kadang-kadang saya akan terjelupuk memikirkan. apa ya sebenarnya yang menghalang kita? lasiama (baca:terutamanya) buat kaum yang seperti saya ni yang bergelar wanita@perempuan@gadis.
apa sebenarnya yang menyusahkan kita untuk memelihara aurat/maruah kita ya?
apakah ianya disebabkan oleh faktor iman yang sentiasa turun naik? atau ada sebab lain?
hijrahlah sedikit-sedikit
Allah.Allah. saya memang bukan model yang sempurna. tapi saya yakin perubahan yang kita pilih, perubahan yang kita didik hasil kesedaran kita, secara perlahan-lahan akan terus membantu menguatkan kita.
saya tak kata saya sempurna. saya kenal namanya stokin waktu tingkatan empat. saya kenal namanya pengalas-tangan sewaktu berumur 18. lambat kot nak hadam. alhamdulillah Allah izinkan saya masih lagi bercinta dengan mereka.
kita diserang al-hawa’ kah??
setiap perkara yang ‘bukan Islam’ adalah sememangnya salah satu dari al-hawa, biar apa jua bentuknya dan di zaman manapun ianya muncul.
“Jauhkanlah dirimu dari sebarang al-hawa yang tidak bernama Islam.”
Tiada satu bahagian pun al-hawa yang dipuji dan al-hawa tiada kaitan langsung dengan al-haq.
Syed Qutb berkata di dalam tafsirnya “Fi Zilal al-Quran” :
”Sama ada syariat Allah ataupun hawa-hawa orang-orang yang jahil. Tiada andaian yang ketiga dan tidak ada jalan tengah di antara syariat yang lurus dan hawa yang berubah-ubah. Sesiapa sahaja yang meninggalkan syariat Allah sebenarnya secara automatik telah berhukumkan hawanya. Semua yang lain dari syariat Allah adalah hawa yang terperosok ke dalamnya orang yang jahil.”
وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنْ الْهَوَى (40) فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى
“Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya, dan menahan dirinya al-hawa, maka sesungguhnya syurgalah tempat duduknya” (An-Nazi’at 79: 40-41)
bertahanlah wahai jiwa meski bukan semudah yang disangka.
berubahlah selagi masih ada kesempatan yang masih datang menyinggah.
kala manusia terlarut, gagahkan jiwa ini untuk tidak terus hanyut,
Allah, kuatkanlah hati ini!
same2 berdoa :)