468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

ianya bermanfaat!

Saturday, October 15, 2011

beberapa perkara yang kita perlu pelajari…

166939_299129200104255_100000215334106_1409194_1905059916_n

 

apa yang kamu lihat?

walaupun karikatur ini berbahasa inggeris, hakikatnya yang cuba diketengahkan adalah penggunaan Bahasa Arab itu sendiri. betul bukan?

 

masih saya ingat kebencian itu

Dua tahun yang lalu, saya agak ‘mempersoalkan’ kenapa perlu saya diletakkan di sini? kenapa saya perlu belajar bahasa ini? kenapa? kenapa? sedangkan bukan ini kemahuan saya. Bukan ini bidang saya. Lama saya mengambil masa untuk menenangkan hati dan juga mendidik hati dalam bersabar mempelajarinya.

Sehingga suatu saat, bila ada guru bertanya : “siapa yang tidak suka pelajaran ini?”, saya lantas mengangkat tangan dan menjawab : “saya! saya benci bahasa ini..”. nah, sekarang saya sangat merindui dan sangat menghargai kerana pernah diberi peluang untuk mempelajarinya. saya mengaku, kini saya ingin lagi terus-menerus mempelajarinya!

meskipun saya bukanlah bijak-pandai dalam bidang ini, mahupun cendikiawan-terbilang, tetapi seharusnya seorang muslim mengetahui kedudukan bahasa ini, iaitu BAHASA ARAB sangat penting untuk dihayati mahupun dipelajari.

2 orang berkata-kata:

  1. Asif said...:

    Mencemburui orang yang menguasai balaghah al Quran. Orang-orang awam macam saya dapat seminar balaghah Quran skit dah rasa terbang ke langit dah. Tak tahu lah nikmat macam mana orang yang dapat belajar secara serius..

  1. hiya ana said...:

    saya juga cemburu dengan mereka yang mempelajari dan menguasainya! semoga Allah tunjukkan jalanNya

Post a Comment