468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

terbang tinggi lagi

Thursday, August 9, 2012


kalau aku nak terbang...
aku nak terbang bersama-sama..
andai sayapku patah,
teruskanlah terbang dahulu temanku...
akukan menyusul nanti setelah pulih kembali...



"PASS WITH DISTINCTION"

masa mula-mula result final 'first year' saya diumumkan, ada sedikit masalah dengan 'result' saya. saya pun tak faham. haha. masa tuh fikir-punya-fikir, 

"aku tak lulus ke?",

punyalah risau dia macam... tapi alhamdulillah bila check semula the next day, perkataan "PASS WITH DISTINCTION" yang keluar. Alhamdulillah. sebenarnya dah lama dah result keluar, kalau ikut dalam slip 'result' tu tarikhnya 10 July 2012. bila nak lihat secara online je yang bermasalah. sebab rupa-rupanya UM hantar terus ke rumah =.=' itupun on 25th July. 

dan rupa-rupanya ummi dah tengok dulu dah result saya tanpa beritahu saya. punyalah kita tertunggu-tunggu kan. rupanya dah sampai. dush! 

dan seperti yang dijangka saya kantoi satu paper. whoaaaa. 

B+, manahij al-mufassirin. sobs, sobs.

mana taknya, masa mula-mula bukak exam paper, dah termenung. rasa nak menangis. blurr semacam. tak tahu nak jawab apa. last-last termenung tengok budak fak. bahasa yang sangat tekun menulis esei. lepas tu tinjau 'usrahmate' nun berhadapan dengan saya. tapi saya? 

*kertas masih kosong*. habis setengah jam.


betul-betul takda idea. ya Allah,, dan soalannya takda lah susah manapun. sebab dah belajar last semester. dan kini bertambah-tambah kecelaruan saya untuk memilih untuk lebih pergi jauh dalam bidang Al-Quran atau Hadis. huhu. dua-dua dah sama imbangnya.


dan sedar-tidak-sedar saya dah nak masuk tahun DUA. ini bermakna tempoh pengajian saya akan berbaki lagi setahun setengah. 

dan bahasa arab saya sudah berkarat. 

masa final hari itu, saya memang guna ayat sendiri. kaw-kaw saya bedal. sebab saya tak-boleh-menghafal-text. tak lekat. jadi saya ijtihad, tulis je la apa yang saya tahu. dan memang, alih-alih word yang sama jugak. nak buat macam mane. huu

dan tiba-tiba saya merindui zaman 'foundation' saya di kelantan. belajar-bahasa-arab-bagai-nak-rak. mana taknya. sayapun hairan. arakiannya, semasa di zaman form four sehingga form five bahasa arab saya cemerlang! 9G ! sangat cemerlang. Huarghh! tak tahu nak kata apa. apa yang saya belajar ntah???

masa SPM, jawab paper bahasa arab tinggi, menangis-nangis saya. kemudian dapat result A pulak? haiyaaa. inilah namanya rezeki. itu yang masa di kelantan, banyak bebenor nak kena cover balik, sebab apa-benda-pun tak tahu. sampai hari inipun banyak yang tak tahu lagi. hee.

kalau diberi peluang nak sambung belajar apa, saya nak sambung belajar BAHASA ARAB.


masa kene interview dulu, ada la satu masa tuh... 

'betul ke awak yakin nak sambung belajar Al-Quran & Al-Hadith ni?? sebab awak kan tak dapat course lughah yang awak nak tuhh??', tanya pakcik-dengan-sportingnya.

'hmm.. betul! saya yakin. sebab belajar Al-Quran & Al-Hadith ni kan dalam bahasa arab. buku-buku rujukan dia semua kebanyakannya dalam bahasa arab. tak dapat sambung course lughah, belajar ini pun dalam bahasa arab juga..', pheeww aminah menjawabbb.

amboi. kemain menjawabkan...

ada suatu hari tu tiba-tiba rajin pulak belek-belek almari then buka kitab abi, tajuknya 'tarbiyatuna-al-ruheeyah' ditulis oleh Said Hawa. haha. buku dalam bahasa arab. tengok nama Said Hawa berkobar nak bacakannn. sekali haa... termenung pula? inshaAllah. inshaAllah. inshaAllah. kena  usaha lebih lagi lepas ni. atleast final year dah boleh! ameen. ameen. ameen. buku-buku tarbiyah abi dahsyat. bahasa arab semua. ternganga dibuatnya! huhu. akad nikah dengan umi dulupun dalam bahasa arab. perghh! inshaAllah calon suami kena terer bahasa arabla nampaknye. hmm.

inshaAllah mari kita terbang tinggi-tinggi lagi! kita usaha, Allah yang tentukan hasilnya. tersenyumlah!


*sebenarnya ada orang mintak tips dari saya macam mana boleh sampai dapat distinction @ DL?
saya jawab mudah je. huhu. dalam belajar kita nak DL kan? which is Dean's list. So, harian kita, kena la buat sesuatu yang DL jugak.. apakah itu? Dakwah Lillah. itulah DL kita yang lebih utama. inshaAllah yang lain-lainnya Allah akan bukakan jalan untuk kita. inshaAllah.



Ramadhan Kareem, Allahu Akram!

Gombak.


2 orang berkata-kata:

  1. Dhira Jaszra said...:

    Aminah ! MasyaAllah tahniah :')
    tolong bawak aku sama terbang dengan kau Mina :(

  1. hiya ana said...:

    nadhirah! inshaAllah set!

    jangan sedih-sedih. kita usaha lagi :)

Post a Comment