468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

tunggu dulu !

Monday, April 9, 2012

saya ni tak pandai menulis sebenarnya. tapi saya tulis je la kan. pandai-tak-pandai tu belakang kiralah, janji saya dah menyampaikan. boleh takmacam tu?

macam best pulak ayat ni :

“kebersihan sebuah misi akan bergantung pada si pembawa misi”

ada sebahagian manusia yang meletakkan kepercayaan melalui pandangan matanya. percayakah anda? saya bukan nak cerita dalam term yang sebaliknya. tapi saya nak cerita pasal ini : segelintir manusia menilai manusia dengan pandangan matanya.

this is true. saya percaya kadang-kadang kitapun ada juga terbuat macam tu kan? hmm, boleh jadi betullah. sebab memang jiwa manusia tertarik dengan penampilan yang indah dan baik. normal-normal ! sebab-tu-lah kan duta produk kecantikan sume cun-melecun. iya dak? kerana cuba memanfaatkan+memukau pandangan pertama seseorang yang melihatnya. wallaweeehhh!


okay, tapi kalau macam ni pulak :

“bagaimana jika anda duduk terlebih dahulu dan mendengarkan perkataan kami?jika anda suka ambillah, dan jika anda tidak suka maka tinggalkanlah…..”

sekali lagi, dengan lebih kemas lagi..

“bagaimana jika anda duduk terlebih dahulu dan mendengarkan perkataan saya? jika anda menyukai perkataan saya, maka ambillah, dan jika anda tidak suka maka kami akan menjauhkan apa yang anda benci itu dari diri kami…..”


sape rasa takut dengan saya sekarang?

hehe. jangan takut ! saya bukan nak berbisnes apa-apa dengan anda. okay sepatutnya soalan saya : SIAPA BERANI NAK BUAT MACAM NI???


*okay, jawapannya, anda boleh simpan sendiri. saya taknak tahupun.


siapa sebenarnya yang mengungkapkan perkataan di atas?

YES ! he is Mus’ab bin Umair. lelaki-kacak-terkenal. itulah yang lebih dikenali oleh kebanyakan orang.

seorang yang dipilih oleh Rasulullah sebagai duta pertama yang diutus kepada penduduk madinah. pada dirinya terdapat kemampuan dan sifat yang harus dimiliki oleh seorang da’I, ditambah lagi dengan penampilannya yang menarik.

adakah tampannya dia sebagai cover-majalah? ohh tidak ! Beliau ini luar cantik-dalampun laaagi cantik. rumah mana yang tidak diketuk olehnya di madinah hanya kerana ingin mengkhabarkan berita gembira mengenai Islam? beliau berjaya melahirkan kader-kader yang sama qowiynya dengan penduduk mekah yang dibentuk oleh nabi. huishhh! hebat sangat ni.


mudah sangat caranya:

“kamu tidak akan dapat membahagiakan orang lain dengan hartamu, tetapi yang dapat membahagiakan mereka adalah wajah yang ceria dan akhlak yang mulia”


yang mudah inilah yang susah dibuatkan?

"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)"- [94:7]

believe

*senyum-senyum-sendiri*

wallahua’lam.

4 orang berkata-kata:

  1. Anonymous said...:

    salam. Alhamdulillah. Terima kasih dengan perkongsian ini. Sangat teruja bila baca mengenai duta ke madinah.

  1. hiya ana said...:

    wasalam :)
    terima kasih kerana sudi berkunjung di ha huna.

    kisahnya dan menarik sangat, boleh rujuk sini :
    http://dakwah.info/seerah-nabawiyah/baiah-al-aqabah-pertama/

    semoga ada manfaatnya.

  1. Qawiem Khairi said...:

    Senang hati membaca catatan di atas.
    Ringkas dan santai. Mudah dan senang.
    Hati seakan mengiakan. Moga Allah kasih. :)

  1. hiya ana said...:

    terima kasih berkunjung di ha huna :)

    semoga bermanfaat~

Post a Comment