muwajih ini, yang merupakan seorang doktor perubatan, ketika anaknya yang baru berusia beberapa bulan, dimasukkan ke dalam ICU, rakannya yang merupakan Doktor yang bertugas menjaga anaknya mengatakan “Peluang anak you hidup nipis”, which is dalam bahasa kasar dia akan mati dan takda harapan nak hidup. Maka tersebarlah berita ini dalam kalangan ikhwat dan akhawat. Maka katanya, pada ketika itu dia hanya meletakkan urusan ini kepada Allah dan Redha dengan ketetapannya. Sehinggalah bertalu-talu mesej yang diterima mengatakan “Kami mendoakan….”, dan ternyata Allah itu Maha Mendengar dan mengabulkan doa-doa yang diutuskan oleh ‘segenap ikhwah akhawat satu dunia’ buatnya. Allah telah memandang doa-doa mereka. Allah telah menyelamatkan anaknya yang kritikal itu. Bingung Doktor yang bertugas menjaga anaknya seakan tidak percaya anaknya boleh diselamatkan.
hebat bukan kesan doa….?
Justeru, andai antum juga ingin berada dalam kalangan ikhwah akhawat itu juga, maka doakanlah juga buat saya. Agar Allah memudahkan segala urusan yang nampak sulit dalam pandangan saya.
Doakan untuk saya agar saya mampu pergi jauh dan diterangkan hati dan dimudahkan urusan dalam menuntut ilmu, agar saya sentiasa mencintai ilmu.
Jazakumullahu khairan kathira : )
Baiti Jannati, Gombak.