sambungan daripada entry yang lepas : #ep.1, sehinggalah kini sesi tackle-mentackle. fuyyo! ade jugak eh rupenya, sesi ngorat-mengorat untuk kebaikan. anda tak percaya? ish!
fasa ini adalah fasa saya ‘SS’: syiok sendiri. HAHA. kesian!
Mrs.M saya yang superrrrrrrrrrrrr kentaaaaaaalll, suka jugakla tanya-tanya-khabar kiteorang. masa tuh saya suka syokla yang dia caring gilaaaa dekat saya. walhal dia mesej je jugak orang lain, haha. saya ni kira macam tamak kasih-sayang tuh nak sorang-sorang! tenggelam dalam nikmat ukhuwwah. Alhamdulillah.
dari suatu masa ke suatu masa, mendidik kami tak pernah jemu. dia selalu pesan,
“kamu tak payah fikirla pasal rezeki, kamu takda duit ka apa ka…. yang penting buat apa yang Allah suruh. InshaAllah adalah tu rezeki yang Allah akan susulkan…..”
hehe. tapi betullah! Allah dah pesan :
مَآ أُرِيدُ مِنۡہُم مِّن رِّزۡقٍ۬ وَمَآ أُرِيدُ أَن يُطۡعِمُونِ
[51:57] Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan.
إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلرَّزَّاقُ ذُو ٱلۡقُوَّةِ ٱلۡمَتِينُ
[51.58]
Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh. Allah tak memerlukan kitapun. KITA je yang perlu dekat Allah! haaaaa, terbeliak mata tak? kita ada ke kita takda ke, tak menjejaskan Allahpun. tapi takkan lah awak nak bergantung selain daripadaNya kan? ish tak kena lah tuhhh… mula-mula dulu, aishhh, pening-pening laaa. ape dia ni cerita nih? tapi lama-lama tuh dah faham! Mrs.M saya yang superrrrrrrrrrrrr kentaaaaaaalll ni nak bagitahu, hidup kita bukanlah semata untuk cari rezeki macam banyak manusia kejar-kejar hari ini sampai lupa tuhan. tapi hidup kita ini adalah segalanya untuk Allah. rezeki kita Allah yang lebih tahu. bersungguh-sungguhla macam manapun kamu kejarkan dunia Dia, tapi kalau itu bukan rezeki kamu, haaaa rugiiiiiii je! penat-penat je! kan ke kesian tuh… “tapi hidup kita ni tak cukup dengan Ibadah je…” laaaah! baru syok-syok nak taqarub dengan Allah ketat-ketat, dah dikatakan pulak bukan semata untuk ibadah? habestu?? Ibadah kepada Allah itu memang dah jadi kewajipan dah! tapi ada satu ni, lagii SUPERB!! kita ini adalah Khalifah Allah di atas muka bumi. erk??? وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬ۖ [2:30] Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi" وَهُوَ ٱلَّذِى جَعَلَڪُمۡ خَلَـٰٓٮِٕفَ ٱلۡأَرۡضِ وَرَفَعَ بَعۡضَكُمۡ فَوۡقَ بَعۡضٍ۬ دَرَجَـٰتٍ۬ لِّيَبۡلُوَكُمۡ فِى مَآ ءَاتَٮٰكُمۡ [6:165] Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. yeahhhh! dah faham. rupanya hidup kita ni adalah 2 in 1. kitalah hambaNya, kitalah khalifahNya. wahh boleh tahan jugak ye tujuan penciptaan kita. Allahu Akbar! susahkan, susah sangat nak buat walaupun terang jelas Allah dah bagitahu tugas-tugas kita. “sebab kita berhutang dengan Allah, fahamilah!” hutang? kenapa pulak? alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. laaa, ye la! apa awak sangka hidup awak ni free je? mentang-mentang Allah tak tuntut kita pun rileks jee. ya awak, kita berhutang! kita sedang berurus-niaga dengan Allah. nak bayar hutang macam mana? pelaksanaannya tidak semudah jawapannya. hmm, ya, Amar ma’ruf Nahi mungkar! itu cara kita nak bayar. agak-agak senang tak? terpulang kepada awak. asasnya: jiwa muda perlu dididik untuk masa hadapan agar kekal dalam kebaikan. takpe la eh, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. susah kan nak buat? “alamak! macam mana ni, ilmu tak banyak…macam mana nak ajak orang buat baik…” betul. tapi bukan kah ilmu yang sedikit yang terus dilaksanakan itu lebih baik daripada ilmu yang banyak tapi takda buat apaaaaaa? Allahu Akbar. dush! dush! rasa tertumbuk! urgggh! kan nabi pesan : “ sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat….” masih terasa susah jugak? haaa,kamu terupa ke, yang Allah beli jiwa orang mu’min ini dengan SYURGA! sebab tulah mencabar nak laksanakan perintah Allah, lagi-lagi untuk menyeru. sebab syurga itu mahallah perlu dibayar dengan usaha kita yang berlipat-lipat kali ganda. sehinggakan kalau kita matipun belum tentu bumi ini telah berada dalam kalimah tauhidnya. tapi tidak mengapa, asalkan hidup kamu telah melakukan suruhanNya yang mencabar itu, inshaAllah ada nilaianNya. حَسۡبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ [9:129] "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung" sedar tak sedar, lama jugak ye masa yang diambil oleh Mrs.M saya yang superrrrrrrrrrrrr kentaaaaaaalll untuk memahamkan kami. kerana kefahaman membuahkan amalan. inshaAllah… jadi anda rasa wujud tak sesi tackle-mentackle untuk kebaikan ni…? to be continued…
Alhamdulillah, Allah izinkan saya pergi sana sini dengan mudah. bertambah-tambah syukur bila ibu bapa saya memahami saya yang jenis begini. heh, laaaaaaaaaagi bertambah syukur sebab umi abi kadang-kadang tu siap hantar lagi. sangat OSEM ! semoga Allah redha dengan bantuan kalian. saya ada cuti. kira-kira tiga minggu. seminggu di rumah la kot, seminggu outstation, seminggu lagi…… rahsialah! hehe saya memang tak boleh buat semua. “mina tolong umi lipat kain..” “mina nanti masak ye, umi balik lambat balik sedikit..” “mina masak tak? abi lapar, on the way balik….” “mina tolong umi, esok ada bla bla bla..” itu ini dan bermacam lagi. untung jugakla bila belajar dah dekat sikit. boleh balik-balik tengok-bantu mana yang patut. tapi serius! bukan semua saya boleh buat. kadang-kadang, ya Allah macam mana ni ya? sebab itulah saya rasa bersyukur bila saatnya saya ada tuntutan untuk tidak berada di rumah, mereka memahami saya tanpa banyak tanya. jadi tugas saya? “saya kenalah berbakti selagi masa saya ada dengan mereka!” so, apa sekarang? yeah! saya sedang membantu umi saya membuat buku, mendaftar sesuatu untuk umi abi dalam rangka merealisasikan impian mereka. doakan buat kami yang terbaik!
saya bukanlah seorang yang gedebang-gedung sampai orang boleh ternganga mulut dan berkata “wwahhhhhh!”. tapi biasa-biasa je, banyak buat silap, terlupa-di sana-sini. tak percaya? ish! buktinya SAYA MANUSIA. walaupun mereka melabel : “ehh kawan aku sorang ni nak jadi ustazah…” “wahh aku ade membe USTAZAHHH!!” itu bukan persoalannya. tak pernahpun saya meletakkan matlamat sebegitu. huahuahau. bunyinye macam sombong? idok le. “Saya cuma nak Jadi MANUSIA yang mengenal PENCIPTANYA!” tolonglah doakan! siapa sebenanrnye : MRS Muahaha (Mrs.M)? . uish apa tuh? heh, macam tak senonoh ye? ok definisi muahaha: orang yang saya kagumi. orang yang saya cintai. amboi! macam jiwangle pulak. mengikut literalnya : murabbiah saya laaa. hehehehe. saya tidak memahami kenapa begitu pentingnya Usrah-Usrah ni. masa sekolah memangla sokmo-sokmo pegi usrah. masa tu memanglah rajin pergi, tapi tak faham. cumanya buat-buat faham. selepas tempoh sekolah menengah tamat, no more usrah. tapi saya ingat lagi Mrs.M saya ketika tu (cg R) ada offer untuk siapa-siapa yang nak usrah-usrah ni. offer tu, offer. sayapun isi je la. ikut jelahh. tak faham lagi ni. sehinggalah saatnya saya ditemukan dengan Mrs.M pembimbing ketika itu (ukhti Ai). mashaAllah, tak pernah putus asa weyh! kadang yang datang 2orang, paling ramaipun 5orang. tapi dia tak pernah putus asa. sehinggalah saatnya saya ditemukan dengan pemudi-pemudi berjiwa hamba. huahuahua. masa ini baru nak kenal-kenal. cool and stady je yeh! *sekarang pon* akhirnya sayapun mengisytiharkan untuk memasuki kem PLKN. maka berhentilah sessi usrah-usrah ketika itu. sedih-sedih! eh tak sangka pulak masuk kem ni rupanya ada jugak dormmate yang tahu usrah-usrah ni. malam-malam sambil-sambil sebelum tidur tu, kalau warden tak ronda-ronda, kitorang duduk sama-sama satu gang. makan megi dalam gelap(suatu kepastian!), ketawa-gelak tahan-tahan tak berbunyi, then cerita-cerita. oppppsss! ada seorang ni bukak isu Palestine. mashaAllah, siapa kata mereka tidak ada kesedaran? *cuma perlukan usaha kita je yang-yang-yang!….* isu solat sunat, baca al-quran? Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh-Nya. sehinggakan… “umi (panggilan mereka kepada saya) buat solat apo? imam bolum solat lai ha?” “ohh solat sunat bla-bla-bla…” “ohh den pun nak buek gak la, cemano?” “macam biasa je. cuma niat solat sunat. buat dua rakaat bla-bla-bla…” keesokannya, bersemangat rakan saya ni bangun awal-awal sebelum subuh. ajak pergi surau awal. sebab? nak buat solat sunat. ya Allah! *suatu hari tangan ditarik* “umi den tak nak masuk koleh quran dengan budak-budak ni ha.. aja kan la dennn.. den ghoti! “ “yolah!..” hanya sebulan bersama mereka. tak banyak saya boleh bantu. program asasi dua tahun ada kakak ni pesan suruh sekali lagi isi borang untuk usrah di peringkat U. (mungkin zaman ni zaman mengisi je, huhu). baik, saya isi. sehinggalah suatu ketika saya dihubungi… *terlupa lah bagaimana…* tetapi, mereka menghubungi saya. mula tu macam malas nak layan pon ada, tapi dilayankan jugaklah! rugi-rugi! dan Mrs.M saya ketika itu lagilaaaaaaaaaaaaaaaah super kental! masa tu usrah 4 orang je beb! then saya taaruf sikit dengan rumet, ahha! kita serupa rupanya. mendapat pendidikan MUSLEH bersama. ajak-jangan-tak-ajak! bertambahlah keahlian kepada 5 orang. mula-mula usrah, semua senyap. opps! pengisian usrah pada ketika itu yang saya ingat, Mrs.M saya yang superrrrrrrrrrrrr kentaaaaaaalll! (ukhti I) ada cerita tentang muqaddimah fi zilal dan syed Qutb. memang lepas tu zupppppppppppp! semangat naik-menjulang-julang. ohh siapakah SQ ini? *tertanya-tanya dalam hati* dalam masa yang sama, ada dua usrah jugak T.T. saya ceritakan kepada Mrs.M saya. dia mendengar! tidak pernah menjauhkan kami. sentiasa datang on-time. kami je terkedek-kedek sikit. dia tak pernah memperlekeh usrah lain yang saya ikut. dia suka cerita pengalaman dia. memang pergggh! jatuh cintaaaa. sehinggalah……….. to be continued… - ini kisah saya, kisah anda bagaimana? pasti berbeza. *berhenti memberi ruang badan yang semakin meningkat suhunya agar berehat. Allah Allah. semoga ada manfaat~
rezeki nak dapat hadiah baju. Alhamdulillah. ingatkan satu, rupanya sampai dua. baju apa? *zoomlah gambar untuk tahu ini baju apa* kisahnya panjang aku, muzik? ohh biasa-biasa je. tak punya suara sedap untuk buat show. heh, peace. suara yang ada berkebolehan untuk setakat berkomunikasi sahaja. Alhamdulillah. biasa dengarpun lagu-lagu yang orang tak dengar. heh. sekali-sekala suka juga saya lepak dengan sahabat di UIA. lepak-lepak hujung minggu selain balik ke rumah. ohh rupanya mereka ni gang nasyid. mashaAllah suara merdu-sedap-boleh-tahan! aktivitipun sihat. ada kelapangan, mereka buat recording (untuk mereka-mereka-sahaja), kemudian ada masa lain kita solat berjamaah dan berslot tazkirah bersama. AllahuAkbar. mudah-mudahan diberi kesempatan untuk bersama-sama. tapi nak suruh saya menyanyi serangkap-dua belum boleh lagi la ye! hoho. dengan pemberian hadiah ini, membuatkan sedikit-sebanyak penerimaan kepada sesuatu yang baru. inshaAllah dalam bimbinganNya. semoga Allah menyerikan hari-hari yang mendatang. jumuah mubarakah! ayuh ber-Kahfi~ “sesedap manapun rangkap lirik-lirik ciptaan manusia, jangan dilekakan, karna bait-bait cinta Kalam Allah lebih indah lagi”
Alhamdulillah summa Alhamdulillah. berakhir sessi pembelajaran di semester 1. walaupun ada je ye kawan-kawan saya yang sama umur, tapi di tahun kedua, saya tetap bersyukur berada di tahun pertama. orang putih kata first year. bukan sebab gagal (nauzubillah), bukan sebab tangguh sem,tapi disebabkan sistem pengajian yang meletakkan syarat untuk asasi selama 2 tahun. saya tak banyak cerita yang hendak dikongsi. hanya perkongsian basa-basi je nih. sebabnya macam dah lama pulak ya tak bercerita. heh ada yang sudi dengar ke (?) okay. simple-simple je, boleh tak (?) 1. macam mana dah jadi budak U ni? wow! wow! what do you expect? seriously, no comment. nak kata best tu, biasa, nak kata tak best tu macam teruk je bunyi. ya Allah. as long as saya bersyukur. bersyukur. bersyukur! kerana bersyukur ini lebih tinggi darjatnya dari bersabar. heh. kenapa? sebab berapa ramai yang nak masuk U tapi tak dapat peluang Ini? berapa ramai yang bercita-cita untuk menjadi insan berjaya, tetapi dia terkandas di pertengahannya kerana masalah yang mencengkam dirinya. saya ingat lagi masa dulu-dulu, lepas SPM, makaih, bila abi cakap, “ni ada tawaran ni masuk UM, masuklah…”, saya sekadar menjawab “alahai, tak minatlaa.. wada dah amek.. mina nak bidang *a***”, sampai macamtuh sekali. terus balik tuh isi yang kita nak pilih U mana tuh (tak ingat orang sebut apa), pergh! semua saya letak *a***… macam hebat je. tak lama lepas tuh menyedari hakikat, maka saya rombak semuanya 98%. huh! dengan meletakkan UofMoney, oppss! sebagai pilihan. kemudian terus yakin. huhhh. tu dulu. sekarang kisahnya hidup di dalam main kampus yang kelihatannya agak mencabar. lagi mencabar dari duduk dalam kem PLKN sebab dalam kem, atleast semua kaum macam respect each other. tapi kat sini (?) Allahu 'a’lam. agak kekauman sedikit. haha. suke hati je cop orang. tapi overall, takda masalahpun kalau awak nak senyum pada chinese ke indian ke as long as u ikhlas! people will appriciate u. 2. heh subjek ape awak study sem ni? disebabkan pelajar baru. ya pelajar baru. maka sedikit je jam kredit yang perlu dihabiskan. Alhamdulillah jumlahnye ada 8. untuk kos universiti : Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), English (communication). untuk subjek akademi : Fundamental of Sharia, Fundamental of Usuluddin. untuk subjek teras program : Al-Aqaid Al-Islamiyyah. Untuk subjek jabatan : Fundamental of Usul Tafsir. eh ada lagi satu subjek Kemahiran Asas Maklumat. rasanyalah. Allahuakbar! boleh pulak lupa. huhh okay, apehal macam banyak sangat bahagiannye tu? hehe, jangan tanya saya ye. kalau ikutkan kos yang saya ambil, hanyalah khusus dalam subjek jabatan. yang lain-lain tu pakej untuk melengkapkan supaya kami menjadi insan serba boleh. InshaAllah! 3. susah ke senang? terpulanglah kepada awak. kalau awak kata jadi students law itu susah,mahupun students yang nak jadi doktor, akauntan, dan lain-lain tu susah, tapi bagi saya setiap bidang ilmu itu ada cabarannya masing-masing. 4. best ke kolej (hostel)? kolej atas bukit, dibina tahun 1963 (kot), bilik tingkat 3, depan toilet, katil (2 tingkat) dapat tingkat atas, menghadap hutan semak-samun dan pokok-pokok yang menyegarkan di waktu pagi setiap hari. almari luasnya bahu saya, tingginya lebih kurang tinggi saya ditambah dua jengkal. rumet semua muslims, mukmin, muttaqin inshaAllah. believe that Allah bagi bukan sia-sia. Alhamdulillah! 5. macam mana diari bulatan gembira? perkongsian membina? kerja lapangan? plizzz. taknak jawab! masih berada dalam lingkungan. mudah-mudahan inshaAllah. hati yang masih kuat untuk mara bersama. 6. pergi kelas macam mana? oh macam biasala. naik bas, jalan kaki. saya tidak merancang untuk memandu dan menunggang. Alhamdulillah lah kan sebab tak da lesen. hahaha. serius saya bahagia. saya suka semua orang naikla kereta mereka, pandula motor anda dengan bangga, oleh itu, pasti ada seat untuk saya di dalam bas. wahhh cool! 7. ok last sekali, exam macammana? Alhamdulillah. so far so good. menanti keputusan. goreng-gorengpon ada, tak goreng tiada. nanti tak sedap. mem’blend’ itu satu kepastian. nanti tak hancur lagi tak sedap. haa, first time jugaklah jawab exam dalam keadaan demam. orang lain sejuk dalam dewan, saya steady sebab badan panas. awak nak tahu kesimpulannya? bila saya teliti, saya dapat lihat, Maha Pengasihnya Allah. Dia cukup-cukup berikan yang terbaik. awak rasa masa tunggu dan naik bas, jalan kaki tu lecehkan? buang masa? bilik tingkat atas sekali tu menyusahkan? almari sangat kecil itu membebankan? awak rasa apa yang awak belajar ini sia-sia? awak rasa awak dah cukup hebat? TAK! TAK! semuanya ini adalah cara Allah menyantuni hamba-hambaNya. cara Dia dekati hambanya. cara Dia bemesra dengan makhluknya. cara Dia memberi kasih sayangNya. sebab Dia nak bagi dekat awak sesuatu. sesuatu yang bukan boleh dipinta-pinta tanpa Dia menjadi jurulatihnya. Allah nak didik saya supaya bertambahnya nilai SYUKUR & SABAR dalam diri saya. supaya saya diberi ganjaran berupa pahala daripadaNya. menjadikan saya lebih matang dalam hidup saya dan memberi peluang meningkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan saya. SubhanAllah! Osem kan Tuhan kita? Allahu Akbar! jadi pantas kah KITA (saya) merungut di atas segala pemberianNya? maka nikmat mana yang kamu dustakan? Allahu Akbar! inlah warna-warni kehidupan saya.
kenapa ha huna? sebab maksudnya ringkas je. DI SINI. ke anda rasa maksudnya apa? ataupun nak mudah faham, bila orang panggil, “ish,,dekat manaaaaaaaaaaaa???”, ‘HA, HUNA!” boleh la jugak if nak kata dekat in terms of cuba mendekati jiwa pembaca. cuba ye. cuba. dan cuba bukan semestinya bermaksud telah memahami. hanya sekadar.. mencuba dan terus mencuba. '”ana sa uhawil!” inshaAllah.
Alhamdulillah, seminggu sudah kita menjalani kehidupan di tahun baru 2012 ini. syukur. hari esok dan seterusnya belum tentu lagi. saudaraku, gelisahlah, menangislah! tatkala kamu merasakan kebahagiaan, kesenangan, kemewahan menyaluti hidupmu, kerana boleh jadi segala kesenangan itu, merupakan UJIAN daripada Allah buatmu dan bukannya rahmat buatmu. tersenyumlah, gembiralah! apabila kesusahan menghimpitmu, kerana pasti Tuhan lebih dekat denganmu, kerana itu, Dia memberi nikmat UJIAN ini kepadamu supaya lebih dekat denganNya. perjalanan hidup mesti diteruskan. berbaki beberapa lagi kertas peperiksaan untuk diduduki. ternyata keresahan sering menghimpit jiwa. hehe. periksa dunia tuh, kita dah gelisah, resah. bagaimanalah nanti keadaan bila di mahsyar bila sekali lagi kita menjalani pemeriksaan oleh Sang Pencipta. Allahu Akbar! tiada siapa dapat menjamin dirinya suci dari dosa. bersamalah kita perbanyakkan istighfar kepadaNya. Astaghfirulla-hal-‘azim.
|