468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

kembara hijrah

Monday, November 28, 2011

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. dah masuk dah tahun baru ye. anda semua, kita semua bagaimana ye? anda gembira dengan kehadiran tahun baru 1433H ini? hmm, jika diimbas dosa yang terlalu amat banyaknya yang pernah kita lakukan, pasti gundah gulana tiada yang gembira. begitupun, pertambahan tahun mahupun hari, detik, jam, saat memaksa juga umur kita untuk bersama-sama menambah angkanya.

"Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami, ighfirlana ya rabb...."

bagaimana hijrah anda??

saya tak berniat untuk memanjang-manjangkan kisah. cukup saya katakan tahun baru ini memberi erti yang baru. menyedarkan diri akan sesuatu. menyemak dan berusaha kembali menyusun rangka-rangka mahupun fasa-fasa kehidupan. banyak yang perlu difikirkan.

kenapa saya letakkan tajuk entri ini kembara hijrah?

kisahnya begini, telah beberapa kali sy merancang untuk menziarahi teman-teman yang jauh. namun, banyak halangannya. sehinggakan peluang cuti 4 hari baru-baru ini saya cuba memanfaatkan dengan sebaiknya untuk bisa ke sana. dan tidak pula saya menyangka kembara ini adalah kembara hijrah. bermaksud semasa perjalanan itu adalah di dalam tempoh berakhir tahun 1432H, maka didatangkan pula peluang memasuki tahun baru 1433H.

sepanjang perjalanan pergi, saya berusaha keras untuk tidak melelapkan mata kerana bertekad ingin mencari di manakah punca silapnya saya sehingga boleh sesat dalam menentukan hala perjalanan semasa kembara ziarah di bulan Ramadhan yang lalu. akhirnya Allah izinkan saya untuk bertemu jalan tersebut.

nostalgia kembara lalu cukup-cukup menitipkan seribu satu kenangan di hati, yang membuatkan saya terus-menerus berfikir signifikannya kembara Ramadhan yang lalu. kalau dahulu niatnya untuk ziarah, maka kali ini niatnya masih sama cuma peluangnya berbeza. ditambah pula dberbekalkan sumber inspirasi yang sentiasa mengingatkan akan tujuan kembara, maka kesyukuran itu kuselitkan di qalbu.

kita masih punya waktu menyematkan azam dan cita-cita untuk masa yang mendatang! dan itulah yang sama-sama kami lakukan, bersama-sama berekspidisi kembara hijrah. meskipun di tempat yang berlainan, tetapi masih berbekalkan ruh yang sama. marhalah thaniyyah. mencabar! wahai jiwa, perbaikilah segalanya! akan kucuba semampuku. kutanam hasrat ini biarpun tiada siapa yang memahami. semoga Allah terus merahmati kita semua.


Ameen.

0 orang berkata-kata:

Post a Comment