468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

hari ini

Wednesday, May 29, 2013

aku tahu dan aku sangat faham.

takda orang yang mahu benda-benda yang tidak disukainya berlaku.

 

faham.

cukup-cukup faham.

 

never

 

semoga Allah gantikan apa yang telah pergi dengan sesuatu yang lebih baik.

kerana Allahlah sebaik-baik Pemberi.

 

semoga Allah membawa segala kepahitan yang ada di dalam hati pergi.

kerana tidaklah sesuatu itu berlaku melainkan dengan izin-Nya.

 

 

 

“Kejujuran itu memang mencabar, tetapi ketulusan itu lebih mencabar”

T.T

 

 

Bait al-Farouq, Petaling Jaya

Errrrr

Monday, May 27, 2013

err.

semalam saya ada kena buat presentation tajuk Kajian Teks Tafsir.

دراسة نصية التفسير

di hadapan mentor saya: Dr Ahmad. seorang lecturer dari Baghdad, Iraq.

 

 

err tapi saya boleh terlupa.

terlupa bawa kertas semasa pembentangan.

untuk apa kertas?

untuk salin mana-mana slide saya yang perlu dibetulkan.

 

sehinggalah terdapat 3 kesalahan dan…

“ أنت لم تكتبي؟ حفظتين كل الخطأ؟”

“errr….”

“اكتبي!”

 

 

lalu timbullah idea nakal di usia hampir 22 tahun ini..

27052013382

saya catit di tangan je.

huhu, maafkan saya ustaz! ^___^

 

 

Bait al-Farouq, Petaling Jaya.

aku ingatkan dah cukup… errr

Sunday, May 26, 2013

teringat pesan makcik, apabila ada seorang ahli bulatan kami meminta izin untuk mempelajari ilmu ********.lain dari yang biasa. kemudian murabbiku mencelah,

“tak apalah, buku fiqh dakwahpun tak habis baca lagi kan?”

ya, mereka tidak menghalang cuma menasihati supaya iman kami terpelihara, hati tidak gundah gulana di hari kemudian. ada benarnya, mungkin belum bersedia?

Allahu a’lam.

________________________

haah ada benarnya, dikekang dengan kesibukan di sana-sini, mutabaah bacaan sampai tak terupdate. Astaghfirullah.

hakikat sebenarnya, orang yang luas pengetahuannya, adalah orang yang banyak pembacaannya. di kala bosan menyapa, teman bicara tiada, koleksi bukulah yang menemani kita. kerana di setiap pembacaan yang kita lakukan insyaAllah akan menemukan dengan mutiara-mutiara yang berharga!

dan saya jumpa ini semalam , hehe

306955_332809910182154_589146181_n

ustaz Umar Tilmisani rahimahullah pernah menyampaikan kisah pertemuannya dengan Imam Syahid Hasan Al-Banna.

beliau mengatakan":

sesungguhnya mursyid pernah bertanya kepadaku, ‘Apakah kamu membaca al-Quran?’,

maka aku menjawab: ‘Ya’.

kemudian aku keluarkan mushaf kecil dari poketku, untuk meyakinkan apa yang aku katakan tadi.

Mursyid bertanya lagi, ‘Mengapakah kamu menyimpan dipoketmu?’,

aku menjawab:' ‘sesungguhnya itu baik dan berkah. sesungguhnya aku tidak mengetahui dari al-Quran kecuali sebagai kitabullah, yang merupakan berkah jika diletakkan di atas kepala untuk menghormati atau di dalam poket untuk menjaga atau dalam kain sebagai rahmat’

Imam Syahid berkata, ‘bukan untuk itu al-Quran diturunkan wahai Umar, sesungguhnya al-Quran diturunkan sebagai undang-undang yang menghubungkan antara dunia dan akhirat. Sesungguhnya al-Quran itu diturunkan agar kita amalkan di jalan Allah demi kebaikan kaum muslimin. bukan untuk kamu letakkan di poketmu atau sekadar kamu baca sendirian.

kemudian Imam Mursyid menambah lagi, ‘Jika kamu memperhatikan dalam membaca al-Quran dan memahami maknanya, nescaya kamu akan mendapatkan kesimpulan bahawa sekadar membaca tidak akan bermanfaat bagimu. memang selaku hamba Allah kamu membaca al-Quran dalam rangka taqarrub kepada Allah, ini benar. tetapi tidak cukup sampai di situ sahaja. nasihatnya bukan masalah berkah saja, akan tetapi mengamalkan ajaran al-Quran, itulah yang dituntut. Apakah Islam rela jika ada seorang Muslim hina? Apakah Islam rela jika kaum muslimin dalam keadaan tertinggal di segala bidang? Dan apakah Islam rela jika para penghafal dan pembawa kitab Allah dalam keadaan demikian terkebelakang?

 

ohoi. betapa beharga dan bersebabnya al-Quran itu diturunkan.

Allah.. Allah..

sama-samalah ambil iktibar.

ringkas kisahnya, tapi penuh manfaat.

semoga iman kita terus meningkat menerusi kefahaman yang benar!

 

 

 

bulan al-Quran juga sudah ingin bertandang, bagaimana persediaan kita?

 

 

 

 

 

 

Bait al-Farouq, Petaling Jaya.

Trip pertama

Saturday, May 25, 2013
bukan senangkan nak bertahan.

kadang-kadang perasaan kita ni saja je mengundang fikiran pelik-pelik.
putus asa.
nak jadi macam orang biasalah.
err, nak senyapkan dirilah.


kita memang boleh plan semua tu. boleh! bila kita melayan perasaan kita.
layankanlah nafsu dan syahwat tu. layan.
sampai bila-bila la kita dekat situ.

orang dah sampai Qatar, dia kat Malaysia lagi. Ehh?


memang bukan senang
memang!
kerja kita tak pernah sikit. setiap hari makin banyak.


ni ana nak pesan pada enti ni:
“orang-orang yang sentiasa bekerja, meski perlahan-lahan, dia pasti akan kekal”, pesan murobbi pangkat nenek.

ternganga.



bagi aku masa 5 minit boleh…? nanti aku datang.
seringkali yang 5 minit ni jadi setengah jam, kemudian 2 jam, sampai ke sudah tak kelihatan. astaghfirullah.


“frust lah. aku tunggu tak datang-datang”


siapa suka menunggu? tapi itulah Dai, dia kena sabar dalam penantiannya. mana ada orang yang boleh bertukar sekelip mata. ibarat petani yang bercucuk tanam, setiap hari dia membaja tanamannya, menyiramnya, bila tanamannya sudah matang baru dituai hasilnya. itulah peribadi sosok murobbi!


“kau dulu pernah buat macam tu.."?”
“err…ada la dulu-dulu..tapi tu dulu..”
“tak apalah, mungkin kafarah dosa kau di samping Allah nak didik kau dengan kesabaran. Positif Ukhti!”

senyum ke langit!


ana ada pesanan untuk semua:
“kita ni tak hadir ke dalam program-program ni betul ke sebab uzur syarie..?? ke sebab saja je malas…?”, celoteh murobbi sempoi!

jatuh rahang.


untuk itu, jujurlah pada diri. kita bekerja bukan mencari keuntungan dunia, tapi kita nak jual nanti amalan kita kepada Pembeli yang Abadi di akhirat. maka hasil yang macam mana yang kita nak jual?


*tepuk-tepuk bahu*


Guide us ya Allah


#Aku bercakap depan cermin ni


Bait al-Farouq, Petaling Jaya.

Trip kedua

Thursday, May 23, 2013

“Ya Allah agaknya manalah amalan kami yang Kau terima…”

 

pernah rasa risau? risau yang membangkitkan iman, bukan sekadar lesu dan membuka pintu putus asa.

 

“apalah agaknya amalan terbaik yang akan aku persembahkan nanti..”

 

pernah fikir tak, untuk setiap amal kebajikan yang akan dibuat, kita buat bersungguh-sungguh? sehingga tidak terbuka ruang takabbur, riyak, dan seangkatan dengannya menguasai hati? kerana hanya amal yang Ikhlas sahaja yang dinilai, sedangkan untuk memperolehinya sangatlah sukar.

 

FRUST: dah buat semua, tapi hasil tidak ada, Give Up!

Allah..Allah..

di sinilah ketikanya kita diuji. apakah amal kita, kita hanya bergantung pada hasilnya? tanpa melihat ganjaran yang diperolehi sepanjang kita berusaha. penat ketika berusaha, peluh yang keluar ketika berusaha, mengantuk yang ditahankan ketika berusaha, wang yang dipertaruhkan semasa di dalam perjalanan, apakah semua ini tidak ada nilaiannya hanya kerana hasilnya tidak ada??

Astagfirullah…. istighfarlah, istighfarlah, istighfarlah..

bukankah orang yang tidak cepat berputus asa itu orang-orang yang dimuliakan?

fullstop.

 

 

FUTUR

“makcik tak pernah ke rasa futur…?”

“sebenarnya makcik dah lupa dah semua perkara-perkara yang akan membuatkan kita rasa tidak bersemangat kerana kemanisan di jalan ini membuatkan makcik terlupa kepada futur..”

kemanisan?

ya! kemanisan berukhuwwah, kemanisan melipatgandakan ibadah, kemanisan membantu manusia mengenal pencipta, kemanisan berjual-beli dengan Allah pokoknya!

walau bagaimanapun, keciciran kita di jalan ini akan berlaku. berlaku apabila Allah tidak mahu kita berada di dalam saff ini.

*menangis*

 

Pemuda dalam diri

“macam mana makcik boleh terus kekalkan momentum pemuda dalam diri ya?”

“umur itu bukan penentukan? mungkin makcik sudah tua pada usia, tetapi tidak pada amal makcik, pengalaman banyak mengajarkan kita. sehingga itu yang menampakkan semangat makcik macam orang muda”

jadilah orang yang matang, kerana kematangan bukan pada usia, bukan juga dengan pertambahannya. kerana kematangan ini dibina melalui pengalaman kita. bagaimana ingin menjadi matang kalau kita tidak memberi ruang pada diri untuk keluar dari zon selesa kita?

Jadilah diri kita muda. kerana apabila kita rasa muda, kita akan kuat semangat untuk berbuat macam-macam. jadilah orang muda yang sentiasa berfikir

“apa yang Allah akan tanya nanti?”

sehingga nanti kita mencapai suatu persoalan,

“apa yang perlu aku capai dalam hidup ini?”

sehingga juga nanti kita jelas dengan matlamat hidup kita.

 

All out

“aku dah habes all out dah wehh…”

agaknya apa ya erti habis all out kita tu? betul ke yang kita sebut-sebut dah habis all out itu benar-benar sudah? atau alasan penangguhan?

 

Betapa kerdilnya kita di sisi-Nya!

 

positive

Hidup kita ini sangat bermakna, mari memaknainya!

kita yang tidak pernah sempurna pasti tercari-cari kesempurnaan dalam hidup ini. tetapi ada satu hal yang boleh membantu kita!

kita boleh berusaha untuk berubah!

bukankah orang yang hari ini lebih baik dari semalam adalah orang-orang yang istimewa?

perubahan yang berterusan. ya! perubahan yang sentiasa diusahakan. sehingga nanti kita tak akan berpuas hati berada pada tahap yang sama. dan kita akan sentiasa berfikir,

“macam mana lagi saya boleh berubah..?”

 

alangkah nikmatnya! Tarbiyah mengajarkan aku terus berusaha dan melakukan perubahan!

kerana aku special!

ahhhh bilaaa lagi….?

 

 

 

 

Bait al-Farouq, Petaling Jaya.

kakak…?

Sunday, May 19, 2013

“woi, apesal kau dari tadi tengok kakak ni…?”, tanya F kepada A.

“err…tak pelah..suka tengok!”

 

 

bisik-bisik mereka didengari. membuatkan aku malu kerana ada yang memerhati.

 

macam-macam yang bermain difikiran.

“eh garang sangat ke aku ni sampai dia hanya mampu lihat sahaja tapi tidak mampu bertegur sapa?”

“mungkinkah dia segan nak menegurku..?”

“mungkinkah juga dia mahu bercakap-cakap tetapi, err takut-takut?”

 

mari mulakan!

aku jarang jumpa dengan orang yang memanggilku dengan panggilan penuh ‘kakak’. biasanya org panggil ‘kak’ aje. mula-mula tu ganjil juga, tak memahami,

“kakak ape tu??”

bayangkan. janggal!

 

tapi mula-mula je lah. lepastu banyak senyum-senyum kucing kan.

kemudian main cuit-cuit.

kemudian sentuh-sentuh.

kemudian, eh?

 

“kakak ada apa yang kita boleh tolong ke?”

“ni tolong basuh pinggan-pinggan ni nak? tapi nnt baju awak basah sikitlah, huu”

“ala kakak, nanti baju ni saya basuh jugak. meh saya tolong”

 

alahai akhawatku ini, comel sangat!

 

love

 

satu dalam seribu. mungkin?

 

 

 

Bait al-farouq, Petaling Jaya.

2 tahun lalu lah!

Tuesday, May 14, 2013

hari ini tiba-tiba ada orang nak buat lawak pulak. heh

 

CERITA SATU

“min, kau nak tahu tak, dulu kitorang suke bahan kau..”

“erk…?”

“kitorang panggil bilik kau bilik tsiqoh. hahah!”

“ehh..?”

“kitorang siap datang bilik kau senyap-senyap, tengok number matrik kau, dan kitorang kira pointer kau. ahhahah”

“sampai macam tu sekali..?”

“haah, nakal siket”

“dah kenapa…?”

“dah kau muka garang sangat!”

“eh muka aku bukan muka comel ke…?”

 

“HAHAHAHAHA”. angkat bakul sendiri!

 

fullstop.

 

CERITA DUA

“aku kenal kau lah, tapi aku tak tegur kau kan? aku tengok je..”

“haah min”

“kau dulu duduk bilik mana?”

“aku duduk bilik bertentangan dengan kau lah min! huhu”

“haha tak perasan laaaa..yang aku perasan, kau suka dengan selipar putih kau, jalan bawak baldi depan bilik aku, lepas tu macam nak intai-intai bilik aku dengan gaya yang....”

“min min min dah! ahahhaha”

“haha aku tak sangka pulak aku ada stalker dekat asrama al-Malik Khalid tuh!”

 

“HAHAHAHAH”

 

fullstop.

 

CERITA TIGA

“eh bukan apa min, aku okay je..”

“haha, kalau tak okey aku tak kawan lah dengan kau..chill la! siap boleh belikan aku kuey teow tomyam kan!”

“cuma aku….hmm hmm terpengaruh je, kau maafkan je la eh”

"aku dah maafkanlahhhh”

"HAHAHHAHAHA”

 

14014_576352319061891_1424309500_n

 

 

 

Bait al-Farouq, Petaling Jaya.

alahai…

Monday, May 13, 2013

“bla..bla..bla…”

“eh dah nak masuk jam 2 pagi, masa untuk tidur ni”

 

terleka bersembang sehingga berlarutan.

memang perempuan itu sinonim dengan penuh cerita-ceritanya.

 

fullstop.

 

yang berharga, istimewa penuh makna itu, ambillah!

“ada satu kisah ini tau, dengar taw kak..”

“hmm, baik”

“pada suatu hari ada seorang guru dan murid. guru itu menyuruh muridnya melalui satu tempat tetapi bersyaratkan, jika kamu terjumpa sesuatu yang baik, bagus, maka bawalah ia bersamamu. huhu..okay lepastu murid tu pun lalu la kat tempat tu, jumpa je macam-macam tetapi sampai akhir perjalanan dia tak membawa apa-apapun…”

“ahha…jadi?”

“jadi kan kak, dalam hidup ini, kalau dah terjumpa sesuatu yang baik, ambillah!”

“wahhhh…”

 

 

fullstop.

 

dah jumpa! penuh makna! hanya menanti masanya.

Kuat! Kuat! Kuat!

osem

ya Allah, engkaulah yang membolak-balikkan hati ini, tetapkanlah hati-hati kami ini di dalam ketaatan kepadamu selalu.

 

 

 

Bait al-Farouq, Petaling Jaya.

macam-macam boleh berlaku

Wednesday, May 8, 2013

aku rasa kalau aku takda iman, aku akan maki je orang yang pernah menyakitkan hati aku. biar dia rasa apa yang aku rasa. dulu kau buat aku sentap macam orang yang takda maruah kan, sekarang aku nak kau rasa.

 

300171_10151301550157821_2143051536_n

kalau aku takda iman

kalau aku tak pupuk kesabaran

kalau aku tak dahulukan husnuzon

kalau aku nak ikut segala kata hati yang mati

 

habislah sia-sia semuanya

dikerjakan hanya menurut nafsu semata

betapa ruginya!

_______

sekali lagi aku ditanya oleh seorang teman,

“kenapa eh si A tak datang kelas…?”

kalau aku ikutkan sangat hati yang membara tiba-tiba diacukan soalan begini, aku akan jawab,

“dah kau kenapa tanya aku, kau tanya la dia”

serius.

_______

jahatnya syaitan sebab suka menggoda kita manusia,

lagi-lagi buat kita insan yang sentiasa ingin cuba untuk membaiki diri kita

jahatnya syaitan. jahatnya syaitan, jahatnya syaitan !

_______

terlalu lama aku bersabar untuk menjaga hatimu

terlalu lama, terlalu lama

sebab aku punya perasaan untuk kau tidak terluka.

terlalu lama, terlalu lama

 

meski perasaanku dibiar terluka,

aku ketepikan kerana aku tahu yang pahit itu ada penawarnya

penawarnya adalah dengan mengubah diri yang naif ini

 

aku kembalikan rasa ini kepada kau

agar kau juga tahu, meski bukan pahit yang datang

tapi hidup ini mesti mengubah kita

sekurang-kurangnya menjadi seseorang yang lebih baik dari semalam.

 

tak mampu untuk aku luahkan

tak mampu, tak termampu

sebab aku terlalu hormati caramu

 

setiap kali berbicara aku membelakangkan rasaku

supaya perbualan kita terus jernih

kenapa inginkan yang keruh kalau tahu jernih itu lebih indah?

serendah-rendah ukhuwwah itu berlapang dada

kenapa tidak?

 

 

 

 

Bait al-Farouq, Petaling Jaya