468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

Aku Belajar Sesuatu

Tuesday, January 27, 2015

Aku sebenarnya tak berani buat sesuatu kalau tidak diberikan tunjuk ajar. Sebab aku tak suka berbuat semberono kalau boleh. Cuba bayangkan, aku takkan naik LRT STAR dan MONOREL kalau bukan sebab ada yang ajar aku cara-caranya.

Aku takkn ambil bas saja-saja kalau bukan ada yang ajar dan beritahu bas ini akan pergi mana, apa kena buat dan lain-lain. Tapi, hidup kita, tidak lah seideal macam tu. Sebab, kita tak tahu bila-bila sahaja Allah akan uji kita kan. Uji kita pada perkara yang luar dari kebiasaan kita.

 

Pagi ini aku sangat marah. Tiba-tiba disuruh pergi ke suatu tempat sendiri.

Alkisahnya malam sebelumnya terlena awal. Penangan kesan bekerja dan badan belum biasa. Balik kerja, lepas isya’ tumbang. Makanya, orang nak berbincang dengan saya terbatas. Sebab dah tidur. iye dak?

When suddenly my father said,

“Go to the **** with your sister”, I was like, aku baru bangun, tiba-tiba suruh pergi. Nak pergi mana? huu.

and I asked my sister then,

“Did you go with me?”, She replied “No”.

 

Yeah !

A new experience.

 

Serius berdebar. Apa nak buat pun tak pasti. Yang ada rasa marah.

 

But do you know?

I learnt something today.

 

I was so angry. But, I choose to tambah my dzikr. I prayed. I read quran. Hilangkan marah, tenangkan jiwa, rasionalkan minda. Perlahan-lahan mula berfikir. Insha Allah mesti ada jalan.

 

Aku keluar rumah, berjalan dengan tenang, hati yang besar. Tawakkal.

 

Allah permudahkan satu-persatu urusanku. Alhamdulillah.

 

Tak tahu nak kata macam mana, tapi malu pada tuhan.

 

Sebab terlalu ikutkan perasaan.

 

______

Bila Allah letakkan aku pada keadaan yang aku harus melihat realiti apa yang wujud kini, aku jadi tak sampai hati nak mengada. haha. if you understood what i mean la huhu

 

Kau tahu,

ada suatu ketika aku berbaris, dalam barisan itu aku je perempuan, sepatutnya aku di hadapan, tiba-tiba dua orang lelaki memotong barisan. Aku perhatikan je. Budak muda. Mungkin sebab muka ni nampak muda lagi so depa ingat sebaya depa je. Haha.

aku hairan, sudahlah berlagak hero, kemudian bila tiba saat untuk menulis, aku lihat pergerakan tangannya kaku. Aku sedih. Aku tersentap. Ya, bukan semua orang Allah berikan nikmat dapat belajar, nikmat berakhlak baik, nikmat berfikir dan lain-lain. Hanya aku senyap dan berbuat sepatutnya aku.

 

Kau tahu,

tidak cukup dengan itu, aku berurusan pula dengan seorang pakcik. ada 5 orang anak. bekerja keras untuk menyara keluarganya. Dia bercerita penat lelahnya dia bekerja

“Semalam saya tunggu dua jam, saya balik lewat, hari inipun saya masih penat…”

Allahu Rabbi. Terkadang aku berfikir, pernah tak pakcik akhiri penat pakcik dengan meletakkannya di hadapan Allah?. huhu, tapi aku lupakan..

IMG_325795711289156

 

Dunia akan selalu mengejar kita andai dunialah perhatian kita.

 

Sebab itu aku selalu kalau boleh nak beringat..

“Kebahagiaan kita bukan pada banyaknya yang kita dapat, tetapi pada banyaknya yang kita mampu beri…”

kerana apa yang kita beri itulah yang kita punya. Sedih mengenangkan apa la sangat yang ada untuk diberi, huhu.

 

 

 

Atas karpet coklat, Gombak.

it’s you; yourself !

Sunday, January 25, 2015

Kau pernah tak minta orang muhasabah kau?

Apa kau rasa?

ke kau tak berani?

Hehh.

 

Ya, betul. Bukan benda yang mudah kita nak terima orang suka-suka komen kita. But indeed, we need it! Trust me!

Aku, suka berjinak-jinak ke arah itu.

Aku bukan sekadar tanya orang dekat dengan aku, malah orang yang baru aku kenal sehari dua pun aku tanya. Untuk tahu persepsi.

Kadang aku rasa, betul apa depa kata. Kadang aku rasa macam, “Ohhh macam tu sekali ya…”, dengan gaya mulut terlopong gitu.

 

“Kau dengan dia dulu hampir sama, sekarang kau nampak okay dah la”, ujar Kakak Rock bila aku suruh muhasabah diri.

 

Why we need it?

Sebab, kita tak selamanya betul walau kita rasa apa yang kita buat nampak betul.

Sebab, kita nak berhubungan dengan sahabat yang kita ada lama. Takkan kita nak ikut kepala kita?

Sebab, kita kena sentiasa upgrade diri kita menjadi lebih baik.

Sebab, dunia ini penuh warna-warni supaya kita pandai menyesuaikan diri.

 

Sejak aku balik dari Qatar,

dan ketika aku berada di Qatar, aku lebih senang. Aku tahu siapa sebenarnya aku, aku tahu siapa sebenarnya sahabat aku, aku tahu sebenarnya di mana aku.

Tak apa, kalau tiada orang nak hargai kita, yang penting kita hargai diri kita. hehe.

 

Kalau yang nak berubah itu kita,

Oii cabaran mesti ada, pedulilah apa orang nak kata, bismillah mulakan langkah penuh bergaya.

To please Allah, not people kan.

 

_______

Dalam hidup ini kau akan jumpa lebih ramai orang kalau kau nak. Cuma kau kena cuba. Cuba untuk meluangkan. Akupun belum berjaya, tapi kita boleh cuba. hehe

Semoga dengan kehadiran kita, banyak ruang kebaikan boleh dicipta. Meski hanya segaris tawa di wajah kita. Kan?

Mudah-mudahan.

 

IMG_160684300856502

 

 

Kotak hati, Gombak.

Masa Indah

Saturday, January 24, 2015

bagaimana untuk aku terangkan kalau fikiran sudah terbelenggu?

bagaimana untuk aku sampaikan kalau hati sudah berkenankan?

 

Ya. Susah.

 

Sebab itu aku tidak suka banyak bicara tentang cinta,

lagi pula cinta manusia,

biarlah pun kalau perasaan itu ada,

disimpan sementara.

 

Susah kerana takut tersilap bicara,

takut nanti menyimpan suka,

takut nanti melarat juga.

 

Inilah uniknya hati.

 

Aku suka melihat orang gembira,

gembira bersama sayang-sayang mereka,

cemburu?

Tidak.

 

Sedikit mungkin ada,

kerana aku tetap percaya nanti masa gembira kita akan menyusul tiba.

 

cuma taruhannya kini,

SABAR memenuhi jiwa raga.

 

45400_141257965911828_5256020_n

Hari-hari yang mendatang kini hambar dan sepi. Cehh poyo je! Nak memulakan langkah terasa lesu, Allahu Robbi. Bagaimana tidak, menapaki ke tempat pengajian nun di Ibu Kota, di Universiti tempat menimba ilmu, sudah tiada lagi teman-teman sekelas. Yang ada hanya jejak yang tidakpun terjelma dipermukaan. haha merapu.

Entahlah apa yang ditunggu, semoga Allah terus melimpahkan inayah dan maghfirah-Nya.

 

Zaman belajar ini aku belajar erti kehidupan. Tapi…. kehidupan sebagai seorang pelajarlah. Aku pelajar biasa. tetapi aku yakin rakan-rakanku semua hebat belaka. Cuma aku terkilan, apa je yang aku dah sumbangkan kepada rakan-rakanku? Wuuu.

 

 

Dalam Library, Universiti Malaya.

Hairan

Monday, January 19, 2015

“Maafkan dia Aminah…”

“Memaafkan itu tiada masalah insha Allah..”

“Memaafkan itu apabila tiada lagi terkilannya”

 

Aku terdiam, berfikir. Lama aku berfikir. Aku ketepikan perasaan, aku lupakan kesakitan, aku rempuh yang ada di hadapan. Aku hairan, walau aku tidak merasakan di pihak aku bersalah, lalu aku disuruh mengalah.

Sebenarnya nak hairan apa, inilah sifat muslim kan.

 

Crying.

 

Aku sungguh tidak memahami,

bagaimana terkadang kita melayankan egoisme kita sehingga melampau-lampau.

 

Aku cukup hairan,

ke mana kau nak bawa egoisme kau?

 

Aku sangat aneh,

bagaimana erti persahabatan itu diletak tepi,

sekadar untuk dipandang sunyi.

 

Aku lagi terkilan,

bila mana yang hadir kemudian menjadi lebih prioriti?

 

Aminah Sayang..

Ikhlaskan kasih sayang ini dengan pelukan penuh cinta dari sudut yang paling dalam..

 

Berjuang hari ini..

Mintalah kekuatan dari Allah.. Lapangkan dada selapang-lapangnya..

 

Ya Allah campakkan rasa cintaku pada saudaraku dan Kau lapangkan dada saudaraku agar menerima cintaku…

 

-Murabbi A

 

Ajaibnya sebuah hikmah yang diberikan oleh ‘orang tua’. Terkadang aku fikir, aku tidak kisah untuk hilang seorang yang pernah menjadi sahabatku kalau perangainya tak seperti yang kita ingini, ada tak menambah, tiada tidak berkurang. Aku tahu sebagai manusia normal, kita memang tidak akan pernah suka dengan kawan yang tidak membina. Buat apa kita bersahabat kalau hasad bersarang dalam kalbu? saling mendengki, saling menjatuhkan?

Tapi, itulah Qudwah yang diberikan melalui pesanan seorang Murabbi kepadaku. Mahu tak bergenang air mata, hampir melimpah. Tapi terlalu random di hadapan ramai. Nasihat yang menolak diriku supaya mengahrungi dan terus memberikan sekuntum bunga yang mekar.

 

Terima kasih kak, kerana membantu saya melakukan apa yang saya fikir tidak mungkin

Hihi takla adik-adik yang berani lawan rasa hati.

DSC04655

Dan kerana aku masih punya cinta,

Semoga kau berbahagia.

 

Semoga Allah mengampunkan khilaf yang terbina,

memaafkan segalanya.

Baiti Jannati, Gombak.

Berlalulah kehidupan

Wednesday, January 14, 2015

hari ini seakan tidak mahu ke mana, seakan mahu bersahaj di rumah sewa sambil memikirkan what’s next. Mengemas buku-buku kuliah, mengemas segenap barang-barang yang ada untuk bersedia untuk keluar dari rumah sewa.

Oh ya, saya tidak menceritakan di sini sebelumnya. Beginilah…..

Allah izin, semester terakhir penuh warna-warni kehidupan. Ketika saya memilih untuk tinggal di rumah sewa bersama-sama rakan akhawat, ketika mana pengajian berada di penghujungnya. Sekadar untuk menghirup fenomena kehidupan yang baru. Alhamdulillah atas kurniaan Allah yang sangat banyak untuk segenap urusan kehidupan di dunia.

Bersama-sama dengan 7 rakan akhawat yang lain, kami mula mengisi dan mengemas serta menghias kekosongan rumah sewa kami yang akhirnya diberikan nama “Bayt Firdaws”. Alhamdulillah.

Suka untuk saya mengatakan, pengajian yang berjumlah 7 semester, sudah saya tamatkan. 6 Semester di Universiti Malaya, 1 Semester di Qatar Universiti. Mudah-mudahan pengakhiran semester 7 melegakan. In Sha Allah. Perjalanan pengajian yang saya kira cukup indah yang Allah aturkan meski dihimpit dengan pelbagai cabaran menyiapkan tugasan dan melalui kehidupan sebagai seorang Mahasiswi di Universiti Malaya.

Sebak mengharung dada untuk mengkisahkan semuanya, tetapi hanya dengan menulisnya aku kira memori kekal sampai bila-bila. Akan aku nukilkan secoret kisah kenangan nanti di sini. hehe

 

Doakan!

BInBJ-2CEAAqcW3.jpg large

 

Bayt Firdaws, Bukit Angkasa, KL.

2015

Monday, January 5, 2015

ada orang cetek ilmu kata tahun ni nak kiamat.

pernah dijangka-jangka, siap terfilem juga.

semoga Allah matikan kita dalam husnul khatimah.

 

agak terlewat ya post kali ini,

sudah berkurun minat menulis turun. Saya rasa sebab saya sibuk, walhal orang sibuk sebenarnya selalu siapa semua benda. Jadi saya sibuk apa ya?

 

Ehem.

Saya selalu simpan impian.

Kali ini saya nak bermimpi setinggi burung beterbangan di udara. Takpa, tidak ada siapapun boleh menghalang hehe.

 

Antara wishlists saya:

-Berkahwin. Ahha, okay, saya sudah berani nak sebut sikit-sikit.

-Graduasi. InshaAllah.

-Sambung belajar

-Menyiapkan Travelog seorang penuntut Malaysia-Qatar

-Umrah

-Travelling

-Bekerja…?

 

okay, saya hanya senaraikan, tetapi tidak menginginkan sebuah penghuraian lagi setakat ini.

Doakan!!!

 

1520686_10152169793773647_291975239_n

 

Bayt Firdaus, Petaling Jaya.