468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

tak dapat A pun dalam exam.

Saturday, May 26, 2012
tetiba rasa macam nak tanya semua yang pernah pergi bulatan gembira, circle ke, duduk-duduk ke atau yang seumpamanya.

“Apa eh yang korang dapat daripada usrah?”

02052012768

Circle tidak memberikan aku A di dalam exam pun.

PULAK !

haaaa,  yela, buat apa nak ber’circle’ kalau tak  memberi natijah lumayan kepada seorang pelajar macam aku. kalaulah dijamin dapat 4flat kan bagus....

hanyasanya ‘circle’ mengajar saya apa keperluan untuk mendapat A. walau hakikatnya bukan semua yang pergi ‘circle’ akan dapat A. haha. statiknya otak saya fikir. maklumlah musim-musim study week ni. hehh.

saya pernahlah tanya beberapa orang….

dan jawapan mereka sangat comel !
dapat menambah pengetahuan…
bertukar2 pendapat..
pendorong menjadi insan yang lebih baik..

dan ada yang lain mengatakan :
menambah ilmu agama
menambah kenalan
merapatkan ukhuwwah
berkongsi pengalaman

dan ada yang menambah pula :
dapat mengetahui isu semasa
belajar agama..
mengeratkan ukhuwwah..

wah, wah, wah ! dan sebenarnya bukan sekadar itu. terkadang orang yang tak pernah merasai ‘circle’ pn boleh meneka jawapan seperti itu. kan, kan?

ya ukhti..

batu-bata itu, setelah menyelusuri pelbagai proses, dia diharapkan menjadi batu-bata yang padu. seperti itulah jua membentuk insan, agar jiwanya sentiasa merindui ‘amal jariah’ yang tidak pernah putus-putus pahalanya. SubhanAllah!

dan bila bola ping-pong itu dipantul-pantul, begitulah... semakin banyak ujian yang datang, dia malah semakin bersemangat. akhirnya menjadikan dirinya KUAT!

dan tatkala 'bateri' semakin merendah, dilihatnya kembali, diukurnya kembali  janjinya kepada Allah, merasakan kembali Allah bersamanya, muhasabah diri semampunya, memberi denda kepada diri supaya meningkatkan amalnya seterusnya bersungguh-sungguh dalam apa jua!

whoaaah!

kan, saya dah kata. ‘circle’ tak mengajar kita untuk score exam ke, study ke..kan? sebab saya tak pernah dengar lagi mutarabbi ni kerja gila-gila untuk mengejar murabbi dia. tapi realitinya, kita dengar student ‘memulun’ pensyarah@guru@ustaz@ustazah dia adalah kan? hehh. kalaupun ditakdirkan mendapat murabbi yang seumpama pensyarah@guru@ustaz@ustazah, yang lebih ditanya adalah tentang tugasan study dia dan jarang-jaranglah dia tanya pasal cara meng’kualiti’kan iman dan amal. hehh.



AKU BENCI USRAH !!

haha. siapa dah pening sekarang. yayyy! hehh. sapa cakap aku suka pergi usrah if usrah tu tidak mempunyai matlamat yang jelas dan mengarah ke mana selepas itu. sebab usrah bukan tempat untuk menjadi ahli sufi mahupun berlebih-lebih dalam setiap perkara.

meskipun demikian, pergi ‘circle’ ke tak pergi ke, bila didatang hidayah kepada diri manusia, lantas menguji elemen kesyukuran mahupun kekufuran, maka yang manakah yang lebih baik?

dan siapakah kata-katanya yang lebih baik?
itulah kata-kata yang menyeru kepada kebenaran.

zooomm!! zooommm!!




“Aku bukan milik Tuan, tapi aku milik Tuhan~”

2 orang berkata-kata:

  1. Dhira Jaszra said...:

    aku teringin sangat nak ada/nak join "circle" yang selalu kau pergi tu :')

  1. hiya ana said...:

    inshaAllah, nanti aku carikan satu untuk kau :) dun weri. jalan masih terbentang luas..inshaAllah

Post a Comment