468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

kembara hijrah

Monday, November 28, 2011

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. dah masuk dah tahun baru ye. anda semua, kita semua bagaimana ye? anda gembira dengan kehadiran tahun baru 1433H ini? hmm, jika diimbas dosa yang terlalu amat banyaknya yang pernah kita lakukan, pasti gundah gulana tiada yang gembira. begitupun, pertambahan tahun mahupun hari, detik, jam, saat memaksa juga umur kita untuk bersama-sama menambah angkanya.

"Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami, ighfirlana ya rabb...."

bagaimana hijrah anda??

saya tak berniat untuk memanjang-manjangkan kisah. cukup saya katakan tahun baru ini memberi erti yang baru. menyedarkan diri akan sesuatu. menyemak dan berusaha kembali menyusun rangka-rangka mahupun fasa-fasa kehidupan. banyak yang perlu difikirkan.

kenapa saya letakkan tajuk entri ini kembara hijrah?

kisahnya begini, telah beberapa kali sy merancang untuk menziarahi teman-teman yang jauh. namun, banyak halangannya. sehinggakan peluang cuti 4 hari baru-baru ini saya cuba memanfaatkan dengan sebaiknya untuk bisa ke sana. dan tidak pula saya menyangka kembara ini adalah kembara hijrah. bermaksud semasa perjalanan itu adalah di dalam tempoh berakhir tahun 1432H, maka didatangkan pula peluang memasuki tahun baru 1433H.

sepanjang perjalanan pergi, saya berusaha keras untuk tidak melelapkan mata kerana bertekad ingin mencari di manakah punca silapnya saya sehingga boleh sesat dalam menentukan hala perjalanan semasa kembara ziarah di bulan Ramadhan yang lalu. akhirnya Allah izinkan saya untuk bertemu jalan tersebut.

nostalgia kembara lalu cukup-cukup menitipkan seribu satu kenangan di hati, yang membuatkan saya terus-menerus berfikir signifikannya kembara Ramadhan yang lalu. kalau dahulu niatnya untuk ziarah, maka kali ini niatnya masih sama cuma peluangnya berbeza. ditambah pula dberbekalkan sumber inspirasi yang sentiasa mengingatkan akan tujuan kembara, maka kesyukuran itu kuselitkan di qalbu.

kita masih punya waktu menyematkan azam dan cita-cita untuk masa yang mendatang! dan itulah yang sama-sama kami lakukan, bersama-sama berekspidisi kembara hijrah. meskipun di tempat yang berlainan, tetapi masih berbekalkan ruh yang sama. marhalah thaniyyah. mencabar! wahai jiwa, perbaikilah segalanya! akan kucuba semampuku. kutanam hasrat ini biarpun tiada siapa yang memahami. semoga Allah terus merahmati kita semua.


Ameen.

payah bebeno

Wednesday, November 16, 2011

semalam saya sempat memberi ruang kepada diri untuk beriadah bersama roomate saya. macam tak percaya kan saya ni rajin jugak pergi jogging ni. itulah aktiviti baru setakat ini. kalau zaman sekolah dulu, saya rasa saya sudah puas main netball bertahun-tahun, unit beruniform pun saya sudah puas dengan kawad semua tuh lah kan. sambung pulak kontrak dengan terpilihnya diri  menjadi pelatih PLKN, betul-betul membuat saya rasa cukuplah, sehingga dengan suka hatinya saya berkata, “zaman untuk lompat-lari semua saya dah berakhir, cukup setakat ini”.

nampak leceh kan nak menyihatkan badan ni. kalau kat rumah tu ha, tak payah susah-susah nak keluar berjogging, ezshape dah ada, naik, biarkan mesin tuh je yang melakukan aktiviti untuk tubuh kita. selesai setengah jam, boleh siap kira lagi berapa kalori yang sudah dibakar. semua sudah senang! kenapa perlu bersusah. ecehh.

“kerana susah itu sunnah”,  hamboiii senang je cakap ya. test sekali, sure merungut ye.

alone

“I am not interested in how much money you have or what family you belong to. I am interested in how you deal with hardships. That is the only thing that matters. That defines your future.”

saya ada satu kelebihan yang segelintir manusia tidak suka. bunyinya macam menakutkan tak? kelebihan itu adalah, saya tidak pandai memandu. haa, susah ke senang tuh kalau menjadi orang yang tidak pandai memandu ni? mesti rasa nak pergi mana-mana tu susah. dan memangpun! orang pergi kuliah 2 minit, saya pergi kuliah 30minit. haaa, susah tak? inilah erti hidup, bila kita belajar untuk tidak menjadi senang. ececeh.

pernah sekali tuh, trip gang akhawat saya nak berjalan-jalan. oleh kerana saya ini sukalah jugak menjadi pengurus rombongan. okay macam kelakar. I mean macam orang yang meng-uruskan la. plan-punya-plan, tiba-tiba,

“kak mina, sapa nak drive?”, eheh saya tersenyum.

pernah juga beberapa kali digesa oleh makcik-makcik, “aminah, bila nak ada lesen ni?”. “apenya makcik, saya masak boleh, jahit boleh sikit-sikit, tuh kira ada lesen dah tuh, lepas dah tuh”. mahunya nak jawab macam ini? orang tanya lain, kita jawab lain. hehh, itulah realiti. bukan tak mahu, tapi belum lagi. kalau cakap dengan saya ni, semuanya belum lagi. susah kan?

 

with these in your mind,

Realize that it is your hardships that make you better.

Realize that pain and hardships won’t last.

you can do it!

bila??

Sunday, November 13, 2011

semalam saya sempat berchit-chat gituu dengan sepupu saya. seingat saya waktu kecil-kecil dulu kami pernah macam berlumba sapa cepat tinggi dia menang! jadi setiap hari kami berlumba-lumba makan roti canai dekat restoran arwah atuk dengan harapan akan cepat meninggi. comel tak??

 

tanya-punya-tanya tentang kami, sayapun bertanya,

“apesal susah sangat nak jumpa sekarang? kalau balik kampung pun tak jumpa…”

“aku balik kampung suami aku… dia seganla dengan keluarga sebelah kita, kan ramai perempuan..”

 

okayla. boleh terima la kan. sikit-sikit. tiba-tiba,

 

“ko bila nak kahwin ni mina oiii?”

“nanti-nantila.. lagi *** tahun ke….inshaAllah”

“lagi *** tahun? masa tu nanti anak aku umur dah 5 tahun..!”

haha. sabar jelah!

tambahnya lagi, “jodoh itu ada, cuma cepat dan lambat je kan…tapi! jangan kahwin lambat-lambat nanti jadi macam……..doala banyak-banyak yee”

 

happy-family1

 

orang yang dah kahwin, suka la menyakat orang yang tak kahwin ye. huhuuh. ghazwul fikr betul. alkisahnya, rezeki sepupu sayalah.. kahwin usia muda, sekarang umur baru 21tahun, anak dah dua. yang paling comel, maksu pun anak dua, mak endek pun dalam proses nak dapat yang kedua. eloklah, meramaikan umat nabi.

 

saya tersentak bila dia bertanya,

“aku nak masuk syurga… layak tak?”

“semua orang layak mendapat syurga Allah…”, jawabku.

 

seronok juga ya, sekali-sekala dapat besembang-sembang dengan kaum kerabat yang dah lama tak bersua. semoga Allah merahmati mereka. Ameen.