Menjadi baik, berbuat baik mahupun bersama kebaikan memerlukan sebuah usaha. Ianya bukan bergerak sendiri. Fahamilah hakikat sesuatu itu tidak akan terserak jika tiada yang menjadi penyeraknya. Begitulah kebaikan, jika tidak ditonjolkan, ianya akan terus membeku. Ibarat ketulan-ketulan ais yang kesejukan.
Hanya bernamakan ais.
Mari kita lihat dua dimensi berbeza ketika ais sedang sejuk membeku dan juga saatnya ais mencair dan menyejukkan tekak manusia yang sedang dahaga.
Ketika ais seronok di fasa pembekuan, ianya hanya sendiri. Terbeku dengan dirinya dan tidak dapat berbuat apa-apa. Jadilah ianya ketulan-ketulan yang bersifat pentingkan diri. Tetapi lihat pula keadaan apabila ais itu mencair, ianya masih juga sejuk, tetapi sejuknya berkongsi dengan sesuatu yang bersamanya. Dan dalam keadaan ianya mencair, ianya juga bercantum dengan sesuatu yang bersamanya mahupun di antara ketulan-ketulan tersebut.
Anda setuju? Betulkan jika keadaan ini silap.
Begitulah kebaikan. Ianya ais yang mencair, yang memberi manfaat kepada sekitarnya. Bukan semua yang suka, tetapi pasti ada yang menyukainya.
Jadi siapakah yang layak membawa kebaikan?
Jadilah anda!, jika anda inginkan kebaikan itu bersama dengan anda dan persekitaran anda keseluruhannya. Jadikan ianya berada di mana-mana. Kerana andalah yang layak memikulnya!
islah nafka wadyu ghairuk! mabruk ukhti:)