468x60

ini kisah saya.
ambillah mana-mana yang bermanfaat daripadanya~

sedikit-sedikit

Wednesday, October 17, 2012
Si penutur yang hebat juga bisa kehilangan kata-kata
inikan pula si bisu yang tidak tahu bicara


Alhamdulillah thummalhamdulillah,
setiap hari Allah sentiasa menampakkan kasih sayangNya, cuma mungkin kita yang kabur, malap dan tidak tersuluh.

seringkali dalam setiap perjalanan kita itu sebenarnya kita sedang mencari erti sebuah keyakinan dan kekuatan untuk teruskan mara melangkah. merefleksikan sebuah aset yang bernama 'iman' ini bukan semudah menelan ubat dan menunggu keberkesanannya. kerana 'iman' ini ada turun dan naiknya. hari ini kita mungkin nampak baik-baik saja, besok-besok belum tentu. sesungguhnya tidak ada iman tanpa amal dan pembentukan.


semalam, ketika saya sedang membelek-belek ruangan FB yang sudah agak berhabuk, saya terbaca kata-kata yang membuatkan hati termuhasabah. seolah-olah tertekan butang 'reset'.

Di perjalanan ini,
Betapa pun lambat pengakhirannya,
Namun ia pasti tiba menerpa
Meragut seluruh nadi kehidupan yang pernah menghuni sementara alamNya,
Bersama catatan tanpa pendam bakal menerima ganjaran yang ditentukan
Dan kalimah syahadah... - unknown


yang terus-menerus menjadi persoalan adakah kita benar-benar sudah bersedia?
apakah agaknya amal kita yang akan kita persembahkan?

***



dan hari ini ketika Allah membenarkan kaki ini melangkah, sebenarnya saya sedang mencari sebuah jawapan yang boleh meyakinkan saya. yang boleh menghilangkan keraguan di dalam dada.

kisah pemakai jeans vs purdah

cantiknya dia. Subhanallah! bisik hati kecilku. senyuman yang dilontarkan meski ditutup dengan purdahnya masih dapat dirasakan. terus tercucuk ke dalam jiwa. alangkah manisnya dia. 

dalam hati aku si pemakai jeans ni, aku nak tahu apa yang menyebabkan dia memilih purdah sebagai pakaiannya. teringin itu pernah ada, tapi kerana tiada alasan yang kukuh, aku belum cuba melakukannya.

pemakai J : kenapa ya awak memilih untuk berpurdah?
pemakai P : *tersenyum* "hehe, janganlah tanya..."
pemakai J : "serius saya nak tahu, manalah tahu ada sebab-sebab tertentu.."
pemakai P : *meneruskan senyum dan tawanya*.

kecewa kerana tidak berjaya menemukan jawapan. serius kot aku memang nak tahu. takpelah, inshaAllah nanti aku akan berjumpa dengan orang yang lebih tepat yang mampu memberikan jawapan yang inshaAllah hebat!

***


Saudaraku yang Allah muliakan,

Jangan sekali-kali putus asa lalu berhenti melangkah. Kemudian menyerah. Itu bukan peribadi kader dakwah. Itu bukan peribadi umat Rasulullah. Itu bukan peribadimu. Itu peribadi orang-orang hina. Berlarilah bersama redha Allah. Menopang beban, menapaki jalan ini, menghadapi mara bahaya, membuka dan membedah setiap potensi menuju kemuliaan.


Kekuatan seorang muslim ada pada malam sebagai waktu terbaik pengaduan. Air mata muhasabah membasahi seluruh permukaan wajah. Hanya Allah tempat terbaik untuk mencurahkan. Apapun yang akan terjadi. Ingatlah bahwa ketika kau tidak mempunyai siapa-siapa selain Allah. Allah itu lebih dari cukup bagi seorang muslim.



  

inspired!






 




bait al-Farouq, Petaling Jaya .


3 orang berkata-kata:

  1. hiya ana said...:

    ahlan huna syuhaidah Rassid! ^_^

  1. Syuhaidah said...:

    yeah saya menjadi org yg berkata-kata di sini!

Post a Comment