468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

tersangkut atau tersungkur?

Friday, May 4, 2012
tersenyum aku sendiri……

masa membuka buku catatan yang lama-lama, aku pasti terjumpa sesuatu, yang aku tulis. apa ya agaknya? teka-teka-teka-cepat ^^

268595_2122814106211_1121583161_2460647_7264691_n

bismillah..

"Mengapa kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" (al-Baqarah : 44)

*berair-mata-bertakung-segala-rasa*






________________
eh korang pernah kena marah tak?
mestilah tak kan? haha
kalau macam tu, korang pernah ditegur?
or diperlaku sesuatu yang membuatkan hati di dalam sedikit bergelora pada awalnya?
________________







kenapa aku tersenyum sendiri?

sebab hasil tulisan saya itu adalah tulisan yang  saya tuliskan tatkala saya teramat marah. tapi saya tak terluah marah tu. dan saya tak pernah sampaikan kemarahan tu kepada orangnya. saya simpan dalam buku tu. lepas tulis, terus tutup, terus lupa saya tulis di mana. kadang kalau terselak, tu yang senyum sorang-sorang. tanda kemarahan sudah berlalu. kan? hehe

“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl, ayat 125)

ape sebabnya? sebab saya masih belum mampu nak memberi teguran dengan hikmah, saya masih belum mampu untuk berdebat dengan baik. dan sebab itu, saya tak kesah untuk menjadi tempat dilampiaskanlah apa yang kamu rasa mengenai saya. marahlah sesuka kamu, saya cuba untuk tidak berbalas dengan lebih teruk daripada itu, berbalas sekadar meraikan hubungan yang terjalin dan menjawab sekadarnya. dan pasti ucapan terima kasih saya hulurkan. hanya sanya, saya akan banyak berdiskusi, bertanya, bercerita, sharing untuk mencari ibrah. dan sukahatilah saya nak tanya siapa.

pernah seketika, saya mengajar di sebuah sekolah, sedang ralit hendak memulakan sesi mengajar subjek sejarah tingkatan 4, tiba-tiba datang seorang pelajar dan meminta saya untuk membenarkan rakan-rakannya dapat dikecualikan daripada sesi pembelajaran kerana ada latihan nasyid kot (?) saya lupa. saya yang ketika itu sedang ingin bermain kuiz dengan pelajar-pelajar, jadi  saya hanya memberi keizinan setelah  setengah jam kelas saya bermula kerana ketika itu kelas baru bermula.
tup-tup dia naik berang dan mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya seorang pelajar agama lontarkan. saya hanya melihat dan tersentap, satu kelas hanya terlopong tidak percaya. Alhamdulillah saya berjaya kawal emosi tanpa tercedera, dengan memberikan senyuman sebelum dia berlalu sambil menghempas pintu. usai kelas, saya bertemu murabbi saya, ingin mengetahui latar belakang pelajar tersebut. ohh ternyata dia memang otai rupanya, saya je yang tak tahu maklumlah guru ganti.
murabbi saya bertanya kenapa? maka saya ceritakan apa yang berlaku. saya digesa oleh unit disiplin unit melaporkan ke unit disiplin. saya katakan, nantilah dulu. esok ditanya lagi, jawapan saya tetap sama. saya hendak memerhatikan dia dahulu. sehingga berlalu hampir seminggu saya biarkan sepi tanpa laporan. kemudian saya ditanya lagi oleh murabbi saya, kali ini saya hanya mampu tersenyum kerana saya tidakpun membuat laporan tersebut.
murabbi saya pada awalnya, tidak bersetuju dengan saya kerana seolah-olah saya membiarkan pelajar tersebut berbuat apa yang dia suka. lantas dia bertemu dengan pelajar tersebut dan memberikan teguran disamping bertanya apakah yang telah dia perbuat. kata murabbi saya, dia pesan kepada pelajar tersebut supaya meminta maaf kepada saya. tetapi jawapannya “sedangkan kata-kata ayah saya saya boleh lawan, saya takkan pergi minta maaf!” (seingat saya lah ini kata-katanya).
hari-bertukar-hari, dia pasti bertemu saya dan setidak-tidakpun, pasti akan berselisih dengan saya kerana saya akan memeriksa hafalan pelajar-pelajar tingkatan4 di surau sekolah, dan dia ada di situ. dia kelihatan segan-segan apabila ternampak saya, pasti dia akan menyorok di belakang kawannya. saya nampak, dan tersengih dari jauh. hehe.
Alhamdulillah, saya tak pernah mengharap dia akan datang meminta maaf kepada saya. tapi itulah yang akhirnya dia lakukan. ketika saya berjalan seorang diri, dan berselisih dengannya, dia mengucapkan salam dan mengkhabarkan kemaafan atas perlakuannya. terus saya khabarkan kepada murabbi saya, apa yang saya saksikan dan saya dengarkan. murabbi tak percaya dan tersenyum juga bersama. saya tak pernah jadi cikgu, itulah kali pertama saya jadi guru. berkesannya teguran murabbi saya itu.

strong

saya tak pandai nak memberikan kemarahan itu kembali kerana takut-takut tak kena cara, akhirnya menutup pula pintu hatinya.sebab itu saya senang tulis sahaja kemarahan di dalam buku saya. memberi teguran samaada melalui kata-kata (direct) mahupun tulisan (mesej, emel dan sebagainya) perlukan teknik yang betul.

sekeras mana manusia, sejahat mana manusia, dia pasti tidak suka ditegur dengan cara yang kasar juga. percayalah! sebab itu perlu dengan hikmah dan pelajaran. lebih-lebih lagi kalau kita nak tegur dalam tulisan (emel, mesej, dll). jangan pantas memarahi saja. keluarkan apa yang kamu suka, tanpa kamu selitkan ibrahnya kamu berkata begitu.

tegur orang memang sedap, berjela-jelapun kita mampu karang, tapi perhatikan, dalam berjela yang kita tuliskan, berapa banyak nasihat yang penuh hikmah diselit dalam teguran kita? kita mungkin memandang enteng perkara ini. asalkan aku dah bagitahu semua, kira bagus lah kan. adakah kita berfikiran sebegini? terpulanglah. hikmah itu lebih dari semata-mata ilmu. Ia adalah ilmu yang sihat, yang sudah dicernakan; ilmu yang padu dengan rasa-periksa, sehingga menjadi daya penggerak melakukan sesuatu yang bermanfaat lagi berguna. Kalau dibawa kepada bidang dakwah ia bermaksud melakukan sesuatu tindakan yang berguna dan efektif. Inilah yang lebih benar kepada memahamkan maksud hikmah dalam erti kata yang lebih luas daripada membatasi erti hikmah kepada alat atau cara menyampaikan dakwah kepada golongan cendekiawan. 

Di dalam al-Quran hikmah disifatkan sebagai anugerah Allah yang paling berharga kepada manusia. Firman Allah yang bermaksud :

“Dia (Allah) mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barang siapa diberi hikmah, maka sesungguhnya dia telah memperoleh kebaikan yang amat besar. ” (al-Baqarah:269)


bila kita menulis, orang boleh membaca apa yang kita tulis itu dengan nada yang berbeza. banyak nada boleh dibuat. sebab itulah, mungkin akan berlaku lagi banyak kesan buruknya kalau kita nak tegur seseorang itu melalui mesej or emel ke atau apa-apa-sahaja tanpa kita selitkan hikmah dan pelajaran yang sebaiknya dalam setiap teguran kita.

apa impaknya? boleh jadi, dia membaca dengan persepsinya, dengan nadanya yang pelbagai, maka dia akan menyalah tafsirkan apa yang dituliskan. sekali sudah kata, sampai mati terasa, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, maafla ya. terasa yang membaik-pulih amal tak apa, tapi kalau sampai menutup pintu hati dia, bagaimana?

kalau kita rasa, tegur dengan berkata-kata (direct) tu terkadang boleh memaparkan kekurangan adab kita, begitu jugalah sepatutnya kita rasa dengan apa yang kita tegur melalui tulisan. cuma yang bezanya cara penyampaian teguran. kalau kena adabnya, kedua-dua carapun kita boleh gunakan, kan?

Tersebutlah sebuah kisah di antara dua cucu Rasulullah, Saidina Hassan dan Hussin…
Alkisahnya begini, di suatu ketika, dua orang cucu Rasulullah yang amat tersohor lagi terbilang itu mengambil wudhu’ bersama-sama di suatu tempat. Ketika itu mereka masih kecil. Tiba-tiba, datang seseorang yang sudah berumur mengambil wudhu’ di kawasan yang sama. Nak dijadikan cerita, wudhu’ orang tua tersebut agak kurang sempurna. Hassan dan Hussin kebingungan memikirkan bagaimana harus ditegurnya perbuatan tersebut. Lalu mereka mengambil keputusan untuk bertanding wudhu’ siapakah yang paling sempurna, dengan menjadikan orang tua tersebut sebagai hakim. Akhirnya, orang tua tersebut perasan yang sebenarnya wudhu’ dialah yang tidak sempurna.
Sangat berhikmahkan Hassan dan Hussin menegur?

Tidak ada perasaan yang tersinggung,  maruah yang tercalar, aib yang terbuka… Masing-masing dapat menerima dengan positif.


so sweeeeeeeet! kita pula? adakah asalkan kita ada masa yang ditunggu-tunggu, kita hentam dia habes-habes? setelah itu, terasa ringan bebanan kerana segalanya sudah aku luahkan. ‘haaaa, amekau! ini aku rasa selama ini’. beginikah kita? Sebab itulah Allah selalu menggunakan ungkapan “Inna Allaha ‘Alimun Hakim”. kerana Tidak semua orang yang berilmu itu bijaksana.

_______________

spring-wish-list

cukupla kot kan? panjang pulak saya menulis kali ini. luar biasa! haha. semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang saya lakukan walaupun kecil tanpa saya sedari. terlalu banyak hati untuk dijaga dan dipelihara, sehingga rupanya aku telah menyakitikan mereka? Allahu Allah.

wallahua’lam.

0 orang berkata-kata:

Post a Comment