468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

jalan-jalan Ramadhan~

Sunday, August 5, 2012

Alhamdulillah.

Syukur banyak-banyak dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan saya terus menukilkan sesuatu di sini. Macam-macam berlaku kan dalam hidup kita? Sampai terkadang kita tak tahu dari mana harus bermulanya sebuah perkongsian itu. Dan percayalah, setiap yang berlaku didalam hidup kita, walau dirasakan ‘macam tidak menarik’,namun itu kata kita, tetapi jauh di sudut sana, Allah yang menetapkan segalanya. Betul tak? Jadi, tidaklah Allah itu memberikan sesuatu untuk kita meskipun kita lihat tidak menarik, tetapi itulah yang terbaik buat kita. Allah tahu kita mampu.

Tersenyumlah!

“Always concentrate on how far you’ve come, rather than how far you have left to go.”
~Unknown

Ramadhan 2012
Semua menanti-nanti kehadiran ramadhan dengan sebab-sebab yang tertentu. Ada yang kerana bazaar ramadhan, ada yang disebabkan peluang terbesar untuk berniaga dan meraih untung, dan tidak kurang juga ada yang menantinya kerana tidak sabar berpesta Ibadah di dalamnya. Lihatlah niat kita sendiri.

Alhamdulillah Allah masih mengizinkan saya bernafas di buminya, siapa tahu ajal kita kan? Saya masih ingat beberapa hari sebelum ramadhan, apabila saya terlibat di dalam sebuah kemalangan. Saya kira-kira itulah kemalangan yang keempat yang membuatkan sesekali diri termuhasabah sendiri. Bayangkan disemua kemalangan yang pernah saya lalui, Allah tidak mengizinkan tubuh saya tercedera. Allah hanya mengizinkan kenderaan yang saya naiki sahaja terluka di sana-sini. Allahu Akbar!

Bukanlah sepatutnya kita takut mati, tetapi berfikirlah sudahkah kita betul-betul bersedia? Memikirkan ini, sesekali boleh menitis air mata. Dan ingatlah, keberanian kita tidak sedikitpun mempercepatkan kematian, begitulah ketakutan kita tidak sedikitpun dapat mempelambatkan ajal yang sudah ditetapkan untuk kita. Sebabnya sangat mudahkan? Ajal sudah ditetapkan.

Maka hadir ramadhan ini, pohonlah, panjatkanlah keampunan dari Allah. Sekali lagi saya ulang keampunan. Betapa Allah sahaja yang mampu menutup segala aib kita dan juga mengampunkan kita. Kerana rahmat-Nya sangat luas. Semoga dosa-dosa kita terampun hendaknya.

Oleh itu bersediakah kita untuk meneruskan perjalanan ramadhan seterusnya?

Ramadhan untuk ‘kita-Bersama’
Alhamdulillah ramadhan kali ini memberikan saya peluang untuk menikmatinya dengan pelbagai variasi. Ramadhan kali ini Allah izinkan saya menikmati suasana yang berlainan. Walaupun saya sedikit sibuk, mengalahkan hidup di kampus, huhu, namun nikmat untuk bersilaturrahim perlu disambut baik.

21 Julai – bersama-sama keluarga merantau jauh ke desa halaman dan beriftar bersama nenda di Banting, Selangor. Menaiki kenderaan bersama kakak yang macho sebagai ‘driver’.

26 Julai – macam biasa hobi saya adalah mengganggu kun di UIA. Dah lama tak ziarah dia, Alhamdulillah dapat berjumpa.

29 Julai -  saya diberi kesempatan untuk menghadiri sebuah perkongsian tentang kehidupan ‘bait al-dakwah’ daripada pelbagai latar belakang. Di petangnya pula, saya beriftar bersama ikhwah wa akhawat tercinta.

30 Julai – sekali lagi pergi kacau kun. Hehe. Alhamdulillah sempat menghadiri sesi bedah buku ‘Aku rindu Allah’. Terima kasih kun sebab ajak kita! Semoga kita bersama terus thabat. Ameen.

1 Ogos – Iktikaf di malam hari dan ber-Ramadhan di Ipoh. Saya tak tahulah kenapa saya macam sedikit takut-takut untuk ke utara. Huhu. Mungkin sebab peristiwa kemalangan yang saya lalui di sekitar Tapah-Behrang, membuatkan saya trauma. Misi ke Ipoh ketika itu adalah untuk menyerahkan sedikit bantuan kewangan kepada seorang akhawat yang juga merupakan ‘adik-saya’ yang telah ditimpa musibah apabila adiknya terlibat dalam kemalanagn. Maka saya kuatkan tekad untuk ke sana untuk menyerahkan sendiri.

Your life does not get better by chance, it gets better by change.
— Jim Rohn

Perjalanan saya ke sana ditemani oleh seorang ukhti ‘osem’. Ahha. Kami melakukan musafir berdua dari KL-Ipoh dengan menaiki ‘train-biasa’ sahaja. Walaupun ada akhawat yang offer nak drive ke sana, tapi saya senyapkan sahaja sebab saya masih trauma untuk menaiki kereta ke sana.


Alhamdulillah saya selamat tiba di Ipoh dengan penuh keterujaannya. Walaupun sekali lagi Allah uji. Semasa di awal perjalanan tuh saya dah rasa tak sedap hati. Mujur ‘train’ yang saya naiki itu akhirnya mendarat di Batu Gajah. Seingat saya bermula dari KL Sentral lagi coach yang saya naiki itu ada semacam masalah. Namun akhirnya saya tak sempat nak fikir lama-lama, saya tertidur.

Sehinggalah sampai di stesen Batu Gajah, train saya ‘delay’ pula. Lagilah saya cuak kan. Dah la tak tahu kat mana masa tuh. Handphone pula sudah kering-bateri, gelap-tak-berfungsi. Sah! Train saya, atau lebih tepat lagi, coach yang saya naiki memang bermasalah! Akhirnya, kami diberitahu, coach saya mempunyai masalah ‘brek’. Haaaaa…. Alhamdulillah perjalanan dihentikan ketika itu.



Saya dan ukhti osem bukan orang utara. Saya orang Gombak, ukhti osem orang Johor. Jadi bermaksud kami sama-sama tak tahu jalan di Perak. Kelakar sangat kalau diimbas sewaktu kami berijtihad untuk patah balik ke KL dari stesen Batu Gajah setelah perjalanan tertunda sejam lebih. Namun Allah hadirkan kepada kami sabar, sehinggalah kami tahu rupa-rupanya satu je lagi stesen nak sampai ke Ipoh.

Kalau dekat KL, naik bas biasanya Rapid KL walaupun tak berapa nak rapid jugaklahkan. Hee. Tapi dekat Ipoh, entah apa nama basnya. Mujur sewaktu tiba di stesen keretapi Ipoh kami ditemukan dengan seorang ‘uncle’. Kami tanyakan di mana lokasi hospital besaq Ipoh, kot-kotlah boleh jalan kaki je. Kemudian dia terus suggest naik bas-sekian-sekian. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Kelakar juga rasanya bila diingat-ingat kembali. Setiap bas yang kami naiki, kami siap pesan dekat driver bas, kalau-kalau dah sampai beritahu ye. Huhu.

Akhirnya seperti yang dirancang, saya selamat menyerahkan bantuan kepada ‘adik-saya’. Alhamdulillah, sempat berkenalan dengan ibunya begitu juga dengan adik lelakinya yang masih terlantar ketika itu. Setelah selesai, kamipun berehat sebentar di sebuah masjid berdekatan dan terus merancang untuk perjalanan pulang. Moga ukhuwwah yang terjalin semakin erat selepas ini. inshaAllah.

3 Ogos – menziarahi seorang tokoh yang disegani di pagi hari dan berlari-lari untuk menyempatkan diri menghadiri program TOPS dekat UIA,Gombak. ‘Training for Palestine Speacialist’. Walaupun datang hujung-hujung slot je, tapi Alhamdulillah puas hati. Tahniah kepada semua yang menjayakannya terutamanya pihak penganjur: Aqsa Syarif Gombak. “Memperkasa ummah, membebaskan Al-Aqsa”.

4 Ogos – mendapat undangan untuk menghadiri MIPHC (Majlis Iftar Perdan Hidayah Centre) di putrajaya. Alhamdulillah. Melihatkan scenario DNM (Dakwah Non-Muslim). Pendapat anda bagaimana? Cukup saya katakan, Islam untuk semua tidak terhad hanya kepada bangsa-bangsa tertentu sahaja. Perkongsian oleh seorang sister (non-yet-muslim) sangat menarik! Semoga Allah terus memberikannya hidayah untuk menerima Islam sebagai pegangan hidupnya.

6 Ogos - akan pulang ke Kuala Pilah. beriftar bersama nenda di sana. semoga selamat semuanya!

Alhamdulillah, setakat ini dahulu perkongsian ramadhan saya! Jom lebih bertenaga di bulan ramadhan ini. Dan jangan lupa juga memohon keampunan-Nya.



Gombak.

4 orang berkata-kata:

  1. nadia rusli said...:

    salam aminah, bleh bg emel awak kat akak,
    ni emel akak ye, nadiarusli89@gmail.com

    syukran!

  1. hiya ana said...:

    wasalam kak :) saya dah emel akak dah. Hee ^_^

  1. alhamdulillah.. seronoknya berjalan dgn org johor tuh.. hukhuk
    -hamizah

  1. hiya ana said...:

    hamizah :D

    Best! Best! Best!

Post a Comment