468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

payah bebeno

Wednesday, November 16, 2011

semalam saya sempat memberi ruang kepada diri untuk beriadah bersama roomate saya. macam tak percaya kan saya ni rajin jugak pergi jogging ni. itulah aktiviti baru setakat ini. kalau zaman sekolah dulu, saya rasa saya sudah puas main netball bertahun-tahun, unit beruniform pun saya sudah puas dengan kawad semua tuh lah kan. sambung pulak kontrak dengan terpilihnya diri  menjadi pelatih PLKN, betul-betul membuat saya rasa cukuplah, sehingga dengan suka hatinya saya berkata, “zaman untuk lompat-lari semua saya dah berakhir, cukup setakat ini”.

nampak leceh kan nak menyihatkan badan ni. kalau kat rumah tu ha, tak payah susah-susah nak keluar berjogging, ezshape dah ada, naik, biarkan mesin tuh je yang melakukan aktiviti untuk tubuh kita. selesai setengah jam, boleh siap kira lagi berapa kalori yang sudah dibakar. semua sudah senang! kenapa perlu bersusah. ecehh.

“kerana susah itu sunnah”,  hamboiii senang je cakap ya. test sekali, sure merungut ye.

alone

“I am not interested in how much money you have or what family you belong to. I am interested in how you deal with hardships. That is the only thing that matters. That defines your future.”

saya ada satu kelebihan yang segelintir manusia tidak suka. bunyinya macam menakutkan tak? kelebihan itu adalah, saya tidak pandai memandu. haa, susah ke senang tuh kalau menjadi orang yang tidak pandai memandu ni? mesti rasa nak pergi mana-mana tu susah. dan memangpun! orang pergi kuliah 2 minit, saya pergi kuliah 30minit. haaa, susah tak? inilah erti hidup, bila kita belajar untuk tidak menjadi senang. ececeh.

pernah sekali tuh, trip gang akhawat saya nak berjalan-jalan. oleh kerana saya ini sukalah jugak menjadi pengurus rombongan. okay macam kelakar. I mean macam orang yang meng-uruskan la. plan-punya-plan, tiba-tiba,

“kak mina, sapa nak drive?”, eheh saya tersenyum.

pernah juga beberapa kali digesa oleh makcik-makcik, “aminah, bila nak ada lesen ni?”. “apenya makcik, saya masak boleh, jahit boleh sikit-sikit, tuh kira ada lesen dah tuh, lepas dah tuh”. mahunya nak jawab macam ini? orang tanya lain, kita jawab lain. hehh, itulah realiti. bukan tak mahu, tapi belum lagi. kalau cakap dengan saya ni, semuanya belum lagi. susah kan?

 

with these in your mind,

Realize that it is your hardships that make you better.

Realize that pain and hardships won’t last.

you can do it!

0 orang berkata-kata:

Post a Comment