468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

tenang saudariku.

Tuesday, December 27, 2011

 

“akak, akak ada baca tak?…..”

“ohh, tidak..”

***

Post kali ini saya tujukan buat saudari saya yang jauh di mata, tapi dekat di hati. Setiap kali mendengar khabar mereka, pasti saya akan terus ‘check’ diri. Allah, masih banyak perlu dibaiki. Masih banyak sillaturrahim yang belum betul-betul ditautkan. Semoga Allah permudahkan.

3242732270_954aa30e8c

Begitu banyak perkara yang akan menggangu kita. Mengganggu emosi, mengganggu fikiran, mengganggu perasaan. Haa, macam benda yang sama pulak. Hee. Bila perkara-perkara ini yang menjengah kita, apa perasaan pertama yang muncul?

Marah?

Benci?

Tak suka?

Sedih?

Pelik?

Dan apa pula tindakan pertama kita?

Dia ni melampau?

Kurang hajar betol?!

Memang nak kena dia ni!

Woii hangin-hangin!

Tapi berawaslah! Ingatlah!

 

ilustrasi

Fudhail Ibn Iyad telah berkata:
“Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’. Beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan engkau daripada kedua-duanya.”

Kenali fungsi dan peranannya.

“Kamu ini siapa? Kamu mahukan apa? Berbuat apa? Mengajak ke mana?”

Seringkali kita kalah bila diajukan soalan ini. Yang dimaksudkan kalah di sini, kerana kita tak tahu apa jawapan yang terbaik yang perlu kita berikan. Kadang-kadang kita pula bertanya kepada diri sendiri. Tersenyumlah saudariku. Perkara inilah yang membuatkan niat kamu terus diperbaharui. Mudah-mudahan.

holding-hands-black-and-white

Saudariku, tersenyumlah. Pasti ada jalannya kerana memang sudah ada. Cuma usaha kita untuk mencarinya sahaja. Lihat, dan tersenyumlah :

“Kitalah jemaah ruh, dan jemaah kita dihubungkan oleh hati-hati yang satu, terlahir dari kefahaman yang satu. Ikatan kita bukan pada borang mahupun bayaran yuran, tetapi pada hubungan hati, kefahaman, dan perasaan.”

Ana tak berhajat nak ulas panjang. (Lihat di sini) Usah cepat melatah. Jangan biarkan mulut-mulut ini berkata sedang tiada ketenangan di jiwa. Ingatkah kamu kisah Saidina Ali? Hanya kerana tidak mahu perasaannya mengawal tidakannya, maka dibiarkan musuhnya pergi tanpa membunuhnya.

Antum tahu betapa ana menunggu kedatanganmu saban waktu? Kerana dasar cinta kita, walau perit, sabar menjadi taruhannya. Jangan kerana ada yang menduga, cita kita terkubur begitu sahaja. Ingat saudariku, perjalanan kita masih panjang, dan menjadi lebih panjang jika kita mensia-siakannya. Allahu Akbar!

belahan-jiwa

kalau kamu yakin Allah sediakn ujian untuk menguatkan langkah, kenapa perlu rasa ragu? kenapa ada rasa iri?

Apa yang kita belajar dalam usrah, daurah, katibah, mukhayyam, takkan dapat menandingi tarbiyah direct yang Allah berikan pada kita. Di situlah, teruji, samada yang kita pelajari itu kekal dalam buku, ataupun terjelma pada perilaku. Sebab, senang bercakap, SANGAT SUSAH untuk buat!

SANGAT SUSAH!

Allahu Akbar. semoga Allah ampunkan silap kita, menghilangkan ruas antara kita dan menguatkan lagi tautan hati-hati kita. aku-kau kuat kerana doa-doa yang kita titipkan di dalam perjalanan ini. bertabahlah!

 

with love,

attartusyi.

 

p/s : maaf dihulur jika yang dinukilkan tidak seperti yang dipraktiskan. astaghfirullah.

0 orang berkata-kata:

Post a Comment