468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

Empat rata

Wednesday, February 20, 2013
kalau sepuluh tahun kebelakang, kitalah manusia yang sering tidak punya keyakinan diri
maka adakah siapa yang tahu jika sekarang kita sudah ada keyakinan?


kalau dahulu di post terbang tinggi lagi kisahnya lain. Kali ini kisahnya juga lain..

kali ini, tiada mimpi, tiada angin, tiada ribut... tiba-tiba ada seorang rakan memberitahu,
"Result dah keluar"

ya. sedikit kelewatan. beberapa hari sebelum kuliah semester baru bermula, barulah keputusan peperiksaan dilepaskan. sehingga ada yang ternanti-nanti akannya, mula merasakan 'mati' dengan penantian itu. Oh kan penantian itu satu penyeksaan?

Tak terasapun nak tengok, sebab ada hutang pengajian (RM110) masih tertunggak. haha. Cuma apa yang ada, "kita cuba je lah check.."

mula Log Masuk ke dalam sistem. Eh, Boleh?? Alhamdulillah. First time jugaklah masa tengok result tu dengan umi. Eh tak, maksudnya tunjuk dekat umi. Kebetulan umi ada kat rumah masa tuh, hehe.

Hmm, tidak percaya. cuba Log masuk  semula. keputusan sama. tak percaya. Log masuk semula. Hmm, betullah tu kot keputusannya.

4.

Empat Rata, 4flat.. You name it...

*sujud syukur*

Ya Allah, Alhamdulillah. Tapi inilah dia nikmat. Nikmat yang menguji manusia. betul-betul menguji. Apakah dengan nikmat ini manusia bersyukur atau kufur. Allah...Allah...

Muhasabah
"Ya Allah janganlah dengan ilmu yang Engkau berikan sedikit ini membuatkan kami lebih jahil selepas itu..Nauzubillah.."

Aku tak terlalu gembira, malah aku lebih belajar untuk lebih menginsafi diri. Allah...Allah..Hidup ini penuh dengan ujian dan cubaan..selama-lamanya sepanjang hidup kita! untuk melalui fasa-fasa penapisan di dalam sebuah kehidupan.

Tidak Suka Membandingkan
Ketika kita berada di atas, kita kena bersyukur dengan melihat orang di bawah. bukan dengan membanding-bandingkan aku di atas, engkau di bawah. tidak, bukan begitu.

ketika kita merasa lemah, jangan pula kita membanding-bandingkan ujian yang kita terima dan hadapi dengan orang lain, sebab tidak akan sama, kerana Allah beri sesuai dengan kemampuan kita. InshaAllah, yakin!


Luruskan Niat dan Pandang ke hadapan! Aturkan langkah..

Rahsia? 
maka beberapa persoalan telah saya terima..

"mina, apa rahsia kau?"
"Share sikit rahsia...?"

aku rasa nak menangis bila orang tanya soalan ini. meskipun dalam apa jua perkara kita letakkan usaha kita, hakikatnya setiap apa yang kita terima (hasil amal kita) Allahlah yang menentukannya. Serius! Siapa boleh halang jika Allah ingin memberi?

Dalam hidup ini, setiap perkara lepaskan dan letakkan pergantungan kepada Allah. Kita kena belajar! Paksa diri untuk yakin! kena beriman bahawa Allah adalah segala-galanya. tidak cukup untuk kita berkata, "yakin pada Allah..", tapi kita kena berusaha ke arah itu. Dengan Iman kita.

Jika kita hidup di dunia ini semata-mata dengan hati kita (kerana dunia) kita akan merana. Sebab itu dunia ini akan membinasakan bagi manusia yang bergantung hanya kepadanya. Sebab dunia ini sementara. Sebagai Muslim kita kena ubah dimensi kita daripada kesempitan dunia kepada keluasan Akhirat. kita masih ada akhirat.

Dengan berhenti berharap kepada dunia, dengan berhenti berharap keana dunia, kita akan rasa nikmatnya hidup di dunia. itulah orang-orang yang berserah hidup hanya kepada Allah setelah berusaha dan bertawakkal dengan yakin kepada Allah.

ketika Allah uji kita dengan kegagalan, kekurangan, kerendahan atau yang seangkatan dengannya, kita menangis, kita kecewa. itulah bukti kebergantungan kita salah (kepada dunia), kerana tidak membawa kebahagian setelah kita ukur dengan segala bentuk kekurangan, kegagalan, kerendahan mengikut dimensi kita. kita lupa Allah yang telah mentakdirkan itu untuk kita. sehingga mulut jahat kita terkadang berkata, "Dunia Tidak Adil!".

Itulah Dia Allah, mendatangkan segala bentuk ujian, dugaan kepada hamba-hambanya untuk sentiasa mengingatkan kepada kita, "Allah itu dekat..", tidak sesekali Allah tinggalkan kita. tetapi di mana kita letakkan Dia? Ketika susah? Allahu Akbar.

Don't depend on people but depend on Allah.

mari kita cuba ubah dimensi hidup kita, semuanya "lillahitaala...". Percaya, Berharap, Bergantung hanya kepada Allah. Hanya Allah. "Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..."

Ya Allah, terimalah amalan-amalan kami..
kepada Engkaulah kami berserah..

usaha kita yang banyak tidak memberi apa-apa makna jika kita tersalah meletakkan pengharapan di setiap usaha kita...Allah...

Astagfirullah..
Astagfirullah..
Astagfirullah..






Bait al-Farouq, Petaling Jaya.

0 orang berkata-kata:

Post a Comment