468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

#percutian : part 1–1.5

Tuesday, January 31, 2012

hari ini saya sedikit penat dan mengantuk menyiapkan terjemahan buku. ceyh! bunyi macam hebat je ye. okay tak hebat sebab copy and paste je. selalu orang ngantuk disorong bantal, tetapi saya, mengantuk disorong soalan matematik. yeah! menjadi-jadi mengantuk saya. heee. ok full stop. jom kita sambung entri lepas : percutian part 0.5-1

okay bersemangat nampaknye saya.

lol

ayuh kite gegor!

okay, sabar-sabar! bukan nak suruh gegor ape sangtapun. saja nak suruh kita gegor banyak-banyak jiwa kita yang kadang ikut musim ni. dan tahniah la kepada anda yang berjaya melawan musin-musim yang silih berganti yang datang tanpa jemu-jemu.

anda tahu kenapa? sebab : kita punya nafsu dan didatangai bisikan sehtan yang tak putus-putus supaya menjadi manusia engkar! maka aspek musim dalam diri kita perlu dirawat! ya perlu dirawat, secara berperingkat-peringkat pun oWsem jugak! kerana perubahan yang mendadak, kesannya sementara. Allah Allah minta kita semua dijauhkan.

okay awak, ni hah nak bagi ayat untuk kasi TERBAKO! teringat pulak memory melihat ikhwahakhowat obersea punya jaulah bersama cucu saya, ahaha, “tebako! tebako!”, laung cucu saya. dia cemburu barangkali. okay straight forward. ayatnya berbunyi….

 

قُلۡ هَـٰذِهِۦ سَبِيلِىٓ أَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ‌ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۟ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِى‌ۖ وَسُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ وَمَآ أَنَا۟ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ

[12:108] Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik".

terima kasih kerana anda sudi menjengah ke blog saya. anda adalah insan yang dipilih! malah ditapis lagi untuk berkunjung ke blog saya yang…. haaaa, sila tepuk bahu masing-masing tanda kejayaan anda! HAHA. saya yakin anda bukan datang ke blog saya sebab nak jadi stalker terhebat ataupun apa-apa. tapi sebab saya ada cerita untuk anda kan? *hehe, sila jangan perasan wahai tuan belog..

saya nak anda semua bayangkan sekarang yang anda seorang peniaga pasar malam. oleh sebab itu sahaja pekerjaan anda, maka pagi-petang-siang-malam anda berfikir di manakah ruang-ruang tapak perniagaan yang sesuai dan osem. supaya pendapatan pun nantinya osem jugak!

okay, fokus-fokus!

hang ingat senang ke nak jadi peniaga pasar malam ni? penat! susah! makan masa pulak tuh berjam-jam lamanya dekat tapak niaga. hasilnya pulak, tak siapa tahu.

peniaga pasar malam : sinonim dengan menjual barang-barang/makanan/pakaian/dll. bila dah bosan menunggu pelanggan tidak datang kedai, kadang-kadang mereka akan menyapa pelanggan yang lalu di hadapan mereka “ mari tengok-tengok sini kak, abang, barang berkualiti, murah…..”, kadang-kadang “ ya dik, cari apa.. ada nasi lemak, nasi ayam bla bla….”, beberapa keadaan lain pula bila pelanggan berminat dengan barang jualan, pasti mereka akan bertanya “berapa harga baju ini ya? kainnya dari apa ya?”, pasti penjual itu mula menggula-gulakan pelanggan tersebut dengan menceritakan 10001 kebaikan barangannya.

dan yang pasti, di sebelah gerai kita itu, ada gerai-gerai yang lain, yang sama macam kita iaitu berniaga! cumanya usaha dan hasil sahaja yang berbeza-beza.

ya inilah dia sebenarnya pola perjalanan kerja kita semua. so siapa kata kita ni sekadar student? cube tenung dalam-dalam…

- هَـٰذِهِۦ سَبِيلِىٓ : inilah jalan yang dilalui oleh Insan Agung, Nabi kita. dia menggambarkan perjalanannya di dalam sirah baginda yang sangat-sangat super-duper hebat! terutamanya 23 tahun sebelum baginda wafat. dan pastinya bukan dalam masa yang singkat, bukan dalam keadaan yang mudah. sepertinya hal peniaga pasar malam tadi. apa jalannya? ya, berniaga di pasar malam yang memenatkan! leceh! dan memakan masa.

-أَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ‌ۚ : dan inilah apa yang yang diseru oleh nabi kita. seruan kembali kepada Allah! inilah dia matlamat hidup kita! semunya kerana Allah.. begitulah sang peniaga menyeru pelanggan supaya membeli barangan yang dijualnya..

-عَلَىٰ بَصِيرَةٍ : beliau menunjukkan kepada kita gambaran yang jelas yang dapat membina keyakinan dan kejelasan terhadap jalan-jalan yang dilaluinya. inilah dia sistem yang dilakukan baginda: DnT. samalah dengan peniaga yang berhempas-pulas menceritakan kelebihan barangannya saat pelanggan menunjukkan minatya.

huwaaaaa. macamtu pulak? haaaa laa, macam tu la sepatutnya hidup kita! heheh.

 

“alamak! susahnye? akupon kene?”

“lu salah orang laaa……”

“kau cakap apa??”

“ahhhhhhh lemahnyaaaaaaaaaaa….”

“tak bersedia! full stop!”

 

heh, takpa. berusahalah untuk memperoleh kebaikan. sebab kita akan bagi berdasarkan apa yang kita dapat kan? jadi kalau kita dapat benda baik-baik, insha-Allah kita juga bagi benda yang baik! soo? YES! usahakan untuk dapatkan sesuatu YANG BAIK! and Allah will lead us!

 

 

kita jumpa lagi di entry akan datang…..

stay tuned! HAHA

0 orang berkata-kata:

Post a Comment