قل آمنت بالله ثم استقم
istiqamah itu sesuatu yang tidak menipu.
kerana istiqamah itu mengajarkan kita bertahan. bertahan dengan amal yang dilakukan sentiasa dan berterusan. istiqamah membuatkan kita bangkit ! istiqamah akan memberi kesan kepada iman. menatijahkan TAAT dan KONSISTEN.
susah nak istiqamah?
sebab kita tak tahu nikmatnya istiqamah. sebabnya yang paling besar, sebab kita tak pernah praktikpun istiqamah. soalan mudah untuk ditanya, “bagaimana mutabaah amal enti ukhti?”
apakah kita jujur melaksanakannya?
apakah kita lakukan mengikut masa yang kita ada? sehingga bila tidak punya waktu, amal dibiar sepi?
orang-orang istiqamah itu, disisinya ada malaikat yang sentiasa bersama.
apakah kita khuatir kepada amal yang kita telah buat?
jangan takut, jangan bersedih hati. teruskan konsisten dengan amal, apa yang perlu diragui setelah istiqamah telah menjadi amalan kita?
syaratnya, ISTIQAMAH
syurga menanti. inshaAllah !
siapa yang boleh jamin apa yang Allah bagi hari ini akan kekal esok?
Jom paksa diri untuk mempertingkatkan diri!
Bait al-FArouq, Petaling Jaya.
0 orang berkata-kata:
Post a Comment