468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

#percutian : part 0.5 – 1

Sunday, January 29, 2012

assalamualaikum semuaaa…

kali ini saya nak cerita la sedikit sebanyak tentang percutian saya. ada banyak destinasi! lebih kurang 11 destinasi. amacam? banyaknye la hai tempat yang saya pergi. best sangat ke? hehe. jom ikut!

saya rasa saya ni memangla. suka decide last minit. sebab tak nak resahkan jiwa. plan awal-awal serius bagus! tak tipu. tapi once betembung dengan masalah itu yang jadi masalah. okay yang penting, kita cuba usaha dulu, then tawakal.

saya macam dah pening-pening bila teringat..

“biar betol program ni seminggu….”, mula la hati, jiwa dan raga semput semacam. serius ke aku nak pergi ni? ish!

today

*15 Januari 2012*

kring..kring..

“alamak apesal dia nih call?”, getus hati. maklumlah tengah berhadapan dengan nota-nota untuk final exam.

“assalamualaikum, kenapa?”, kata saya.

“wasalam, mina ni saya baru dapat tahu tentang satu program, jom la pergi, nak tak? malam ni juga kena confirmkan? awak nak tak?”, tanya dia. haha, cemas! habes semua dia sembur.

“erk, awak… ni program ape? bila? details?”, tanya saya.

“saya pun tak tahu details dia, tapi program 22/1-27/1. ni pn ada orang bagitahu saya. nak tak?”, bebel dia.

“emm okay.”, jawab saya ringkas.

 

masa tu tak tahu kenapa. inilah bahana menjadi budak buku dan terperap di dalam bilik semata.

 

tapi masa itu saya tetap rasa inilah panggilan yang perlu saya penuhi. sebab itu saya terima walaupun penuh dengan 1001 persoalan. tapi kadang malas nak tanya banyak-banyak. hehe.

 

*p/s : pernah anda mengalami situasi sebegini? ataukah lebih dahsyat dari ini? HAHA

 

*hari kejadian*

“ummi, macam mane eh nak pergi? umi ada nak keluar pergi mana-mana tak hari ini?”, tanya saya.

“jom balik kampung. program bila?”, jawab ummi. pulak dah!

“petang ni la ummi…”

“haaaaa, tak pelah, petang kang ummi hanta..”

masa tuh nak lompat tinggi-tinggi! punyalah buntu tak tahu macam mana nak pergi tempat tuhh.. alahai aminah…

 

p/s : kadang-kadang jangan nak berlagak sangatlah kan konon boleh setelkan semua benda tanpa minta bantuan orang. sharing-itu-important-jugak! eh tak! driving license itu WAJIB-LAH-ADA! HAHA

“aku ni betul ke berada di tempat ini?”

masa tu saya sempat ber-sms-sms dengan kawan-kawan yang lain. semua memberi respon “saya takutla…”, maka sekali lagi saya berasa hairan. alamak, kenapa diorang ni nak suspen lebih-lebih? rileks je sudaaa..hoho.

bermulalah episode pengembaraan…

sekadar berbasa-basi : “apa yang ‘orang dulu’  lalui dahulu sedang anda lalui”, pesan kem komanden. ana harap kita semua dapat betulkan niat dan sentiasa perhatikan niat kita. bersungguh-sungguhlah dalam setiap slot yang kita sediakan dan pastikan antum semua berdisiplin.

“keberkesanan program bergantung kepada antum”

ada beberapa tugasan menanti antum. inshaAllah tidaklah membebankan. dan, alamak! saya touching kot masa ni. maklumlah, macam berada di tempat yang tak sesuai.

 

p/s : sentiasalah bersyukur walau di mana sahaja anda diletakkan! pasti ada hikmahnya. ingat syukur itu lebih tinggi darjatnya dari bersabar.

 

“awak rasa apa yang awak boleh buktikan, hasil daripada usaha-usaha yang awak telah lakukan di sini untuk suatu masa nanti?”

faham ke soalan saya?

saya bagi contoh yang mudah. kalaulah Imam Bukhari suatu masa nanti, bila dia ditanya, “apa usaha yang telah engkau lakukan dan siapakah saksi kepada perlakuan kau?”, haha, lebih kuranglaa.. maka dia mungkin boleh berkata, “oh aku telah mempunyai kitabku, Sohih Bukhari (kitab hadis) yang telah ramai manusia gunakan sebagai panduan dalam hidup mereka. maka merekalah menjadi saksi diatas kesaksianku (perbuatanku) kepada engkau”.

wahh hebat bukan? maka saya tanyakan kepada anda, siapakah yang akan menjadi saksi di atas penyaksian anda? sebab Allah tak cipta kita ni sia-sia.

 

p/s : “semoga kita boleh mencari lebih ramai lagi manusia yang boleh menjadi saksi-saksi bagi penyaksian kita”. baik , buruk? awak tentukanlaaaa.

“awak, percayalah hidup kita ni ada tujuan…”

kenapa saya kata macam ini. hmm, awak sayang tak nabi kita? tipula kalau awak tak sayang. dan ada ke awak tengok nabi kita dalam hidup baginda tu, macam tak da hala tuju? awak rasa nikmat iman dan islam dalam diri awak tu bole senang-senang ke awak dapat kalau bukan nabi kita tak berusaha bersungguh-sungguh dalam usia hidupnya sekitar 63 tahun dalam menyampaikan risalah-Nya.

lsh something wrongla kan kalau kita rasa kita dapat senang-senang je. huuhu

itulah kita ni manusia. selalu no, cepat no lupeeee. habes semua kita lupa. awak, hidup kita ni, ada tujuan taw. Allah beritahu dalam surat cintaNya :

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. “

51:56

beribadah yang macam mana tuh? inshaAllah kita melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. sehinggakan mudah-mudahan, saat kita tengah minum air pun, itu dikira sebagai ibadah. bukan sekadar solat lima waktu sehari semalam sahaja dikira ibadah. apa sahaja yang awak buat, dalam rangka untuk mendapat keredhaanNya, itupun dikira ibadah.

agak-agaknyalah kan, kita ni hamba yang macam mana ye?

 

p/s : yeah! hidup kita ada matlamat dan tujuan. YES! Allah sayang kita sebab Dia bagitahu tujuan hidup kita. so? hidup kita ini sebenarnya sangat bermakna! yihaaaaaaaaa! *lompat-tinggi-tinggi*

 

to be continued…

0 orang berkata-kata:

Post a Comment