sambungan daripada entry yang lepas : #ep.1, sehinggalah kini sesi tackle-mentackle. fuyyo! ade jugak eh rupenya, sesi ngorat-mengorat untuk kebaikan. anda tak percaya? ish!
fasa ini adalah fasa saya ‘SS’: syiok sendiri. HAHA. kesian!
Mrs.M saya yang superrrrrrrrrrrrr kentaaaaaaalll, suka jugakla tanya-tanya-khabar kiteorang. masa tuh saya suka syokla yang dia caring gilaaaa dekat saya. walhal dia mesej je jugak orang lain, haha. saya ni kira macam tamak kasih-sayang tuh nak sorang-sorang! tenggelam dalam nikmat ukhuwwah. Alhamdulillah.
dari suatu masa ke suatu masa, mendidik kami tak pernah jemu. dia selalu pesan,
“kamu tak payah fikirla pasal rezeki, kamu takda duit ka apa ka…. yang penting buat apa yang Allah suruh. InshaAllah adalah tu rezeki yang Allah akan susulkan…..”
hehe. tapi betullah! Allah dah pesan :
مَآ أُرِيدُ مِنۡہُم مِّن رِّزۡقٍ۬ وَمَآ أُرِيدُ أَن يُطۡعِمُونِ
[51:57] Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan.
إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلرَّزَّاقُ ذُو ٱلۡقُوَّةِ ٱلۡمَتِينُ
[51.58]
Allah tak memerlukan kitapun. KITA je yang perlu dekat Allah! haaaaa, terbeliak mata tak? kita ada ke kita takda ke, tak menjejaskan Allahpun. tapi takkan lah awak nak bergantung selain daripadaNya kan? ish tak kena lah tuhhh…
mula-mula dulu, aishhh, pening-pening laaa. ape dia ni cerita nih? tapi lama-lama tuh dah faham! Mrs.M saya yang superrrrrrrrrrrrr kentaaaaaaalll ni nak bagitahu, hidup kita bukanlah semata untuk cari rezeki macam banyak manusia kejar-kejar hari ini sampai lupa tuhan. tapi hidup kita ini adalah segalanya untuk Allah.
rezeki kita Allah yang lebih tahu. bersungguh-sungguhla macam manapun kamu kejarkan dunia Dia, tapi kalau itu bukan rezeki kamu, haaaa rugiiiiiii je! penat-penat je! kan ke kesian tuh…
“tapi hidup kita ni tak cukup dengan Ibadah je…”
laaaah! baru syok-syok nak taqarub dengan Allah ketat-ketat, dah dikatakan pulak bukan semata untuk ibadah? habestu??
Ibadah kepada Allah itu memang dah jadi kewajipan dah! tapi ada satu ni, lagii SUPERB!! kita ini adalah Khalifah Allah di atas muka bumi. erk???
وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬ۖ
[2:30] Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi"
وَهُوَ ٱلَّذِى جَعَلَڪُمۡ خَلَـٰٓٮِٕفَ ٱلۡأَرۡضِ وَرَفَعَ بَعۡضَكُمۡ فَوۡقَ بَعۡضٍ۬ دَرَجَـٰتٍ۬ لِّيَبۡلُوَكُمۡ فِى مَآ ءَاتَٮٰكُمۡ
[6:165] Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu.
yeahhhh! dah faham. rupanya hidup kita ni adalah 2 in 1. kitalah hambaNya, kitalah khalifahNya. wahh boleh tahan jugak ye tujuan penciptaan kita. Allahu Akbar! susahkan, susah sangat nak buat walaupun terang jelas Allah dah bagitahu tugas-tugas kita.
“sebab kita berhutang dengan Allah, fahamilah!”
hutang? kenapa pulak? alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. laaa, ye la! apa awak sangka hidup awak ni free je? mentang-mentang Allah tak tuntut kita pun rileks jee.
ya awak, kita berhutang! kita sedang berurus-niaga dengan Allah. nak bayar hutang macam mana? pelaksanaannya tidak semudah jawapannya. hmm, ya, Amar ma’ruf Nahi mungkar! itu cara kita nak bayar. agak-agak senang tak? terpulang kepada awak.
asasnya: jiwa muda perlu dididik untuk masa hadapan agar kekal dalam kebaikan.
takpe la eh, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. susah kan nak buat?
“alamak! macam mana ni, ilmu tak banyak…macam mana nak ajak orang buat baik…”
betul. tapi bukan kah ilmu yang sedikit yang terus dilaksanakan itu lebih baik daripada ilmu yang banyak tapi takda buat apaaaaaa? Allahu Akbar. dush! dush! rasa tertumbuk! urgggh!
kan nabi pesan : “ sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat….”
masih terasa susah jugak? haaa,kamu terupa ke, yang Allah beli jiwa orang mu’min ini dengan SYURGA! sebab tulah mencabar nak laksanakan perintah Allah, lagi-lagi untuk menyeru. sebab syurga itu mahallah perlu dibayar dengan usaha kita yang berlipat-lipat kali ganda. sehinggakan kalau kita matipun belum tentu bumi ini telah berada dalam kalimah tauhidnya. tapi tidak mengapa, asalkan hidup kamu telah melakukan suruhanNya yang mencabar itu, inshaAllah ada nilaianNya.
حَسۡبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ
[9:129] "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung"
sedar tak sedar, lama jugak ye masa yang diambil oleh Mrs.M saya yang superrrrrrrrrrrrr kentaaaaaaalll untuk memahamkan kami. kerana kefahaman membuahkan amalan. inshaAllah…
jadi anda rasa wujud tak sesi tackle-mentackle untuk kebaikan ni…?
to be continued…
0 orang berkata-kata:
Post a Comment