Setiap orang memiliki rahsia masing-masing dalam menyusun atur perancangan pelajaran. Begitu juga saya sebagai manusia biasa.
Saya masih ingat, ketika fatrah imtihan sudah semakin menghampiri, siapa tidak berdebar kan? Sebagai pelajar yang normal, pasti kita akan berasa risau. Mulalah hilang selera makan, berat badan berkurang, kurang bercakap, dan lain-lain, tanda ada yang mencemaskan sedang menghampiri (ini kalau sayalah hehe).
Tetapi ada juga beberapa perkara yang selalu saya risaukan menjelang musim imtihan ini. Saya risau sekiranya kurangnya masa saya membaca al-quran, bermathurat, solat malam, solat sunat yang selalu dilazimi.
Disebabkan itu, semakin imtihan mendekat, semakin banyaklah saya membaca al-quran. Saya risau kalau-kalau sy terlebih membaca nota walhal kalam tuhan yang selalu indah berbicara dipandang sepi. Lagi saya buntu lagi banyak saya membacanya. Saya tak rasa rugi jika saya spend masa yang lebih untuk membaca kalam Pencipta kita.
Waktu-waktu genting ini jugalah saya tetap menjaga masa tidur. Saya yakin tidur yang cukup memberikan kesegaran kepada akal. Sepanjang menjadi pelajar, sebelum jam 12 a.m menjelang hari-hari peperiksaan dan semasa hari-hari peperiksaan saya memilih untuk tidak stay up tetapi tidur. Kemudian bangun awal, merintih dan meminta bantuanNya dan sambung pula pembacaan ketika alam sunyi tanpa bicara.
Tetapi saya yakin setiap orang lain-lain rahsianya.
Allah memberikan kurniaanNya kepada setiap hamba-hambaNya. Jangn khuatir dan jangan bersedih. Selagi mana hubungan dengan Dia kita jaga dan terus menjemput amal-amal bahagia.
Setiap pelajar mengimpikan untuk mendapatkan score yang hebat setiap semester; 4 flat. Allah izinkan, seawal tahun dua saya pernah mendapat 'tahta' itu. Walhal saya tidak menjangkakan. Kerana saya 'kantoi' satu paper apabila saya tidak mampu menjawab dengan baik kerana Allah izin apa yang dibaca tidak keluar pula. Ketika keputusan keluar, saya terkedu dan tak lama lepas itu saya menangis...
Kerana, apabila kita sudah berada di kemuncak maka yang ada pada selepas itu adalah kejatuhan..... itulah yang saya katakan kepada keluarga saya.... saya seorang yang tidak banyak berkongsi rasa lalu yang saya pohonkan daripada mereka adalah doa yang tidak putus.
Tahun berganti sehinggalah hampir di penghujung perjalanan sebagai pelajar undergraduate, dengan subjek pengajian yang masih banyak (kesan mengikuti programme pertukaran pelajar haha tapi saya tidak menyesal), terpaksa mendaftar subjek yang kurang diminati (saya redha akhirnya), berhadapan dengan penulisan latihan ilmiah yang memerlukan konsentrasi (sehingga mengalami sakit belakang yang teruk), assignments yang tak henti-henti, membuatkan sy hilang akal.
Kalaulah tidak kerana bantuan daripada Allah, pasti saya tidak dapat menyelesaikan kesemuanya. Saya yakin saya harus berbuat sesuatu. Minda harus positive. Jiwa harus kuat dan kental untuk tahan diuji.
Di setiap pertengahan semester (pada setiap semester), saya selalu membuat penilaian terhadap diri. Berapa peratus sudah kita fahami akan apa yang dipelajari? 30%? 50%? Sambil-sambil tu termenung di hadapan buku catatan dan juga buku pengajian. Mana tahu dapat ilham ke kan hahah. Kalau tak puas hati juga, bertemulah saya dan pensyarah untuk berdiskusi. Tetapi bukanlah tidak berjumpa bermaksud dah faham segala...tapi saya yakin kita perlu ada usaha seperti ke library untuk melihat perbincangan dalam buku-buku yang lain dan buat searching di Internet sampai puas hati. Setelah itu sahkan bersama pensyarah yang mengajarnya.
Perkara ini saya pelajari ketika di tahun 2, ketika mempelajari subject Authority hadith. Bilamana tiada rujukan muktamad diberikan. Kami disaran oleh al-Ustaz yang mengajar untuk mencari bahan-bahan pembacaan dan rujukan yang pelbagai sendiri! Katanya bacalah dan carilah rujukan sendiri. Namun sebenarnya sudah terpampang dalam Proforma pengajian buku-buku yang harus dirujuk. Saya cari satu persatu meski harus ke sana ke mari mendapatkannya.
Saya banyak memperuntukkan masa untuk menulis semula apa yang saya pelajari. Kerana saya bukanlah orang yang sekali baca dapat semua. Saya harus tulis, saya harus faham terlebih dahulu, kemudian barulah saya akan membacanya kembali berkali-kali. Buat 'scanning' kata orang.
Di penghujung yang penuh debaran Allah hadirkan sekali lagi hadiah dariNya tanpa saya jangka; angka 4. Sekali lagi hadiah itu dikurniakan. Walhal, seorang pensyarah saya sempat mengatakan, "Subjek ana enti dapat B", saya tidak terkilan sebab subjek beliau menurut saya, saya tidak dapat menjawabnya dengan baik. Dengan apa yang telah berlaku, Alhamdulillah ala kulli hal.
Ada satu lagi yang saya tak berpisah pada setiap ruang-ruang masa yang ada. Ketika malam-malam yang ada bagi pelajar yang lain dihabiskan untuk menyiapkan tugasan dan menelaah pelajaran. Tetapi bagi saya akan ada malam-malam saya yang dihabiskan untuk menghadiri halaqah. Hujung minggu yang diisi dengan daurah. Masa cuti yang dihabiskan untuk mukhayyam dan lain-lain. Saya bukan manusia hebat, tapi dengan ada program-program yang 'hebat' ini, telah banyak membantu menjadikan saya rasa izzah dengan Islam, mengahrgai ilmu dan kurniaan yang Allah beri. Alhamdulillah!
Meski masa saya 'dicuri', saya yakin akan ada juga masa bagi saya menyelesaikan kesemua tugasan pelajaran dengan baik.
Begitulah kehidupan, setiap yang hadir pasti berlalu.. Semoga Allah terus memberikan kita peluang untuk terus beramal di manapun kita berada dan betapapun banyak dosa kita ada di samping memberikan ruang untuk terus kita insafi kelemahn diri dan terus terpilih untuk selalu merasakan kasih sayangNya.
Nasihat saya untuk pelajar yang membaca,
letakkanlah dahulu usaha di hadapan Allah, terus berdoa dan tawakal kepada Allah.
Teruslah menyandarkan harapan kepada Allah yang tidak pernah mengecewakan kita.Kejayaan adalah milik Allah dan yang akan memberinya adalah Dia. Jangan sampai kita tersilap kira bahawa kejayaan datang dari usaha kita. Berwaspada!
Jangan lupa Doakan saya!
0 orang berkata-kata:
Post a Comment