468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

Trip kedua

Thursday, May 23, 2013

“Ya Allah agaknya manalah amalan kami yang Kau terima…”

 

pernah rasa risau? risau yang membangkitkan iman, bukan sekadar lesu dan membuka pintu putus asa.

 

“apalah agaknya amalan terbaik yang akan aku persembahkan nanti..”

 

pernah fikir tak, untuk setiap amal kebajikan yang akan dibuat, kita buat bersungguh-sungguh? sehingga tidak terbuka ruang takabbur, riyak, dan seangkatan dengannya menguasai hati? kerana hanya amal yang Ikhlas sahaja yang dinilai, sedangkan untuk memperolehinya sangatlah sukar.

 

FRUST: dah buat semua, tapi hasil tidak ada, Give Up!

Allah..Allah..

di sinilah ketikanya kita diuji. apakah amal kita, kita hanya bergantung pada hasilnya? tanpa melihat ganjaran yang diperolehi sepanjang kita berusaha. penat ketika berusaha, peluh yang keluar ketika berusaha, mengantuk yang ditahankan ketika berusaha, wang yang dipertaruhkan semasa di dalam perjalanan, apakah semua ini tidak ada nilaiannya hanya kerana hasilnya tidak ada??

Astagfirullah…. istighfarlah, istighfarlah, istighfarlah..

bukankah orang yang tidak cepat berputus asa itu orang-orang yang dimuliakan?

fullstop.

 

 

FUTUR

“makcik tak pernah ke rasa futur…?”

“sebenarnya makcik dah lupa dah semua perkara-perkara yang akan membuatkan kita rasa tidak bersemangat kerana kemanisan di jalan ini membuatkan makcik terlupa kepada futur..”

kemanisan?

ya! kemanisan berukhuwwah, kemanisan melipatgandakan ibadah, kemanisan membantu manusia mengenal pencipta, kemanisan berjual-beli dengan Allah pokoknya!

walau bagaimanapun, keciciran kita di jalan ini akan berlaku. berlaku apabila Allah tidak mahu kita berada di dalam saff ini.

*menangis*

 

Pemuda dalam diri

“macam mana makcik boleh terus kekalkan momentum pemuda dalam diri ya?”

“umur itu bukan penentukan? mungkin makcik sudah tua pada usia, tetapi tidak pada amal makcik, pengalaman banyak mengajarkan kita. sehingga itu yang menampakkan semangat makcik macam orang muda”

jadilah orang yang matang, kerana kematangan bukan pada usia, bukan juga dengan pertambahannya. kerana kematangan ini dibina melalui pengalaman kita. bagaimana ingin menjadi matang kalau kita tidak memberi ruang pada diri untuk keluar dari zon selesa kita?

Jadilah diri kita muda. kerana apabila kita rasa muda, kita akan kuat semangat untuk berbuat macam-macam. jadilah orang muda yang sentiasa berfikir

“apa yang Allah akan tanya nanti?”

sehingga nanti kita mencapai suatu persoalan,

“apa yang perlu aku capai dalam hidup ini?”

sehingga juga nanti kita jelas dengan matlamat hidup kita.

 

All out

“aku dah habes all out dah wehh…”

agaknya apa ya erti habis all out kita tu? betul ke yang kita sebut-sebut dah habis all out itu benar-benar sudah? atau alasan penangguhan?

 

Betapa kerdilnya kita di sisi-Nya!

 

positive

Hidup kita ini sangat bermakna, mari memaknainya!

kita yang tidak pernah sempurna pasti tercari-cari kesempurnaan dalam hidup ini. tetapi ada satu hal yang boleh membantu kita!

kita boleh berusaha untuk berubah!

bukankah orang yang hari ini lebih baik dari semalam adalah orang-orang yang istimewa?

perubahan yang berterusan. ya! perubahan yang sentiasa diusahakan. sehingga nanti kita tak akan berpuas hati berada pada tahap yang sama. dan kita akan sentiasa berfikir,

“macam mana lagi saya boleh berubah..?”

 

alangkah nikmatnya! Tarbiyah mengajarkan aku terus berusaha dan melakukan perubahan!

kerana aku special!

ahhhh bilaaa lagi….?

 

 

 

 

Bait al-Farouq, Petaling Jaya.

3 orang berkata-kata:

  1. roji said...:

    'keciciran kita di jalan ini akan berlaku. berlaku apabila Allah tidak mahu kita berada di dalam saff ini' <-- sedih baca part ni T.T

  1. hiya ana said...:

    semoga kita terus menjadi insan pilihanNya :)

    ameen.

Post a Comment