468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

tenang saudariku.

Tuesday, December 27, 2011

 

“akak, akak ada baca tak?…..”

“ohh, tidak..”

***

Post kali ini saya tujukan buat saudari saya yang jauh di mata, tapi dekat di hati. Setiap kali mendengar khabar mereka, pasti saya akan terus ‘check’ diri. Allah, masih banyak perlu dibaiki. Masih banyak sillaturrahim yang belum betul-betul ditautkan. Semoga Allah permudahkan.

3242732270_954aa30e8c

Begitu banyak perkara yang akan menggangu kita. Mengganggu emosi, mengganggu fikiran, mengganggu perasaan. Haa, macam benda yang sama pulak. Hee. Bila perkara-perkara ini yang menjengah kita, apa perasaan pertama yang muncul?

Marah?

Benci?

Tak suka?

Sedih?

Pelik?

Dan apa pula tindakan pertama kita?

Dia ni melampau?

Kurang hajar betol?!

Memang nak kena dia ni!

Woii hangin-hangin!

Tapi berawaslah! Ingatlah!

 

ilustrasi

Fudhail Ibn Iyad telah berkata:
“Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’. Beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan engkau daripada kedua-duanya.”

Kenali fungsi dan peranannya.

“Kamu ini siapa? Kamu mahukan apa? Berbuat apa? Mengajak ke mana?”

Seringkali kita kalah bila diajukan soalan ini. Yang dimaksudkan kalah di sini, kerana kita tak tahu apa jawapan yang terbaik yang perlu kita berikan. Kadang-kadang kita pula bertanya kepada diri sendiri. Tersenyumlah saudariku. Perkara inilah yang membuatkan niat kamu terus diperbaharui. Mudah-mudahan.

holding-hands-black-and-white

Saudariku, tersenyumlah. Pasti ada jalannya kerana memang sudah ada. Cuma usaha kita untuk mencarinya sahaja. Lihat, dan tersenyumlah :

“Kitalah jemaah ruh, dan jemaah kita dihubungkan oleh hati-hati yang satu, terlahir dari kefahaman yang satu. Ikatan kita bukan pada borang mahupun bayaran yuran, tetapi pada hubungan hati, kefahaman, dan perasaan.”

Ana tak berhajat nak ulas panjang. (Lihat di sini) Usah cepat melatah. Jangan biarkan mulut-mulut ini berkata sedang tiada ketenangan di jiwa. Ingatkah kamu kisah Saidina Ali? Hanya kerana tidak mahu perasaannya mengawal tidakannya, maka dibiarkan musuhnya pergi tanpa membunuhnya.

Antum tahu betapa ana menunggu kedatanganmu saban waktu? Kerana dasar cinta kita, walau perit, sabar menjadi taruhannya. Jangan kerana ada yang menduga, cita kita terkubur begitu sahaja. Ingat saudariku, perjalanan kita masih panjang, dan menjadi lebih panjang jika kita mensia-siakannya. Allahu Akbar!

belahan-jiwa

kalau kamu yakin Allah sediakn ujian untuk menguatkan langkah, kenapa perlu rasa ragu? kenapa ada rasa iri?

Apa yang kita belajar dalam usrah, daurah, katibah, mukhayyam, takkan dapat menandingi tarbiyah direct yang Allah berikan pada kita. Di situlah, teruji, samada yang kita pelajari itu kekal dalam buku, ataupun terjelma pada perilaku. Sebab, senang bercakap, SANGAT SUSAH untuk buat!

SANGAT SUSAH!

Allahu Akbar. semoga Allah ampunkan silap kita, menghilangkan ruas antara kita dan menguatkan lagi tautan hati-hati kita. aku-kau kuat kerana doa-doa yang kita titipkan di dalam perjalanan ini. bertabahlah!

 

with love,

attartusyi.

 

p/s : maaf dihulur jika yang dinukilkan tidak seperti yang dipraktiskan. astaghfirullah.

unexpected note.

Cinta kita kerana Fitrah.

Cinta kita kerana Allah,

Cinta kita bukan Permainan,

Cinta kita atas satu perjanjian,

kerna kita yakin....

“Cinta itu Menenangkan..”

 

أحسن شئ كلام رقيق يستخرج من بحر عميق على لسان رجل رفيق
(Sebaik-baik perkara ialah: Perkataan yang lembut, yang dikeluarkan dari lautan yang dalam, melalui ungkapan lidah seorang yang peramah dan berbudi)

2316545493_f010ecdaab_o

saya tak perasan, sehinggalah saya terperasan. nampak angka itu berubah menjadi 7, tetapi tak menduga. it’s okay. lately ni banyak juga ke sana ke mari, serabut sampai kenala juga marah. sebab macam banyak tak rancang dengan baik. huhu, we learn from our mistakes kan? huh.

 

Allah knows the best. may him lead us to the right path.

Allahumma Ameen.

#1: cerita-cerita-DOAKAN!

Sunday, December 25, 2011

kuliah sudah melabuhkan tirainya, maka kini bermulah sebuah perjalanan yang seronok. what is that? ohh, EXAM ! kadang rasa takut, kadang rasa terlalu 'rilex'. hehe. nak cerita macam manapun tak tahu. so far, so good.


dalam hidup saya DUA perkara tentang saya yang tak perlu ditanya. first, saya ni belajar dekat mana dan bidang apa (walaupun ada saya mention saya belajar apa dalam belog ini), and also apa nama penuh saya. opps! kenapa? sebab pengalaman mengajar saya. baru-baru ni orang selalu tanya, but sorry to say, saya tidak menjawabnya dengan sempurna. never. ok full stop.

btw,
salam imtihan buat diri saya begitu juga teman-teman yang mengenali! doakan kami moga sukses hendaknya! inshaAllah.

Kebaikan perlu diperjuangkan!

Thursday, December 15, 2011

Menjadi baik, berbuat baik mahupun bersama kebaikan memerlukan sebuah usaha. Ianya bukan bergerak sendiri. Fahamilah hakikat sesuatu itu tidak akan terserak jika tiada yang menjadi penyeraknya. Begitulah kebaikan, jika tidak ditonjolkan, ianya akan terus membeku. Ibarat ketulan-ketulan ais yang kesejukan.

Hanya bernamakan ais.

Mari kita lihat dua dimensi berbeza ketika ais sedang sejuk membeku dan juga saatnya ais mencair dan menyejukkan tekak manusia yang sedang dahaga.

Ketika ais seronok di fasa pembekuan, ianya hanya sendiri. Terbeku dengan dirinya dan tidak dapat berbuat apa-apa. Jadilah ianya ketulan-ketulan yang bersifat pentingkan diri. Tetapi lihat pula keadaan apabila ais itu mencair, ianya masih juga sejuk, tetapi sejuknya berkongsi dengan sesuatu yang bersamanya. Dan dalam keadaan ianya mencair, ianya juga bercantum dengan sesuatu yang bersamanya mahupun di antara ketulan-ketulan tersebut.


Anda setuju? Betulkan jika keadaan ini silap.


Begitulah kebaikan. Ianya ais yang mencair, yang memberi manfaat kepada sekitarnya. Bukan semua yang suka, tetapi pasti ada yang menyukainya.


Jadi siapakah yang layak membawa kebaikan?

Jadilah anda!, jika anda inginkan kebaikan itu bersama dengan anda dan persekitaran anda keseluruhannya. Jadikan ianya berada di mana-mana. Kerana andalah yang layak memikulnya!

kembara hijrah

Monday, November 28, 2011

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. dah masuk dah tahun baru ye. anda semua, kita semua bagaimana ye? anda gembira dengan kehadiran tahun baru 1433H ini? hmm, jika diimbas dosa yang terlalu amat banyaknya yang pernah kita lakukan, pasti gundah gulana tiada yang gembira. begitupun, pertambahan tahun mahupun hari, detik, jam, saat memaksa juga umur kita untuk bersama-sama menambah angkanya.

"Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami, ighfirlana ya rabb...."

bagaimana hijrah anda??

saya tak berniat untuk memanjang-manjangkan kisah. cukup saya katakan tahun baru ini memberi erti yang baru. menyedarkan diri akan sesuatu. menyemak dan berusaha kembali menyusun rangka-rangka mahupun fasa-fasa kehidupan. banyak yang perlu difikirkan.

kenapa saya letakkan tajuk entri ini kembara hijrah?

kisahnya begini, telah beberapa kali sy merancang untuk menziarahi teman-teman yang jauh. namun, banyak halangannya. sehinggakan peluang cuti 4 hari baru-baru ini saya cuba memanfaatkan dengan sebaiknya untuk bisa ke sana. dan tidak pula saya menyangka kembara ini adalah kembara hijrah. bermaksud semasa perjalanan itu adalah di dalam tempoh berakhir tahun 1432H, maka didatangkan pula peluang memasuki tahun baru 1433H.

sepanjang perjalanan pergi, saya berusaha keras untuk tidak melelapkan mata kerana bertekad ingin mencari di manakah punca silapnya saya sehingga boleh sesat dalam menentukan hala perjalanan semasa kembara ziarah di bulan Ramadhan yang lalu. akhirnya Allah izinkan saya untuk bertemu jalan tersebut.

nostalgia kembara lalu cukup-cukup menitipkan seribu satu kenangan di hati, yang membuatkan saya terus-menerus berfikir signifikannya kembara Ramadhan yang lalu. kalau dahulu niatnya untuk ziarah, maka kali ini niatnya masih sama cuma peluangnya berbeza. ditambah pula dberbekalkan sumber inspirasi yang sentiasa mengingatkan akan tujuan kembara, maka kesyukuran itu kuselitkan di qalbu.

kita masih punya waktu menyematkan azam dan cita-cita untuk masa yang mendatang! dan itulah yang sama-sama kami lakukan, bersama-sama berekspidisi kembara hijrah. meskipun di tempat yang berlainan, tetapi masih berbekalkan ruh yang sama. marhalah thaniyyah. mencabar! wahai jiwa, perbaikilah segalanya! akan kucuba semampuku. kutanam hasrat ini biarpun tiada siapa yang memahami. semoga Allah terus merahmati kita semua.


Ameen.

payah bebeno

Wednesday, November 16, 2011

semalam saya sempat memberi ruang kepada diri untuk beriadah bersama roomate saya. macam tak percaya kan saya ni rajin jugak pergi jogging ni. itulah aktiviti baru setakat ini. kalau zaman sekolah dulu, saya rasa saya sudah puas main netball bertahun-tahun, unit beruniform pun saya sudah puas dengan kawad semua tuh lah kan. sambung pulak kontrak dengan terpilihnya diri  menjadi pelatih PLKN, betul-betul membuat saya rasa cukuplah, sehingga dengan suka hatinya saya berkata, “zaman untuk lompat-lari semua saya dah berakhir, cukup setakat ini”.

nampak leceh kan nak menyihatkan badan ni. kalau kat rumah tu ha, tak payah susah-susah nak keluar berjogging, ezshape dah ada, naik, biarkan mesin tuh je yang melakukan aktiviti untuk tubuh kita. selesai setengah jam, boleh siap kira lagi berapa kalori yang sudah dibakar. semua sudah senang! kenapa perlu bersusah. ecehh.

“kerana susah itu sunnah”,  hamboiii senang je cakap ya. test sekali, sure merungut ye.

alone

“I am not interested in how much money you have or what family you belong to. I am interested in how you deal with hardships. That is the only thing that matters. That defines your future.”

saya ada satu kelebihan yang segelintir manusia tidak suka. bunyinya macam menakutkan tak? kelebihan itu adalah, saya tidak pandai memandu. haa, susah ke senang tuh kalau menjadi orang yang tidak pandai memandu ni? mesti rasa nak pergi mana-mana tu susah. dan memangpun! orang pergi kuliah 2 minit, saya pergi kuliah 30minit. haaa, susah tak? inilah erti hidup, bila kita belajar untuk tidak menjadi senang. ececeh.

pernah sekali tuh, trip gang akhawat saya nak berjalan-jalan. oleh kerana saya ini sukalah jugak menjadi pengurus rombongan. okay macam kelakar. I mean macam orang yang meng-uruskan la. plan-punya-plan, tiba-tiba,

“kak mina, sapa nak drive?”, eheh saya tersenyum.

pernah juga beberapa kali digesa oleh makcik-makcik, “aminah, bila nak ada lesen ni?”. “apenya makcik, saya masak boleh, jahit boleh sikit-sikit, tuh kira ada lesen dah tuh, lepas dah tuh”. mahunya nak jawab macam ini? orang tanya lain, kita jawab lain. hehh, itulah realiti. bukan tak mahu, tapi belum lagi. kalau cakap dengan saya ni, semuanya belum lagi. susah kan?

 

with these in your mind,

Realize that it is your hardships that make you better.

Realize that pain and hardships won’t last.

you can do it!

bila??

Sunday, November 13, 2011

semalam saya sempat berchit-chat gituu dengan sepupu saya. seingat saya waktu kecil-kecil dulu kami pernah macam berlumba sapa cepat tinggi dia menang! jadi setiap hari kami berlumba-lumba makan roti canai dekat restoran arwah atuk dengan harapan akan cepat meninggi. comel tak??

 

tanya-punya-tanya tentang kami, sayapun bertanya,

“apesal susah sangat nak jumpa sekarang? kalau balik kampung pun tak jumpa…”

“aku balik kampung suami aku… dia seganla dengan keluarga sebelah kita, kan ramai perempuan..”

 

okayla. boleh terima la kan. sikit-sikit. tiba-tiba,

 

“ko bila nak kahwin ni mina oiii?”

“nanti-nantila.. lagi *** tahun ke….inshaAllah”

“lagi *** tahun? masa tu nanti anak aku umur dah 5 tahun..!”

haha. sabar jelah!

tambahnya lagi, “jodoh itu ada, cuma cepat dan lambat je kan…tapi! jangan kahwin lambat-lambat nanti jadi macam……..doala banyak-banyak yee”

 

happy-family1

 

orang yang dah kahwin, suka la menyakat orang yang tak kahwin ye. huhuuh. ghazwul fikr betul. alkisahnya, rezeki sepupu sayalah.. kahwin usia muda, sekarang umur baru 21tahun, anak dah dua. yang paling comel, maksu pun anak dua, mak endek pun dalam proses nak dapat yang kedua. eloklah, meramaikan umat nabi.

 

saya tersentak bila dia bertanya,

“aku nak masuk syurga… layak tak?”

“semua orang layak mendapat syurga Allah…”, jawabku.

 

seronok juga ya, sekali-sekala dapat besembang-sembang dengan kaum kerabat yang dah lama tak bersua. semoga Allah merahmati mereka. Ameen.

beruntunglah!

Thursday, October 20, 2011

dua bait syair yang menyentap!

little-girl-studying

من لم يذق مرّ التعلم ساعة       تجرّع ذلّ الجهل طول حياته

من فاتة التعليم وقت شبابه                 كبّر عليه أربعاَ لوفاته

maksudnya apa ya? baca baik-baik.

sesiapa yang tidak merasai kepahitan belajar walaupun seketika,

dia meneguk kehinaan kejahilan sepanjang hidup…

sesiapa yang terlepas mempelajari di waktu mudanya,

bertakbirlah ke atasnya empat kali sempena kematiannya….

 

*betul ke saya terjemah ni?

kesempatan usia

strong

susahkan menjadi pelajar? eh tak. setiap yang bernama manusia dialah pelajar. pelajar kepada guru bernama kehidupan. dia berbekalkan usia yang setiap hari dihitung setiap detik oleh hari. dia juga akan berguru kepada pengalaman hasil latihan yang diberi oleh guru yang bernama kehidupan.

 

selamat bertabah dalam dunia kehidupan  wahai pelajar!

ianya bermanfaat!

Saturday, October 15, 2011

beberapa perkara yang kita perlu pelajari…

166939_299129200104255_100000215334106_1409194_1905059916_n

 

apa yang kamu lihat?

walaupun karikatur ini berbahasa inggeris, hakikatnya yang cuba diketengahkan adalah penggunaan Bahasa Arab itu sendiri. betul bukan?

 

masih saya ingat kebencian itu

Dua tahun yang lalu, saya agak ‘mempersoalkan’ kenapa perlu saya diletakkan di sini? kenapa saya perlu belajar bahasa ini? kenapa? kenapa? sedangkan bukan ini kemahuan saya. Bukan ini bidang saya. Lama saya mengambil masa untuk menenangkan hati dan juga mendidik hati dalam bersabar mempelajarinya.

Sehingga suatu saat, bila ada guru bertanya : “siapa yang tidak suka pelajaran ini?”, saya lantas mengangkat tangan dan menjawab : “saya! saya benci bahasa ini..”. nah, sekarang saya sangat merindui dan sangat menghargai kerana pernah diberi peluang untuk mempelajarinya. saya mengaku, kini saya ingin lagi terus-menerus mempelajarinya!

meskipun saya bukanlah bijak-pandai dalam bidang ini, mahupun cendikiawan-terbilang, tetapi seharusnya seorang muslim mengetahui kedudukan bahasa ini, iaitu BAHASA ARAB sangat penting untuk dihayati mahupun dipelajari.

istimewa untuk saya

Thursday, October 13, 2011

saya tak pernah kenal dia.

sesuatu

tapi saya tahu dia peramah orangnya. sangat mudah berkomunikasi dengan semua. saya teringin suatu masa nanti untuk bertemu dia. saya akan bersabar sehingga waktu itu tiba. melihat keceriaan di wajahnya membuatkan saya gembira dan tertarik untuk mengenalinya. sungguh, saya cintakan dia walau tiada pernah bersua.

 

pernah sekali

saya sudah berkawan baik dengan dia sekarang. selalu ajak saya datang rumah dia. selalu ajak makan sama-sama. cuma saya belum ada kesempatan. saya berusaha untuk mengenalinya sewaktu saya di tingkatan 5 lagi. adakah dia sangat istimewa? ya!. dia sangat istimewa. istimewa untuk saya walaupun dia bukanlah artis, pujaan, gilaan ramai. dia hanya insan biasa tetapi cukup bermakna.

akhirnya tahun lepas kami bertemu! sebuah perkenalan singkat yang diakhiri dengan pertemuan yang mengikat.

siapakah dia?

 

pertemuaan itu

saya berharap supaya kami akan bertemu! hanya Allah mengetahui. betapa penantian itu bukanlah suatu yang mudah. tetapi dengan adanya penantian itu, mendidik jiwa untuk lebih menghargai mereka. ukhuwwah itu milik semua yang ingin bertemu dan berpisah keranaNya.

siapakah mereka?

children_playing_with_balloons

 

“Dan di antara ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) -Nya adalah menciptakan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendaki-Nya.” 42:29

cinta ibu

Wednesday, October 12, 2011

 

“The most important thing a father  can do for his children is to love their mother”

 

saya ni anak manja ke? tak juga. saya anak ke dua. hehe. baru-baru ini saya balik rumah. ewah balik rumahpun nak cerita ke? ye laa, 2 minggu tak balik, padahal rumah dekat!

 

balik berjemput, pulang berhanta. ewah mengada bukan? satu fakta yang perlu anda tahu (sekiranya mahu) saya tidak pandai memandu. jangan tanya mengapa. saya pengecut bila berkenderaan dan amat tidak suka kelajuan kereta. motorsikal, kapalterbang tidak mengapa ye.

comel!

nak jadi cerita, sewaktu menghantar pulang ke kolej, saya hanya membungkus nasi arab sahaja. memandangkan seolah-olah janggal dimakan begitu sahaja tanpa lauk (fikir umi), maka disuruhnya saya membeli ayam panggang. tapi kawan-kawan, seribu kali sayang, saya tak suka ayam panggang, maka saya hanya membedal 4 ketul ayam goreng. terima kasih ummi!

 

okay, pastikan anda kasih akan ibu anda!

mesra bersama..

Tuesday, October 11, 2011

hari ini benar-benar saya terlupa ya. terlupa. sehingga ada yang mengingatkan.

 

teringat masa beriadah suatu masa itu.

“siapa lahir bulan OKTOBER??…. sini………”

303906_2374037105683_1093223639_32826798_457118398_n

berlari-lari lah anak Adam di muka bumi untuk bersama-sama bersatu.

 

sehinggalah saya tersedar apabila..

Capture

 

okay. masa tuh saya sedang duduk dalam bulatan gembira. tetapi tangan saya terus mencapai alatan kecil, mencari-cari sesuatu untuk dihubungkan kepada dunia atas talian dengan menggunakan alatan kecil ini.

connected!

semak punya semak. konfius! lama-lama baru teringat! apa-apapun :

SELAMAT HARI LAHIR KAK REEN Smile

semoga Allah merahmati dan memurahkan rezeki akak ye..

 

bertemu kerana aturan-Nya

293432_2400836027649_1453515463_2692333_2038134611_n

thanks KAK!

kalau kamu tahu…

Saturday, October 8, 2011

02102011302

keindahan dan ketulusannya memberi hanya Allah yang boleh menilainya.

02102011303

kesetiaan mereka mendengar dan memberikan masa juga hanya Allah yang akan membalasnya

 

 

* terpulanglah kepada diri kita untuk perbuat apa di dunia fana, tetapi jangan lupa pasti semuanya akan ditanya.

 

wallahua’lam Smile

hari yang indah

Wednesday, October 5, 2011

hari ini ada janji-temu dengan sesorang doctor.

ada sapa-sapa nak tanya kenapa saya suka menziarahi doctor since masa asasi sampai tahap nak degree ni? jawapannya sebab saya sayangkan diri saya. kalau rasa tak logik jangan tanya dah sebab memang tak tahu kenapa suka sangat pergi jumpa doctor.

05102011313

pagi-pagi dah bangun. takut, berdebar semua adalah. sebab takut kena marah dengan doctor lagi. maka selepas selamat membuat pemeriksaan urine dan darah, doctor cakap tiada yang merisaukan. okay, jadi saya boleh tersenyum sedikit. bila doctor senyum, saya lagilah senyum (saya tak da hati kat doctor tu ya, senyum sebab takut kena marah).

tapi, sebab saya minum air yang kurang setiap hari, maka doctor mulala memberi khidmat kaunselingnya dengan nasihat-nasihat beserta senyuman yang ceria. dan memandangkan saya ‘demam’ suam-suam kuku, maka doctor menawarkan MC, tetapi saya sayangkan kelas ENGLISH saya, maka tawaran itu saya tolak walau diulang-ulang persoalan itu beberapa kali.

 

kakak belanja makan ‘lunch’

usai kelas ENGLISH, kakak mesej suruh tunggu dekat fak. sebab kakak datang nak ajak makan tengah hari. tak sangka pulak kakak nak belanja. kakak tanya saya, dah ada usrah? saya pun berceritaaa…. kakak  pesan supaya jangan sampai diri rasa tak da apa-apa bila tiada usrah. sebab usrah itu macam makan nasi juga. okay saya dengar.

saya bertemu dengan iman!

iman comel ! alhubb muthmain. iman buat saya terhibur!

05102011317

sembang-sembang mereka

saya tak sangka ustaz nak cerita dekat dia (junior saya), ingat juga ustaz dekat saya yang nakal suka tak dengar cakap ni,huhu :

mula-mula ustaz tanya ana,nti orng mana..?
"kl"
"kl???kat mana??"
"kat gombak ustaz"
"aaaaa..kat gombak (smbil wat muka sedng fikir). tibe!!nti ni junior aminah eh?"
"eh,ustaz..a'ah,ustz kenal?"
"kenal sngt,patutlah muka hmpir sama"
"hahahaahhahahaha"
pastu ustaz cita lah yang dulu akak tak suka bahasa arab,smpai ckp "aku benci bhs arab'’ tapi cakap dalam bahasa arab lagi..ustz pun rasa bertanggungjawab untuk membetulkan balik fikiran akak,heehe. pastu ustz cakap:"kiranya nti ni wakil aminah lah ni.ada lagi orang aminah kat sini"

tapi ustz ckp yang akak ni kira orang yang sungguh-sungguhlah nk belajar,,lpastu ustz ada cakap yang akak tak jumpa ustz pun masa akak nak gi umkl..

sedih je nada ;(

TP,USTZ KATA TAK PE LAH..

-sumber : QN

okay, terkedu. tak tahu nak kata apa. tempat jatuh lagi dikenang. serius rindu guru-guru bahasa saya sepanjang 2 tahun di asas APIUM,Nilam Puri.

pertama

Sunday, October 2, 2011

suatu hari, tidaklah disangka-sangka. jangan pernah buat perbandingan, sukar nanti nak meraih kesyukuran. boleh jadi yang ini tidaklah seperti yang kita sangka, lalu mendabik dada aku pernah lalui yang lebih genting dari ini. astagfirullah.

sesuatu yang terjadi itu pasti terkandung 1001 pengajaran dan pengalaman!

01102011281

di tengah-tengah kesibukan kota itu, aku masih menanti dan terus menanti……

 

01102011285

akhirnya tiba.

 

01102011286

dan takdirnya aku mengenali mereka…

 

01102011287

kita duduk bersama-sama, meski kini dengan jiwa-jiwa yang masih baru…

 

01102011290

untuk sama-sama kita kenali Dia…

 

02102011295

lihatlah kawasan yang tercemar itu, telah sama-sama kita bersihkan…

 

02102011296

kita dicipta sebagai khalifah, bersama hidup untukNya…

 

02102011299

musang berjanggut.. hehehehehehehe Open-mouthed smile

hari-hari mencari~

Friday, September 30, 2011

mencari apa? mencari-cari. heh.

suasana di permulaan pagi hari untuk mencari-cari…ada yang sebegeni bertebarann…

29092011231

ada yang landai, tidak kurang juga yang sebegini…….

30092011232

maka terdapat juga yang mencari-cari yang begini pulaa….

28092011226

setelah itu mereka akan begini…

27092011224

sesetengah yang rajin akan ke sini pulaa…….

30092011240

 

wahh, menarik bukan pencarian ini??

sebuah senyuman

Monday, September 26, 2011

24092011185

 

 

The world can sometimes be cruel and unforgiving for those who have made mistakes but ALHAMDULILLAH we have a Lord that loves those who repent and loves to forgive.

so,lets forgive others even if its hard~ cp-MMF

yang berbolak-balik ; HATI

tingkah laku yang tersingkap itu adalah cerminan dari dalam, iaitulah hati. Maka ketenangan itu tidak hadir melainkan setelah memperoleh ketenangan dariNya.

يا مقــلـب لقــلــوب ثبــت قــلبـــي عــلى د ينـــك

“Wahai Dzat yg meneguhkan hati teguhkanlah hatiku diatas agama-Mu”

 

 

 

 

.