saya bukanlah seorang yang gedebang-gedung sampai orang boleh ternganga mulut dan berkata “wwahhhhhh!”. tapi biasa-biasa je, banyak buat silap, terlupa-di sana-sini. tak percaya? ish! buktinya SAYA MANUSIA.
walaupun mereka melabel :
“ehh kawan aku sorang ni nak jadi ustazah…”
“wahh aku ade membe USTAZAHHH!!”
itu bukan persoalannya. tak pernahpun saya meletakkan matlamat sebegitu. huahuahau. bunyinye macam sombong?
idok le.
“Saya cuma nak Jadi MANUSIA yang mengenal PENCIPTANYA!”
tolonglah doakan!
siapa sebenanrnye : MRS Muahaha (Mrs.M)? .
uish apa tuh? heh, macam tak senonoh ye?
ok definisi muahaha: orang yang saya kagumi. orang yang saya cintai.
amboi! macam jiwangle pulak.
mengikut literalnya : murabbiah saya laaa. hehehehe.
saya tidak memahami kenapa begitu pentingnya Usrah-Usrah ni. masa sekolah memangla sokmo-sokmo pegi usrah. masa tu memanglah rajin pergi, tapi tak faham. cumanya buat-buat faham.
selepas tempoh sekolah menengah tamat, no more usrah. tapi saya ingat lagi Mrs.M saya ketika tu (cg R) ada offer untuk siapa-siapa yang nak usrah-usrah ni. offer tu, offer. sayapun isi je la. ikut jelahh. tak faham lagi ni.
sehinggalah saatnya saya ditemukan dengan Mrs.M pembimbing ketika itu (ukhti Ai). mashaAllah, tak pernah putus asa weyh! kadang yang datang 2orang, paling ramaipun 5orang. tapi dia tak pernah putus asa. sehinggalah saatnya saya ditemukan dengan pemudi-pemudi berjiwa hamba. huahuahua.
masa ini baru nak kenal-kenal. cool and stady je yeh! *sekarang pon*
akhirnya sayapun mengisytiharkan untuk memasuki kem PLKN. maka berhentilah sessi usrah-usrah ketika itu. sedih-sedih!
eh tak sangka pulak masuk kem ni rupanya ada jugak dormmate yang tahu usrah-usrah ni. malam-malam sambil-sambil sebelum tidur tu, kalau warden tak ronda-ronda, kitorang duduk sama-sama satu gang. makan megi dalam gelap(suatu kepastian!), ketawa-gelak tahan-tahan tak berbunyi, then cerita-cerita. oppppsss! ada seorang ni bukak isu Palestine. mashaAllah, siapa kata mereka tidak ada kesedaran? *cuma perlukan usaha kita je yang-yang-yang!….*
isu solat sunat, baca al-quran?
Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh-Nya. sehinggakan…
“umi (panggilan mereka kepada saya) buat solat apo? imam bolum solat lai ha?”
“ohh solat sunat bla-bla-bla…”
“ohh den pun nak buek gak la, cemano?”
“macam biasa je. cuma niat solat sunat. buat dua rakaat bla-bla-bla…”
keesokannya, bersemangat rakan saya ni bangun awal-awal sebelum subuh. ajak pergi surau awal. sebab? nak buat solat sunat. ya Allah!
*suatu hari tangan ditarik*
“umi den tak nak masuk koleh quran dengan budak-budak ni ha.. aja kan la dennn.. den ghoti! “
“yolah!..”
hanya sebulan bersama mereka. tak banyak saya boleh bantu.
program asasi dua tahun
ada kakak ni pesan suruh sekali lagi isi borang untuk usrah di peringkat U. (mungkin zaman ni zaman mengisi je, huhu). baik, saya isi. sehinggalah suatu ketika saya dihubungi…
*terlupa lah bagaimana…*
tetapi,
mereka menghubungi saya. mula tu macam malas nak layan pon ada, tapi dilayankan jugaklah! rugi-rugi!
dan Mrs.M saya ketika itu lagilaaaaaaaaaaaaaaaah super kental!
masa tu usrah 4 orang je beb! then saya taaruf sikit dengan rumet, ahha! kita serupa rupanya. mendapat pendidikan MUSLEH bersama. ajak-jangan-tak-ajak!
bertambahlah keahlian kepada 5 orang.
mula-mula usrah, semua senyap. opps!
pengisian usrah pada ketika itu yang saya ingat, Mrs.M saya yang superrrrrrrrrrrrr kentaaaaaaalll! (ukhti I) ada cerita tentang muqaddimah fi zilal dan syed Qutb. memang lepas tu zupppppppppppp! semangat naik-menjulang-julang. ohh siapakah SQ ini? *tertanya-tanya dalam hati*
dalam masa yang sama, ada dua usrah jugak T.T. saya ceritakan kepada Mrs.M saya. dia mendengar! tidak pernah menjauhkan kami. sentiasa datang on-time. kami je terkedek-kedek sikit. dia tak pernah memperlekeh usrah lain yang saya ikut. dia suka cerita pengalaman dia. memang pergggh! jatuh cintaaaa.
sehinggalah………..
to be continued…
- ini kisah saya, kisah anda bagaimana? pasti berbeza.
*berhenti memberi ruang badan yang semakin meningkat suhunya agar berehat. Allah Allah. semoga ada manfaat~
0 orang berkata-kata:
Post a Comment