468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

Hari-hari dengan cinta?

Thursday, February 14, 2013
Cinta tak pernah buat kita menjadi lemah
kalau lemah, itu bukan cinta

mari kita ambil cinta dari langit
lalu ditebarkan ke bumi-Nya”


Sejak-sejak cuti ini, memang tak banyakpun yang boleh dibuat. Kalau saya sendiri, memang duduk rumah je. Itu menjadi pilihan. Unless kalau tiba-tiba di'undang' maka saya membawa langkah.

Baru-baru ini, saya kira dua minggu berturut-turt saya ada beberapa 'patient'. Hehe.

Ketika Allah memberi kita ujian mahupun musibah, sebenarnya Dia jugalah yang akan memberikan penawarnya. Saya tahu kenapa Allah berikan mereka ini kepada saya.

Saya takda terfikir pulak bulan ini bulan cinta? Ahha, iyakah?

Saudara-saudari yang dikasihi Allah. Kalau kita ingin bercinta jangan limitkan cinta. Jangan dilimitkan cinta pada waktu-waktu tertentu sahaja. Kawan-kawan yang dihormati cinta itu memerlukan pengorbanan jua perjuangan. Di setiap pengorbanan diuji kesabaran. Diajarkan erti kesetiaan.



Tak salah untuk bercinta. Bercintalah! kerana jiwa yang lembut dan pengasih itu mampu mengasihi saudara yang lain.


Kita terlalu memilih
dalam banyak-banyak cinta, cinta kepada manusia juga kita pilihkan? Sekali lagi, tidak salah untuk mencintai manusia asalkan berpada-pada.

Kalau kita gagal bercinta, jangan disalahkan cinta. Salahkan diri kita kerana dari mana kita mengambil sumbernya? Dan apa sandaran cinta kita?




Baiti Jannati, Gombak.

0 orang berkata-kata:

Post a Comment