Andai satu kurangmu, akupun begitu
Tapi itu tak menghalang aku untuk terus berusaha akan sesuatu
Biar aku jadi mata, kau sediakan telinga
"Fikrah
itu banyaknya dibina menerusi pembacaan demi pembacaan buku-buku
ikhwan. Usrah/halaqah itu hanyalah manhaj haraki. Di rumah ana ada
perpustakaan dan terdapat lebih 5000 judul buku, untuk laksanakan
seperti Imam Hassan Al Banna yang di rumahnya ada perpustakaan. Ana
melihat, ramai ikhwah/akhowat kita tidak membaca."-[Ustaz Alias Othman]
Selama ini tercari-cari, memaksa diri, jadikan hobi. Sejak menjadi pelajar di kampus sebenar, alhamdulillah banyak juga masa diluangkan untuk memberi ruang kepada diri memberanikan untuk membuat suatu yang dianggap pelik sebelum ini.
Alhamdulillah diberi peluang belajar di tengah-tengah kota bukan suatu kerugian. Sebab banyak kedai buku. Huhu. Daripada tak kenal erti susah payah ke sana, akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke situ. Sentiasa berusaha supaya ianya menjadi satu habit.
Salah satu tempat yang saya suka pergi adalah kedai buku Fajar Ilmu Baru (FIB). Masa first year dulu tak ingat berapa kali pergi. Saya tak suka shopping. Kawan-kawan pelik, duduk dekat KL tapi tak pergi Mid Valley? Times Square? Hoh! Habes kau pergi manaaaaa?
Serius. Masa duduk kampus sepanjang jadi 'freshie', Mid Valleypun tak sampai. Arakian semua rakan pelik. Tapi saya okay je. Tak matipun kalau tak pergi.huhu. Kalau naik lrt ke, bus ke, paling-palingpun nak balik rumah. Dush! Takpun singgah rumah akhawat. Takpun pergi daurah. Takpun jalan-jalan dengan akhawat. Takpun jalan-jalan dengan roommate. ada masa pergi klinik jumpa doktor.
Jadi apa saya buat?
Ada masa pergi library. Ada masa berlari sana-sini sebab nak sembang dengan akhawat. Ada masa duduk dekat meja study. Ada masa balik rumah tolong ummi. Ada masa pergi kedai buku. Ada masa search buku-buku yang disukai. Ada masa siapkan assingment. Ada masa pergi daurah. Ada masa buat notes sampai pening-pening. Ada masa tidur awal! Ada masa jumpa kawan bincang-bincang. Ada masa jumpa adik-adik bulatan gembira. Ada masa pergi meeting. Ada masa sembang, makan dengan akhawat senior. Ada masa gaduh-manja dengan...haha. Ada masa pergi joging. Ada masa cari tempat menarik untuk pergi. Ada masa memasak.
Apa yang kena buat?
Solat fardu. Baca quran. Solat sunat. Mathurat. Pergi Usrah-jumpa murabbiah. Belajar. Berdoa. Usaha. Tawakkal. Jumpa Allah! Dan macam-macam lagilah.
Dan bersabarlah!
Alhamdulillah ada la sikit-sikit koleksi buku. Dan berusaha untuk menambahnya dan meletakkan syarat, dihabiskan dahulu sebelum menambah lagi. Kalau tak....hmm! Terjatuh ke dalam perangkap syaitan. Disangka-sangka ingin membuat baik, rupanya telah membazir. So slow-slowpun okay?
0 orang berkata-kata:
Post a Comment