468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

Menjadi seperti apa?

Saturday, April 26, 2014

Sedang aku seronok untuk memperbaiki tugasan pelajaran,

ada sesuatu yang terus menganggu minda.

 

untuk terus aku titipkan,

untuk terus aku nyatakan,

inilah dia sebuah pemberian….

 

Sekali lagi setelah berkali-kali...


***Sebaik-baik manusia:
seseorang yang panjang umurnya dan baik amalannnya


***seburuk-buruk manusia:
orang yang panjang umurnya dan buruk pula amalannya

__________

"URWAH menampakkan padaku erti menjadi seorang yang BERAMAL"


erti terlaksananya tanggungjawab itu aku kira apabila segala yang diketahui diamalkan,
tak cukup ia sekadar dicatitkan dalam helaian,
tak cukup sekadar reti berkata tentangnya,
tak cukup sekadar memerhati,
tak cukup sekadar berfantasi tanpa jejak pada realiti,
dan memang tak pernah mudah.

 

erti nikmatnya hidup ini aku kira apabila setiap detik itu dihadirkan Allah di dalam hati sehari-hari,
ianya tak kan pernah ada tanpa penghayatan,
tak kan pernah ada pada hati yang keji,
tak kan pernah ada jika duniawi mengaburi hati,
tak kan pernah ada tanpa mencari,
dan memang tak pernah mudah.

 

erti tingginya hidup ini aku kira bila segala nikmat yang diberi pandai disyukuri,
tak merungut apabila diuji,
tak resah apabila tidak memiliki,
tak risau untuk diatasi,
tak takut untuk terus memberi,
dan memang tak pernah mudah.

 

Urwah bin Zubair.

ketika saudaranya bercita-cita untuk mejadi orang yang berkuasa,
malah dia, Urwah bercita-cita untuk menjadi seorang ilmuwan yang beramal.

dan kita? Aku, Kau?

 

1781931_10152626984174056_428636837_n

 

Beyt al'-‘Ulya, Petaling Jaya.

Aku

Thursday, April 24, 2014

sungguh aku tak tahu betapa terasa sesaknya jiwa..

mungkin aku tahu kenapa, cumanya inilah masa mengoreksi jiwa.

 

sehingga yang memotivasikan aku,

tetap diri aku.

 

yang menggerakkan aku,

tetap diri aku.

 

kenapa harus aku cepat mengalah?

 

_______

Day 1:

Sedang kepala sudah kepeningan,
Kupesankan pada hati agar tabahkan jua menapaki.


Kerna kukhawatir,
Apabila kumohon berhenti,
aku tidak mahu berjalan lagi.


Kupasakkan pada zihni,
bahawa betulkan niat kerana Ilahi.

 

Day 2:

Bukan aku tidak suka keramaian,
Tapi aku sukakan penghayatan.

Semalam berpulangan,
Melihat ayah bonda,
Meski sekejap cuma,
Tetapi kurasakan tenangnya.

Sempat jua melihat dua jejaka zZ,
Bersiapan ke madrasah,
Terimbau zaman yang telah lama ditinggalkan.

Ketika masa menguji kita dengan bayaknya benda,
Membuat kita lelah seketika.

Hanyasanya berjalan,
Mengeluarkan diri dari sempitnya ruang,
dan bertemu dengan insan yang mahu berkongsi jenaka sudah cukup mampu mengukir senyuman.

Biarlah bilangannya tidak ramai,
Tetapi mengetahui bahawa dengan kehadiran mereka pasti punya ruhnya.

Semoga~

 

dan akhirnya aku terpana bila ada insan ingin berbicara,

katanya:

jaga niat

 

cukuplah satu bait ini memercikkan habuk-habuk ke dalam mata.

betapa terlalu hinanya aku.

 

59665_519978371373117_385741006_n

 

 

Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya

Termenung

Wednesday, April 16, 2014

Memutarkan masa kebelakang,
lalu tersenyum.


Inilah dia perbezaan,
untuk setiap halangan-halangan kehidupan.

 

Seringkali kita menginginkan memori lama berulang kembali,
tapi---
itulah cuma sekali,
yang diciptakan sesuai untuk ke sekian masanya.

 

"Jangan menangis walau jasadmu terluka"


IMG_63286593190922

 

 

 

 

Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya.

Khatirah; Faktor membahagiakan?

Monday, April 14, 2014

berpagi-pagian kerana Allah itu indah,

kerana keupayaan  untuk melaksanakan hal demikian datangnya dari Allah jua

 

IMG_180235792896893

Dalam hidup ini, terlalu banyak peristiwa Allah takdirkan untuk kita. Dan di setiap sesuatu yang Allah tetapkan pasti punya rahsianya.

 

Terkadang duduk sendiri, aku berimaginasi. Memutar masa ke belakang merungkai hikmah untuk kehidupan hari ini. dan alangkah bahagianya…. bila menyedari di setiap perpindahan, di setiap langkah, di setiap kesilapan, di setiap kegagalan…. itu semuanya mematangkan dan terus menguatkan aku hari ini.

 

Tanpa berlakunya semua itu, entah mungkin aku di mana-mana?

Ya Allah bersyukurnya aku terhadap apa yang telah berlaku.

 

Meski bersusun-susun dosa-dosa, selagi harapan dan hari masih ada, aku punya peluang. aku, kau juga!

 

Cuma,

kita semua sampai bila-bila tetap memerlukan bantuan Yang Esa,

kita perlukan petunjuk-Nya,

kita perlukan hidayah-Nya,

kita perlukan Dia !

 

Tuhan beri kita segala,

adilkah kita menyalahgunakannya?

 

Ya Rahman, agar kau terus mengasihani kami sentiasa.

 

 

 

 

Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya.

mengharap terus sirna-Nya

Dewasa,

terus mengajar aku erti luka..

 

hanya aku sahaja yang harus ‘POSITIF’ mengharunginya!

meski sukar,

meski payah,

meski jerih,

kerana aku masih berada di dalam sebuah perjalanan.

 

Perjalanan yang aku belum tahu apa pengakhirannya,

apakah aku terus di bawah naungan cinta-Nya,

atau aku terus disingkirkan kerana berlakunya tapisan-tapisan oleh-Nya.

 

Kau yang membaca,

terus doakan aku ya!

 

never

 

Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya.

Di sebuah penjuru kecil

Thursday, April 3, 2014

“Inilah yang Tuhan berikan…”

 

Kau tahu, betapa aku rindu kelas sirah yang pernah dilalui sepanjang di Qatar. itulah pertama kali sepanang hidup, benar-benar aku menghayati sirah.

Walau bahasa seakan menjarakkan, tapi aku rasa best. Seakan-akan aku mampu mengingati apa yang diulang, yang diceritakan oleh Dr Iqbal.

Ntah, aku rasa sayu.

Sebab aku tak tahu samaada aku dah betul-betul menghayati perjuangan ini.

 

*****

 

Sebab aku hirup nafas perjuangan ini,

tak seindah mereka yang sedap-sedap digelar anak ikhwah-akhawat.

 

Aku tak nafikan ibu ayah aku juga dibentuk melalui nafas ini,

sungguh gigih mereka berjuang untuk tetap kekal bersama.

 

Dan hidup aku,

pilihan aku.

 

Ibu ayah aku tidak pernah paksa untuk meneruskan perjuangan ini,

tak pernah aku dicucuk-cucuk untuk mengikuti segala keputusan mereka.

 

aku dididik untuk terus berdikari,

cuma entah bagaimana, aku boleh berada di sini.

 

aku tidak menyalahkan sesiapa kerana,

yang namanya perancangan Ilahi ini jauh lebih indah untuk dihayati.

 

Beruntunglah andai yang didepani itu warisan,

dan tetaplah bersyukur Allah mengizinkan untuk terus bersama.

 

Tiada beza dan mulianya kita bersandarkan semua ini,

kerana yang dinilai tetap ketaqwaan,

justeru aku tetap ingin terus utuh!

 

 

meski tiada tempat bersandar,

untuk dicurah segala isi hati,

teruslah memujuk hati,

kerana Allah sentiasa di sisi.

 

1521933_10152169641668647_1376708739_n

 

Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya.

khatirah; Dua

Tuesday, April 1, 2014

Jarak,


meski Tuhan tetap memisahkan,
bukan bererti tidak mahu mempertemukan,
kalau sudah takdir untuk tidak bertemu,
dan Dia lebih tahu.


kerna Tuhan ingin mengajar,
meski dekatpun kita dengan manusia,
yang tetap menjadi sandaran hanyalah Dia.

 

kerna yang namanya manusia itu,
kekal tidak punya apa.

 

pendaki-gunung

 

Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya.

khatirah; satu

hari ini aku rasa nak menulis sesuatu…

 

rindu datang menyapa.

rindu kelas tafsir di Jamiah Qatar! rindu senyuman ustaz yang penuh keikhlasan, rindu suasana pembelajaran yang tenang… jauh daripada gangguan hati…

 

Pengalaman itu mengajarkan aku sesuatu, mendidik aku sesuatu, melenturkan kedegilan aku secara lembut.

 

Jauh yang membina.

membina sesuatu yang aku hanya jumpa di sana.

 

Mutabaah hafazan setiap minggu,

aku rindu masa-masa terluang untuk menghafal al-Quran.

aku rindu kegigihan untuk mencapai sasaran hafazan.

sebab aku bukan penghafal tegar layaknya seorang hafiz.

 

Perjalanan tarbiyah yang diaturkan Allah untukku,

dan Allah lebih tahu.

 

 

dah jauh berjalan, sungguh aku tetap menggertak hati,

“Di mana Allah di hati, setelah segalanNya diberi…?”

 

Lintasan hati lantas mengingatkan diri,

agar terus menyerah diri pada Ilahi,

Sungguh terlalu rindu untuk terus mendapat pancaran Ilahi,

kerana hidayah Allah bukan hanya perlu ditunggu bahkan perlu terus dicari.

 

agar nadi yang terus berdenyut,

tidak hanyut.

 

432313_494517890570045_224628792_n

 

Beyt al-‘Ulya, Petaling Jaya.