468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

sentimental sikit

Tuesday, April 30, 2013

kita selalu takut dengan benda yang tak pasti kan?

 

Rasa hari ini

hari ini, seperti manusia lain yang perlukan ruang untuk dirinya memanifestasikan erti ‘sendiri’, maka saya memulakan langkah untuk berjalan mencari ruang. hehe.

buat pertama kalinya juga, tiba-tiba rasa seronok belajar falsafah islam, meskipun sangat complicated subjek tu. maka usai, kelas falsafah saya membuka langkah untuk ke library. sendiri.

tujuannya nak pulangkan buku la kan. maka mulalah saat bersentimental, saya pasti sekurang-kurangnya sekali setiap semester untuk berlama-lama di dalam library. terkadang, saja nak rasa aircond library, kadang membuat nota, kadang membaca, dan paling mesti dibuat adalah mencari buku la kan?

alhamdulillah di atas nikmat yang Allah berikan. dulu-dulu masa 1st year rajin jugak dengan roomate, kami study di library sama-sama. bukan apa, kolej dengan library tu dekat. jalan kakipun tak penat sangat. bila tukar kolej lain ni, aku masih ingat umi bertanya,

“dekat ke kolej kamu dengan library..?”

“hmm, jauh jugaklah”

fullstop.

 

tumblr_mlq08oZBHg1s4shrvo1_500

Lunch

tiba-tiba rasa macam nak tukar selera. kalau selalu makan di fakulti sendiri, hari ini dah alang-alang bersendiri, nak try makan kat tempat lain. ingatkan memang akan sendirikan, ditakdirkan aku terserempakla dengan anak usrah dan beberapa rakannya. hehe. tetapi tidaklah lama, mereka sudah habis makan, baru aku tiba. kata anak usrah saya,

“aii kak mina, jalan sorang-sorang ke..?”

“hehe terkejut tak…?”, jawab saya.

“haah, peliklah akak jalan sorang-sorang”, begitulah sekadar cuit-cuit manja kami. ahha!

 

setelah mereka pergi sekali lagi, melihat makanan yang dipilih: sayur terung, sayur bendi, ikan dan nasi. sangat menterujakan. masakan tidak, aku suka sangat makan terung & bendi. sesekali memberi ruang kepada diri merasai keenakan makanan yang digemari.

sedang asyik mengunyah makanan, tiba-tiba ada yang menghampiri, hampir-hampir je tak dengar. khusyuk sangat makan. hehe

“seorang je ke..? boleh saya duduk sini..?”, tanya pemilik badan yang tak dikenali.

angguk-angguk dan tersenyum saya.

 

apa yang kau rasa kalau orang yang kau tak kenal duduk semeja dengan kau secara tiba-tiba???

kaku. keras. emmm. tapi tak boleh, kitakan bersaudara. kita ada prinsip, ukhuwwah teras kegemilangan. ewahh! maka saya memecahkan kesunyian.

“nama siapa ya..?”

“farha”

“student tahun berapa ya..?”

“tahun tiga”, ohh lebih tua rupanya. cis!

“fakulti apa ya..?”

“ekonomi”

dan macam-macamlah yang sempat kami sembang-sembangkan. antaranya bertaaruf secara ringkas. alhamdulillah. Allah beri ruang untuk aku menambah kenalan kan. sebelum meninggalkan ‘kak farha’ sempat kukatakan ‘jumpa lagi inshaAllah’. dipesan pula kepada saya, ‘nanti kalau terserempak lagi, tegur-tegurlah ya’. Set!

aku punya prinsip, jangan sampai kita jumpa orang kita tidak bertanyakan namanya. hehe. rendahkanlah ego kita untuk menyapa meskipun tidak kenal. kita ada 10 saat sahaja untuk mempersembahkan siapa kita dihadapan seseorang yang tidak kita kenali.

setiap orang, dengan masalahnya tersendiri. jadikanlah kita seorang yang mampu menerbitkan senyuman kepada saudara yang kita temui. dapat pahala kan? hehe

fullstop.

 

Bas

selalu aku naik bas laluan B. tapi aku nak sangat naik bas laluan A hari ni. memang macam buang tabiat. kelas jam 12. masa tuh dah pukul 11.45a.m. takpa sempat inshaAllah.

mengimbau nostalgia lampau. cehh. tahun 2011, pertama kali aku menduduiki bumi UM secara tetap, di kolej kediaman 4. eh, terlalu banyak sangat kenangan tahu…?

daripada lot-lot parking, sekarang dah ada food court. daripada takda bustop, sekarang dah siap. dulu memang hobi la berjalan-jalan dari kolej ke centre. teringat pula, zaman-zaman berjoging secara konsisten dengan roomate, balik dah dekat-dekat magrib, tiba-tiba kaki dia nk cramp pulak. berbasikallah, dan macam-macam lagi.

maka, saya lepaskan bas laluan B, dan berdegil nak naik bas laluan A. Alhamdulillah, meski berdebar-debar, jam sudah melawati 12.10. bas baru je kunaiki. sampai je di fakulti, cepat-cepat ke kelas, lupa dah siapa kat kiri-kanan, hehe. tiba-tiba, kenapa riuh je kelas ni…?

oh ustaz belum masuk lagi.

Alhamdulillah.

fullstop.

 

 

peluang diberi nafas untuk menjalani kehidupan ini terlalu istimewa untuk disia-siakan.

usah kita bandingkan hidup kita dengan orang lain, kerana hidup kita juga istimewa! yeaahh!

jom tingkatkan amal-amal kita kelak kita kena submit semua amal-amal kita kepada tuhan kita.

hidup kita, pilihan kita.

buatlah pilihan yang tepat dengan memilih kebaikan.

Jom Ubah! Eh?!

 

 

Bait al-Farouq, Petaling Jaya.

2 orang berkata-kata:

  1. eheh... saya jadi watak sampingan dalam post ni. alhamdulillah.. sungguh bermakna perjalanan akak tadi rupanya. ;)

  1. hiya ana said...:

    hehe. Alhamdulillah ala kulli hal ^__^

Post a Comment