468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

satu hari.

Monday, May 21, 2012

beberapa orang gangster datang menghampiri dengan senjata berupa kapak, lantas menarik tanganku.

urghh!

aku rebah ke bumi, tangan dipulas ke belakang pinggang.

“aku akan seksa kau! HAHA”, dengan muka yang geram dan ketawa besar.

aku yang tersungkur hanya memejamkan mata. takut. nak jadi apa, jadilah. ALLAh, terasa lemahnya diri ini.

surrrrrp! surrrrp!

bunyi kapak memotong tanganku. tak dapat kufikirkan bagaimanakah keadaanku. aku hanya mohon agar Allah selamatkan aku.

__________

terjaga dari mimpi. *mimpi rupanya*

 

“Astaghfirullah…dah subuh rupanya”, sambil melihat kepada jam di telefon bimbit.

____________

kopi radix dibancuh. hidangan wajib hampir setiap pagi ^^

sementara menunggu kopi menjadi suam-suam kuku, jom pergi ‘iron’ baju dulu. selesai. kemudian mathurat dibaca sambil mengedit tugasan Bahasa Arab. oppps tiba-tiba blurr,

“alamak, ni ape ya I’rab dia..mubtada’ mahzuf ke khobar ni…hmmmm”, rasa macam nak call semua orang yang terer arab tolong explain. haha. kelihatan mustahil di situ. bosan. off laptop. tiba-tiba teringat ada baju masih terendam. okay, jom basuh baju, mandi, bersiap!

_____________

keluar gate kolej, terlihat bas sudah berlalu. lihat jam. 8.55 a.m, okay terlewat dah sebenarnya. memperlahankan langkah ke bas stop. buat apa dikejar benda yang sudah pergi. next bas dalam 10-15 minit selepasnya. tunggu ya.

*bila dah sampai senyum-senyum, tanda ustaz belum masuk lagi*

 

LEGA !

_____________

“ada apa-apa soalan tentang subjek ulum hadis ni?”

 

kelas sederhana senyap.

 

“untuk assingment antum, yang berkaitan takhrij hadith tu, ada la satu kumpulan tu buat salah…”, kata ustaz dengan bergayaaa!

 

berpeluh kecil.

 

“bahas tu kalau dah salah dari mula, yang akhir mesti salah. dah la salah banyak pulak tu…”

 

duduk tak senang. memberanikan untuk bertanya.

 

“ustaz, kumpulan mane eh???”

 

“anapun tak ingat tapi kumpulan tu ada gabung dengan jabatan lain”

 

duduk semakin tak senang.

_____________

berjalan-jalan mengikut ustaz.

 

“ustaz nak tengok boleh assingment, kot-kot la kumpulan saya yang buat salah tu…”,

 

“nama enti?”

 

“aminah”

 

ustaz menghilang.

 

“haa nah, ambil la terus, ana dah habis tanda dah, memang banyak salah…”

 

gulp! ternyata. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

_______________

 

“kenapa salah eh ustaz?”

 

“blaaa…blaaa…. susahla ana nak tunjuk kat sini, jom ikut ana pegi maktabah jabatan,bukak buku”

 

mula-mula nak menangis dah. huwaaaaaaaaaaaaaaa ! banyaknye salah.. daripada tujuh perawi, dua je yang betul. memanglah markah dapat di bawah paras ketinggian. huhu.

 

“macam ni cara nak cari dia..blaa..blaaa”, sambil tangannya mencapai buku-buku yang sepatutnya. saya hanya berdiri macam pembantu yang menanti arahan.

 

“nah cari….tahu tak macam-mana nak cari mula-mula kalau rujuk buku ni?”

 

“tahu ust, tengok dekat bhagian belakang dia..”

 

“okay, haaa cari…lepas ni kemas balik ok?”, ustaz keluar meninggalkan maktabah. memang berterabur lah kan. bukunya berjilid-jilid.

 

Alhamdulillah, SIAP!

 

“kan ana kata, benda ni tak sampai sejampun boleh siap…”

 

*angguk-angguk*

____________

 

sebab sayakan manusia. buat silap la makanya!

Alhamdulillah, yang kabur sudah jelas! kini sudah memahami tugasan yang sebenarnya. ^^,

 

frenss

4 orang berkata-kata:

  1. Dhira Jaszra said...:

    takpa je salah, kitakan buat sama-sama. jadi kena buat sama-sama sekali lagi bersama. "sadisssss gle ayat !!!

  1. hiya ana said...:

    sadis ehh? heee. muka dah tabah dah taw ;p

  1. Salam bahagia. Moga Allah kasih. Teruskan bertinta. :)

    Pelaut Rabbani.

  1. hiya ana said...:

    moga lautan rahmat Ilahi menghinggapi kita :)

    syukran ala ziaratik.

Post a Comment