468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

Al-Akh Dai teladan

Monday, April 29, 2013

lets

Bismillahirrahmanirrohim..

seharusnya seorang muslim, atau lebih ‘zouuq’ lagi seorang al-akh mahupun al-ukht itu sedar, dia merupakan seseorang yang mempunyai kemuliaan terhadap tugas yang diperolehinya. amanah yang diterima sebagai seorang hamba dan seorang khalifah di atas muka bumi Allah.

tak cukup, dengan melaksanakan rukun islam yang lima, kita punya tugas yang lebih besar dari itu, kerana syurga itu bertingkat-tingkat. maka marilah kita bersungguh untuk terus-menerus melaksanakan amanah ini.

bergembiralah jiwa-jiwa yang bersegera melaksanakan kewajipan mereka saat membacakan ayat ini:

وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلاً۬ مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ

“Dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"”-Fussilat:33

kitalah mereka. kitalah mereka. inshaAllah. inshaAllah.

Al-Akh Dai itu….

  • haruslah mengetahui faktor terpenting yang dapat membantu perlaksanaan dakwah dengan baik. mengikhlaskan  hatinya dan membersihkan niatnya selalu daripada perkara-perkara yang dapat merosakkan amal-amalnya dari diterima. terutamanya, apabila kita merasakan atas usaha kita, kita berjaya mempengaruhi manusia. Astaghfirullah..

 

  • sentiasalah berusaha untuk komitmen dengan arahan Rabbani dalam kerja dakwah yang ditunjukinya kepada Nabi-Nya.

 

  • harus mengenali kebiasaan persekitaran dan kawasan dakwahnya, sehingga kata-kata, nasihat yang diberikan sesuai dengan realiti di hadapannya. berbicalah dengan kadar intelektual mereka. hayatilah dan fahamilah sebaik-baiknya apa yang diucapkan kepada orang lain terlebih dahulu dengan hati. kerana apa yang datang dari hati akan sampai pula ke dalam hati. janganlah kita rasa letih untuk mengulang-ngulang kata-kata kita kerana metod ini banyak digunakan di dalam al-Quran sebagai peringatan kepada manusia.

 

  • harus selalu bersemangat menggandakan diri dengan ilmu, menghafal ayat-ayat al-Quran dan hadith Rasul semampunya, selalu melihat kepada sirah Nabi dan sejarah Islam dan mengambil pengajaran daripadanya. inilah perkara yang paling baik yang dapat membantu dakwahnya.

 

  • jadilah teladan yang baik dalam kemuliaan akhlak, kelembutan sikap, dan kebaikan dalam pergaulan. kerana keteladanan ini memiliki pengaruh yang cukup efektif dan berkesan dalam mengajak manusia untuk menyahut seruan Ilahi.

 

  • telitilah di dalam kata-kata dan bicara kita. panduilah ia berdasarkan kitab Allah dan sunnah Rasulullah. hindarilah daripada berkata perkara-perkara yang dapat melukai hati sesiapa secara terbuka. selalulah menekankan aspek-aspek ukhuwwah, kecintaan kerana Allah, tolong menolong dalam kebajikan dan amal soleh di dalam kalam kita.

 

  • bertanggungjawablah ke atas masa objek dakwah kita. biasakanlah diri kita untuk hadir tepat pada masanya, dan berusahalah semampunya untuk selalu memberikan yang terbaik kepada mereka dengan waktu yang kita ada. janganlah menjadi seorang al-akh yang bakhil dalam berkongsi bahan materi ketika yang hadir cuma sedikit. bebaskan fikiran kita, kerana boleh jadi penjelasan ketika itu jauh lebih terkesan daripada ketika yang hadir itu lebih banyak. saat Allah izin kata-kata kita memberi kesan kepada yang mendengar, maka kembalikanlah keutamaan kepada Allah, bukan kepada kehebatan diri kita.

 

 

kita boleh lakukan kesemuanya dengan izin Allah.

persoalannya, bersediakah kita untuk perubahan? perubahan kepada kebaikan.

semoga kitalah al-akh/al-ukht itu.

doa banyak-banyak semoga Allah sentiasa bimbing dan bantu kita.

 

 

 

Bait al-Farouq, Petaling Jaya.

0 orang berkata-kata:

Post a Comment