468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

a gift for you

Sunday, April 21, 2013

gift

kalau kita jujur, bukan kita yang perlu bersusah payah untuk membuktikannya, tetapi Allah. Allah. Allah. begitulah seorang Daie apabila dia ikhlas, dibuktikan dengan amalnya secara tak langsung.

orang-orang yang ikhlas inilah yang Allah akan sentiasa tunjukkan jalan buatnya. dengan dia beramal, selepas satu kebaikan, diberikan lagi kebaikan. Syoknyaaaaa!

kita puas fikir macam mana nak bagi orang nampak kerja-kerja kita, walhal sebenarnya kita tak perlupun nak fikir benda tuh. kalau benar ikhlas, Allah yang akan membenarkan kerja-kerja kita.

tiada siapa yang akan tahu bagaimana prestasinya pada masa akan mendatang. seolah-olah aku terpana bila diucapkan oleh sang murabbi:

“kerja-kerja antum di atas medan ini takkan pernah berkurang. semakin lama kita, semakin banyak”

 

kenapa aku sentap sangaaaaat?

sebab ada ketikanya bila kita down, kita akan minta kerja kita dikurangkan. meski bukan dengan memaparkan alasan, hanya meluahkan permintaan, tetapi apakah sama orang yang tetap bertahan dengan orang yang mundur?

apabila pertarungan memuncak, rasa nak menangis, tetapi adakah sama orang yang bertahan dengan orang yang mundur?

kita sering bosan bila didengarkan alasan-alasan yang diberi oleh ‘kader tangguh’. tetapi adakah layak untuk kita pula berbuat demikian? memasukkan diri sendiri ke dalam takungan ‘kader tangguh’? persoalannya adakah sama orang yang tetap bertahan dengan orang yang mundur?

 

kita pasti diuji. akan terus diuji.

bila Allah beri kelebihan kepada kita, kita rasa kita hebat ke? sehingga kita lupa bahawa pada ketika itulah Allah sedang menguji kebenaran dan kejujuran dan keikhlasan kita.

kita lupa, dengan masa senang kita yang disia-siakan, itulah ketika dan saatnya kita diuji.

kita lupa, dengan duit yang banyak itu kalau tidak diinfaqkan, itulah ketika dan saatnya kita diuji.

kita lupa dengan kepandaian yang Allah berikan itu kalau tidak digunakan ke arah kebaikan, itulah ketika dan saatnya kita diuji.

buntu.

 

bisik murabbi lagi:

“antum tak punya masa? dekatkanlah diri antum degan Allah yang menciptakan masa ini..”

 

apa lagi yang nak dirasa. betullah. ketika semua perkara bercampur-campur, kita lupa kita ini hamba. kita ini lemah justeru tetap merasakan kita hebat walhal ada yang sedang memerhati kita. kita cenderung untuk mencintai apa yang ada di depan kita tetapi kita lupa untuk mencintai yang Maha Pemberi.

Astaghfirullah.

 

Marilah kita mengahadapkan kembali diri ini kepada Pencipta kita. Dia lebih tahu apa yang kita tak ketahui. Dia dekat dengan kita melebihi urat nadi kita.

 

 

 

Bait alFarouq, Petaling Jaya.

0 orang berkata-kata:

Post a Comment