468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

this is my story

Tuesday, January 17, 2012

Alhamdulillah summa Alhamdulillah.

berakhir sessi pembelajaran di semester 1. walaupun ada je ye kawan-kawan saya yang sama umur, tapi di tahun kedua, saya tetap bersyukur berada di tahun pertama. orang putih kata first year. bukan sebab gagal (nauzubillah), bukan sebab tangguh sem,tapi disebabkan sistem pengajian yang meletakkan syarat untuk asasi selama 2 tahun.

syukur

 

saya tak banyak cerita yang hendak dikongsi.

hanya perkongsian basa-basi je nih. sebabnya macam dah lama pulak ya tak bercerita. heh ada yang sudi dengar ke (?)

 

okay. simple-simple je, boleh tak (?)

 

1. macam mana dah jadi budak U ni?

wow! wow! what do you expect? seriously, no comment. nak kata best tu, biasa, nak kata tak best tu macam teruk je bunyi. ya Allah. as long as saya bersyukur. bersyukur. bersyukur! kerana bersyukur ini lebih tinggi darjatnya dari bersabar. heh. kenapa? sebab berapa ramai yang nak masuk U tapi tak dapat peluang Ini? berapa ramai yang bercita-cita untuk menjadi insan berjaya, tetapi dia terkandas di pertengahannya kerana masalah yang mencengkam dirinya.

saya ingat lagi masa dulu-dulu, lepas SPM, makaih, bila abi cakap, “ni ada tawaran ni masuk UM, masuklah…”, saya sekadar menjawab “alahai, tak minatlaa.. wada dah amek.. mina nak bidang *a***”, sampai macamtuh sekali. terus balik tuh isi yang kita nak pilih U mana tuh (tak ingat orang sebut apa), pergh! semua saya letak  *a***… macam hebat je. tak lama lepas tuh menyedari hakikat, maka saya rombak semuanya 98%. huh! dengan meletakkan UofMoney, oppss! sebagai pilihan. kemudian terus yakin. huhhh.

tu dulu.

sekarang kisahnya hidup di dalam main kampus yang kelihatannya agak mencabar. lagi mencabar dari duduk dalam kem PLKN sebab dalam kem, atleast semua kaum macam respect each other. tapi kat sini (?) Allahu 'a’lam. agak kekauman sedikit. haha. suke hati je cop orang. tapi overall, takda masalahpun kalau awak nak senyum pada chinese ke indian ke as long as u ikhlas! people will appriciate u.

 

2. heh subjek ape awak study sem ni?

disebabkan pelajar baru. ya pelajar baru. maka sedikit je jam kredit yang perlu dihabiskan. Alhamdulillah jumlahnye ada 8. untuk kos universiti : Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), English (communication). untuk subjek akademi : Fundamental of Sharia, Fundamental of Usuluddin. untuk subjek teras program : Al-Aqaid Al-Islamiyyah. Untuk subjek jabatan : Fundamental of Usul Tafsir. eh ada lagi satu subjek Kemahiran Asas Maklumat. rasanyalah. Allahuakbar! boleh pulak lupa. huhh

okay, apehal macam banyak sangat bahagiannye tu? hehe, jangan tanya saya ye. kalau ikutkan kos yang saya ambil, hanyalah khusus dalam subjek jabatan. yang lain-lain tu pakej untuk melengkapkan supaya kami menjadi insan serba boleh. InshaAllah!

 

3. susah ke senang?

terpulanglah kepada awak. kalau awak kata jadi students law itu susah,mahupun students yang nak jadi doktor, akauntan, dan lain-lain tu susah, tapi bagi saya setiap bidang ilmu itu ada cabarannya masing-masing.

 

4. best ke kolej (hostel)?

kolej atas bukit, dibina tahun 1963 (kot), bilik tingkat 3, depan toilet, katil (2 tingkat) dapat tingkat atas, menghadap hutan semak-samun dan pokok-pokok yang menyegarkan di waktu pagi setiap hari. almari luasnya bahu saya, tingginya lebih kurang tinggi saya ditambah dua jengkal.

rumet semua muslims, mukmin, muttaqin inshaAllah. believe that Allah bagi bukan sia-sia. Alhamdulillah!

 

5. macam mana diari bulatan gembira? perkongsian membina? kerja lapangan?

plizzz. taknak jawab! masih berada dalam lingkungan. mudah-mudahan inshaAllah. hati yang masih kuat untuk mara bersama.

 

6. pergi kelas macam mana?

oh macam biasala. naik bas, jalan kaki. saya tidak merancang untuk memandu dan menunggang. Alhamdulillah lah kan sebab tak da lesen. hahaha. serius saya bahagia. saya suka semua orang naikla kereta mereka, pandula motor anda dengan bangga, oleh itu, pasti ada seat untuk saya di dalam bas. wahhh cool!

 

7. ok last sekali, exam macammana?

Alhamdulillah. so far so good. menanti keputusan. goreng-gorengpon ada, tak goreng tiada. nanti tak sedap. mem’blend’ itu satu kepastian. nanti tak hancur lagi tak sedap. haa, first time jugaklah jawab exam dalam keadaan demam. orang lain sejuk dalam dewan, saya steady sebab badan panas.

 

awak nak tahu kesimpulannya?

colourful_life_by_eterni7y-d2yyni3

bila saya teliti, saya dapat lihat, Maha Pengasihnya Allah. Dia cukup-cukup berikan yang terbaik. awak rasa masa tunggu dan naik bas, jalan kaki tu lecehkan? buang masa? bilik tingkat atas sekali tu menyusahkan? almari sangat kecil itu membebankan? awak rasa apa yang awak belajar ini sia-sia? awak rasa awak dah cukup hebat?

TAK! TAK!

semuanya ini adalah cara Allah menyantuni hamba-hambaNya. cara Dia dekati hambanya. cara Dia bemesra dengan makhluknya. cara Dia memberi kasih sayangNya. sebab Dia nak bagi dekat awak sesuatu. sesuatu yang bukan boleh dipinta-pinta tanpa Dia menjadi jurulatihnya.

 

Allah nak didik saya supaya bertambahnya nilai SYUKUR & SABAR dalam diri saya. supaya saya diberi ganjaran berupa pahala daripadaNya. menjadikan saya lebih matang dalam hidup saya dan memberi peluang meningkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan saya. SubhanAllah! Osem kan Tuhan kita? Allahu Akbar!

 

jadi pantas kah KITA (saya) merungut di atas segala pemberianNya?

 

maka nikmat mana yang kamu dustakan?

 

Allahu Akbar!

 

inlah warna-warni kehidupan saya.

0 orang berkata-kata:

Post a Comment