468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

Eh Malaysia?

Monday, February 18, 2013

18 Febuari 2013.
Alhamdulillah sehari kuliah telah bermula seperti yang tercatat di dalam jadual sesi semester 2 2012/2013.

"Eh, Kau dekat Malaysia?"

hehe.

"ya, aku di bumi Malaysia. Setia Hujung Nyawa", haha berbasa-basi.


Mari saya ringkaskan.
Secara jujurnya memang benar saya telah mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian ke Universiti Qatar, Doha (yang diberi pada semester lepas). Surat tawaran yang dikeluarkan oleh pihak Akademi Islam pun saya dah terima bertarikh 2 Januari 2013.

Menurut Surat Tawaran yang diberikan saya akan mengikuti pengajian selama satu semestar bermula 6 Febuari 2013 hingga 6 Jun 2013. Dan saya ditaja sepenuhnya untuk ke sana.

Namun pada hari terakhir sesi peperiksaan semester 1 2012/2013 berakhir, saya dimaklumkan bahawa terdapat beberapa masalah, jadual penerbangan yang dijangka pada 8 Febuari 2013 terpaksa ditangguhkkan kerana berkaitan masalah-masalah tertentu.

Saya terima dengan redha. tiada rezeki untuk kali ini dan Allah lebih tahu segalanya.

Mungkin ada yang tahu, mungkin tiada juga yang tahu. kerana saya tak menyebar-luaskan berita ini kerana semuanya masih dalam peringkat perancangan. hehe.

and I'm here. Malaysia bumi bertuah!

meneruskan perjuanagan sebagai Mahasiswi Tahun keDua Semester ke-2 2012/2013. Alhamdulillah!


"Dreams and aspirations are beautiful and valuable. 
They awaken our minds and encourage us to look beyond our present circumstances to what we could be"

We are motivated to work harder when we value our dreams!




Bait al-Farouq, Petaling Jaya.


0 orang berkata-kata:

Post a Comment