468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

Ghalib suatu pemberian Allah

Tuesday, March 26, 2013

Bismillah...

putrajaya

"Wallahi you're someone!"


 Kenapa Ghalib??
- membawa erti: Kemenangan,
- apa yang kita nak capai? : Kemenangan di Dunia dan di Akhirat

 

BINA DIRI & BINA SYAHSIAH !

*رجل يسعى
*شعور بالمسؤولية
*عباد الرحمن

ERTI KEMENANGAN KITA : APABILA KITA BENAR-BENAR DAPAT BERIMAN KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR IMAN & MELAKSANAKAN TUGAS SEBAGAI HAMBA & KHALIFAH. KITA MERASAI ALLAH BERSAMA DENGAN KITA.

"Dari Allah kita datang & kepada Allah kita kembali"

kerana hidup kita singkat, maka mari jadikan hidup ini untuk-Nya! HIDUP UNTUK-NYA!
-meletakkan Allah di depan di dalam semua perkara.
-meningkatkan kualiti Ibadah untuk-Nya

kita menyakini hubungan rapat yang kita bina (kita dengan Allah) akan menghasilkan ikatan Kasih & Sayang antara kita khususnya di dalam ukhuwwah kita. kita meminta rasa kepada Sang Pemberi Rasa. Kita minta disatukan, ditsabatkan kepada Yang Maha Memiliki Segala Sesuatu.

di dalam melaksanakan kerja-kerja ini, maka seharusnya kita meminta segala pertolongan dan mengembalikan segala pengharapan hanya kepada Allah. hanya kepada Allah.

شعور بالمسؤولية
di atas "Rasa Bertanggungjawab" ini kita melatih diri kita, kita bina diri kita menjadi seorang kader yang seimbang kerana tindakan kita didasari dengan dasar 'kebertanggungjawaban' ini.

dengan rasa inilah juga kita akan sentiasa mengoptimumkan segala tenaga secara berfokus. kita merasai kerja-kerja dakwah ini dan pelajaran kita tidak dipisahkan. maka itulah tanggungjawab yang perlu kita laksanakan dengan memberikan hak kepada kedua-duanya. Allahu Akbar!

atas rasa ini juga, kita belajar untuk melaksanakan dan membuat keputusan dengan segera. keputusan yang dibuat secara bertangguh akan menyebabkan kita kehilangan momentum untuk terus maju kehadapan. dan ingatlah, sebelum apapun potensi kita, kita adalah seorang Muslim!

نحن مسلم قبل كل شئ

رجل يسعى
kitalah rijal yang bergegas itu ! kitalah rijal yang sentiasa bergegas itu. ternanti-nanti untuk bertemu Allah kerana tidak sabar untuk bertemu denganNya, kerana kita seday upaya berusaha menjadi rijal yang benar seperti yang dikehendakiNya. Allahu Akbar !

kitalah rijal yang dimaksudkan apabila kita sentiasa bergegas untuk melaksanakan suruhan Allah walau apa jua keadaan kita. kita berdiri di atas sebuah keyakinan:

"Dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" [fussilat:33]


janganlah sampai berakhir umur kita tanpa kita ada menyumbang apa-apa yang kita ada untuk dakwah ini.


kita bina ghalib bersama-sama !

 

Ukhtikum fillah,
Aminah Kamilen <3

2 orang berkata-kata:

  1. Syuhaidah said...:

    dahulu, sebelum menyertai ghalib, pernah berdoa dalam keadaan bermusafir.
    "ya Allah, bantu aku, untuk menjadikan jalan DnT ni sebagai hidup ku."
    (senyum kenyit mata)

  1. hiya ana said...:

    inshaAllah kita doa bersama-sama di dalam doa-doa kita :)

Post a Comment