sesuatu yang ditakdirkan-Nya akan berlaku,
maka ia akan berlaku tanpa lewat dan ditunda-tunda,
Kun Fayakun!
Alhamdulillah sekian lama sudah tidak menggodek-godek ha huna, inshaAllah selepas ini ha huna akan kembali hidup. inshaAllah... doakan..
kenapa dibiarkan terlalu lama??
sebab pemilik ha huna sudah sekian lama tidak mempunyai alat kecil untuk aktiviti senaman jari-jari ini..sekaligus aktiviti mengasah menulis pun merudum jatuh. Why? Alkisahnya laptop saya mengalami keceraan yang parah. tidak dapat diselamatkan.
oleh yang demikian, setelah beberapa bulan (hampir 6bulan jugak), barulah saya bertekad untuk membeli yang baru. Alhamdulillah, dalam tempoh 6 bulan yang lepas, meskipun kuliah sudah bermula, tugasan-tugasan semakin hari bertimbun-timbun, saya hadapinya dengan mempelajari banyak benda.
ya, satu sem pengajian tanpa laptop.
ya, betapa sakit dan susahnya bagi seorang pelajar jika tiada laptop.huhu. Alhamdulillah, bila Allah 'mengambil' kembali sesuatu kepunyaanNya, pasti Dia akan memberi yang lebih baik. InshaAllah.
sabar, sabar, sabar...
perancangan Allah mendahului segala-galanya.
Allah mentakdirkan ianya rosak. tetapi segalanya dipermudahkan. ALhamdulillah. dalam pada masa itu, saya meminjam laptop umi ku untuk beberapa minggu. setelah itu meminjam pula laptop kakakku yang ditakdirkan sedang bercuti semester 3 bulan. ALhamdulillah. setelah itu, hadir seorang uhkti menawarkan laptopnya kerana dia tak guna, ada pulak yang lain meminjamkan Ipad miliknya untuk saya guna ke kelas. ada pula yang menawarkan menggunakan printer untuk print tugasan kuliah tanpa bayaran. wahai, apakah boleh saya terfikikir semua ini?
Alhamdulillah. may Allah bless them.
fokus banyak perkara
serius! banyak masa 'mengadap' laptop dapat dikurangkan. sekadar membukanya untuk menyiapkan tugasan-tugasan kuliah dan hanya perkara-perkara yang penting sahaja. kadang-kadang rasa katak di bawah tempurung jugak, tapi ada hikmahnya.
Semoga dengan kehadiran yang baru, dapat dimanfaatkan sebaiknya sekaligus melajukan kerja-kerja ku. InshaAllah.
Bati Jannati, Gombak.
0 orang berkata-kata:
Post a Comment