468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

gelisah? gembira?

Friday, January 6, 2012

Alhamdulillah, seminggu sudah kita menjalani kehidupan di tahun baru 2012 ini. syukur. hari esok dan seterusnya belum tentu lagi.

 

ruku

 

saudaraku,

 

gelisahlah, menangislah! tatkala kamu merasakan kebahagiaan, kesenangan, kemewahan menyaluti hidupmu,

kerana boleh jadi segala kesenangan itu,

merupakan UJIAN daripada Allah buatmu dan bukannya rahmat buatmu.

 

tersenyumlah, gembiralah! apabila kesusahan menghimpitmu,

kerana pasti Tuhan lebih dekat denganmu,

kerana itu,

Dia memberi nikmat UJIAN ini kepadamu supaya lebih dekat denganNya.

 

perjalanan hidup mesti diteruskan.

berbaki beberapa lagi kertas peperiksaan untuk diduduki. ternyata keresahan sering menghimpit jiwa. hehe. periksa dunia tuh, kita dah gelisah, resah. bagaimanalah nanti keadaan bila di mahsyar bila sekali lagi kita menjalani pemeriksaan oleh Sang Pencipta. Allahu Akbar!

 

tiada siapa dapat menjamin dirinya suci dari dosa. bersamalah kita perbanyakkan istighfar kepadaNya.

 

Astaghfirulla-hal-‘azim.

0 orang berkata-kata:

Post a Comment