468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

eh?

Monday, April 30, 2012
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan pergi oversi. ngeee :D

kita buat benda ni susah-susah sebab tiada sesuatu yang lebih manis melainkan dapat memasuki syurga Allah nanti..
tak ukhti… jauh lagi dari sebab itu…
kita BUAt sebab itulah caranya kita menunjukkan tanda syukur kepada Allah..
Allah.. Allah.. Allahh..

27042012726
aku yang penat ketika itu… menyelesaikan urusan duniawi berjam-jam yang mendewasakan, huuhh!, ternyata amat sukar mengukir senyuman. sehingga..

“akak okay ke? macam tak sihat je tengok…”

sehinggakan,,
alam telah membangkitkan aura yang berbeza ketika itu! disusuli dengan permainan yang meriangkan, menyebabkan aku telah hilang segala duka nestapa-apa-semualah. mana mungkin jumpa akhawat saya tak gembira! ish!

27042012748

*test power*
jadilah kita jundi yang baik ^^
[4:59]
“Dan Allah lebih mengetahui tentang musuh-musuh kamu, cukuplah Allah menjadi pelindung dan cukuplah Allah menjadi penolong kamu…”

27042012750

*akhirnya tiba di puncak*
[28:77]
'”Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan”
.
.
.
.
.
.
.
I’m starting here as a reminder… (for : MYSELF & the rest of my ikhwah wa akhawat..)
WE FORCE ourselves TO STAY wake up all night just TO FINISH the essay, coursework etc,..
tapi apabila kita diperlukan DAKWAH,,,
simply we say : “GIVE ME A BREAK FOR A WHILE…”




ALLAH!




jadilah air yang dari air terjun! wow! wow! wow!
wallahua’lam~
.

kentalkah?

Tuesday, April 24, 2012
minggu lepas quote menarik untuk diucap : nak balik jugak. nak balik jugak. tak kire!

*eh dia ni, macam budak-budak pulak!*

no! nak ceritanya, pernah tak rasa macam, dah terlalu banyak benda kena buat. nafas jadi-naik-turun-naik-turun?  heh, over sedikit. sampai tahap. berhenti, tak mampu teruskan. pernah? BERHENTI BUKAN BERMAKNA TERUS TINGGAL. take five!

entah kenapa itulah yang saya alami. minggu serabut gitu. bukan buat kerja last minit, bukan, bukan. cuma terlalu banyak berlaku pindaan sana-sini. ya Allah!

485704_312226485512914_243258235743073_715754_460827620_n

insya-Allah hujung minggu ini akan bersama mereka-mereka yang sudah lama tidak ketemu. tak sabar ada, rindu ada, semuaaaaaa lah! mampukah saya mendaki puncak yang diimpi selama ini?

kuatkan hati untuk tujuan

seterusnya meneruskan jejak ke selatan. inshaAllah, semuanya masih dalam perancangan. semoga Allah redha dengan perjalanan yang bakal kami lalui. mampukah saya bertahan dalam perjalanan yang panjang ini nanti?

tidak ada namanya kejayaan kecuali kerana pertolongan Allah. tidak ada pertolongan Allah, kecuali ianya adalah kejayaan.
kejayaan kita adalah pertolongan Allah kepada kita.
percayalah, sesungguhnya kejayaan kita jauh lebih banyak daripada kegagalan dan cubaan yang kita alami.
Maha Pengasih-Nya Allah!

memang bukan mudah

Tuesday, April 17, 2012

kadang-kadang saya akan terjelupuk memikirkan. apa ya sebenarnya yang menghalang kita? lasiama (baca:terutamanya) buat kaum yang seperti saya ni yang bergelar wanita@perempuan@gadis.


apa sebenarnya yang menyusahkan kita untuk memelihara aurat/maruah kita ya?

apakah ianya disebabkan oleh faktor iman yang sentiasa turun naik? atau ada sebab lain?


hijrahlah sedikit-sedikit

Allah.Allah. saya memang bukan model yang sempurna. tapi saya yakin perubahan yang kita pilih, perubahan yang kita didik hasil kesedaran kita, secara perlahan-lahan akan terus membantu menguatkan kita.

saya tak kata saya sempurna. saya kenal namanya stokin waktu tingkatan empat. saya kenal namanya pengalas-tangan sewaktu berumur 18. lambat kot nak hadam. alhamdulillah Allah izinkan saya masih lagi bercinta dengan mereka.


kita diserang al-hawa’ kah??

setiap perkara yang ‘bukan Islam’ adalah sememangnya salah satu dari al-hawa, biar apa jua bentuknya dan di zaman manapun ianya muncul.


“Jauhkanlah dirimu dari sebarang al-hawa yang tidak bernama Islam.”

Tiada satu bahagian pun al-hawa yang dipuji dan al-hawa tiada kaitan langsung dengan al-haq.


Syed Qutb berkata di dalam tafsirnya “Fi Zilal al­-Quran” :

”Sama ada syariat Allah ataupun hawa-hawa orang-orang yang jahil. Tiada andaian yang ketiga dan tidak ada jalan tengah di antara syariat yang lurus dan hawa yang berubah-ubah. Sesiapa sahaja yang meninggalkan syariat Allah sebenarnya secara automatik telah berhukumkan hawanya. Semua yang lain dari syariat Allah adalah hawa yang terperosok ke dalamnya orang yang jahil.”


وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنْ الْهَوَى (40) فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى

“Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya, dan menahan dirinya al-hawa, maka sesungguhnya syurgalah tempat duduknya” (An-Nazi’at 79: 40-41)


a gift for me


bertahanlah wahai jiwa meski bukan semudah yang disangka.

berubahlah selagi masih ada kesempatan yang masih datang menyinggah.

kala manusia terlarut, gagahkan jiwa ini untuk tidak terus hanyut,

Allah, kuatkanlah hati ini!

tunggu dulu !

Monday, April 9, 2012

saya ni tak pandai menulis sebenarnya. tapi saya tulis je la kan. pandai-tak-pandai tu belakang kiralah, janji saya dah menyampaikan. boleh takmacam tu?

macam best pulak ayat ni :

“kebersihan sebuah misi akan bergantung pada si pembawa misi”

ada sebahagian manusia yang meletakkan kepercayaan melalui pandangan matanya. percayakah anda? saya bukan nak cerita dalam term yang sebaliknya. tapi saya nak cerita pasal ini : segelintir manusia menilai manusia dengan pandangan matanya.

this is true. saya percaya kadang-kadang kitapun ada juga terbuat macam tu kan? hmm, boleh jadi betullah. sebab memang jiwa manusia tertarik dengan penampilan yang indah dan baik. normal-normal ! sebab-tu-lah kan duta produk kecantikan sume cun-melecun. iya dak? kerana cuba memanfaatkan+memukau pandangan pertama seseorang yang melihatnya. wallaweeehhh!


okay, tapi kalau macam ni pulak :

“bagaimana jika anda duduk terlebih dahulu dan mendengarkan perkataan kami?jika anda suka ambillah, dan jika anda tidak suka maka tinggalkanlah…..”

sekali lagi, dengan lebih kemas lagi..

“bagaimana jika anda duduk terlebih dahulu dan mendengarkan perkataan saya? jika anda menyukai perkataan saya, maka ambillah, dan jika anda tidak suka maka kami akan menjauhkan apa yang anda benci itu dari diri kami…..”


sape rasa takut dengan saya sekarang?

hehe. jangan takut ! saya bukan nak berbisnes apa-apa dengan anda. okay sepatutnya soalan saya : SIAPA BERANI NAK BUAT MACAM NI???


*okay, jawapannya, anda boleh simpan sendiri. saya taknak tahupun.


siapa sebenarnya yang mengungkapkan perkataan di atas?

YES ! he is Mus’ab bin Umair. lelaki-kacak-terkenal. itulah yang lebih dikenali oleh kebanyakan orang.

seorang yang dipilih oleh Rasulullah sebagai duta pertama yang diutus kepada penduduk madinah. pada dirinya terdapat kemampuan dan sifat yang harus dimiliki oleh seorang da’I, ditambah lagi dengan penampilannya yang menarik.

adakah tampannya dia sebagai cover-majalah? ohh tidak ! Beliau ini luar cantik-dalampun laaagi cantik. rumah mana yang tidak diketuk olehnya di madinah hanya kerana ingin mengkhabarkan berita gembira mengenai Islam? beliau berjaya melahirkan kader-kader yang sama qowiynya dengan penduduk mekah yang dibentuk oleh nabi. huishhh! hebat sangat ni.


mudah sangat caranya:

“kamu tidak akan dapat membahagiakan orang lain dengan hartamu, tetapi yang dapat membahagiakan mereka adalah wajah yang ceria dan akhlak yang mulia”


yang mudah inilah yang susah dibuatkan?

"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)"- [94:7]

believe

*senyum-senyum-sendiri*

wallahua’lam.

siapa yang tahu?

Sunday, April 8, 2012

I was like, emm betul ke kita ni benar-benar telah beriman?

malulahhh

ya Allah takutnya. takutnya dengan perasaan yang menipu ni.

masa new year, saya ada la pergy sambut new year dekat masjid negara. macam tak percaya. tak percaya saya berada di situ. seakan-akan inilah antara tempatnya hati disentap. memang benar bukan semata-mata berhibur. ya Allah! saya tak tahu nak cerita macam mana.

malam tu ada sedikit ceramah daripada Dr Zahazan. antara yang betul-betul terkesan bila Ust cerita tentang cerita roh iman terbang keluar dari jiwa-jiwa manusia.

ya Allah ruginyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

sebabnya kan awak, bila iman keluar, takda sapa-sapapun yang dapat kembalikan iman kita yang sudah pergi. same goes to hidayah Allah yang pergi dari kita bila kita menangguh-nangguh mencarinya..


ya Allah! terrrsentaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaapp!


suatu pagi sedang mengemas, tiba-tiba terdengar…

“saya risau dengan iman orang-orang sekarang, benarkah sudah beriman? kalau benar beriman pasti ada gap dengan dosa, tetapi orang-orang sekarang ni seakan menghampirinya. seolah iman itu hanya ditampal. itu bukan iman namaya…..”

ya Allah awak. iman kalau dah pergi takda sapa dapat bagi balik. sebab tu tak hairanlah orang belajar agama-ke-tidak-ke, tapi saat iman tiada, berubah 100 peratus! saat iman lemahpun, akan berlaku juga perubah-sedikit-sedikit.


kenapa peringatan ini diulang-ulang ya? saya seakan terfikir..

mungkin kerana nama kita manusia yang sentiasa lupaaa~



Allah! sudah berimankah kita hari ini??

Apakah benar iman kita hari ini??

silap, silap

Friday, April 6, 2012

kalau kita rasa semua orang sama, maka kita silap.

 

 

strong

 

habes apa yang betulnya?

huhh!

 

“Mind Set derrrr!”

 

Allah bersama kita dengan pengampunan-Nya. Maha Hebatnya Allah!

“ketika kita menyebut Allah dalam diri@kumpulan, Alllah turu juga menyebut diri kita”,

mudah-mudahan.